Saya menarik nafas panjang. Lega.
Akhirnya tamat tugas saya sebagai pengacara majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah.
Bukannya saya tidak pernah ditugaskan menjadi pengacara majlis atau master of ceremony(MC) sejak saya mula bekerja. Saya pernah menjadi MC untuk pertandingan-pertandingan Bahasa Inggeris di antara pelajar di peringkat sekolah dan daerah. Malah saya pernah juga menjadi DJ pada Hari Kantin sekolah. Pengalaman sebagai ahli koir berjaya mengawal perasaan gugup ketika berucap di khalayak ramai.
Bezanya, hari ini merupakan kali pertama saya tampil di pentas sebagai seorang pengacara majlis yang beragama Islam.
Entah mengapa daripada puluhan guru yang ada, saya yang dipilih menjadi pengacara majlis.
Hendak menolak, tiada orang lain yang hendak sambut.
Lagipun pantang Teacher Aliya berundur sebelum mencuba.
Saya terima juga tugas ini walaupun dengan penuh debaran dan kerisauan.
Rupa-rupanya banyak perubahan yang terpaksa saya lakukan kerana menjadi seorang pengacara majlis beragama Islam.
Jikalau dahulu saya hanya menyediakan teks ucapan tanpa perlu memikirkan tentang cara betul memberi puji-pujian kepada Allah subhanah'u Wa Ta'ala atau selawat ke atas nabi ketika berucap, sekarang semua itu wajib saya ketahui. Saya juga risau kerana sebutan saya dalam Bahasa Arab masih kurang memuaskan. Malu sekiranya para pelajar Islam mendengar saya menyebut salam atau selawat dengan sebutan yang salah.
Syukur kerana dengan bantuan suami tercinta dan juga guru Bahasa Melayu sekolah saya, akhirnya teks pengacara majlis berjaya disediakan. Saya yakin atas pilihanNya. Sudah tentu ada hikmah di sebalik setiap permasalahan. Dengan bacaan "Bismillahirrahmanirrahim..." saya memulakan majlis. Saya bertawakkal sahaja. Sekiranya tersilap sebutan, harap dimaafkan. Tidak ramai di antara hadirin yang mengetahui bahawa saya belumpun dua tahun bergelar Muslim. Ramai yang menyangka saya berasal dari Sabah atau Sarawak kerana sebutan Bahasa Melayu saya yang agak berlainan daripada Melayu jati. Hanya beberapa orang yang sedar bahawa saya sebenarnya berbangsa Cina.
"Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Warabakatuh..."
Saya melangkah turun dari pentas setelah menguruskan majlis selama kira-kira sejam. Pengalaman sebagai pengacara majlis hari ini amat berharga. Saya mungkin tidak dapat memperbaiki sebutan Bahasa Arab saya dalam selawat dan sebagainya jikalau saya tidak diamanahkan tugas yang agak mencabar ini.
Segala pujian bagi Allah Subhanah'u Wa Ta'ala, Yang Maha Mengetahui.
salam...
ReplyDeletemulanya nak comment di shoutbox..tapi tak ada..:)
terima kasih kerana berkongsi cerita..semoga teacher dirahmati Allah..bukan saja mengajar di sekolah..tapi mengajar untuk kehidupan juga..
i was born muslim..tapi kebelakangan ni rasa kehilangan sesuatu dalam hati,yang ada pada muslim reverts...selama ini slalu mencari kisah2 reverts dalam youtube sahaja..alhamdulillah..ada dalam bahasa melayu..lebih dekat rasanya pada hati..
hope i can link you to my blog:)
W'salam amir,
ReplyDeleteSaya hendak menjadi guru yang benar-benar mengajar pelajar, bukan mengajar mata pelajaran semata-mata, ameeen. Sentiasalah 'upgrade' iman kita dengan mengingatiNya setiap masa bukan setakat berzikir tetapi mengaitkan setiap peristiwa dengan kehendakNya.
Sure, you may link this blog to yours. thanks, xie xie, nadri :D
InsyaAllah..semoga kita sentiasa saling peringat memperingati..:)
ReplyDeleteSalam cikgu aliya, (can i call you kakak since i'm 20 years old?)
ReplyDeleteAlhamdulillah setiap hari saya akan membacakan doa ini,
"Ya Allah, bukakanlah rezeki untukku mencintaiMu, bukakanlah rezeki untukku untuk mencintai amalan-amalan yang dapat membuatkan aku jatuh cinta padaMu, bukakanlah rezeki untukku MENCINTAI ORANG_ORANG YANG MENCINTAIMU!"
Semasa tazkirah Asar, kawan saya memperkenalkan blog ini kepada saya. Alhamdulillah! Tidak saya sangka, dengan izinNya saya berjumpa orang-orang yang mencintaiNya melalui blog nie!
Jazakallah ukhti!
Moga Allah merahmatimu dunia akhirat!
p/s: cek pun orang penang jugak. blaja kat kyuem,lembah beringin. sedang buat a-level. seminggu lagi insyaAllah exam, doakan yer. Amin :)
Tahniah dapat mengatasi gugup sebagai MC mualaf. Sebenarnya Kak Aliya mampu menyebut bahasa Arab dengan baik, tp mgkin kerana bimbang reaksi audience kan. Saya setuju bila Kak Aliya kata iman ni mesti diupgrade, kerana iman ni ibarat padang. Kalau tidak dijaga iaitu sentiasa di potong, ia akan ditumbuhi lalang. maknanya kenalah jaga, tak jaga ia kan sia-sia.
ReplyDelete