Tuesday, June 3

DI SEBUAH GERAI MAKAN

Saya singgah di sebuah gerai makan di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Orang tidak begitu ramai sebab maklum sahaja hari bekerja. Saya yang bercuti, orang lain belum tentu.

Sambil makan, saya memerhati keadaan sekeliling. Tiba-tiba seorang sami Cina berpakaian kain warna jingga terang menaiki tangga menuju ke gerai itu. Lagu meditasi penganut Buddha kedengaran daripada sebuah radio kecil dalam beg yang dijinjingnya. Orang lain yang turut makan di situ hairan melihatnya.

Sami Buddha itu singgah di meja pertama di hadapan meja saya lalu mengeluarkan sebuah fail.
"Ahh.. dia mengutip derma," kata hati kecil saya.
Pasangan Melayu di meja pertama itu menggelengkan kepala, tanda tiada derma yang akan diberikan.
Sami bergerak ke meja kedua, juga di hadapan meja saya.
Sekali lagi sami meminta derma.
Ahli keluarga seramai tiga orang Melayu juga enggan memberi derma.

Saya mendiamkan diri. Apa agaknya yang harus saya jelaskan kepadanya bahawa saya tidak boleh bersedekah begitu sahaja kepadanya (tanpa memastikan bagaimana sedekah itu akan digunakan) sekiranya dia singgah meminta derma di meja saya?
Agaknya kerana saya keseorangan, dia tidak berhenti di meja saya.
Sami itu tiba-tiba duduk di sebuah meja di belakang saya.
Dia memberi isyarat tangan kepada pekedai Melayu itu sambil menunjuk-nunjuk ke arah meja keluarga yang disinggahinya tadi.
Pelayan gerai itu menggaru-garu kepalanya.
"Dia nak makan nasi ayam," kata wanita Melayu itu kepada pelayan.
Rupa-rupanya Sami itu tidak tahu berbahasa Melayu. Mungkin warganegara asing.

Pekedai kemudian menjemput Sami ke meja lain yang agak tersorok dan disediakan kipas angin.
Sami makan di situ. Kelihatan lapar.
"Nasyid dia tu," kedengaran pekedai bercakap dengan kawannya.
"Tak ape, dia pun nak makan gak," entah apa yang dicakapkan oleh kawan pekedai itu. Mereka kelihatan berbincang tentang kehadiran Sami ke gerai mereka. Kadang-kadang kelihatan mereka tersenyum melihat sami itu tetapi dia tetap dilayan dengan baik.

Akhirnya sami selesai makan. Dia membayar harga makanan lalu beredar dari situ.

(saya tidak mengambil foto sami di gedai kerana menghormati 'privacy'-nya)

8 comments:

  1. salam...

    dah sampai kelate..negeri saya tu..hehe...teacher aliya boleh cuba tomyam susu nanti..:)

    banyak juga sami dari thailand datang kelantan..biasa juga tengok..terutama di kawasan bandar lama...

    pernah dengar..sedekah pada muslim atau nonmuslim sama sahaja pahalanya..rasulullah pun hampir setiap hari akan menyuapkan makanan pada seorang pengemis yahudi tua(padahal wanita pengemis tu sedang memaki hamun rasulullah,kerana tidak tahu yang beri makan itu Muhammad)jadi tak ada masalah untuk beri sedekah pada nonmuslim..yang kata tidak boleh bagi..mungkin kerana tidak tahu kisah ini..

    wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Saudara Amir,
    Memang boleh bersedekah kepada muslim atau non-muslim. Cuma yang perlu diselidik ialah ke mana wang sedekah itu digunakan. Takut-takut wang tadi digunakan untuk perkara mensyirikkan Allah contohnya pembinaan kuil, rumah berhala dan sebagainya. WalLahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam,
    Saya bersetuju dengan pendapat En.Halim. Cerita Rasululullah menyuapkan nasi memang pernah didengar dan dibaca tetapi itu sedekah dalam bentuk makanan, yan gkita nampak mereka itu makan di hadapan kita. Apabila kita bersedekah wang kepada non-muslim, kita perlu berhati-hati untuk memastikan bahawa sumbangan kita itu tidak digunakan untuk tujuan penyembahan tuhan mereka. Apabial sedekah kita itu 'disalahgunakan' untuk tujuan agama lain, ia bukan lagi memberi pahala kepada kita yang menderma.

    ReplyDelete
  4. salam kak aliya, thnks for coming by my blog. i felt better.

    erm..nani sendiri pun risau juga nk bg sedekah sbb selalu dgr cite org-org ni ade organization kt blkg diorg yg amik duit tu utk tujuan lain...jadi nani pun mmg tak bg.

    nani pernah tny..tapi diorg ckp kalau taknak bagi, tak payah bagi..pastu pergi mcm tu aje..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam wbt,
    Amir, tom yam susu? Mana boleh makan masakan tu?

    Hanna, you are welcome.

    ReplyDelete
  6. To amir ~ kak aliya maksudkan "Kat mana boleh makan masakan tu?" kot

    ReplyDelete
  7. salam...

    setahu saya..sami terutama dari thai memang hidup dari derma orang ramai(satu sistem yang tak ada dalam masyarakat kita)..jadi insyaAllah,apa yang kita bagi tu,dia buat makan saja..kalau risau tapi nak menderma..bagi je makanan terus kat dia..senang..

    masalah fikir ke mana duit sedekah itu,kadang2 membebankan kita untuk beramal..pahala jika ikhlas tetap sama..insyaallah..yang susah adalah nak wujudkan tabiat menderma tu sendiri..teringat kisah seorang yang bersedeqah secara diam2 selama tiga malam berturut2..rupanya dia terbagi kepada seorang perompak,pelacur dan seorang kaya..tapi sedeqah tetap dikira sedeqah..

    wallahualam..

    ps:nak rasa tomyam susu?..tanya saja restoran cina halal..ada 2,3 di sekitar kota bharu..em,restoran di ansar inn pun ok juga..

    ReplyDelete
  8. salam..
    tambahan sedikit..takut ada salah faham..saya tak menolak pendapat encik halim dan teacher aliya yang kata tak boleh derma jika untuk benda2 syirik..kalau comfirm..memang haram..

    cuma untuk kes sami ini..insyaAllah boleh..saya pernah ke thailand beberapa kali(ada keluarga angkat disana)..dan saya perhatikan sami-sami disana memang hidup begitu..
    kalau salah sila tegur:)

    wallahualam..

    ReplyDelete