Saturday, May 31

MASJID IDAMANKU

"Banyak sangat bawang besar di kawasan ni," ujar Adik ketika kami melalui kawasan luar bandar.
Mula-mulanya saya tidak faham maksud Adik tetapi apabila terpandangkan masjid yang tersergam megah di tepi jalan, barulah saya sedar bahawa bawang besar itu sebenarnya masjid. Bentuk kubah masjid yang seakan-akan sebiji bawang sering dijadikan bahan gurauan orang bukan Islam kerana belum ada sebuah pun masjid di negara kita yang bersenibinakan warisan Melayu.

"Bukan tak ada masjid...berlambak. Buat apa nak bina masjid Cina sedangkan masjid yang sedia ada pun ada yang tak cukup makmun?"
" Tak payahlah. Kalau dibina Masjid Cina, nanti kena pula bina Masjid Pakistan, masjid Iban dan sebagainya. Makin berpecah-belahlah umat Islam."
" Masjid ini bukan untuk kegunaan satu komuniti sahaja. Belum ada pun seorang mualaf Cina yang layak menjadi ulama di negara kita."
" Sudahlah. Takkan pula nak suruh semua mualaf Cina ke sebuah masjid sahaja untuk solat berjemaah iaitu Masjid Cina?"

Alangkah dangkalnya pemikiran sesetengah orang yang mengakui diri sebagai orang Islam. Apabila isu permintaan MACMA untuk pembinaan sebuah masjid khas yang boleh dijadikan sebagai platform untuk tujuan dakwah kepada kaum Cina di dalam negara timbul, banyak pihak khasnya orang Melayu dan ahli-ahli politik yang menentang. Ada pihak yang memberi alasan bahawa ia bakal memecah-belahkan umat Islam yang sedia ada. Ada yang mengatakan bahawa belum perlu lagi kerana Cina Islam yang ada hari ini masih golongan minoroti. Bolehkah kita menganggap 60 ribu Cina Islam di Malaysia ini satu golongan minoriti?

Pada pendapat saya, penentangan orang ramai terhadap pembinaan sebuah Masjid Cina lebih berunsurkan sentimen perkauman. Harus diakui bahawa orang Melayu masih menganggap diri mereka sebagai bangsa yang sinonim dengan agama Islam, lalu harus juga mereka yang mengendalikan kesemua masjid di dalam negara. Sekiranya masyarakat kita menerima dengan baik kewujudan Masjid India dan Masjid Keling, mengapakah permohonan untuk membina sebuah masjid untuk masyarakat Cina Islam perlu ditolak? Kita mempunyai beribu-ribu buah masjid dan surau yang kebanyakannya dibina tanpa banyak karenah birokrasi. Kesemua itu dikendalikan oleh JKK kampung atau wakil penduduk yang boleh dikatakan kesemuanya orang Melayu Islam. Namun hakikatnya masjid yang sedia ada tidak digunakan dengan sebaiknya.

"Pintu depan masjid ini dikunci. Kita solat di ruang belakang sahajalah."
Masjid oh masjid. Kasihan rumah Allah yang tersergam indah, dibina dengan wang rakyat beribu-ribu malah berjuta-juta ringgit tetapi tidak dijadikan pusat dakwah Islam sebagimana pada zaman Rasulullah saw. Sekiranya perlu ke masjid pada waktu petang selepas waktu solat zohor atau asar, jarang sekali ia berpenghuni. Tiada penjaga. Tiada tempat mendapatkan maklumat atau nasihat. Bagi orang yang bermusafir dan hendak mengerjakan solat di masjid yang disinggahi, banyak risiko yang terpaksa dihadapi semata-mata hendak mengerjakan solat di situ. Mungkin dirompak ketika mengerjakan solat. Mungkin mendapati keadaan tandas dan bilik air masjid yang kurang bersih. Itulah keadaan masjid yang wujud hari ini di negara kita. Kosong kecuali bila hendak masuk waktu solat. Jauh bezanya dengan tempat ibadat agama lain di dalam masyarakat kita- gereja dengan paderi dan pastor yang tinggal berdekatan, kuil dengan saminya dan tokong serta wat siam dengan sami atau monk.

Bayangkanlah seorang mualaf Cina yang dihalau keluarganya dan tiada tempat lain yang boleh dia menumpang. Ke manakah dia harus pergi mendapatkan bantuan dan simpati daripada orang memahami masalah yang dihadapinya?
Bayangkanlah anda seorang yang berminat dengan Islam tetapi masih takut hendak mengisytiharkan minat anda secara terbuka? Anda tidak tahu di manakah letaknya pejabat MACMA, PERKIM ataupun badan NGO Islam yang lain?
Bayangkan seorang tua yang kurang memahami Bahasa Melayu tetapi hendak belajar mendalami agama Islam seterusnya mahu memeluk Islam. Manakah dia hendak mendapatkan maklumat?
Anda ingin mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan daripada saudara Islam yang berbangsa Cina tetapi jam sudah 7 malam, pejabat sudahpun tutup. Ke manakah harus anda pergi?
Senario di atas mungkin sesuatu yang begitu asing kepada mereka yang lahir sebagai umat Islam tetapi ia boleh dialami oleh orang lain.
Di antara sebab masyarakat India begitu ramai yang memeluk Islam mungkin kerana terdapatnya kemudahan dan bantuan nasihat yang boleh mereka terima apabila mereka mengunjung ke Masjid India dan Masjid Keling yang diuruskan oleh India Muslim di situ.

InsyaAllah pembinaan sebuah masjid khas yang boleh digunakan sebagai satu tempat tumpuan untuk kaum Cina yang berminat mempelajari agama Islam amat bermanfaat kepada perkembangan Islam di rantau ini. Dengan adanya sebuah masjid yang boleh dianggap Masjid Cina, orang ramai yang berminat memahami Islam dan mendengar khutbah dalam Bahasa mandarin boleh melawat ke situ. Secara tidak langsung sebuah masjid sebegitu dapat mengubah persepsi masyarakat amya bahawa golongan mualaf dan saudara baru Islam daripada bangsa Cina terpaksa menjadi 'Melayu' selepas memeluk Islam. Dahulu apabila usul ini ditimbulkan oleh MACMA, ada cadangan dari pihak tertentu untuk mengadakan khutbah dalam Bahasa Cina di masjid-masjid tertentu tetapi sehingga ke hari ini, saya masih belum mendengar cadangan ini disusuli dengan tindakan sewajarnya.

Saya tidak faham mengapa permohonan sebuah masjid cina harus ditolak sedangkan permohonan untuk pembinaan monumen-monumen tertentu yang menelan belanja berjuta-juta ringgit tetapi kurang berfaedah kepada masyarakat sekeliling boleh dibina begitu sahaja. Contohnya Masjid Kristal yang dijadikan tempat pelancongan berbayar, adakah itu tujuan sesuatu masjid dibina mengikut konteks Islam?
Memang sudah ada pejabat dan pertubuhan tertentu untuk membantu golongan yang baru memeluk Islam tetapi pejabat tetap pejabat. Pintunya akan berkunci apabila pekerja pulang ke rumah masing-masing. Tidak seperti sebuah bangunan masjid yang diuruskan dengan baik dan pintunya yang sentiasa terbuka 24 jam kepada pengunjung . Pada pendapat saya yang baru setahun jagung bergelar Muslim, masjid sebagai sebuah bangunan yang besar dan mudah dijumpai adalah lebih afdhal dan membantu dalam dakwah Islam daripada sebuah pejabat atau pertubuhan NGO yang tersorok dalam sebuah bangunan bertingkat-tingkat.

Saya mengidamkan sebuah masjid yang boleh dijadikan medan dakwah kepada masyarakat Cina Islam di dalam negara.
Saya mengharapkan sebuah masjid yang memberikan khutbah dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Cina dan boleh dihadiri oleh penganut-penganut bukan Islam untuk mendengar khutbah Jumaat, dengan syarat mereka berpakaian sopan dan kemas.
Saya inginkan sebuah masjid yang dapat dimakmurkan dengan pelbagai aktiviti sepanjang masa seperti kelas mengaji al-Quran kepada mualaf-mualaf dan orang-orang tua, kelas-kelas mempertahankan diri untuk remaja Islam, kelas-kelas bimbingan kepada pelajar miskin, kem solat untuk orang ramai, serta kursus-kursus dan ceramah-ceramah lain yang dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman orang ramai tentang agama Islam, tanpa dikuasai fahaman politik puak tertentu.
Saya turut mengimpikan sebuah masjid yang boleh menyedarkan masyarakat yang masih beranggapan sinis terhadap orang Cina Islam, bahawa memeluk Islam tidak bermaksud mengenepikan budaya dan bahasa ibunda masyarakat Cina, selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Saya mahukan sebuah masjid yang bercirikan seni bina Cina, yang dihiasi dengan keindahan seni khat Cina yang memuji Allah swt dan Rasulullah, dan yang mengedarkan risalah dalam Bahasa Melayu, B.Inggeris serta B.Cina kepada para pengunjung tentang ajaran agama Islam.

Saya masih menanti saat itu.
Semoga Allah subhanallahu wa'taala panjangkan umur saya agar dapat melihat masjid tersebut dibina dan digunakan dengan sebaiknya.

pautan: http://adninaim.multiply.com/photos/album/3/Gambar-gambar_masjid_di_China

20 comments:

  1. saya sebagai org melayu segan dan sedih membaca tulisan akak kali ini...
    urusan islam di negara kita masih dicampur dengan unsur perkauman rupanya...

    surah hujurat ayat 13 menerangkan kepelbagaian kaum di negara kita satu rahmat, tapi sesetengah orang salah guna akak...
    sedangkan nenek moyang akak kat China tu dah beribu-ribu tahun solat bersama beratus-ratus masjid. dan mungkin masjid-masjid tu dah beratus-ratus tahun berkhutbah dengan bahasa/dialek yang berbeza-beza...
    umur masjid-masjid tu dah sangat lama sampai design masjid tu dah ada identiti sendiri...

    alangkah indahnya melihatkan keadaan pasar sebelum solat jumaat di masjid Cina...dan mendengarkan khutbah dalam mandarin/kantonis...

    kalau tamil dah biasa...dalam masjid india...=)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... saya hepi sgt jumpa blog kakak nih.

    Tentang masjid Cina tu, saya sangat-sangat menyokong untuk diadakan masjid Cina. Memang kewujudan masjid Cina bukan saja baik untuk dakwah kepada masyarakat Cina, tetapi juga membuktikan toleransi dan asimilasi agama & budaya di Malaysia.

    Saya amat menyokong hujah akak tentang perlunya masjid Cina di Malaysia. Saya pernah berjumpa dengan seorang mualaf berbangsa Cina dari Sabah yang mencari-cari di mana dia boleh belajar Islam. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa kebanyakan mualaf "dibuang" dari keluarga sendiri kerana memasuki Islam. Oleh itu, kewujudan masjid seperti ini boleh membantu mengurangkan beban mereka.

    Saya tidak pasti sejauh mana yg telah diusahakan MACMA kerana berada di luar negara sejak zaman remaja lagi, tetapi mungkin perkara berikut boleh diusahakan:
    1. Diwujudkan jawatankuasa khas untuk mempromosikan dan menggerakkan projek masjid Cina ini.
    2. Mengumpul tandatangan dari semua individu yang menyokong untuk menguatkan hujah. Saya percaya cukup banyak orang yg menyokong, termasuk Melayu Islam dan India Islam di seluruh tanah air.
    3. Mewujudkan dana ke arah pembinaan masjid ini. Kewujudan dana sendiri membuktikan kesungguhan kita semua utk masjid ini. Saya TIDAK percaya kerajaan akan memberikan apa2 bantuan kewangan utk masjid ini. Berbeza dengan masjid Kristal di Terengganu yg merupakan bukti pembaziran wang rakyat (tidak ada jemaah pun, dan solat jumaat pun tak dapat dilakukan).
    4. Gunakanlah internet dgn sepenuhnya untuk menyebarkan maklumat yg jelas supaya tidak diputar-belikan oleh media perdana tempatan yg pro-kerajaan yg menentang masjid ini.
    5. Cara untuk sedekah (funding) mestilah dimudahkan, bukan sahaja melalui cash atau bank transfer, tetapi juga meliputi internet transaction utk memudahkan masyarakat Islam di luar negara untuk menyumbang.

    Apa yang saya tulis adalah berdasarkan apa yg saya lihat berdasarkan pengalaman cara masyarakat Islam di Jepun (tempat saya tinggal) mendirikan masjid.

    ReplyDelete
  3. Salam kak aliya,

    Tahniah atas pengutaraan pendapat kak aliya. Hanya jarum mengenal manikam. Memang benar apa yang dikata. Kadangkala ramai di kalangan yang membangkang mengeluarkan cadangan, seakan memberi harapan, namun sayang, rancangan yang bertitipkan harapan akhirnya kecundang, dek kerna tidak cakna dengan keadaan, moga Allah beri hidayah kepada mereka di tampuk kuasa, agar dapat menumpahkan idea dan menjalankan kerja dengan sebaiknya; dan didoakan diberi kekuatan buat saudara-saudara seIslamku teguh kekuatan, cekal pemikiran memartabatkan keadilan demi kesejahteraan bersama. Teringat satu lagu nasyid yang cukup menyebabkan hati berdecit; mengenangkan perjuangan mereka yang terpilih. Kalau kak aliya punyai kelapangan, silalah cari lagunya, sedap...menusuk kalbu..begini liriknya...

    Keimanan
    Album :
    Munsyid : Haris Syafik
    http://liriknasyid.com


    Andai matahari di tangan kananku
    Takkan mampu mengubah yakinku
    Terpatri dan takkan terbeli dalam lubuk hati
    Biarlah rembulan di tangan kiriku
    Takkan sanggup mengganti imanku
    Jiwa dan raga ini apapun adanya

    Andaikan seribu siksaan terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
    Seujung rambut pun aku takkan bimbang
    jalan ini yang kutempuh

    Bilakah ajal kan menjelang
    jemput rindu-rindu Syahid yang penuh kenikmatan
    Cintaku hanya untukMu tetapkan muslimku selalu

    Moga bertambah elok perkembangan isu ini nanti. InsyaAllah! Jom doa dan berusaha! Ameen~

    p/s : lusa first paper final exam A-Level...doakan...Ameen :) Moga Allah rahmati sekaliannya! :)

    ReplyDelete
  4. hanya orang berfikiran perkauman menganggasp isu masjid nie adalah perkauman. kalau ada masjid cina makin berpecah belah laa umat islam. kat negara lain mana ada masjid orang putih, masjid orang hitam etc. kenapa kat malaysia pulak nak buat masjid cina ? masjid yang ada pon x ramai orang pergi sembahyang jemaah.

    adalah menjadi tugas mualaf cina untuk berdakwah untuk mengajak orang cina lain untuk lebih mengenali islam. jangan cakap orang melayu x cukup berdakwah. tunjang utama dakwah islam kat malaysia nie adalah orang melayu. fakta nie mmg x boleh nak dinafikan.

    kalau nak tulis sesuatu fikir dahulu. jangan main tulis saje. di sebabkan tulisan macam nie laa yang menghuruharakan keadaaan. saya harap komen saya nie tidak di reject. saya hanya memberi pandangan saya berdasarkan sudut pandangan saya. saya harap bila dah masuk islam nie buangkanlah sifat perkauman tue.

    p/s - terima kasih kerana menulis blog nie. sekurang2nya awek cina saya dapat belajar sesuatu dari awak.

    ReplyDelete
  5. Salam Aliya,
    Ini pertama kali akak masuk blog Aliya ni. Akak rasa pendapat Aliya dan persatuan Islam Cina patut diberikan perhatian sewajarnya. Akak nampak keperluan bagi masyarakat Cina yang beragama Islam untuk mempunyai satu Pusat Islam bagi menjaga akidah masyarakat Cina yang menganut Islam. Selama inipun tidak banyak bantuan yang diberikan kepada saudara baru oleh pihak yang sepatutnya berbuat demikian.

    ReplyDelete
  6. Sepatutnya kerajaan consult pandangan dari golongan cina muslim macam akak alia..Sebab stiap orang memandang satu2 perkara dari sudut y lain kan??...

    ini la kata orang unity in diversity..sewajarnya perbezaan y ada di antara kita tidak menjadikan kita berpecah belah, sebaliknya untuk kita kenal antara satu sama lain kan?

    Lepas baca blog kak alia ni baru saya faham mengapa perlunya masjid cina...Kadang2 kita buta hati kerana kita tak dapat menyelami perasaan orang y melaluinya kan?

    ReplyDelete
  7. Permohonan untuk sebuah masjid sebagai pusat dakwah kepada orang Cina atau lebih dikenali sebagai Masjid Cina bukan perkara baru. Permohonan tersebut sudah dibuat kepada kerajaan negari Melaka dan Selangor (kalau tak silap saya)sejak 7 tahun yang lalu oleh MACMA namun sehingga hari ini usul masih ditolak. Alhamdulillah khabarnya dengan izin Allah swt sebuah masjid sedang dalam pembinaan di negeri Kelantan Darul Naim, untuk tujuan yang sama dan dijangka siap akhir tahun ini, insyaAllah.

    Terima kasih atas pendapat Nanohikari, Humyrah dan Umi Jah. Za'im, semoga berjaya dalam exam. Terima kasih atas lirik yang disumbangkan. InsyaAllah nanti saya carikan :)
    Anonymous, tahukah anda mengapa tiada masjid orang putih, masjid orang hitam di negara lain? Sebab bahasa peghantar yang digunakan dalam khutbah mereka adalah bahasa yang difahami oleh semua - iaitu Bahasa Inggeris! Di Malaysia, kita ada pelbagai bangsa dan bukan semua rakyat terutamanya yang tua dan yg kurang berpelajaran memahami bahasa Melayu 100%. Saya percaya sekiranya anda seorang ah-pek cina, anda mungkin lebih selesa mendengar khutbah dan ceramah dalam bahasa ibunda.
    Perpecahan yang wujud dalam kalangan umat Islam Malaysia tidak akan melarat apabila terbinanya sebuah masjid cina atau masjid india. Perpecahan hanya akan wujud apabila berlakunya hasad dengki, buruk sangka dll dan anda harus akui sudahpun berlaku dalam kalangan orang Melayu Islam hari ini.
    Tidak salah menyuarakan pendapat, dan selagi tidak disusuli dengan maki hamun, insyaAllah saya tidak reject komen anda.. Dalam Islam pun berlakunya khilaf atau perbezaan pendapat, bukan?
    Semua yang berlaku adalah dengan izinNya. Segala yang berlaku tetap merupakan rahmat kepada kita semua :)

    ReplyDelete
  8. ish...bile nak selesai kalau mentaliti taknak ubah..?

    ReplyDelete
  9. apek tua tue kan orang malaysia. macam mana pulak diorang x faham bahasa malaysia ? masalah nie berpunca daripada diri diorang sendiri. mengaku kononnya orang malaysia tapi x fasih bahasa malaysia. dan untuk pengetahuan awk bahasa penghantar kat malaysia ini adalah bahasa malaysia. kat negara orang putih / orang hitam tue pon ada banyak bahasa @ bangsa macam negara kita nie. tetapi kenapa diorang semua boleh fasih bahasa inggeris ?

    ramai orang melayu yang pada asal nya kurang fasih berbahasa inggeris tapi setelah mendapat peluang belajar di luar negara diorang berusaha untuk fasih dalam bahasa tersebut. ( sambung )

    ReplyDelete
  10. kenapa ah pek yg dah berpuluh tahun duduk kat malaysia nie masih x fasih bahasa melaysia ? jangan bahasa dijadikan alasan.

    berkenaan dengan pepecahan pulak. dalam setiap diri manusia pasti ada sedikit rasa hasad dengki / buruk sangka. x payah laa nak cakap orang melayu je. orang cina pon sama. bukan semua cina yg masuk islam tue betul2 ikhlas nak masuk islam. perkahwinan adalah antara faktor utama kenapa orang cina masuk islam. dan yg pastinya x semua yg masuk islam tue akan jadi "baik". ramai jugak yg minum arak, hisap dadah, makan babi. nak tau sbb apa ? ( bersambung )

    ReplyDelete
  11. sbb diorang x ikhlas masuk islam. jangan nak salahkan orang melayu sbb x bimbing mereka. mana orang cina muslim macam awk ? kenapa x bimbing diorang ? macam baru2 nie ada kes amoi cina mustad. kenapa persatuan cina muslim x bimbing dia ke jalan yg betul ? sekurang2 awk tau. setakat cakap mmg senang. bila suruh buat bukan semua orang boleh ;p

    p/s - saya tidak memaki hamun sesiapa dalam komen saya sbb itu bukan cara saya.

    ReplyDelete
  12. Salam kak aliya,

    Terima kasih atas respons. Kelihatan hangat "perbincangan" di sini, ya?! Saya cadangkan kak aliya agar mengubah aturan blogspot kak aliya dari segi approved comments supaya tidak ada fitnah dan kekacauan perbincangan di sini, saya rasa. Bukan kita hendak menyekat pandangan, namun andaikata wujud pandangan yang kelihatan lari daripada adab sedikit sebanyak perlulah dikawal. Saya mengharapkan tiada siapa yang ambil hati. Blog saya pernah diserang dengan kata-kata yang tidak sepatutnya; justeru buat masa ini saya memadamkan shoutbox dan menghadkan komen. Ini bukan disebabkan apa yang berlaku dalam komen2 post ini, tapi kerana menyedari hakikat seakan-akan wujud kecenderungan untuk hal berkenaan berlaku, pada pendapat saya, approved comment daripada tuan punya blog adalah antara langkah yang baik selagi mana niatnya untuk kesejahteraan bersama dan keredhaan Allah swt. Ameen! Sekadar pandangan dari insan yang dhaif.Maaf atas segala. Moga Allah swt melimpahkan hidayah buat kita agar terus berada di landasan agama Islam yang beradab.

    Ikhlas,
    Muhammad Za'im Bin Mohamad Yusoff

    p/s: sebarang komen berkenaan komen saya ini silalah berhubungan melalui e-mel utama saya : zaimyusoff@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah celcom broadband di KB berjalan lancar dgn izinNya, maka dapatlah saya terus mengiktu perkembangan perbincangan di sini :)
    Anonymous, bukankah lebih mudah awak memperkenalkan diri atau berikan satu nama untuk dipanggil? Mengapa perlu menyembunyikan diri. Berani kerana benar, takut hanya pada Allah swt, bukan?
    Rasulullah saw sendiri tidak pernah menuduh mana-mana pihak yang memeluk Islam sebagai berpura-pura dan mempunyai agenda tertentu apabila memeluk Islam kerana hanya Allah swt yang mengetahui isi hati manusia. Malah seingat saya Rasulullah pernah menegur seorang sahabatnya yang gmembunuh orang lain sejurus selepas orang itu mengucap 2 khalimah syahadah, kerana memberi alasan orang itu munafik.
    Syukur alhamdulillah kpd Anonymous kerana mempunyai seorang awek amoi utk dibimbingnya. Semoga dia memeluk Islam kerana Allah swt sahaja, dan semoga Anonymous dapat membimbingnya menjadi seorang muslimah dan mukminah yang hebat..ameen :)

    ReplyDelete
  14. aslm wbt

    hanya manusia bacul yg berani mengkritik tanpa diketahui siapa pengkritik itu.

    Adakah masjid Cina punca perpecahan? Bagaimana dgn masjid India, bagaimana dengan masjid Pakistan. Kenapa perlu ada double standard ke atas masyarakat Cina.

    Kita bukan bercakap soal bahasa kebangsaan, kita bercakap soal survival dakwah.

    Penyampaian dakwah di dalam bahasa ibunda itulah yang terbaik.

    Masalah ini tidak akan timbul sekiranya umat Islam bukan melayu bebas menggunakan masjid sebagaimana orang Melayu, masalah ini tidak akan timbul sekiranya masjid2 di malaysia ini berfungsi sebagai pusat dakwah yang kalau orang bukan Islam singgah boleh mendapat info tentang Islam. Kalau orang dari Cina, India, dan lain-lain negara datang, mereka boleh mendapat info tentang Islam. Tapi apakah masjid-masjid di Malaysia berperanan seperti itu?

    Apakah kuliah2 agama dalam bahasa mandarin, tamil dan lain-lain akan dibuat secara terbuka di masjid sebagaimana b.Melayu sekiranya ada permintaan.

    Mempertrikaikan keikhlasan bangsa lain sebagai Islam menunjukkan di dalam diri manusia tak ada nama ini ada penyakit perkauman yang menebal.

    Jika begitu, carilah dalam setiap bangsa termasuk Melayu, adakah mereka ikhlas memeluk Islam? Adakah orang Melayu ikhlas sebagai orang Islam. Saya orang Melayu dan saya mengutarakan soalan ini kepada manusia yang tidak bernama ini.

    Jangan bercakap isu bhasa kebangsaan, bercakplah tentang survival dakwah.

    wslm wbt

    ReplyDelete
  15. Saya sokong Kak Alia, Zaim, Abu Usamah!

    To anonymous.. Usahlah kita duk bersikap racist lagi..kalau semua orang macam awak ni, sampai bila2 pun rakyat malaysia ni tak bersatu...Sila gunakan bahasa yang elok untuk berdebat...Berdebatlah dengan berhemah, bukan dengan emosi.Lagi satu, kalau tak mahu dedahkan identiti anda, lebih baik senyap sahaja.. Anda bisa menkritik orang lain, tapi anda takut dikritik pula?

    Saya sokong Kak Alia, Zaim, Abu Usamah!

    ReplyDelete
  16. I'd like to add my thoughts but I can't speak Malay..I don't know how comfortable you guys are with Indonesian, so if you don't mind I'll write in English.

    I remember looking at a sign posted outside a masjid in Indo that said "Khusus Umat Islam Yang Akan Sholat". How do you think people, especially the non muslims will react when seeing the sign? Does it look like an open, welcoming place? Maybe not.

    Anyways I dont think people should be opposed to the idea of a chinese masjid. I know of a revert who became muslim about 3 years ago that is still intimidated of going to a masjid. But it's a little different story in the US, with the majority of muslims being immigrants. Over here I've been to friday khutbahs that was delivered in english for 1st part, and urdu in 2nd part. Other time there were English 1st, arabic 2nd. Although some ppl dont understand parts of it, nobody objected. I guess the muslim community is very different since we're a minority here in the US.

    I also agree with kak Aliya that a masjid should be more active; we can see churches opening free clinics to the poor regardless of their religion. Why not make the masjid some type of a community center? It'd be such a waste if we build a building thats only occupied for about 5x 30 minutes a day.

    ReplyDelete
  17. Thanks nazri,
    Marilah kita sama-sama mencontohi sifat Rasulullah saw yang bersabar, berbaik sangka, baik hati dan bermurah hati kepada orang lain :)

    es_de_er, agree with you too. How's the weekly meeting at your place? More Muslim reverts joining you? May Allah bless and guide you and your friends there :)

    ReplyDelete
  18. penting sangat ke nak guna nama sendiri ? macam laa semua orang kat sini guna nama betul. yg post pasal kenaikan harga minyak tue lak kenapa mesti sebut orang yang bawak kereta tue orang melayu ? aku x racist. cuma post kat sini aku tengok semakin banyak yang menghentam orang melayu.

    - Mohd Safwan bin Sulaiman -

    ReplyDelete
  19. salam..
    memang satu ada satu kajian menunjukkan orang lagi berani dalam internet kerana menganggap diri tak boleh dikesan/invisible..tapi untuk orang islam..apa saja yang ditulis,dikata, pasti dipertanggungjawabkan..manusia tak tau..allah tahu..
    saya rasa penting untuk guna nama sendiri dalam berkomunikasi ni..senang nak minta maaf kalau salah..

    asabiyah ni bagi saya ada 2 part..satu menganggap kaum lain hina..dua menganggap kaum sendiri lebih baik..

    saya orang kelantan..dan saya secara individu tak anggap satu kenyataan mengatakan orang melayu kelantan kasar sedikit semasa memandu satu cabaran untuk orang melayu...tapi satu benda untuk difikirkan..pernah pergi ke eropah,timur tengah,dan memang orang asal islam lebih kasar semasa memandu..tanya la orang yang tinggal disana..yang penting adalah fikir kenapa orang islam yang patutnya lebih beradab lebih kasar...

    seorang ulamak berpendapat..memicit hon pun tidak boleh kecuali jika tiada pilihan..orang kan selalu picit hon jika marah pada pemandu lain...ini untuk mengelakkan mengganggu orang lain yang tidak berkaitan..pemicit hon sudah zalim pada orang tidak berkaitan..ini antara adab seorang pemandu muslim
    wallahualam..

    ReplyDelete
  20. Sebelum ini saya hanya membaca komen2 di atas. Tetapi kenyataan anonymous atau saudara mohd safwan tentang masuk Islam kerana untuk berkahwin menangkap perhatian saya.

    Benar mereka masuk islam kerana mahu berkahwin, tetapi kita kena ingat bahawa niat mereka itu telah di'hasil'kan oleh Allah. Tiada ragu. Kita tak boleh pertikaikan dan persoalkan alasan mereka masuk Islam tu. Itu adalah kehendak Allah.

    Ikhlas itu adalah antara mereka dengan Allah. Kita sendiri dilahirkan automatik menjadi Islam. Tanya diri sendiri, ikhlaskah kita?

    Kak Aliya adalah seorang mualaf, saya yakin dia muslimah yang lebih baik dari saya.

    Mohon maaf jika melukakan hati sesiapa. Saya harap saudara menggunakan bahasa yang lebih mesra.

    ReplyDelete