Wednesday, May 28

TIDAK BOLEHKAH?

Suatu peristiwa dalam ingatan saya yang berlaku sebelum saya bergelar Muslimah.
Saya berada di bilik hotel ketika kursus. Teman sebilik saya seorang wanita Melayu.
Mak saya pula datang melawat.

"Ini mak saya," saya memperkenalkan Mak kepada Aina (bukan nama sebenar).
"Assalamualaikum," Mak tersenyum mesra dan memberi salam.
Aina terkejut. Dia kelihatan gelabah.
"Err... maaf auntie. Saya tak boleh jawab."
"Mengapa? Tak boleh jawab salam?"
Saya hairan. Setahu saya maksud "Assalamualaikum" itu hanya bermakna '"Sejahtera ke atas kamu.'
"Salam itu hanya boleh dijawab kepada orang Islam sahaja. Orang bukan Islam tidak boleh mengucapkannya."
Mak turut diam. Selama ini Mak yang bekerja di hospital selalu memberi salam kepada kawan-kawan Melayu dan tidak pernah diberitahu begitu rupa.
Saya tergesa-gesa bersiap-siap untuk keluar menemani Mak. Suasana di dalam bilik agak tegang berikutan jawapan Aina.

** Selepas memeluk Islam, barulah saya sedar bahawa salam dari bukan Islam boleh dijawab dengan "Waalaikum".
Namun sejak peristiwa itu, Mak tidak lagi kedengaran mengucapkan salam kepada orang Islam, termasuklah saya anaknya.

7 comments:

  1. alahai, inilah salah satu sikap muslim yang menimbulkan ralat di hati. semuanya tidak boleh hingga keluar darpada konteks.

    maaf ya, kak aliya (boleh ya saya panggil kak).. setahu saya tak salah untuk menjawab salam dari bukan islam dengan 'waalaikumussalam'.. asalkan kita tahu niat pihak lagi satu memang ikhlas mengucap salam, bukan seperti kisah asal-usul cerita ini yang berkait rasulullah s.a.w dengan yahudi yang mempermainkan salam itu.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Intan,
    Entahlah... susah nak tegur orang-orang begitu sebab sudah tentu Aina telah mendengar ustaz atau ustazahnya berkata begitu.
    Kak Aliya selalu juga memberi salam kepada pensyarah beragama Islam di universiti. Ada yang menjawab dengan baik, dan ada yang diam sahaja. Huhuhuu... agaknya orang Islam M'sia masih belum biasakan diri memberi dan menjawab salam daripada orang yang tidak dikenali/ tidak rapat?

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam.

    mungkin juga.. tetapi agak ketara juga 'diskriminasi' antara yang islam dan bukan ni, kak aliya. saya di perantauan ini pula yang dapat merasa sapa mesra orang asing waima hanya berselisih di tengah jalan.

    saya sendiri selalu terdengar perihal menjawab salam bukan muslim sebegitu zaman sekolah dahulu. setelah meluas sedikit pembacaan, baru tahu cerita sebenar.

    sedih pula membaca ibu kak aliya seolah merajuk terus selepas 'terkena' sebegitu.

    ReplyDelete
  4. Salamualaikum kak,

    I think it's just a misunderstanding. The Quran says that if we are greeted by a greeting, than we are to reply with the same greeting or an even better one. You see..it makes it wajib to reply then :D.

    I heard the "waalaikum" reply was because the Prophet were once greeted by people with a bad greeting, so he replied that way.

    It's sad that your mom got such a response. It's great that she actually took the initiative to greet..

    ReplyDelete
  5. aslm wbt

    yup, muslims scholars still argue whether we can reply by saying "waalaikumussalam wbt" or juz "waalaikum".

    to read detail bout this matter, don't be shy to visit here http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/16/boleh-memberi-dan-menjawab-salam-bukan-islam/

    ReplyDelete
  6. eh...dulu ustazah nani kate, jwb waalaikum aje..taktau pulak boleh jwb penuh...em..

    ReplyDelete
  7. tak sepatutnya Aina membalas begitu. jika betul pun dia tak mahu menjawab salam tu, saya rasa dia tak perlu menjelaskan.. diam dan senyum lebih baik..

    saya sbenarnya merasa kagum dengan mak kak aliya. saya dapat rasakan dia ibu yang hebat di sebalik beberapa 'krisis' antara dia dan kak aliya sebelum ini..

    ReplyDelete