Monday, June 2

ISU MASJID CINA SPTMANA YG DIJELASKAN OLEH MACMA

Saya juga ahli MACMA online. Ini warkah yang dikirimkan kpd ahli-ahli pada 2 Julai 2007.

Saya ingin berterima kasih kepada Mufti Perlis kerana mengemukakan
cadangan ini yang telah mencetuskan pelbagai perbahasan yang menarik dan sedikit sebanyak membuka minda dan pemikiran rakyat Malaysia. Suratkhabar Inggeris dan Cina juga tidak ketinggalan memaparkan persoalan ini yang sedikit sebanyak mempromosikan Islam kepada mereka yang masih "belum Islam".

Saya tidak bersetuju dengan tulisan Encik Hassan bin Talib dari Kuala Lumpur pada ruangan Forum bertarikh 5 Februari 2007. Beliau mengatakan bahawa cadangan Masjid Cina ini tidak munasabah dan membazir. Ini amatlah tidak tepat sekali jika dilihat pada sudut dakwah. Memang tidak dinafikan bahawa persoalan masuk Islam dikaitkan dengan masuk Melayu masih menebal dikalangan masyarakat Malaysia. Malah, terdapat persepsi yang mengaitkan Melayu sebagai Islam manakala jika Cina bermakna bukan Islam walaupun pada ketika ini sudah terdapat lebih 70 ribu Cina Muslim di Malaysia.

Dengan adanya Masjid Cina ini, secara tidak akan menunjukkan bahawa Islam ini adalah universal yakni milik semua kaum. Sekurang-kurangnya golongan cina bukan Islam di luar sana dapat memahami bahawa Islam ini milik semua bangsa. Inilah yang cuba diperjuangkan oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia sebagai salah satu cara dakwah kepada masyarakat Cina yang merupakan minoriti terbesar di Malaysia. Untuk pengetahuan semua, Masjid India sudah wujud sejak sekian lama di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dan saya pernah bersembahyang Jumaat di sana di mana khutbahnya adalah dalam bahasa Tamil. Saya sebagai Cina Muslim dan beberapa sahabat Melayu yang lain tiada halangan untuk bersembahyang di sana.

Masjid Cina tidak bermakna masjid khas untuk orang Cina, cuma dari segi
penampilan dan penggunaan bahasa lebih banyak digunakan dalam bahasa Cina. Kita ingin menonjolkan bahawa Islam ini mudah, dan boleh menerima
nilai-nilai murni yang baik dalam adat dan juga budaya Cina. Usaha hendaklah ditumpukan kepada mencari titik persamaan antara Islam, bukannya membesar-besarkan perbezaan antara agama, budaya atau adat. Melalui cara ini bukan sahaja dapat menghilangkan kesangsian masyarakat Cina terhadap Islam malah boleh merapatkan hubungan dan mewujudkan perasaan hormat antara satu sama lain.

Saya ingin mengambil contoh mengenai Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang yang dalam peringkat pembinaan dan akan siap September tahun ini. Masjid ini bersenibina Cina dan kerajaan negeri tidak menunggu sehingga ada 40 orang makmun Cina Muslim untuk mendirikannya. Selepas siap, masjid ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Kelantan yang bertanggungjawab mentadbir masjid di negeri ini. Jika terdapat Cina Muslim yang berkelayakan pada suatu masa nanti, mereka akan dilantik sebagai Imam dan jika cukup makmun, khutbah atau kuliah akan disampaikan dalam bahasa Cina.

Saya juga amat berharap agar cadangan ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak yang boleh merugikan salah satu usaha dakwah kepada masyarakat Cina di Malaysia ini.

Johari Yap
Setiausaha Kehormat
Persatuan Cina Muslim Malaysia
Cawangan Negeri Kelantan.

3 comments:

  1. Alhamdulillah..
    Semoga kita kongsi cara dakwah yg lebih berhikmah!
    Teruskan usaha kak Liya!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..

    saya seorang melayu,dan sy menyokong cadangan untuk membina masjid cina.memang tepat cadangan itu,ia bukan membazir tetapi salah satu cara untuk mengembangkan dakwah islam ke dalam masyarakat bukan islam.dengan kesenian yang ditonjolkan insyaallah ia dpt menarik perhatian kaum cina untuk mengenali agama islam.bukan bererti masjid cina untuk org cina.tapi islam adalah untuk semua wahai saudara sekalian.islam menerima segala jenis budaya asalkan ia tidak melampaui batasnya.inilah islam,kepelbagaian budaya bukanlah penghalang,tetapi sy melihatnya sebagai "warna-warni" dlm islam.jgn kita lupa agama islam bukan untuk melayu sahaja,tetapi adalah untuk manusia sejagat.(hulubalang selatan)

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam DFU & hulubalangselatan,

    InsyaAllah..
    Terima kasih, dan semoga Allah swt berkati usaha kita semua dalam mengembangkan syiar Islam.

    InsyaAllah masjid cina bukan sahaja boleh mengurangkan prasangka buruk bahawa memeluk Islam bermakna meninggalkan segala budaya Cina dan menjadi Melayu, di kalangan orang Cina bahkan di kalangan orang Melayu sendiri. Ia satu bentuk dakwah yang baik. Saya belum berpeluang melawat Masjid Jubli Perak di Rantau Panjang kerana jadual ketat semasa di Kota Bahru tempoh hari. InsyaAllah bila diizinkanNya, saya akan berkongsi cerita di sini.

    ReplyDelete