"Nanti Ana call balik."
Saya berada di bilik ustazah. Hairan, bila pula ustazah saya tu bernama Ana? Mungkin nama glamournya?
Selepas beberapa minggu, barulah saya sedar rupa-rupanya 'Si Ana' itu maknanya 'saya' dalam Bahasa Arab.
Pada waktu awal-awal memeluk Islam, saya memang gelabah setiap kali disambut dengan ciuman ala Arab, iaitu 'muah-muah' dari pipi ke pipi. Hendak menolak nanti orang itu akan kecil hati pula, hendak ikut saya pula yang geli-gelaman :P Maklumlah, saya keturunan Cina; kami jarang menunjukkan perasaan di khalayak ramai. Sehingga kini saya masih was-was apabila hendak bersalaman dengan orang lain. Salam tangankah atau 'pipi ke pipi'? :P
Pergaulan saya dengan orang Melayu selepas saya memeluk Islam mendedahkan saya kepada beberapa golongan seperti orang kampung, group KARISMA, group JIM, ustazah sekolah dan lain-lain. Namun begitu, perbualan dengan group yang bertudung litup inilah yang paling menarik hati.
Mengapa?
Saya secara tidak langsung terpaksa belajar Bahasa Arab!
"Su.. apa maksud ukhwah?"
Saya baru menerima sms daripada seorang kawan.
"Tak taulah."
"Eh, awak bukankah orang Islam? Takkan tak tau?"
"Aliya... manalah saya tau.Saya tak belajar Bahasa Arab!"
Su dan saya terdiam sejenak.
"Nanti-nanti. Biar saya sms ustazah saya. InsyaAllah kita kan tahu juga maksudnya."
Ukhti. Ukhwah. Barakah. Jazakallah. Walahu'alam. Dan sebagainya.
Mungkin kawan-kawan baru ini menganggap saya sebahagian daripada mereka, maka tidak menyedari bahawa saya mungkin tidak memahami maksud perkataan-perkataan tersebut. Mungkin juga mereka sudah biasa menggunakan istilah-istilah tersebut sehingga ia wujud dalam perbualan harian mereka tanpa menyedari bahawa bukan semua orang tahu Bahasa Arab dan maksud perkataan tersebut ;)
Saya senyum setiap kali mendengar perbualan mereka atau membaca sms dan emel yang dihantar. Alangkah baiknya jika mereka menerangkan maksud perkataan yang digunakan agar saya juga dapat memahaminya tanpa perlu merujuk kepada kamus. Susah pula saya hendak menyoal mereka semula tentang maksud perkataan yang telah digunakan kerana faktor masa dan sebagainya. Agaknya kawan-kawan menganggap orang yang memeluk Islam ini memahami maksud perkataan Arab secara automatik? Maklumlah Allah memberi hidayah kepada kami maka mungkin kami yang tidak pernah ke sekolah agama atau belajar Bahasa Arab turut diberi antenna untuk memahami istilah Arab seperti usrah, istiqamah, dan quamullail secara automatik? Hehehee... memang pelik, bukan?
Yang menyedihkan, ramai yang tidak sedar tindak-tanduk ini secara tidak langsung menyisihkan orang lain yang tidak faham. Dakwah yang hendak disampaikan mungkin tidak kesampaian jika orang lain kecil hati kerana penggunaan perkataan yang agak asing. Mungkin perkataan-perkataan tersebut membawa maksud yang baik, yang susah hendak dijelaskan dalam Bahasa Melayu. Saya hanya mengagak kerana saya sememangnya jarang menggunakan istilah-istilah Arab tersebut. Namun begitu, nasihat saya kepada kawan-kawan yang sudah biasa menggunakan istilah-istilah Arab dalam perbualan harian, berhati-hatilah apabila berbual dengan orang lain. Mereka mungkin orang Islam, mungkin orang Melayu, mungkin saudara baru seperti saya tetapi bukan semua yang akan faham maksud anda itu.
Mengapa perlu menggunakan perkataan ukhwah untuk menggantikan perkataan persaudaraan?
Mungkin bagi anda yang mahir berbahasa Arab, itu lambang ketinggian ilmu dan kewarakan anda, tetapi bagi orang biasa, itu mungkin dianggap sifat meninggikan diri dan kegagalan berkomunikasi secara baik dengan orang lain, tambahan apabila perkataan-perkataan tersebut tidak diterangkan maksudnya kepada para pendengar atau pembaca.
Ini pendapat saya sahaja. Mungkin ada yang hendak menambah?
"Dui bu qi... xi wang ni pu shengqi "(Minta maaf... harap anda tidak marah.)
aslm wbt
ReplyDeletekak alya,
tentang maksud jazakallah, ia bkn bermaksud terima kasih. terima kasih dlm b arab ialah syukran.
jazakallah ialah doa yg nabi ajar bila kita dpt sesuatu dr orang lain. doa penuh ialah jazakallah khairan kathira yg bermaksud Allah memberi kamu kebaikan yang banyak.
mcm ukhwah, xd suruhan pun utk kita guna word arab2, so mcm jazakallah, assalamualaikum wbt, mmg nabi ajar gi2, dah termasuk dlm ibadah, tp mcm word2 ukhwah, ana anti anta, itu sume xd kaitan dgn ajaran Islam, ia hanya word arab.
Jadi berpada-padalah bila nak guna perkataan asing, mana2 doa yg nabi ajar tu maka memang eloklah kita kekal pd bahasa asal, tapi part2 lain tu gunalah bahasa yang orang sekeliling faham.
Kadangkala pening saya bila nak tarbiyah orang, kita dok suruh orang hafal istilah tu istilah ni, hafal apa definisi usrah, tarbiyah, ukhwah, akhawat, ikhwah entah apa-apa lagi. Ajar sahajalah Islam, tak payah sibuk-sibuk dengn istilah yang asing itu, samalah macam dok suruh orang belajar Math n science in English, kasihan budak yang suka sains tapi lemah english. Hehe saya dah mengarut pulak.
Assalamualaikum cikgu,
ReplyDeletesaya baru je tahu pasal blog ni dari kawan saya,dalam beberapa hari lepas.
mula2 rasa malas nak bukak sebab saya ni tak suka baca blog.
pastu,saya bukak gak sebab ramai kawan yang cakap blog ni best.Lps baca beberapa artikel,mmg betul apa yang kawan saya cakap.blog ni mmg best.pandangan cikgu pasal sesuatu isu sgt menarik.teruskan menulis,cikgu.
salam..
ReplyDeletehanya nak timbulkan persoalan..
kenapa kalau kita bertemu dengan orang bukan islam, kita mengucapkan "hello" atau "hai"?..
manakala kalau kita bertemu dengan saudara seislam, kita mengucapkan "assalamualaikum"...
pada pendapat saya, ungkapan "assalamualaikum" harus juga diucapkan kepada orang bukan Islam..sebab, perkataan itu sendiri lebih membawa maksud yang mendalam yakni yang bermaksud "salam sejahtera ke atas kamu"..bukankah ungkapan ini tidak banyak bezanya daripada "hello", "hye", dan sebagainya?..
tapi ini hanyalah pandangan dari saya, seorang hamba Allah yang tidak layak untuk berkata lebih mendalam dalam isu ni..
harap maaf.. and please correct me if i'm wrong..
salam..
=)
Waalaikumussalam Masri,
ReplyDeleteDulu "amoi" sekarang kak alya? hahaha.. dah naik status saya?
Rasa-rasanya eloklah awak emelkan saya maksud semua doa2 dan maksud perkataan yang disebutkan tu, lebih mudah. Boleh juga saya bantu kawan-kawan lain yang ternganga seperti saya, hehehee
memang sengaja ditimbulkan isu ii agar kawan-kawan lain sedar.
aslm wbt
ReplyDeleteahmad fairuz,
larangan itu krn ada hadith nabi melarang kita memulakan salam kpd bkn Islam. Ia berbeza dgn menjwb salam.
Kak Aliya,
ReplyDeleteAsalnya saya tak peduli akan bahasa Arab ni. Saya berpendapat, mereka yg suka sebut Arab ni adalah orang yang bijak pandai dalam Islam.
Tapi setelah saya sendiri 'terjebak' (dengar IKIM.FM, mendengar ceramah agama dll.), saya semakin suka kerana bahasa Arab adalah bahasa nabi. Ia bahasa yang indah.
... tak pernah terfikir pun saya yang orang lain akan pandang serong kalau kita guna bahasa arab.
ReplyDeleteterima kasih kerana memberitahu saya.
Ya humyrah,
ReplyDeleteMemang seronok belajar Bahasa Arab, tambahan jika tidak perlu menduduki peperiksaan.Akak pernah berhasrat belajar B.Arab sebagai satu subjek universiti (alasannya nak faham al-Quran)tetapi faktor masa dll tidak mengizinkan. B.Arab memang istimewa sebab itulah ia dipilih sebagai bahasa Al-Quran. InsyaAllah one day I'll learn Arabic :)
Rodhirejab,
Bukan tujuan memperli kawan-kawan yang pandai menggunakan istilah Arabic tetapi sekadar memberi peluang melihat sesuatu perkara dari sudut lain :) Yang paling penting adalah komunikasi dan mesej yang hendak disampaikan kepada para pendengar mencapai objektifnya. Jadi bila masuk kandang kambing, jangan pula menguak., hahahaa
salam..
ReplyDeletebuat saudara masri, terima kasih..
saya telah merujuk kepad beberapa buah buku, dan akhirnya telah menjumpai hadis yang saudara maksudkan itu..
"Janganlah kamu mendahului mengucapkan salam kepada orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kamu bertemu dengan salah seorang dari mereka, himpitlah mereka ke jalan yang sempit." (Abu Daud dan Tabrani, hadis hasan...
Dan seperti yang kita tahu, hadis hasan adalah hadis yang boleh diterima pakai dan diamalkan selepas hadis sahih. Maka, ada betul juga apa yang saudara bicarakan..
namun begitu, saya masih lagi menantikan jawapan dari beberapa orang yang lagi arif dalam hal ini. Diharapkan saudara dapat bersabar.. Insyaallah, kita akan temui juga kebenarannya..
Wassalam...
kak aliya
ReplyDeletealasan saya belajar bahasa arab pun sebab nak faham al-quran. walaupun x cukup mahir dan mendapat C (x dak rezeki. dah usaha dah T_T) dalam bahasa arab tinggi SPM, secara kasar, fahamlah apa yang dibacakan.
apa yang lebih menyenangkan apabila kita tahu mana hendak berhenti dan menyambung balik ayat tersebut :D.
Bismillahirrahmannirrahi..
ReplyDeleteSalam wbt semua,
saudara masri,
Mengapa TIDAK HARUS mmberi salam kpd orang kafir??
Kerana,
Ucapan KESEJAHTERAAN itu hanya layak pd mreka yg
Meyakini, mempercayai dan beriktikad bhw ALLAH shjlah tuhan yg layak disembah,
dan menyaksikan bhw Nabi Muhammad itu Rasulullah,.
hanya merekalah yg berada dlm KESEJAHTERAAN..(beragama Islam)
bukankah Islam itu bmaksud Sejahtera?
SEDANGKAN,
kaum2 yg kafir itu tidak lah pula di golongkan dlm orang2 yg sejahtera,
krn mereka berpaling dr Menyembah Allah yg Maha Esa
dan mndustakan nabi Muhammad sbg Rasul..
Seringkali ditegaskan oleh ALLAH dlm ALQURAN-
MAKA CELAKALAH GOLONGAN2 YG MENYEKUTUKANKU DAN BERPALING DARI AJARAN RASULKU..
dan mereka tidak lain dan tidak bukan ialah golongan2 kafir
Tidak Sejahtera lah golongan2 tsebut slagi
Tidak meyakini bhw ALLAH itu tuhan yg wajib disembah..
TETAPI,
Ini bukanlah brmaksud kita tidak boleh menegur non-muslim,
ISLAM sentiasa menyuruh agar kita Mnjaga Hubungan sesama MAnusia(HABLUM MINAN NASS)
Bagi tujuan itu,
digalakkanlah agar btegur sapa dgn ucapan
“Hello”,”Good Morning”, “Hi”
Wallahu’alam.
assalamualaikum kak aliya..
ReplyDeletesaya amat setuju sekali dengan pndpt k.aliya
ttg perkara ni.
sedangkan sy sendiri terjumpa blog ini
kerana mencari maksud jazakallah di google.com.
mengikut satu program agama
yg pernah sy sertai,kita mmg digalakkan
menggunakn bahasa yg mudah difahami ketika
ingin menyampaikan dakwah atau apa saja info.
Seperti sy yg berada di Korea ni,
golongan muslim Korea setiap kali brjumpa
dgn kami akn sentiasa membuatkn kami takjub dgn kuasa Allah.
Pegangan mereka pd agama Islam amat kuat tidak
spt kami yg tlh Islam sedari kecil lagi.
Walaupun kami boleh faham apa yg mereka cakap,
tp still mereka gunakn perkataan yg mudah utk
kami fahami bila nak smpaikn dakwah.
Ade kawan saya yg smpai menangis mengenang
betapa ceteknya ilmu agama yg ade pada diri
bila mndengar dakwah muslim Korea tu.
tidak prlu guna prkataan yg berbelit2 sehingga blh menyentuh hati mendengarnya.
Spt juga kita ingin mengajar sesuatu subjek kpd seorg pelajar,
tp kita menggunakan istilah yang tidak difahami olehnya.
Jadi walau sebyk manapun kita ajar,
pelajar itu tetap juga tak akan faham kan.?
Gembira dpt kenal dgn k.aliya melalui
penulisan blog ni.
Salam perkenalan~~^^
salam..
ReplyDeleteoh, apa yang berlaku kepada sunnymiso berlaku kepada
saya juga..
walaupun entry ni dah lama..
saya juga mencari maksud jazakallah...
herm.. jazakillahu khairun jaza'
Jazakillahu khair atas peringatan ini. Insha Allah akan kurangkan istilah Arab semasa berdepan dengan khalayak..
ReplyDeleteAssalamualaikum saudara/i seagamaku..
ReplyDeleteSy sndiri pun sedang mencari maksud "jazakallah" kt google. pendapat sy pulak.. ade -ve dan +ve kalo kite guna perkataan arab. yg -ve nye, mcm yg kak aliya hadapi ni la.. kesukaran memahami istilah... manakala yg +ve nye pulak, ia menjadikan kite ade smgt utk berusaha mencari ilmu. menuntut ilmu itu adalah wajib. me, personally mmg kurang arif ttg ilmu agama, apetah lg bahasa arab. tp alhamdulillah.. bile satu2 perkara yg sy xtahu, sy akan terus bertanya atau mencari penyelesaian sampailah sy benar2 faham. Moga Allah permudahkan.. InsyaAllah... Bahasa Arab itu indah... bahasa al-Quran..bahasa syurga... wallahualam~ (^_^)~**
salam puan,
ReplyDeletepost puan yang ini agak menarik hati : ) saya pun selalu menghadapi masalah seperti puan apabila ustaz2 gunakan istilah2 arab. saya dulu tak begitu faham dan kena tanya orang.
saudara saya seorang di sini muslim dari china wilayah gansu. dia pun sedang belajar bahasa arab tapi saya rasa kasihan kepada dia. bahan pembelajaran di usm ni dalam bahasa melayu.
bila saya dengar sebutannya saya berasa lagi lah simpati tapi kita tak boleh tunjuk sebab takut terasa hati saudara kita. mereka belajar baca surah al-Quran dengan dengar bunyi sahaja di china sana. tak reti baca huruf Arab walaupun sudah berkurun lamanya dari nenek moyang menganuti Islam. saya rasa muslimin dan muslimat yang berbahasa cina tidak kira di mana berperanan membantu sesama saudara kita dalam sama-sama memperdalam pengetahuan bahasa Arab dan al-Quran terutamanya dengan gunakan bahasa ibunda kita sendiri.
semoga dilindungi Allah SWT saudara saudari sekelian
-saya juga tergolong antara org Melayu yg berdekad2 dlm kerugian krn tdk pernah mmpelajari bahasa Arab, (terutamanya di zaman persekolahan),sehinggalah ke suatu masa yg menggerakkan hati saya mmpelajarinya!
ReplyDelete-semoga semua Muslim berusaha menguasai bahasa alQur'an ini seawal mgkn. Percayalah byk sekali manfaatnya.
-usaha ini boleh dilakukan mengikut kadar daya masing2...tetapi perlulah bersabar & dilakukan secara konsisten.
-Buat masa kini sdr2 mudah sekali mmpelajarinya dlm internet. Buku2 jenis "Arab made Easy" juga cukup senang didapati pd masakini berbanding dgn zaman lampau.
-Good Luck.
Waalaikumussalam semua yang komen,
ReplyDeleteMaaf, lewat membalas.
Saya pernah cuba mendaftar di USM untuk subjek asas Bahasa Arab,hehehe.. tetapi akhirnya mengambil subjek Mandarin[di sekolah belajar secara tak formal]. Alhamdulillah sekarang majalah Solusi membantu, ada ruang terjemahan istilah Arab-Melayu :)
s.i.r, saya sendiri mengambil masa lama untuk belajar menyebut Allah dengan betul, huhu.. maklumlah lidah Cina.
Assalamu'alaikum wbt.
ReplyDeleteJazakillah kak aliya kerana membuatkan saya sedar tentang perkara ini..memang saya akui bagi org yg sudah biasa menggunakan istilah2 'ukhuwwah', 'wallahu'alam', 'insyaAllah' dan sebagainya memang dengan secara tidak sengaja akan menggunakan kata2 itu dalam percakapan seharian. Kadang2 saya sendiri pun tak tahu sesetengah istilah yg digunakan, tetapi saya akan mengambil inisiatif utk mencatat perkataan yg saya tidak tahu itu dan terus bertanya kepada sesiapa yg mengetahui maksud perkataan tersebut. Tetapi ada sesetengah istilah memang kita sebagai orang Islam digalakkan utk menyebutnya seperti 'jazakallah' (utk lelaki)/ 'jazakillah' (utk perempuan) kerana ia merupakan doa yg Rasulullah ajar kepada kita. Seperti sebutan 'insya Allah' (maksud: dengan izin Allah) juga kita digalakkan utk menggunakannya apabila kita ingin berjanji dengan seseorang kerana Allah pernah menegur Rasulullah kerana tidak menyebut 'insya Allah' apabila baginda ingin menerangkan kepada orang Kafir Quraisy persoalan yg mereka utarakan kpd baginda (maaf, saya tak ingat peristiwa ini dalam surah apa)..bagi istilah 'ukhuwwah' pula, pendapat peribadi saya, berbanding menyebut 'persaudaraan', perkataan 'ukhuwwah' lebih masuk ke dalam hati..=') dan kadang2 sesetengah istilah arab tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa melayu kerana tiada perkataan yg sesuai dalam bahasa melayu yg sesuai dengan istilah tersebut. Contohnya ayat: 'ghirah kepada agama', 'ghirah' dalam ayat ini apabila diterjemahkan ia bermaksud 'cemburu'. Pasti pelik bunyinya apabila diterjemahkan kepada 'cemburu kepada agama'? Tetapi hakikatnya ayat ini bermaksud kita ghirah terhadap agama sehingga kita ingin menyebarkannya kepada orang lain supaya orang lain dapat merasakan apa yang kita dapat rasakan dengan kemanisan Islam ini..walaupun kita rasa pelik dengan istilah ini (kenapa gunakan perkataan 'cemburu', tidak guna perkataan lain?), tetapi inilah istilah arab yg digunakan utk mengekspresikan konsep ini kerana satu perkataan arab dapat memberi maksud yg banyak dan sesetengahnya dapat memberi maksud yg sangat mendalam berbanding jika ia diterjemahkan kpd bahasa melayu..
Mungkin selepas ini bagi sesiapa yg menyampaikan penyampaian di kalangan masyarakat perlu lebih peka tentang perkara ini. Tidak salah utk menggunakan perkataan ini, tapi lebih baik lepas mengucapkan perkataan2 tersebut kita sertai dengan maksudnya sekali..=')
Mungkin bagi pihak kita yg tidak tahu sesetengah istilah arab yg dituturkan oleh ustaz/ustazah, jadikan ia sebagai booster utk kita mengambil inisiatif utk mencari maksud2 perkataan tersebut dengan bertanya, mencari di dalam internet dan sebagainya. Ini juga akan menjadi salah satu 'learning process' bagi sesiapa yg tidak mempunyai kesempatan dalam menghadiri kelas bahasa arab. Bahasa arab merupakan bahasa syurga, jadi sebaiknya kita membudayakan penggunaan bahasa ini (seperti bahasa inggeris) supaya kelak kosa kata kita akan bertambah dan lebih mudah bagi kita utk memahami Al-Qur'an dan hadits..=')
Ini sekadar pendapat peribadi dari seorang insan yg lemah..saya mengalu2kan jika ada sesiapa yg ingin membetulkan pendapat saya jika pendapat saya ini salah..
Wallahu'alam (Allah lebih mengetahui [segala sesuatu])..^^
my own opinion,
ReplyDeleterasanya penggunaan arab tu lebih memberi feeling, kalau translate maksudnye seakan2 tak sampai.
as akak cakap "menyisihkan" org lain, sy rasa melihat kepada kumpulan sasar kot. kalau org yang kita nak dakwah kpd islam, kena pandai2 guna sebab dakwah tu kan berseni. however, bagi yg not 'against' islam, take it as lesson and opportunity to learn. tak perlu lag rasanya untuk rasa tersisih ke, kecik ati etc. etc. lihatlah daripada perspektif Allah nak kita memahami lagi agama.
=)
bagusnya nasihat drps Sarah Solehah.
ReplyDeleteLebih2 lagi datangnya drpd seorang "student"...
Kita yg lebih senior ini merasa begitu bangga sekali...
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya juga turut menjumpai blog ini dengan mencari perkataan 'jazakallah' di google.
Pendapat saya, bukan hanya orang yang baru memeluk Islam sahaja yg tidak tahu makna-makna perkataan bahasa arab, tetapi saya sebagai orang Islam sejak dilahirkan pun tidak memahami segelintir perkataan-perkataan yg sering saya amalkan.
Tetapi oleh atas kesedaran diri dan juga khuatir ditanya makna perkataan bahasa arab oleh kawan-kawan bukan Islam(saya bersekolah cina), saya mengambil kesempatan untuk lebih mempelajari makna perkataan bahasa arab agar tidak memberi maksud yang salah dan terpesong kepada orang lain.
Di atas niat ingin lebih mempelajari dan memahami makna bahasa arab menyebabkan saya terjumpa blog ini.
Sesungguhnya, ilmu Allah itu amat luas. Jangan jemu untuk mempelajarinya ya :D
Thanks others for sharing all your opinions, I will take noted about it!
situasi yg sama kepada saya suatu masa dahulu...
ReplyDeletetapi bukan dlm konteks bahasa/istilah arab...
persoalan yg sama kepada saya, akan org2 yg pandai berbahasa english,
secara x sedar mereka sangat banyak menggunakan istilah2 english yg byk. seperti i, u, u all maybe..itu kira snang..tetapi apabila perkataan2 yg sukar akan memeningkan org kampung mcm sy bila pertama kali berhijrah ke bandar...
jadi..nasihat yg sama juga harus diberikan kepada mereka yg bertutur dgn istilah2 english
kelebihan menggunakan istilah2 english ini pun ada, kerana ramainya org menggunakan istilah2 english ini, membuat sy terpanggil untuk belajar.
dan, adakah mereka yg bertutur menggunakan istilah english ini melambangkan ketinggian ilmu bahasa inggeris nya dan adakah mereka juga dipandang meninggi diri oleh golongan2 yg mmg buta english?
hanya Allah yg maha menyetahui segalanya..(wallahua'lam bissawa')
Assalamu'alaikum kak aliya....saya mohon keizinan untuk share artikel ini di laman fb saya sebab ia sangat berguna dan perkara inilah yang sememangnya memeningkan kepala saya...mungkinkah sudah jadi budaya Islam di Timur akan perkara ini?Adakah golongan2 agamawan ini tidak sedar akan perkara ini sehingga tiada langkah wajar diambil?...sesungguhnya kita dituntut mengajak kepada Islam,namun bila sudah keluar segala bahasa Arab,ia tidak bertepatan dengan matlamat sebenar dakwah Islam sekiranya orang yang didakwah itu tidak faham dengan maknanya.Apalah salahnya menyampaikan Islam itu dengan cara yang difahami masyarakat setempat.Sepatutnya pendakwah sedar akan hal ini.Contoh lain ialah imam selalu baca doa dalam bahasa Arab berjela-jela panjangnya,tapi maknanya kebanyakan makmum tak faham pun.Harap saya dapat share artikel kak aliya ini....terima kasih... :D
ReplyDelete