Thursday, May 29

DARURAT

Disember 2006. Saya benar-benar dalam dilema. Pendirian saya tentang kewajipan menutup aurat bagi wanita Islam diuji apabila saya diminta balik ke rumah Mak tanpa bertudung. Malu Mak dgn jiran tetangga jika mereka tahu anaknya sudah memeluk Islam; satu agama yg begitu banyak disalahertikan oleh masyarakat bukan Islam.

Saya dapat mengesan suara Mak yang dilanda masalah ketika berbual melalui telefon.
"Mak perlukan bantuan awak. Tapi balik tanpa memakai tudung!"

Mak sehingga hari ini masih tidak suka saya bertudung. Sebab tudung di kepala saja yang membezakan wanita Islam dengan bukan Islam. Sudah berkali-kaliMak pesan agar jangan balik ke rumah kalau saya bertudung, akan dihalaunya saya terus dari rumah. Saya sudah beberapa kali menerangkan sebab saya bertudung kepada Mak tetapi dia tetap dengan pendiriannya. Sehingga hari ini dia masih merungut setiap kali melihat saya bertudung.

Semenjak saya memeluk Islam sehingga bulan Disember 2006 itu, saya tidak pernah balik rumah keluarga kerana keselamatan saya sendiri tidak terjamin. Entah apa tindakan yang akan ayah ambil terhadap saya jika kami bertemu. Ayah yang panas baran boleh bertindak di luar jangkaan. Saya mungkin menjadi mangsa keganasannya atau lebih teruk lagi, Mak yang akan merana apabila saya meninggalkan rumah. Oleh yang demikian, demi keselamatan saya dan terutamanya Mak yang tinggal serumah dengan Ayah, selepas memeluk Islam saya tidak pernah berjumpa dengan ahli keluarga. Ayah juga tidak pernah mengungkitkan hal saya dengan Mak semenjak saya memeluk Islam. Bagi Ayah, saya telah menconteng arang di mukanya, maka saya bukan anaknya lagi.

Rindu pada Mak dan keinginan untuk menunjukkan kepadanya bahwa saya tetap sayang akannya walaupun sudah beragama Islam menyebabkan saya membuat keputusan nekad untuk balik ke rumah Mak, tak kira apa ancaman yang bakal saya terima daripada Ayah. Panggilan telefon daripada Mak sudah tentu bermaksud dia amat memerlukan bantuan saya. Mak masih sakit ketika itu, dan memerlukan ubat khas dari HUKM di Cheras. Mungkin saya diminta membantunya mendapatkan ubat-ubatan tersebut.

Tapi bagaimana harus saya pulang sedangkan saya tidak dibenarkan bertudung di depan Mak dan adik lelaki saya? Aku minta pendapat orang yang lebih arif. Aku rujuk al-Quran dan Hadis. Saya doa dan minta petunjuk dari Yang Maha Esa. Pelbagai pendapat dan cadangan yang diberi.
"Kalau dah sampai tahap ni, sudah dikira darurat," begitu kata salah seorang kawan saya. Akhirnya saya pulang juga. Saya berpakaian menutup aurat; berbaju blaus lengan panjang, berseluar panjang dan bertudungkan selendang tebal.

"Di manakah awak?"
" Tunggu saya di depan tandas awam dekat stesen teksi."
Syarat Adik pula, saya harus tidak bertudung ketika menumpang keretanya ke rumah Mak. Dia tidak mahu kawan-kawannya menuduh dia membawa perempuan Melayu. Oleh itu, saya menunggu sehingga Adik tiba, barulah saya keluar dari tandas awam itu dengan berselendang menutup kepala.
Adik merungut tetapi saya tetap dengan pendirian saya.
"Awak kata tak boleh bertudung. Saya bukan bertudung. Saya hanya berselendang."

Apabila tiba di pintu pagar rumah mak, barulah saya membuka selendang tersebut.
Oleh kerana hendak menjaga hati Mak yang belum memahami keperluan saya menutup aurat, sebab mahu kekalkan silaturrahim dgn ahli-ahli keluarga walaupun bukan seagama, supaya dapat saya perlahan-lahan terangkan apa itu Islam yang sebenar kepada ahli keluarga saya yang belum Islam, saya terpaksa membuka tudung. Seperti yang dijangka, Mak meminta bantuan saya mengambil ubat-ubatannya dari HUKM kerana dia yang masih sakit tidak dapat ke situ.
Kami makan di restoran KFC kerana itu sahaja tempat terdekat yang menghidangkan makanan halal. Saya agak kurang selesa kerana rambut masih terdedah. Syukur ketika itu restoran tersebut hampir lengang.

"Tetapi saya akan pergi ke HUKM dalam keadaan bertudung. Saya buka tudung ini pun sebab hendak berjumpa dengan Mak, selepas ini saya tetap akan bertudung kembali," saya memberitahu Mak.
"Pergilah, bertudung ataupun tidak. Awak saja yang boleh diharap untuk mendapatkan ubat dari situ," jawab Mak.
Alhamdulillah Allah swt permudahkan segala urusan saya di HUKM pada waktu itu. Saya berjaya mendapatkan ubat-ubatan Mak dengan banyaknya, melebihi jangkaan Mak.
"Memang kamu bijak memujuk doktor sehingga berjaya mendapatkan stok ubat yang banyak," puji Mak.

Selepas memeluk Islam dan sebelum memakai tudung, saya tidak berasa apa-apa perbezaan atau masalah sewaktu melamgkah keluar dari rumah.
Namun selepas membuat keputusan untuk menutup aurat, saya berasa amat janggal ketika berada di khalayak ramai walaupun sudah berselendang menutup kepala. Saya rasa diri saya masih terdedah dan belum lengkap berpakaian.

Alhamdulillah, hasrat saya untuk bertemu dengan Mak buat pertama kalinya selepas memeluk Islam sudah tercapai. Selepas itu, walaupun Mak dan Adik meletakkan pelbagai syarat dan mengkritik pemakaian tudung saya, saya tidak menghiraukan mereka. Semoga itulah kali pertama dan terakhir saya membuka tudung dan mendedahkan rambut di khalayak ramai.

9 comments:

  1. subhanallah!!!
    beruntung sekali akak dengan ujian sebegitu...

    ReplyDelete
  2. salam kak aliya

    terima kasih atas perkongsian cerita. nak mintak pendapat kak aliya berkenaan isu yg ditulis dalam blog Roslan SMS Corner (Setiausaha Akhbar PAS kalau tak salah) dalam membicarakan topik post yang berjudul "Apa masalahnya masjid untuk masyarakat Cina Malaysia?" di http://www.n32.blogspot.com/

    Tunggu perkongsian kak aliya kalau punyai masa.

    May Allah bless :)

    Sincerely,
    za'imyusoff

    ReplyDelete
  3. kak aliya

    bukan mudah untuk seseorang terima perubahan,tapi yang bakal memudahkan ialah dengan cara hikmah yang penuh kelembutan.InsyaAllah.

    As shown by our beloved prophet s.a.w. =)

    We're with you =)
    Slm.

    ReplyDelete
  4. salam kak aliya...
    this link may tell us that why woman should wear hijab... besides, there are some advantages of wearing hijab.. =)
    http://islamworld.net/docs/hijabvirtue.html
    thanks..
    wallahualam..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam
    za'id,
    Isu itu sudah saya jelaskan dalam pos terbaru hari ini.

    but i digress,
    Ya, setuju. Saya masih perlu belajar utk banyak bersabar walaupun saya berpendapat tahap kesabaran saya sudah meningkat :P

    fairuz,
    Yes, I have written a post about why I wear the tudung in an older post. Perhaps you should read it?

    Sorry I missed reading some earlier comments. That's why I added a widget to show recent comments :)

    ReplyDelete
  6. see this http://www.brad-sid.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. i prefer u this http://wardatuleintisar.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Ujian yang tak dilalui orang yang lahir sebagai orang Islam. but why don't you wear a sweater or any other garment which come with head cover. like the apparel use for jogging. i think with this kind of oufit you can still cover your aurat, your brother will say yes and your mother will also say ok. just my opinion

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    ibrahim,
    Thanks for sharing your opinion.Yes, that's a good idea which I had not thought of, since I don't own one of those windbreaker.
    Perhaps it'd be a good idea for other Muslim sisters to try wear it if they face the same problem as I did :)

    ReplyDelete