"Solat."
"Solat until 30 minutes? Don't lie to me."
Mereka tunduk.
Pelajar lelaki. Empat belas tahun. Bukan tak pandai tetapi kepandaian mereka disalahgunakan.
Saya memilih untuk tidak berleter.
Saya menyuruh mereka kembali ke tempat duduk. Mereka sudah jauh ketinggalan. Akibatnya mereka terpinga-pinga apabila diberi kerja bertulis. Mereka tidak tahu bagaimana menjawab soalan.
Oleh kerana bilik darjah tidak mencukupi, maka pelajar Tingkatan 1 dan 2 belajar pada sessi petang. Masuk kelas jam 1.15 pm dan pulang jam 6.35 petang, kecuali pada hari Isnin dan Jumaat mereka pulang pada jam 6.55 petang. Berlakulah waktu solat zohor untuk pelajar Islam sebelum waktu rehat, dan waktu solat Asar pada hari Isnin dan Jumaat pada jam 5.00 petang.
Malangnya waktu yang amat terhad di sekolah menengah mengakibatkan tiada peruntukan waktu khas untuk pelajar Islam mengerjakan solat. Mereka akan keluar untuk ke surau sekolah pada waktu-waktu tertentu yang dikhaskan oleh sekolah dan dipersetujui oleh PIBG. Waktu yang sepatutnya mereka sedang belajar di dalam kelas. Waktu mata pelajaran wajib.
"Teacher, nak keluar solat."
Ketua darjah meminta kebenaran.
Saya baru melangkah ke dalam bilik darjah itu. Sambil mengeluh, saya mengangguk.
"10 to 15 minutes only. Come back fast"
Pelajar-pelajar Islam pun keluar beramai-ramai ke surau. Surau yang kecil hanya dapat menampung sejumlah pelajar pada satu-satu masa. Oleh yang demikian waktu tertentu dikhaskan untuk setiap kelas. Ada pelajar yang tergesa-gesa ke situ dan ada yang berjalan perlahan-lahan. Saya tidak dapat mengikut mereka kerana tugas saya adalah mengajar pelajar-pelajar di dalam bilik darjah. Lagipun masih terdapat beberapa orang pelajar lain yang sedang berada di dalam bilik darjah.
Dalam satu waktu pembelajaran 35 minit itu, 15 minit digunakan oleh pelajar Islam untuk mengerjakan solat zohor.
Mereka tidak dapat mengikuti pengajaran di dalam kelas dengan sempurna.
Saya teruskan pengajaran dengan aktiviti melibatkan pelajar-pelajar bukan Islam.
10 minit berlalu.
15 minit.
Hanya pelajar-pelajar perempuan yang kembali ke bilik darjah.
20 minit.
Dua daripada sebelas pelajar lelaki kembali.
25 minit.
Masih tujuh pelajar lelaki Islam belum pulang dari surau.
"Where are your friends?"
Saya tanya dua pelajar lelaki yang pulang.
"Tak tau. Tadi kami pergi ke surau, kami berdua yang berada di situ untuk solat."
Aduhai. Rupa-rupanya pelajar-pelajar tersebut bukan sahaja ponteng kelas tetapi ponteng solat.
Waktu dikhaskan untuk mereka mengerjakan solat tetapi mereka menyalahgunakan kemudahan yang diberikan.
Sehingga loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu pengajaran saya, mereka masih belum pulang dari surau.
"Last time I didn't let them go for their prayers, but later one of the parents complained. When you allow them to go, this is what happens. They don't return to class."
Cikgu lain memberitahu saya. Beliau sudah hampir berputus asa terhadap kaki ponteng. Rupa-rupanya bukan saya seorang yang ditipu. Guru-guru lain sudah lali dan kebanyakan mereka tidak lagi mengambil berat akan hal ini. Mungkin bagi mereka, kurang pelajar di dalam bilik darjah, kuranglah masalah yang dihadapi ketika mengajar.
Saya dapati bahawa pelajar-pelajar tersebut ponteng kerana malas hendak membuat kerja bertulis; mereka mencari kesempatan untuk melepak di tempat-tempat yang jarang digunakan oleh warga sekolah. 'Markas' mereka berubah dari sehari ke sehari maka susah hendak dikesan.
Malang sekali mereka menggunakan alasan hendak mengerjakan solat untuk tidak belajar.
Malang sungguh jika mereka tinggalkan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan alasan hendak solat zohor tetapi pada hakikatnya solat tidak dikerjakan langsung.
Kasihan guru disiplin yang setiap hari terpaksa memegang rotan dan menghukum mereka yang berjaya ditangkap.
Kasihan ibu bapa yang bersusah payah mencari rezeki untuk menyekolahkan anak-anak mereka.
Bilalah pelajar-pelajar itu akan sedar bahawa tindakan ponteng mereka itu merugikan diri sendiri?
Bilalah anak-anak Islam itu hendak berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran seperti anak-anak bangsa lain?
Puan Aliya,
ReplyDeleteSaya rasa perkara ini perlu dibincangkan di peringkat sekolah. Saya fikir, sekolah perlu memperuntukkan waktu khas untuk solat, contohnya [sekadar cadangan] pukul 1.15 hingga 1.35 untuk solat zohor dan 5.00 hingga 5.20 untuk solat asar. Sesi pembelajaran boleh bermula pada pukul 1.35.
Apabila masa telah diperuntukkan, insyaAllah masalah seperti ini boleh dikurangkan.
Sudah dibincangkan tetapi oleh kerana waktu persekolahan sudah terhad (1.15 -6.35pm setiap hari dengan 20 minit untuk rehat, dan sehingga 6.50pm setiap Isnin & Jumaat)maka waktu pelajar Islam mengerjakan solat terpaksa dicuri dari waktu pembelajaran biasa. Jika diperuntukkan juga maka pelajaran dan guru akan pulang pada jam 7 malam setiap hari, dan boleh menjadi satu isu lain pula.
ReplyDeleteMasalah begini hanya boleh diatasi apabila sekolah mencukupi untuk dijalankan hanya satu sesi pembelajaran pada waktu pagi.
Pelajar Islam perlulah serius dalam hal ini, bukannya mengambil kesempatan untuk ponteng kelas :(
I teach continuing education courses for adults around the world.
ReplyDeleteI often get muslims in my class, mainly middle easterners. I normally schedule my lunch breaks to coincide with the zohor times for whereever I'm teaching.
I notice that in some cases they perform a jamak or some sort of integration of prayers to compensate for them potentially missing one.
Isn't this jamak an option for your problem?
I can't remember what the rules for this are - I was born and brought up muslim, but had my moment of clarity in my 30's have been since then atheist - hence other than the major practices, I don't recall what those special cases are.
Best regards,
X
Masalah pelajar keluar untuk bersolat bukanlah sesuatu yang susah untuk diatasi. Pihak pengurusan sekolah sepatutnya memastikan agar mata pelajaran elektif seperti musik atau pendidikan seni diperuntukkan bersesuaian dengan waktu solat. Guru juga boleh menjalankan aktiviti berkumpulan jika terpaksa. Ada banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan agar pelajar-pelajar yang keluar untuk bersolat tidak kerugian. Solat adalah WAJIB. Pada masa yang sama pihak pengurusan sekolah perlu memantau kehadiran pelajar di surau untuk memastikan yang mereka benar-benar menunaikan solat. Sebagai seorang guru muslim jangan pula nanti kita dituduh menyekat pelajar untuk bersolat. Guru juga boleh melepaskan pelajar-pelajar dalam kumpulan 5 atau 10 orang untuk solat sementara pelajar-pelajar yang laian akan menjalankan aktiviti kumpulan. Banyak lagi cara yang boleh dijalankan. Hanya memerlukan daya kreatif guru untuk melaksanakannya. Selamat mencuba.
ReplyDelete