Monday, May 26

WAHAI DALILAH

Saya terjumpa sebuah buku tentang pengalaman seorang saudara baru. Nama asalnya Letchumi, kemudian ditukar kepada Dalilah Abdullah selepas beliau memeluk Islam.

Kisah Dalilah memang menyayat hati. Dibesarkan di sebuah estet, dia telah memeluk Islam seorang diri pada tahun 1977 ketika usianya 18 tahun. Setelah bergelar Muslimah, dia menumpang di rumah kawan Melayunya yang beragama Islam kerana tidak mempunyai tempat perlindungan yang lain. Keluarganya sudah tidak mengakunya sebagai saudara mereka. Malangnya kehadiran Dalilah sebagai seorang wanita di rumah kawannya (walaupun sebagai saudara baru Islam) telah menimbulkan fitnah di kalangan jiran-jiran yang terdiri daripada orang Melayu. Kononnya Dalilah cuba menggoda suami kawannya sehingga akhirnya dia telah dihalau oleh kawan-kawannya sendiri dengan sehelai sepinggang, tanpa sesen pun pada dirinya. Tiada siapapun di antara mereka yang sudah seagama dengan Dalilah menawarkan rumah untuk menumpangkan Dalilah, sebaliknya 'dia dianggap boleh menimbulkan kacau bilau dalam hidup mereka'.

Ketika itu Dalilah sudah hampir berputus asa terhadap sikap orang Melayu Islam terhadapnya. Dia boleh kembali kepada keluarganya dan kepada agama asalnya tetapi imannya kepada Allah swt masih kuat. Langkahnya telah membawanya ke rumah sepasang suami isteri Melayu yang tidak mempunyai anak perempuan.
Dia menyewa di rumah itu dan akhirnya menjadi anak angkat kesayangan mereka.
Namun begitu sekali lagi kehadiran Dalilah sebagai orang luar tidak disenangi jiran dan saudara mara pasangan tua itu kerana dituduh melebihkan Dalilah daripada saudara sendiri. Alhamdulilah, walaupun ibu bapa angkat Dalilah dicemuh dan dihasut, mereka tetap membantu, menyayangi dan memberi perlindungan kepadanya.

Di manakah Dalilah sekarang? Bagaimanakah Allah swt memelihara dan memberkati umat yang patuh kepadaNya sedangkan orang-orang yang mengaku umatNya menyisihkan Dalilah? Ikutilah kisah Dalilah seterusnya dalam buku bertajuk 'Dari kuil ke pangkuan Islam'.

13 comments:

  1. if i not mistaken, i've spoken with puan Dalilah last few weeks. Her full name is Dalilah Binti Abdullah @ Letchumi A/P Manikam rigt? i just can't guest she went through her life and i didn't know. i think she is only normal indian convert lady.

    ReplyDelete
  2. Salam ibrahim,
    Yes, that's the Dalilah Abdullah whose story has been published. Her story is an interesting one, although I'm sure if you meet her you'd never guess the difficult life & hardships she had gone through in the beginning years of being a Muslim convert. Please send her my greetings if you see her again :)

    ReplyDelete
  3. Puan Aliya,
    Di mana saya boleh dapatkan buku ini?

    ReplyDelete
  4. Saya pun tidak pasti, Encik Halim sebab buku yang saya baca ini bukan milik saya. Ia diterbitkan pada 2007 dan diedarkan oleh Sejati Abadan Enterprise. Mungkin boleh dijumpai di kedai buku Melayu atau perpustakaan awam.

    ReplyDelete
  5. Salam;

    "Two roads diverged at thirty-five, and I - I took the one less traveled by, and that has made all the difference."

    Miss my literature class! :)

    I'm a Muslim REVERT

    Yup, that's the most accurate one! Even as a Muslim, it really touched me when I used such jargon. Lot's better than convert.

    Mungkin Kak Alia boleh cerite skit orang kite yg suke label orang mualaf even dah berpuluh tahun masuk Islam. Walhal, para sahabah baru masuk Islam sehari, tak dilabel macam tue. Seolah-olah ada stereotype. Betul tak Kak Alia? Maaf la kalau pandangan saya salah.

    Jazakallahukhairankasira!

    p/s: tinggal di Penang di mana ya? saya di Cherok To'kun Atas, Bukit Mertajam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam
    Za'im,
    Well everything in this world bow and obey Allah swt - the sun, animals, our bodies- they're all Muslims. So it's only proper to use the term Revert as we return to worshipping Him.
    ya setuju dgn pendapat Za'im tentang penggunaaan mualaf tetapi itulah amalan masyarakat Melayu. Hendak diubah bukannya mudah, perlu byk pendedahan dan dakwah drp yg sudah sedar.
    Bagi akak, lebih baik lihat dari sudut positif. Saya tak marah dipanggil mualaf kerana ia merupakan satu dorongan utk saya belajar lebih banyak tentang Islam. Lagipun istilah Mualaf lebih mudah menarik perhatian orang, tambah mereka yg hendak menjalankan aktiviti dakwah. Lihat saja Ustaz Ridhuan Tee, Kamaruddin Abdullah, dll.
    oh ya.. all the best in your exams, Za'im. Semoga diberi kekuatan dan ketenangan semasa menjawab soalan exam :)

    ReplyDelete
  7. Puan Dalilah is currently going through hardship again but i guess what she has faced before is harder. she was a successful businesswomen through an MLM company SURECO but due to the collapse of the company network she has to start again with another MLM company DCL. but still she is driving her elegant Mercedes. i guess that is what humna can learn from hardship of life; determination.

    ReplyDelete
  8. Saya pernah terjumpa buku ini dan hampir membelinya (tak cukup duit waktu itu..)

    Hmm.. harapnya Kak Aliya akan publish buku sendiri berdasarkan pengalaman Kak Aliya sendiri(?)

    ReplyDelete
  9. Kak Liya,

    Saya suka mengumpul buku sebegini rupa.. boleh bantu saya dapatkan buku ini?
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  10. Humyrah,
    InsyaAllah buku tentang kisah saya sendiri, masih dalam proses,dan di dalamnya terdapat bberapa episod menarik yang belum saya postkan dalam blog..Doakanlah.

    Farah, malangnya buku kisah Pn.Dalilah ini memang jarang dijumpai, tambahan pula penerbitnya bukanlah penerbit terkenal. Namun begitu saya percaya jika iizinkanNya kita akan dapat membacanya kelak.

    ReplyDelete
  11. Subhanallah...... (maha suci Allah)

    I just read about Dalila, Dalila, and Dalila along the way of all the comments.. But then.. when Ibrahim did mention that Dalila active in Sureco... and driving Merz.. It just knocked my mind.. If she is the one that you meant... (if the one who staying in Sungai Petani, Kedah) Then it means that she is my sister in law's "mak tiri".. She was married to my sister in law's father until the father passed away... I just talked to her through phone in September last year... but I can't met her face to face for about 10 to 15 years since my childhood.. as I further my study, working etc.. Knowing her since my age about 6-7 years old.. (I cant recall the exact time..), I got no chance to get to know about her coversion into Islam.. Subhanallah again.. If then, I should contact Mak Ila (used to call her with this name) one day.. or maybe visit her when i go back to my home town.. I'm so happy!!! :D

    Thanks to everyone... Kecilnya dunia.... :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. so now you know Mak Ila's story, Myswar? She has two daughters with her husband(arwah)..and I think she's still in SgPetani, my hometown although I haven't met her in person :)
    And Myswar, my husband was saying that you could be his friend's son, if you're from Penang, hehehee.. ya, dunia ni memang kecil, milikNya..I'm in Sbrg Jaya

    ReplyDelete
  13. Hehe... I just asked my sister in law.. Yes, She iswith 2 daughters & my sister has the book (written by Dalilah Abdullah).. I'll borrow that book.. :)

    Correction. Not myswar. but Myzwar.. hehe.. never mind.. My original name is Mohammad Bin Abdullah.. but used to use mizwar/myzwar in dealing with internet.. :D

    Yes, I'm from Kepala Batas, Penang.. We shall meet Mak Ila together one day... :D

    ReplyDelete