"Ohhhh....."
Aku terhenti di muka pintu dewan besar di Wat. Ia besar. Tingginya mencecah siling dan seluruh badannya dicat hijau. Aku sepatutnya berasa kagum dan hormat padanya tetapi perasaan yang menimpaku ketika itu hanyalah takut dan gentar. Ingin sekali aku berpatah balik dan lari keluar dari dewan besar itu.
James (bukan nama sebenar) menahanku.
"Ikut aku."
Aku melangkah masuk mengikuti James. James kelihatan teruja dan mula mencapai ke dalam poket seluarnya untuk mengeluarkan wang membeli colok dan lilin. Aku pula masih berlengar-lengar di dalam dewan besar itu. Aku enggan memegang colok. Cukuplah aku di situ sebagai pelawat dan teman wanita James.
Wat Siam merupakan satu dunia baru bagiku. Kalau dahulu aku keluar-masuk gereja, kini semenjak berkenalan dengan James, aku sering diajaknya ke wat Siam. Pada mulanya aku menolak tetapi lama-kelamaan aku mengalah. Aku mengikutnya ke situ kerana aku ingin tahu apa yang sebenarnya dilakukan oleh penganut agama Buddha di wat. Keinginanku untuk menerokai dunia James dan mencari di manakah sebenarnya Tuhan melebihi ketakutanku. Juga mengatasi larangan memasuki tokong dan wat yang dikenakan terhadap penganut Kristian oleh gerejaku. Aku memang masih mencari-cari Penciptaku walaupun sudah beberapa tahun bergelar Kristian.
Tidak seperti tokong Cina yang dipenuhi dengan pelbagai patung tuhan Taoism seperti Tua Pek Kong, Kuan Yin dan sebagainya, wat Siam hanya mengandungi patung-patung Buddha. Sami-sami keturunan Siam merupakan penghuni wat Siam. Merekalah yang menguruskan segala hal di dalam wat itu.
"Mari kita masuk ke dalam."
Aku hanya mengikut dari belakang. Keadaan asap dan suasana senyap kurang menyenangkanku. Tempat itu panas kerana kipas angin tidak dipasang. Aku mula berpeluh.
"Ini kawanku," James memperkenalkanku kepada seorang Sami Thai.
"Mereka akan berbuka puasa sebentar lagi."
"Oh, Sami Buddha juga berpuasa?"
" Sami Buddha tidak seperti orang lain. Mereka hanya makan sekali dalam sehari, dan berbuka puasa pada tepat jam 12 tengah hari. Mereka juga boleh makan daging. Selepas makan, mereka akan berpuasa makan semula dan hanya minum air sepanjang hari."
Hari Wesak aku turut dibawa James ke Wat. James bersungguh-sungguh hendak mengajak aku mengikuti kepercayaannya. Aku pula sekadar menjadi teman. Aku ingin meneliti keadaan dahulu sebelum aku membuat keputusanku.
"Duduklah."
Kami berkumpul beramai-ramai di sebuah dewan besar dan duduk di lantai. Sami-sami Buddha pula duduk di atas pelantar yang disediakan.
"Apakah yang mereka lakukan?"
"Membaca mantera. Nah, ambil benang kuning ini dan ikut cara saya memegangnya."
"Apa guna benang ini pula?"
"Sami-sami ini tidak akan tidur sepanjang malam ini kerana esok Hari Wesak. Mereka akan membaca mantera. Mantera yang dibaca oleh sami-sami ini akan meresap ke dalam benang inilah. Esok hari benang-benang ini akan dipotong dan dipakaikan pada pergelangan tangan pengikut-pengikut Buddha yang datang ke wat."
Saya dihulurkan seurat benang kuning keemasan yang hujung satu lagi dipegang oleh ketua sami di dalam dewan. Kami duduk di situ selama sejam mendengar bacaan mantera sebelum James mengajak saya keluar. Benang diberikan pula kepada pelawat lain.
"Bagaimana nak tahu sama ada pendant atau loket Buddha yang dijual ini tulen atau tipu?"
"Oh, itu mudah sahaja. Cuba pegang loket ini, adakah rasa seolah-olah denyutan daripada loket ini?"
James mengambil sebuah loket kecil daripada dulang dan meletaknya di atas tapak tanganku.
"Sekiranya loket itu tulen, awak akan dapat merasai satu denyutan kecil di atas tapak tangan awak."
Aku mengenggam loket itu. Tiada apa-apa perbezaan yang dapat kurasa.
"Mengapa warna loket ini kebanyakannya kelabu?"
"Sebenarnya loket yang tulen mengandungi sedikit bekas abu daripada jasad arwah sami Siam yang telah dibakar. Lebih hebat arwah sami itu, maka lebih kuatlah kuasa yang ada pada loket."
"Maksud awak, ukiran pada loket ini bukan ukiran Buddha tetapi sebenarnya ukiran imej sami yang telah meninggal dunia?"
"Sudah tentu sebab sebahagian daripada abunya digunakan untuk membuat loket itu."
Aku terkejut. Walaupun sudah bertahun-tahun aku dibesarkan dalam keluarga beragama Buddha-Tao, itulah kali pertama aku diberitahu akan perkara sebenarnya.
Nota: di antara bab yang sedang ditulis untuk buku. Mahukah orang baca cerita begini?
Puan Aliya,
ReplyDeleteBeritahu saya bila buku ni dah boleh dibeli.
Saya nak beli & baca bila dah siap nanti. :)
ReplyDelete*saya nak link blog ini ke blog saya, boleh ya?
Jangan risau, insyaAllah ramai org baca..
ReplyDeleteSaya nak beli juga!
Assalamu'alaikum Aliya, this sounds very interesting, please keep it coming! :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam,
ReplyDeleteMasih dalam proses, insyaAllah. Kusangkakan mudah, rupa-rupanya amat mencabar menulis kisah sendiri :P kerana perlu amat berhati-hati supaya tidak mengaibkan mana-mana pihak. Doakan ya...
Ubisetela, boleh link.. semoga memberi manfaat kepada semua
Kak Aliya , nak cop satu jugak.. =)
ReplyDeleteone interesting point to bring up here kak aliya,
ReplyDeletethis sort of amulet & mystism is destrying pure Buddhism.
there's no such thing in Buddhism.no rites, no amulets : it's just cleaning your heart through knowing the source of thy weakness.
Yes, sampurna.
ReplyDeleteBuddha himself had never asked his followers to worship him.
But look around, almost all who call themselves Buddhists in Malaysia do own an amulet or more. Confusing, isn't it?
I wrote this article as a sharing of my experience.
Org Islam pun banyak pakai amulet sangkut kat leher atau lengan. Usually kertas ditulis dgn tulisan jawi atau bahasa Arab atau ayat Al-Qur'an atau ketiga2 sekali, digulung dan dimasukkan ke dlm uncang dan berbagai jenis lgla. Biasa pak lebai diminta buat solat hajat, tulis ayat2 tu, then jdkan amulet utk dipakai.
ReplyDeleteTo Aliya,
ReplyDeleteI am a Buddhist. The teachings that James mentioned to you were very wrong. Buddha clearly prohibits bhikus and bhikunis (monks and nuns) in involving themselves in any business. They could not claim they can heal sick people by prayers or offering any amulets to the followers. The sole duty of a bhiku and bhikunis is to attain nirwana by practicing Dharma. They have to live on Vinaya (precepts). Buddha has predicted that in future there will be many bhikku and bhikkunis who disobey the VInaya and thus tarnishing the image of Buddhism. I am very upset that you have exposed the deviated teaching of Buddha.
csy,
ReplyDeleteI share my experiences here, which happened in Taiping Siamese Wat and also at a Siamese wat somewhere in Kedah. Yes,I am aware that there are many versions of Buddhism here in M'sia. My own mother and grandmother both practise two different types of worshipping although they call themselves Buddhist?
"I am very upset that you have exposed the deviated teaching of Buddha"?
Well, [whom you claim]as some of the Buddhist believers themselves [like James] who are deviating, the onus lies on the likes of you true believers to explain to us :)
So csy, which is the true teachings of Buddha, and which temple do you go to?
Puan Aliya, mmg mncabar menulis & mghasilkn sesebuah buku. Mmg tidah semudah yg disangka!
ReplyDeleteHarap puan masih tekun menulisnya secara konsisten (tahniah sekiranya sudah selesai).
Harap poskan lagi beberapa cebisan kesah pengalaman puan di blog ini. Pasti ramai peminatnya.
Wassalam
Saya percaya ramai yg meminati kesah2 pengalaman spt ini. Harap terus tekun menulis!
ReplyDeleteSaya ada 1 kemusykilan.
ReplyDeleteKenapa puan Aliya memilih nama "James" sebagai teman puan itu. James merupakan "1st name" bagi org kristian.
Adakah agak ramai org bukan-Melayu yg memakai nama kristian sebagai 1st name mrk walaupun mereke sdri bukan beragama kristian?
nas,
ReplyDeleteInsyaAllah saya akan teruskan :)
Bagi segolongan orang Cina, nama Inggeris ditambahkan kepada nama Cina kerana ia satu trend dan tiada kaitan dengan agama yang dianuti. Kononnya lebih mudah dipanggil dan diingati.
Seperti contoh, pelakon terkenal Bruce Lee tiada pegangan agama. Pelakon Jackie Chan dan Jet Li kedua-duanya beragama Buddha.
Setahu saya, hanya orang India beragama Kristian yang mempunyai nama Inggeris.