Tuesday, June 30

ANGKAT

Adik angkat.
Abang angkat.
Kakak angkat.
Keluarga angkat.
Ahhh, mengapa orang Melayu begitu suka men'gangkat-angkat ini?
Tak nampakkah bahayanya, terutama kepada remaja perempuan?

Sarah menerima pelawaan Jefri untuk berkawan. Tetapi Jefri bersifat pemalu; dia hanya mahu berhubung melalui panggilan telefon dan sms. Jefri meminta untuk menjadikan Sarah sebagai adik angkatnya. Katanya, dia tidak pernah mempunyai adik perempuan, dan dia suka dengan sikap Sarah yang peramah. Sarah tidak kisah; baginya apa salahnya jikalau berkawan biasa? Lagipun dengan adanya seorang abang angkat, tentu hidup lebih bahagia dan menarik. Ohh, memang menarik! Selepas 3 bulan, Jefri abang angkatnya menyatakan bahawa dia sebenarnya jatuh cinta dengan Sarah, dan mahu menjalin hubungan yang lebih intim dengan Sarah. Rupa-rupanya ada benda lain yang turut ingin diangkatnya!

Kak Nora menjeling anak bongsunya, geram. Tidak pernah disangkanya Hani yang dihantarnya berkursus pada waktu cuti sekolah, telah berkenalan dengan seorang jejaka tanpa pengetahuannya. Sekiranya pihak sekolah tidak menelefon, mungkin dia masih tidak mengetahui rahsia itu. Entah dari mana munculnya seorang lelaki dewasa yang mengaku dirinya sebagai abang angkat Hani. Mujurlah lelaki itu jenis yang jujur, datang ke rumah untuk memperkenalkan dirinya kepada mereka sekeluarga. Kalau dia berniat jahat, mungkin telah rosak Hani diperlakukan oleh lelaki yang di-abangangkat-kan oleh anak perempuannya itu.

"Saya tak izinkan!" Puan Maria memberi kata putus. "Saya tak izinkan dia menerima sebarang pemberian kamu."
Dijelingnya wajah Munirah yang pucat lesi, dan wajah lelaki yang baru dijumpainya. Dilihatnya wang yang masih di dalam genggaman lelaki tersebut.
"Kamu tidak ada sebarang pertalian persaudaraan. Dia bukan muhrim kamu, tak sepatutnya kamu berhubung melalui telefon, apatah lagi untuk kamu memberinya apa-apa benda tanpa kebenaran ibu bapanya. Jangan datang ke sini lagi sekiranya kamu ambil berat tentang masa depannya. Kamu berdua masih belajar, tumpu pada pelajaran kamu sekarang. Kalau kamu hendak berjumpa, buatlah dengan cara yang elok dan ikut syariat Islam; pergi ke rumahnya dan berjumpa dengan ibu bapanya. Jangan adakan perhubungan tanpa restu ibu bapa dan jadikan tempat ini sebagai tempat perjumpaan kamu, faham?"
Dalam hati, Puan Maria berisghtifar. Menahan marah dan geram. Tidak pernah disangkanya bahawa Munirah yang duduk di sebelahnya itu berani bertindak begitu. Bodoh bendul pula nampaknya lelaki muda yang sanggup datang dari jauh untuk memberikan 'sedekah ikhlas'. Syukur alhamdulillah, Allah swt tentukan perkara itu sampai kepada pengetahuannya; jika tidak entah apa yang bakal berlaku. Aduh, dunia sekarang.
Sah, perhubungan 'angkat-angkat' di antara 2 insan berlainan jantina hanya mengundang masalah!

Mengapakah perhubungan abang angkat-adik angkat perempuan, hubungan bukan muhrim terutamanya tanpa pengetahuan ahli keluarga masing-masing, begitu sinonim dengan budaya orang Melayu?

Monday, June 29

REZEKI

Pada pagi ini, entah mengapa mata saya tertarik melihat peti surat di sekolah. Ahh, ada surat rupanya!
Saya yang jarang bersikap 'Kay-po-chi' [busybody] tiba-tina tergerak hati pula untuk mengeluarkan surat-surat yang berkemungkinan sampai ke sekolah pada lewat petang hari Sabtu yang lalu. Satu bungkusan besar tersekat di dalam peti tersebut. Saya tariknya keluar daripada peti surat perlahan-lahan. Ah, untuk saya rupanya!

Alhamdulillah, rezeki saya bertambah dari sumber yang tidak disangka-sangka. Hadiah kain daripada Umijah rupanya. Rakan blogger yang tidak pernah bersua muka tetapi dekat di hati, melalui sms. Ketika saya melawat Segamat, kami tidak berpeluang bertemu. Benda yang ingin disampaikannya akhirnya tiba ke tangan saya juga melalui pos. Terima kasih banyak-banyak Umijah. Wah, bakal bertambahlah koleksi baju yang menutup aurat untuk ke tempat kerja. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

Terbeliak mata apabila melihat skrin ATM petang tadi. Benarkah? Sekiranya benar, syukur alhamdulillah. Lega. Tunggakan gaji melebihi jangkaan saya. Baru semalam saya mengadu padaNya memohon rezeki tambahan dari sumber yang halal bagi menampung perbelanjaan untuk rumah baru, pada hari ini sahaja rezeki datang bergolek. Sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah. Hilang sedikit tekanan. InsyaAllah bolehlah fokus kepada persediaan untuk ceramah yang bakal disampaikan Jumaat ini [satu cabaran baru kerana pendengar pelajar sekolah menengah; fokus juga berbeza berbanding syarahan yang lalu]
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulilllah.

Sunday, June 28

UBAT MALAS

"Kamu malas nak belajar, ubatnya satu sahaja. Itupun kalau kamu nak cuba," saya berbual dengan pelajar.
"Apa dia, cikgu?" tanya seorang hero yang sering memeningkan kepala guru-guru yang mengajarnya. Ahh, alhamdulillah 'angin'nya baik pula pada hari ini. Terima kasih, ya Allah.
"Bila kamu rasa malas dan tak mahu belajar, kamu bercakaplah dengan Allah. Kamu orang Islam bukan? Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, bukan? Janji Allah kepada kita umat Islam, Dia akan menjawab segala permintaan kita padaNya, bukan?"
"Err, ya.. "

"Maka apabila kamu malas nak belajar, rasa malas nak datang ke sekolah, bercakaplah dengan Allah. Katakan,'Ya Allah, saya malas nak belajar, tapi saya nak lulus peperiksaan. Ya Allah, saya kasihankan ibu bapa saya yang bekerja siang malam dan keletihan untuk menyekolahkan saya dan adik-adik saya. Kasihan ibu bapa saya yang bekerja menyara keluarga kami. Saya tahu mereka mengharapkan saya lulus dengan baik dalam peperiksaan, saya tahu mereka akan gembira bila saya dapat pekerjaan yang baik selepas saya tamat persekolahan. Tapi Ya Allah, saya malas sangat nak belajar. Saya tak faham apa yang cikgu saya ajar sekarang kerana saya sudah banyak ketinggalan. Saya juga malu nak tanya cikgu kerana saya takut cikgu akan marah dan sindir saya kerana selama ini saya pelajar yang malas dan banyak bermain."

Saya melihat mereka tersenyum sinis. Segala perbualan telah terhenti, apabila saya bersuara.

"Katakan lagi, 'Allah tolonglah saya. Saya takut gagal dalam peperiksaan SPM, saya tak mahu hampakan ibu bapa saya. Saya tak mahu bapa saya malu dan ibu saya menangis kerana kecewa dengan keputusan peperiksaan saya yang teruk. Tolonglah saya, Ya Allah, kerana saya hanyalah seorang hambaMu yang lemah. Kaulah Yang Maha Berkuasa. Berikanlah kekuatan kepada saya untuk menjadi pelajar yang baik. Tolonglah saya berubah dari pelajar yang malas kepada pelajar yang rajin dan mudah memahami ilmu pelajaran. Saya mahu mnjadi pelajar yang baik, Ya Allah. Saya mahu lulus peperiksaan dengan baik dan membahagiakan ibu bapa saya dengan keputusan peperiksaan saya. Bantulah saya, Ya Allah kerana saya tidak tahu apa yang saya harus lakukan.' "

Saya berhenti bercakap. Mereka masih diam. Kelihatan ada yang mengelamun. Hero yang bercakap banyak cuba ketawa tetapi kurang meyakinkan.

"Cuba kamu bercakap seperti yang cikgu katakan tadi apabila kamu malas nak belajar. Beritahu Allah yang kamu malas nak belajar, minta izinNya untuk kamu menonton TV dan buat kerja lain dulu. Tiada yang dapat menolong kamu kecuali Allah swt. InsyaAllah cikgu yakin Allah akan bantu kamu jikalau kamu meminta dengan ikhlas setiap kali kamu berasa malas nak belajar."
Hahaahaaaa.. satu perubahan paradigma. Terkejut mereka. Setelah bertahun-tahun disuruh oleh guru-guru lain supaya diri sendiri menjadi lebih rajin lagi untuk maju dalam pelajaran, mungkin itulah kali pertama mereka disuruh meminta pada Allah kerajinan untuk belajar setiap kali mereka bersikap malas!
Memang ...
Hari-hari cikgu menasihati pelajar supaya belajar dengan rajin.
Hari-hari cikgu menyuruh pelajar supaya menyiapkan kerja sekolah, supaya menghadiri kelas tambahan dan supaya berubah sikap dari malas kepada rajin. Hari-hari cikgu menyatakan bahawa usaha tangga kejayaan.
Tetapi jarang cikgu menunjukkan bagaimana mahu menjadi rajin. Bagaimana seorang pelajar yang bertahun-tahun bersikap malas dan sambil lewa terhadap pelajaran boleh tiba-tiba berubah menjadi pelajar yang sayangkan ilmu dan rajin belajar?
Bagi segolongan pelajar yang sudahpun berusaha, yang sudahpun rajin tetapi masih gagal, yang mahu rajin tetapi masih berasa malas, yang kurang motivasi untuk mahu berubah sikap kepada positif.. semua nasihat, teguran dan sindiran guru dan ibu bapa sudah menjadi basi.
"Cikgu kata kena usaha tetapi saya sudah pun berusaha, masih gagal juga. Malaslah nak usaha lagi!"
"Cikgu kata mesti siapkan kerja sekolah tetapi saya malas nak buat. Saya lebih gemar menonton TV. Tonton Tv lagi seronok. Lagipun saya dah biasa dimarahi cikgu, kena sekali lagi biasalah.."
"Peperiksaan SPM masih lama lagi. Saya nak enjoy dulu. Sebulan sebelum periksa, barulah nak studi betul-betul.."

Kita perlu memberi motivasi berbentuk kesedaran diri akan tanggungjawab mereka sebagai anak, pelajar dan [bagi yang Islam] hamba Allah yang lemah. Keinginan mahu enjoy, mahu melepak, bercouple, merempit dan segala sikap negatif yang kurang disenangi hanya mampu dibendung sekiranya anak-anak dan pelajar sering diingatkan tentang harapan ibu bapa dan guru serta adik-adik mereka yang mahu melihat mereka berjaya dalam pelajaran dan mendapat pekerjaan yang baik. Tatkala kita menyuruh mereka belajar dan memantau kegiatan mereka, perlulah kita ingat bahawa perubahan sebenar dan yang kekal datangnya perlulah berlaku dalam diri anak itu sendiri. Tiada yang lebih berkuasa dalam mengubah sikap manusia kecuali Allah swt, Tuhan segala alam.
Saya yakin, mereka yang bermasalah tetapi masih sayang keluarga, dan ingat diri adalah orang Islam, boleh berubah ke arah kebaikan.
Hati yang sentiasa mengingati Allah akan memilih jalan yang lurus, insyaAllah.

Nota: Membuat persediaan untuk sesi ceramah kepada pelajar perempuan. Semoga Allah swt memberi pedoman dan mempermudahkan segala urusan ceramah dakwah yang bakal disampaikan, ameen. Saya memohon keredhaan dan bimbinganNya.

Saturday, June 27

MARKAH

"Mari masuk, nanti mak bapa kamu datanglah.." saya memanggil pelajar yang berdiri di pintu.
"Cikgu, pukul berapa sekarang? Bapa saya kata akan datang selepas pukul 1."
"Sekarang baru 1.10 petang, kejap lagi sampailah," saya cuba tenangkan pelajar yang kelihatan semakin gelisah.

Hari ini ada program khas di sekolah. Ibu bapa atau waris dijemput ke sekolah untuk menerima kad pelaporan anak-anak dan bertemu dengan guru. Inilah peluang untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah pembelajaran anak-anak. Saya menunggu kehadiran mereka. Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan.

Ibu bapa yang hadir kebanyakannya mempamerkan wajah yang agak tertekan. Risau keputusan peperiksaan anak menghampakan. Para pelajar apatah lagi; takut dimarahi kerana gagal dalam beberapa mata pelajaran. Tugas saya adalah untuk menenangkan mereka dan memberikan kata-kata motivasi agar mereka pulang dengan harapan baru, di samping membincangkan sebarang masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar.

"Ambil sendiri kad kamu, serahkan kepada mak/ayah kamu," saya berikan arahan sambil tersenyum memerhatikan tangan-tangan yang menggeletar menghulurkan kad pelaporan kepada ibu bapa mereka, di hadapan saya selaku guru kelas. Jikalau selama 6 bulan mereka agak cuai ataupun lupa akan tanggungjawab sebagai pelajar dan anak, insyaAllah hari ini saya mahu mereka sedar tugas mereka sebagai anak kepada ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk pelajaran anak-anak. Melihat sendiri wajah hampa ibu bapa yang menerima kad dan mendengar komen guru kadang-kadang mampu menginsafkan pelajar.

Pada hari ini, saya berpeluang mengenali lebih dekat lagi pelajar saya dan masalah yang mereka hadapi dalam pelajaran. Alhamdulillah banyak perkara yang dibincangkan. Banyak cadangan dan nasihat yang disampaikan, pertemuan serampang dua mata dengan satu tujuan - kejayaan akademik, pemupukan sahsiah dan peningkatan motivasi anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran.

"Banyakkan solat sunat, belajar dengan teknik yang betul, rajin bertanya guru dan berikan perhatian semasa pembelajaran. Sebaik-baiknya bacalah doa dahulu sebelum menjawab soalan peperiksaan supaya hati lebih tenang ketika peperiksaan." Itu nasihat saya kepada pelajar pintar. Kepada pelajar bertaraf galus, cara pendekatan yang berlainan pula diperlukan.

Teringat saya satu persoalan yang ditujukan oleh seorang bapa." Bagaimana hendak memberi nasihat kepada anak-anak supaya mereka mahu belajar tanpa disuruh? Saya tak dapat pantau mereka setiap masa. "

Ahhh, siapa boleh jawab? Mungkin jawapan anda lebih baik daripada yang saya berikan.

Friday, June 26

THEN THEY WERE SILENCED


Before:
She knew that they were talking about her behind her back. The cowards! They were not bold enough to face her with their complaints and dissatisfactions. Yak-yak-yak behind her back, making faces, because she was more popular and more knowledgeable. After all, she worked harder than anyone else, making small sacrifices of her time to find books at the library and being willing to go an extra mile to help her lecturers in their work. She didn't bother about their gossips but the signs were obvious.
They talked. Perhaps it's ok to talk because she was not a Muslim, unlike them. Perhaps the fact that she was a kafir, made it ok for them to point fingers at her mistakes. After all, it's one thing to talk bad about a fellow Muslim brother or sister, but the religion didn't mention that it's wrong to talk bad about a kafir.. or is it?

Then..
She reverted to Islam.
And they were shocked into silence.
They were once again silenced when she began to appear in public in a hijab, and covering her aurat.
They began to feel uncomfortable beside her, as she appeared to be more of a Muslimah than they were.

And..
She began to wonder, why the long silence whereas there had been gossips about her before?
Is the fact that she had become a Muslimah changed their stance?
Were they silenced because she is no longer a kafir but a fellow sister in Islam, and that fact had disallow 'ghibah' in their part?

Oh sisters and brothers in Islam, beware of thy tongues!
Remember that you are the khalifah of Allah in this temporary world, and each of you are responsible for your actions. That includes the task of spreading the words of Islam to everyone, Muslims and nonMuslims. Do you think that by talking bad about a nonMuslim, backstabbing and gossipping about them, will make them attracted to Islam?
What would your answer be to Allah All Knowing, when the same person complained before Allah,"The reason why I never wanted to know/convert to Islam is because I'm disheartened by [your name] actions towards me!"
The fact that you have backstabbed another sister or brother, an action which you may think is all right as they're not 'one of you', not Muslims, is answerable in akhirat, especially if you have failed to seek their forgiveness.
Allah swt has forgiven their past sins upon their reversion to Islam but your own sins may have yet to be forgiven.
Beware!
A nonMuslim or kafir today might be a Muslim brother or sister tomorrow.
Please don't be proud of the fact that you are a Muslim today and they're not.
It doesn't give you the liberty to say bad things about them, giving excuses that it's ok since they're nonMuslims.
That fact may change, according to Allah's will.
You might stand tall today but you might be humbled tomorrow, if that's what Allah wants.
Wallahu'alam.

Wednesday, June 24

WELCOME, REJAB

Assalamualaikum,

How fast time flies!
It's once again the month of Rejab. That indicates that there's 2 more months before the start of the fasting month, Ramadhan.

I welcome Rejab with open arms. InsyaAllah life will take a turn for the better. We will always be tested, and particularly so in these important months before syaitan are chained up during Ramadhan. I know, I've gone through much during Rejab and Syaaban every year since my reversion to Islam. However, the tests that we face will also bring us closer to Allah, as we discover new ways to communicate with Him and gain new knowledge in the process.
I wish you all the best in your learning process. May Allah swt keep you safe from harm, strong in iman and forever striving to be a better Muslim/
Muslimah.

By the way, please don't believe too much about the myths of Rejab, as the chain mail is being passed around without the senders checking for its authenticity.
Remember everything you do including fasting during Rejab, do it sincerely for the sake of Allah, because you love Allah and Rasulullah saw, and want to gain His blessings [keredhaan]. Please check your intention when you fast. Do not to fast for reward - Islam is not about bargaining; we shouldn't think along this line - if I do this, I get that. If we think along this line... do a thing for Allah's reward, then we are no better than the kufur. Just ask yourself - if there's no reward for fasting during Rejab, would I fast? And why would I fast?

Ya Allah, may You keep us strong in faith during this testing month of Rejab. Help us from being fooled by the beauty of this temporary life and help us to prepare spiritually, mentally, physically and emotionally for the coming month of Ramadhan. Thank you for all Your blessings. Ameen.

note: A look at the calender reveals some 'still-unsettled debts'.. ayoyo!!

Tuesday, June 23

LELAKI BERGELAR SUAMI

"Aliya, apa beza suami Cina dengan suami Melayu?"
Tiba-tiba Prof Muhd Kamil bertanya.
"Ohh.. banyak bezanya Prof!" saya menjawab secara berseloroh sambil menjeling ke arah suami saya.
Mereka yang lain ketawa mendengar.

Lelaki bergelar Suami, isteri mana yang tak sayang? Kadang-kadang marah, kadang-kadang geram. Sayang dan cinta tetap ada, sehingga saat seorang berkata sayonara.
Alhamdulillah. Saya yang bersuamikan lelaki Cina beragama Budha sebagai suami pertama dan suami berbangsa Melayu beragama Islam sebagai suami sekarang [insyaAllah semoga rumahtangga ini berkekalan sehingga akhir hayat kami] ternyata dapat mengalami perbezaan penghidupan sebagai isteri dalam kedua-dua perkahwinan tersebut.

Beza yang utama adalah panduan hidup berumahtangga.
Untuk orang Cina, tiada manual dan panduan pergaulan suami-isteri. Ikut suka hati masing-masing. Lagipun sami-sami dan rahib-rahib Budha tidak berkahwin. Tiada satu ikon yang boleh dijadikan model pasangan suami-isteri yang ideal. Oleh kerana kebiasaan perkahwinan atas dasar suka sama suka dan bercinta, kemampuan perkahwinan itu bertahan bergantung kepada pegangan hidup dan kepercayaan pasangan itu sendiri. Ada yang bertahan sehingga ke anak cucu, tidak kurang juga yang tumbang di pertengahan jalan. Kecurangan dan perceraian dilihat dari sudut menjatuhkan air muka pasangan. Suami yang memukul isteri tidak dikategorikan sebagai kesalahan kerana memang tiada peraturan khas bagaimana suami harus melayani isteri dan begitu juga sebaliknya.

Apabila saya mula-mula membaca buku agama, saya amat tertarik dengan panduan berumahtangga untuk suami isteri yang beragama Islam. Oh, tidak pernah saya angka bahawa Islam mempunyai garis panduan yang begitu lengkap untuk sesebuah rumahtangga. Dari ijab kabul sehingga adab bersama suami/isteri dinyatakan dengan lengkap. Hak-hak isteri dan hak-hak suami dinyatakan dengan jelas. Saya terpegun. Inilah satu keindahan Islam yang saya lihat; bukti bahawa Islam agama yang syumul. Mana ada lagi agama yang menggariskan tatatertib di antara suami isteri sebagaimana yang diajarkan oleh Islam?

Tapi bilangan pasangan Melayu yang bercerai amat tinggi! Ah, itu kerana mereka Melayu tetapi tidak semua Melayu berpegang kepada Islam sebagai panduan hidup berumahtangga. Saya percaya mereka yang berpegang teguh pada ajaran Islam akan berusaha mempertahankan rumahtangga masing-masing daripada roboh. Ramai yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mengadakan majlis perkahwinan tetapi kurang yang sanggup menghabiskan masa membaca buku-buku Islam tentang panduan berumahtangga atau mendalami ilmu agama untuk menjadi suami isteri yang soleh.

Oh, banyak sekali beza seorang suami Muslim yang berpegang pada al-Quran dan hadis sebagai panduan hidup berbanding dengan suami bukan Islam yang melakukan sesuatu perkara mengikut citarasa dan suara hatinya. Beza juga dengan seorang suami Muslim Mukmin dengan yang hanya Islam pada nama sahaja. Oleh yang demikian, berhati-hatilah memilih suami. Suami yang baik tidak semestinya seorang ustaz tetapi perlulah seorang yang beriman dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya.

Saya bersyukur... alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulilllah.

Monday, June 22

BE POSITIVE

"Aliya, **** nak jumpa sekarang!"
Arahan yang diberikan agak mengejutkan; tetapi saya seperti biasa cool saja, walaupun langkah ke pejabat dipercepatkan.
Dalam kepala berfikir.. Ada pelajar barukah? Ada kes disiplin pelajarkah? Ada kursus yang perlu dihadirikah? Ada ibu bapa nak jumpa sayakah?

Ahhh, semuanya ternyata meleset. Rupa-rupanya ketidakhadiran saya di sekolah pada Sabtu lepas menjadi tandatanya banyak pihak. Salah saya juga; keadaan yang amat sibuk pada minggu lalu, menyebabkan saya tidak berkesempatan memberitahu sekali lagi kepada pihak pengurusan tentang syarahan saya yang bakal diadakan itu. Surat pelepasan untuk saya ke UiTM sudah lama dihantar dan diluluskan oleh pihak pengurusan sebenarnya. Tiada masalah, cuma ada sedikit salah faham dalam komunikasi.

Lagipun, saya sengaja tidak mahu membesar-besarkan hal saya ke UiTM sebagai penceramah bebas. Hanya segelintir sahaja di sekolah yang tahu aktiviti sampingan saya ini [menulis blog dan memberi ceramah]. Di sekolah, saya lebih suka hanya dikenali sebagai guru biasa. Keeping a low profile, hehehe.

Tapi biasalah, rambut sama hitam hati lain-lain. Saya tidak mahu menuduh siapapun. Ia isu yang kecil tetapi bakal menimbulkan fitnah sekiranya tiada tindakan awal diambil. Mujurlah pihak pengurusan cepat bertindak. Mulut-mulut orang yang mengata dan jari-jari yang menuding susah hendak dikawal. Saya disoal dan saya berikan jawapan sambil tersenyum. Kes berpihak pada saya. Kasihan pihak pengurusan yang sibuk dengan pelbagai perkara yang memerlukan perhatian mereka, ditambahkan pula dengan perkara yang remeh begini.

Yang saya kesalkan adalah, tiada sesiapapun yang datang bertanya mengapa saya tidak hadir ke sekolah pada hari Sabtu lepas. Sehingga sekarang. Tiada sms atau panggilan telefon susulan untuk mendapatkan kepastian. Bukannya susah untuk menelefon atau mengirim sms; lagipun nombor telefon semua staf sekolah telah siap dicetak dan diedarkan kepada semua. Namun hanya aduan yang disampaikan kepada pihak pengurusan, terhadap mereka-mereka yang tiada. Apakah mereka yang mengadu itu berjumpa dan bertanya kepada orang yang berkenaan? Bagi saya tiada.

Saya percaya gejala ini berlaku di mana-mana institusi. Cuma saya harap keadaan ini akan berkurangan, insyaAllah. Semua orang ada hal masing-masing; sekiranya mahukan kepastian,bertanyalah. Berhubunglah dengan baik. Bukankah semua yang beragama Islam bersaudara? Mengapa hanya berkata-kata di belakang tetapi mendiamkan diri bila bertemu muka? Bukankah itu sifat hipokrit?

Dalam dunia yang serba canggih, banyak yang boleh dilakukan; telefon, sms, emel dan bertemu muka ke muka. Elakkan daripada cepat berburuk sangka. Saya sikit pun tak marah dengan perkembangan ini, cuma saya terkilan. Tidak pernah dan tidak berniat bermusuh dengan sesiapapun tetapi nampaknya ada yang kurang senang dengan saya. Nampaknya ada ujian dan cabaran baru sekembalinya saya dari Segamat.

Alhamdulillah, Allah swt membantu dalam hal ini. Entah mengapa suara saya mendesak saya membeli sedikit cenderahati untuk dibawa balik ke sekolah. Dodol dari Segamat. Tak boleh bawa balik durian Segamat, dodol pun jadilah.
Dengan 2 kotak dodol yang siap berbungkus plastik kecil, saya edarkan.
"Durian Segamat tak boleh dibawa naik kapal terbang. Ni saya bawa dodol durian, rasalah, sedap..."
"Aliya buat apa di Segamat?"
"Saya dijemput sampaikan ceramah di UiTM pada Sabtu lepas."
Ahhh.. terpaksalah saya hebahkan aktiviti yang dilakukan di sana, agar mereka tahu mengapa saya tidak hadir ke sekolah. Tidak boleh berahsia lagi. Saya ceritakan rasa syukur dapat berjumpa dengan begitu ramai saudara baru di sana dan rahmat Allah yang mengizinkan saya menyampaikan syarahan di sana.

Saya tahu selepas ini akan bertambahlah cabaran baru apabila semakin banyak mata-mata memandang dan menilai diri yang serba kekurangan ini. Tak apalah. Cabaran dan ujian adalah nikmat Allah yang tidak ternilai. Saya bersyukur kerana mampu bersabar dengan keadaan ini. Kalau dulu sebelum Islam, saya mungkin telah marah dan mencari siapa dalangnya, tetapi kini saya serahkan kepada Allah untuk menghakimi. Dialah yang Maha Adil. Ini juga pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati.

Ya Allah, jauhilah saya dari sifat sombong dan riak. Saya tidak mahu menunjuk-nunjuk dan membesar diri. Saya lebih senang hidup dalam low profile tetapi sekiranya segala peristiwa yang berlaku dan bakal berlaku ketentuanNya untuk mendidik saya dan memperbaiki diri saya, saya redha. Saya ingin menjadi Muslimah yang cemerlang, isteri yang solehah, guru yang cemerlang, dan anak yang baik.

Saya mohon keampunanNya dan bimbinganNya.

Saturday, June 20

SYARAHAN INTELEKTUAL SIRI IV

Syukur alhamdulillah.
Walaupun agak kelam-kabut saya dan suami bertolak dari rumah ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, kami berjaya menaiki kapal terbang ke KLIA dengan selamat.
Setibanya di KLIA, kami disambut oleh pemandu UiTM, En.Aziz dan pegawai perhubungan awam, En.Said. Hampir tengah malam, barulah tiba di UiTM Segamat, Johor.
Tepat 9.30 pagi, kami tiba di dewan syarahan. Aduh, segan saya dilayan seperti VIP di sana. Saya yang berbangsa Cina memang tidak impikan akan berpeluang melawat ke UiTM, tetapi Allah swt telah menentukan bahawa hari ini saya dilayan sebagai tetamu khas pula. Alhamdulillah.
Bagaimana dengan syarahan hari ini? Saya cerita dari hati, tanpa melihat teks. Semuanya 6 episod. Alhamdulillah, semua yang hendak disampaikan berjaya disampaikan. Bersemangat pula berkongsi cerita, huhuhu. Isi syarahan berlainan daripada yang disampaikan di USM tempoh hari.
Harapan saya, mereka yang mendengar akan lebih memahami masalah yang dihadapi oleh saudara baru Islam,dan lebih bersedia menhulurkan bantuan kepada golongan yang hendak belajar tentang Islam dan yang bergelar mualaf. Itulah harapan saya dan suami.

Terima kasih banyak-banyak kepada pihak pengelola, khasnya Pn.Azura, En.Said, serta pemandu kami sepanjang 2 hari di Segamat, En.Aziz yang begitu sabar melayan kami dan menjadi pemandu pelancong kepada kami yang pertama kali ke bandar ini. Teruja saya berjumpa dengan kawan-kawan baru dari Bangi [Persatuan al-Quran},

saudara-saudara baru di kawasan Segamat dan hadirin yang menyertai syarahan hari ini.
Layanan Prof Kamil dan Pn.Roza amat mesra. Makan sarapan di Villa Firdaus yang tersergam indah, diikuti dengan jamuan durian Segamat juga di Villa Firdaus.Sedap sungguh durian Segamat.
Segala pujian bagi Allah swt.
Semoga Allah merahmati Prof Kamil sekeluarga, dan semua staf UiTM.

Melaporkan dari Ledang Inn, UiTM Segamat.Kami pulang ke Penang esok, insyaAllah.

untuk gambar di UiTM sila ke sini

Friday, June 19

JUMPA DI SEGAMAT, INSYAALLAH

Tak banyak yang nak bicara. Sibuk sakan hari ini, dengan urusan kerja. Esok masih sibuk, kerana saya dan suami tidak mengambil cuti rehat. Kami dijangka berlepas dari Penang sebelum maghrib dan tiba di UiTM pada lewat malam.

Bagaimana dengan teks ucapan? Alhamdulillah, dah siap tetapi sama ada saya akan berucap mengikut teks atau tidak, banyak bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa.

Ya Allah, berikan kekuatan kepada kami yang bakal bermusafir ke Segamat demi dakwah Islam, Ya Allah. Kurniakan kami kesihatan yang baik, permudahkan segala urusan kami dan lindungilah kami daripada segala kecelakaan. Kami memohon keredhaanMu.

Thursday, June 18

KULIAH HADIS BY USTAZ HUSSEIN YEE

Assalamualaikum wbt.

IPSI would like to invite you to:
Kuliah Hadis by Ustaz Hussein Yee
Date: 19th June 2009 (Friday)
Time: 8.00pm (-Isya' prayer at 8.40pm
-refreshment is prepared after kuliah)
Venue: Seminar Room 1, Kompleks Masyarakat Penyayang,
Jalan Utama,
Georgetown, Penang

Early registration is required.
Attendance fee of RM10 is required prior to the kuliah. Kindly call IPSI at 04-2274849 to confirm your attendance.

Attn for ladies: please bring telekung as well for the Isya' prayer. we will perform Isya' in jamaah with everyone.
Thank you

Wednesday, June 17

RENUNGAN


"Apakah yang Lya buat selama 2 minggu, belum habis edit lagi teks itu?"
Alamak, susah bila suami tercinta menegur begitu.
Susah nak jawab. Hanya mampu memohon pemahaman seorang suami yang sabar dan menawarkan dirinya untuk membantu mengedit teks yang lengkap.

Mengapa ambil masa begitu lama, masih menulis tak habis-habis?
Jawapannya, saya mengambil masa lama untuk merenung jauh ke dalam hati, mengenang semula sebab sebenar saya akhirnya memeluk Islam. Menjawab persoalan mengapa saya teragak-agak sebelum itu, dan apakah punca perasaan takut itu.
Mengapa saya dapati amat susah untuk memeluk Islam berbanding agama lain. Kerana prosesnya, masyarakat Islam, atau sebab lain?
Apakah maksud 2 kalimah syahadah kepada seorang mualaf wanita?

Alhamdulillah, akhirnya semua itu terjawab hari ini.
Saya menulis semula teks syarahan. InsyaAllah buat kali terakhir sebelum menyampaikannya di UiTM Segamat.
Ini bukan untuk diri saya. Biarlah saya susah sedikit tetapi syarahan yang hendak disampaikan berjaya disampaikan dengan baik dan berkesan.

Doakan agar saya berjaya menyampaikannya di sana nanti.
Kerana Allah.
Kerana Islam.
Kerana adik-adik yang masih berjuang.
Ameen.

NOTA: Badan kurang sihat, dan hanya mampu berdoa agar semua urusan kami berjalan lancar sehingga ke hujung minggu, insyaAllah.

Tuesday, June 16

KUNCI

"Bila lagi nak dapat kunci?"
Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan menunggu dan menelefon pihak peguam [dalam penantian, saya belajar menjadi orang yang asertif bila berurusan dengan peguam, hehehe], akhirnya kunci yang dinanti-nantikan jatuh ke tangan saya jua. Bukan kunci hati [itu sudah lama bertuan] tetapi kunci rumah.
Akhirnya saya menjadi pemilik baru sebuah rumah bertingkat dua, sementara menanti rumah lama yang ditinggalkan itu dijual. Rumah yang pernah saya ceritakan di sini diharap mendapat keberkatan Allah swt, bukan sahaja untuk didiami kami sekeluarga tetapi juga untuk aktiviti sampingan pembelajaran Islam dan berdakwah. InsyaAllah akan lebih mudah untuk mengadakan perjumpaan dan kelas agama kelak dengan adanya sebuah rumah yang lebih besar daripada yang kami diami sekarang [apa-apa program pun tentu dengan kehadiran suami]. Ketika memulakan proses pembelian, memang saya berserah dan bertawakkal sahaja padaNya; jikalau rumah ini yang terbaik untuk kami sekeluarga [saya, suami dan anak-anak kami] permudahkanlah segala urusan kami. Bawakanlah kami kepada mereka-mereka yang berjiwa Islam dan yang ikhlas menjalin ukhawah di kawasan perumahan tersebut. Saya juga mengharapkan surau atau masjid yang aktif di situ, serta seorang ustazah yang dapat menjadi guru saya secara tetap di kawasan yang sama.
Walaupun banyak perkara lagi yang perlu diselesaikan sebelum dapat berpindah masuk ke rumah itu, saya amat bersyukur kerana akhirnya kami bakal mempunyai tempat tinggal yang tetap setelah lama menjadi penyewa. Alhamdulillah...

Nampaknya akan semakin sibuklah selepas ini.
Minggu ini sahaja, saya sibuk selepas sekolah dibuka semula. Markah-markah perlu diisi. Projek Mag Inc perlu dikutip, diedit dan dihantar. Teks syarahan saya perlu dihafal semula. InsyaAllah, Jumaat ini kami akan bertolak pula ke KLIA seterusnya melawat UiTM Segamat buat pertama kalinya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kami dan permudahkan segala urusan, ameen.

Monday, June 15

BUKAN SEKADAR MARKAH

"Ohh, baiknya kamu berdua.. sehati sejiwa.. bolehlah minta mak kamu pinang dia jadi isteri kamu," saya mengenitkan mata pada si anak dara.
"Saya tak mahu dia, cikgu!" pantas si dara menjawab.
Pucat wajah mereka. Terpinga-pinga. Maklumlah baru hari pertama kembali ke sekolah selepas 2 minggu bercuti, sudah dipanggil mengadap Cikgu Aliya. Tak ingat lagi kesalahan yang mereka lakukan.
"Kamu tahu mengapa cikgu panggil ke sini?"
"Err.. tak tau..?"
"Hebat kamu berdua ni, tak sangka sungguh kamu ada kuasa khas. Ada kuasa telepati, nohhh.. sama sahaja jawapan kamu berdua..setiap patah perkataan. Tolong jelaskan mengapa dua jawapan ini sama sahaja?"
Saya letakkan 2 keping kertas jawapan di hadapan mereka. Yang teruna menggaru-garu kepala yang tidak gatal, yang dara pula tersengih malu. Ah, drama hari pertama sekolah dibuka untuk semester kedua. Banyak lagi drama yang menanti selepas ini.
Saya kecewa bercampur geram. Tak sangka pelajar-pelajar tersebut yang selama ini pelajar yang baik dan tidak pernah menimbulkan masalah, sanggup bertindak sedemikian.
"Ya.. siapa nak cakap dulu? Nak saya jadi harimau garang, baru nak jawab?"
"Errr.. dia tiru saya," kata si dara.
"Kenapa dia tiru? Awak bagi dia atau dia minta?"
"Dia tanya saya.. dia tak tahu jawab."
"Oh, baiknya kamu. Dia tak tahu maka kamu terus bagi jawapan? Apa lagi kamu tolong? Ini bukan tolong dapat pahala tau, tolong diri sendiri tambah dosa ada!"
Saya memandang si teruna. "Betul kamu tiru? "
Si teruna angguk kepala.
"Issh,ishhh.. ada otak tapi malas nak guna. Kamu fikir kamu dapat terlepas daripada dihukum? Dapat markah begini, seronokkah kamu sedangkan ini bukan hasil kerja kamu sendiri? Kamu bukan saja tipu cikgu dan ibu bapa kamu, lebih dashyat lagi kamu tipu diri sendiri. Kamu takkan tahu keupayaan kamu yang sebenar. "
Si teruna tundukkan kepala.
"Baiklah, sebab dua-dua sehati sejiwa, cikgu akan hukum sama berat. Cikgu harap ini kali terakhir kamu bertindak begini, bukan sahaja untuk kertas mata pelajaran yang cikgu ajar tetapi untuk kertas-kertas subjek lain. Menipu merugikan diri sendiri, ingat tu."
Mereka mengangguk. Saya teruskan memanggil mereka yang disyaki bersubahat ketika peperiksaan yang baru tamat. Adalah beberapa kerat yang menyangka saya tidak akan ambil kisah. Tapi memang saya kisah. Ini satu wabak yang harus dihentikan. Biar mereka tahu tindakan mereka hanya merugikan diri sendiri. Mungkin selama ini, mereka teruskan kerana tidak pernah ditegur atau tidak pernah ditangkap.

Gejala meniru bukan sahaja berlaku di peringkat sekolah, malah lebih dasyhat lagi di peringkat pengajian tinggi. Demi nak markah dan gred yang lebih tinggi, ada yang sanggup menanggung risiko dibuang pihak institusi sekiranya ditangkap atas kesalahan ini. Berbaloikah? Ada yang menyalin jawapan lalu selit dalam pakaian, untuk dibuka semula sebagai rujukan ketika berada di dalam tandas ketika waktu peperiksaan. Ada yang menyalin nota di sebalik tudung. Ada juga yang lebih berani, menghulurkan slip kertas di dewan peperiksaan apabila pengawas peperiksaan berada jauh dari tempt duduk mereka. Memang la, orang tak nampak, yang nampak terlalu sibuk menjawab soalan untuk melaporkan, dan tidak kurang juga yang turut berbisik meminta tip jawapan.

Segelintir pula sanggup mengupah orang lain beratus-ratus ringgit untuk menyiapkan assignmentnya dengan alasan dia tidak pandai atau tiada masa yang mencukupi. "A la, ramai yang buat gitu, bukan saya seorang. Janji pass la. Buat apa susah-susah?" ada juga yang cuba mneghasut kawan lain untuk terlibat.
Tapi perlu fikir.. apakah nilai markah dan gred yang diterima hasil daripada meniru? Berkatkah?
Apakah nilai segulung sijil atau ijazah yang telah dicemari dengan satu tindakan meniru?
Sijil atau ijazah itu yang bakal digunakan untuk mendapatkan pekerjaan dan menanggung makan minum diri sendiri dan ahli keluarga.. kalau kita kata amalan rasuah itu berdosa dan wang yang didapati daripada amalan rasuah tidak berkat, bagaimana pula dengan amalan meniru untuk mendapatkan gred kelulusan yang lebih tinggi?
Meniru untuk mempamerkan diri seolah-olah lebih bijak tanpa berusaha adalah tindakan menipu. Tipu diri sendiri dan tipu orang lain. Bukankah ia hanya menyusahkan diri sendiri kelak apabila penipuan itu akhirnya didedahkan?
Atau adakah meniru sudah menjadi satu kebiasaan, sehingga tiada sesiapa lagi yang ambil peduli.
"Biarkanlah.. kalau ramai gagal, kita juga yang susah.." Alasan penipuan ini dibiarkan berterusan dengan menutup sebelah mata?

Sunday, June 14

BETULKAH CARAKU?

"Kalau orang bukan Islam tanya kamu, mengapa dia tidak boleh masuk syurga, apa yang akan kamu katakan padanya?"
"Oh, itu mudah sahaja. Bukankah dalam al-Quran, Allah telah bahawa orang-orang kafir akan menjadi bahan bakar di neraka kerana mereka tidak beriman pada Allah? Hanya orang Islam sahaja yang boleh masuk syurga."
"Walaupun orang Islam itu telah banyak berdosa berbanding orang kafir?"
"Allah telah berjanji bahawa orang Islam akan masuk ke syurga, cuma mungkin dia perlu menerima hukuman atas dosa-dosanya dahulu, baru diterima masuk ke syurga. Tapi orang kafir, sebab mereka tidak beriman pada Allah dan Rasul, hanya neraka tempat mereka."
"Nanti kata orang kafir, mereka juga banyak buat amal dan bantu orang lain semasa hidup di dunia. Takkan itu semua tidak diambil kira, bukankah orang Islam selalu kata Allah Maha Adil? Apakah yang harus kita terangkan kepada mereka sekiranya mereka bertanya?"
"Al-Quran menyatakan bahawa amalan orang kafir seperti debu-debu yang berterbangan, banyak mana pun amal jariah yang mereka lakukan, tidak akan diterima kerana mereka berdosa besar tidak menyembah Allah Yang Esa. Segala amalan baik mereka adalah sia-sia kerana mereka bukan orang Islam."
"Hmmm.. kalau awak orang kafir yang mendengar jawapan ini, adakah awak akan terima dengan senang hati?"
"Errr.. tak. Kalau saya orang lain, mungkin saya akan marah."
"Mengapa akan marah? Bukankah penerangan yang diberikan itu bersandarkan pada al-Quran?"
"Ya, benar tetapi bukan itu yang saya mahu dengar. Saya tidak mahu diberitahu saya akan pasti masuk neraka kerana saya bukan Islam, dilabel kafir pula tu."
"Bagus jawapan awak. Nampaknya awak sedar bahawa apabila orang bukan Islam bertanya tentang Islam, dia tidak mahu diberitahu bahawa dia salah menyembah tuhan, dan dia akan masuk neraka. Mungkin kepada orang Islam, kita boleh gunakan cara khutbah dengan bersandarkan ayat-ayat al-Quran, tetapi kepada orang bukan Islam yang baru nak kenal Islam, penggunaan ayat-ayat al-Quran yang bersifat menghukum hanya akan menakutkan mereka. Akibatnya mereka akan lari daripada kita."
"Oh, patutlah jiran saya yang Hindu itu tak datang rumah saya dah, selepas saya cakap tentang Islam kepadanya! Tapi.. bagaimana nak jawab persoalan tadi kepada orang kafir?"
"Untuk menerangkan kepada orang kafir mengapa semua amalannya sia-sia dan dia tidak dapat masuk syurga atas amalan baiknya, kita boleh umpamakan sebuah neraca. Sebelah semua amalan baik orang kafir seperti menderma, membantu orang, baik hati dan sebagainya. Sebelah lagi adalah 2 kalimah syahadah. Bagi Allah, semua amalan orang kafir tidak seberat 2 kalimah syahadah yang menjadi pegangan hidup orang Islam. 2 kalimah syahadah walaupun ringkas sahaja ayatnya, amat berat dan penting untuk dunia dan akhirat. Orang Islam yang beriman pada Allah dan mengaku Nabi Muhammad sebagai Rasulullah, serta yang patuh kepada segala suruhanNya dan amalkan segala rukun Islam dengan sebaik mungkin adalah orang yang dikasihi Allah yang Maha Mencipta. Sebab itu Allah berikan syurga sebagai balasan untuk orang Islam yang baik, kerana mengasihi orang yang mematuhi suruhanNya. Sebaliknya Allah marah pada mereka yang tidak mahu beriman padaNya, dan tidak menerima segala amalan baik yang mereka lakukan. Oleh itu, kalau hendak masuk ke syurga, perlulah beriman pada Allah, yakni mengucap 2 kalimah syahadah dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, berusaha hidup sebagai orang Islam, barulah segala amal jariahnya akan diterima Allah swt, walaupun sebesar biji sawi."
"Kira kena banyak berikan contohlah ya."
"Ya, lebih banyak gunakan analogi dan contoh-contoh apabila menerangkan Islam kepada golongan yang belum Islam. Jangan cepat menghukum. Kita perlu hakis tanggapan salah orang kafir bahawa Islam agama yang banyak menghukum. Sebenarnya Islam mudah diamalkan, dan banyak kelebihannya berbanding agama dan kepercayaan lain. Cuma kita perlu selalu bersabar ketika berdakwah kepada mereka yang bukan Islam."
"Oh, begitu.."
"Lagi satu, kenali adat dan budaya mereka. Misalnya mengapa ada penganut Hindu dan Buddha tidak makan daging lembu. Apabila kita dekati mereka dan bertanya tentang amalan mereka, secara tidak langsung kita akan lebih banyak pengetahuan tentang cara hidup mereka. Perspektif kita tentang mereka juga akan berubah. Berkawan dengan mereka dahulu baru selitkan usur-unsur ajaran Islam melalui amalan baik seperti menjamu makan, menziarah orang sakit, minta izin untuk solat ketika sedang bermesyuarat, dan sebagainya dahulu, sambil terangkan konsep amalan-amalan tersebut mengikut Islam; jangan gopoh nak berdakwah tarik masuk Islam kecuali dia nyatakan minat. Mungkin akan menakutkan dia sahaja."
"Ya betul tu.. kita jarang dekati mereka yang bukan Islam walaupun mereka kita jumpa hari-hari di tempat kerja, jiran dan pasar.Lebih selesa bergaul dengan orang sebangsa dan seagama saja."
"Carilah peluang, bukannya susah. Menerangkan mengapa berbeza doa yang diamalkan semasa kita bersin dan menguap juga satu bentuk dakwah yang menarik kalau kena caranya, sebab orang kafir tidak ada amalan ini."
"Oooo.. baru hari ini saya tahu."
"Bila dah tahu, gunakan dengan bijak."

Saturday, June 13

FUNGUS TO THE RESCUE

Ahhhh, it's been scorchingly hot and [cough, cough] the haze is back. It's still breathable over here in Penang but can't say for the rest of the country.

I still remember those days in the 90s when the haze was so bad in one year, people were walking around in masks. InsyaAllah, it won't be THAT bad this time around. I hope, I really hope so.
In my Chinese family, we used to cook this special sweet-tasting dessert whenever our lungs need some extra ummphhh. The white fungus soup is easy to prepare and good for our health, if consumed in moderation. White fungus, white tree ear fungus or snow fungus [bai mu er in Mandarin] is a type of mushroom.

The original recipe requires a Chinese pear [for more cooling effect] but I forgot to buy some [the yellow-skin type] so I've substituted it with red dates and some wolfberry[gou qi in Mandarin]. Uncooked Chinese red dates [hong zhao in Mandarin] to nourish the blood and wolfberry for better eyesight. This soup nourishes the Yin energy, moistens the lungs, expels heat from the lungs, helps to heal dry cough, promotes the production of bodily fluids and thus replenishes fluids. It also strengthens the body's resistance to diseases and regulates the nervous system. All with Allah's Will, of course.
Just a word of caution - do not take it while having a cold.

And here's how it looks like after being cooked in the pot for 30 minutes, hehehe. Due to the wolfberry and red dates, the soup is rather brownish in colour. I'd keep in the fridge to eat when it's cold, yummy!

Will be cooking more soups and desserts soon to survive these hot and hazy days, insyaAllah.

Thursday, June 11

TUDUNG LABUH, TUDUNG BIASA

Hari pertama bergelar Muslimah:

"Aliya, kamu tak perlu tergesa-gesa pakai tudung. Ambil masa, jangan ikut desakan orang," tiba-tiba seorang pensyarah saya memberi nasihat setelah berita saya baru memeluk Islam sampai kepada pengetahuannya.
Saya terdiam. Aduh, konfus konfus.. mengapa dia berkata begitu? Bukankah pemakaian tudung wajib untuk semua wanita Islam? Cuma kerana saya masih baru, saya tidak boleh terus dipaksa, hanya boleh dinasihati. Saya angguk sahaja kepadanya sambil mengiakan; kerana dia pensyarah lelaki, tetapi dalam hati terfikir juga - adakah isterinya memakai tudung?

Ustazah-ustazah yang mendampingi saya dahulu juga tidak pernah menasihati atau menerangkan kepada saya akan keperluan memakai tudung. Mungkin kerana menganggap saya masih baru bergelar Muslimah. Terkejut mereka apabila saya muncul di hadapan mereka memakai tudung dua minggu kemudiannya [alhamdulillah, mengikut pengakuan mereka, beberapa orang mualaf sebelum saya juga mengambil keputusan memakai tudung tanpa campurtangan pihak universiti]. Alhamdulillah, kami sedar tanggungjawab kami sebagai Muslimah walaupun berat mulut ustazah untuk menasihati.

Baru-baru ini

"Akak tak nak cubakah tudung 60 inci?"

"Tak mahulah, nanti nampak macam ustazah jer," katanya.

Saya tersenyum."Tak baikkah digelar ustazah?"

"Rasa diri tak layak la Aliya. Orang yang pakai tudung labuh[besar] orang yang kuat agama. Kita yang biasa-biasa ni, cukuplah tudung biasa."

Orang biasa-biasa hanya perlu bertudung biasa? Mengapakah mereka fobia dengan tudung besar labuh itu? Ada tag tertentukah yang ditujukan kepada Muslimah bertudung besar labuh?


Tudung biasa, tudung 45-50 inci. Lipat jadi tiga segi untuk menutup kepala. Tapi masalahnya, untuk menutup aurat [rambut]dengan sempurna, perlu pastikan tudung itu menutup bahagian dada di samping rambut di kepala. Kalau pakai tudung bawal berwarna cerah atau tudung kain chiffon, akan timbul masalah. Kadang-kadang bila dipakai, dada ditutup tetapi bentuk leher samar-samar kelihatan. Kadang-kadang bila dipakai, ada bahagian dada yang masih terdedah. Kalau nak kelihatan kemas dan menutup aurat kepala dengan sempurna, kadang-kadang perlu melipat berulang kali supaya tudung itu cukup labuh tetapi masih menutup bahagian leher dengan elok. Dahulu saya pakai juga anak tudung yang menutupi bahagian leher sebelum memakai tudung biasa supaya tidak bentuk leher tidak kelihatan tetapi kini, dalam cuaca yang semakin panas, tak sanggup la, berpeluh di bahagian leher, berwap! Sebab itu kini jarang memakai tudung yang berwarna cerah, kerana mahu elakkan memakai tudung 2 lapis.
Kelebihan tudung bersaiz 60 inci adalah ia lebih mudah dipakai, walaupun lebih susah untuk diseterika.
Tak kira bagaimana kita lilit di atas kepala, ia masih akan jatuh elok menutupi bahagian dada, dan turut menutupi bahagian pinggang si pemakai dari dilihat orang di belakang [tak nampak sangat kita ini berbadan ala kerengga atau ala bola]. Satu kelebihan lagi, apabila memakai tudung labuh begini, diri lebih berhati-hati dalam penampilan - tak sesuai la bertudung labuh tetapi memakai t-shirt lengan pendek, tidak sesuailah bermekap tebal ala opera cina bila bertudung labuh, kerana imej Muslimah bertudung labuh bukan begitu!Cuma masalahnya, bukan mudah hendak mendapatkan tudung bersaiz 60 inci di kedai-kedai. [mujur ada butik online sekarang, boleh tempah].

Ada orang berkata, Muslimah yang bertudung besar dan labuh, orangnya yang lebih alim dan berwatakan lebih serius. Ada pula yang berpendapat, hanya tudung labuh yang paling sesuai untuk Muslimah. Bagi saya pula, tak kiralah tudung apa jenis pun, asalkan ia dapat menutup aurat [rambut, leher, dada] dengan sempurna. Malah sekiranya pandai melilit selendang tebal menutup aurat di kepala dan dada, itu sudah memadai! Bukannya Islam nyatakan mesti pakai tudung labuh bidang 60 inci baru jadi Muslimah sejati, huhuhu. Tolong jangan fikir sebegitu! Muslimah yang bertudung biasa bidang 45 inci juga sudah sempurna menutup aurat sekiranya tudung itu tidak jarang dan dapat menutupi dadanya, serta dia memakai pakaian yang labuh, stokin tangan serta stokin kaki.

"You tak macam [Muslimah yang saya kenal] yang lain, you boleh lawak dengan kami, sporting, tak kedekut ilmu, tak sangka I. I dulu fikir you sombong dan fanatik agama, sorry ahhh," komen seorang wanita Cina kepada seorang Muslimah bertudung besar dan labuh.

NonMuslim banyak berkawan dengan mereka yang bertudung biasa atau tidak bertudung langsung, tetapi takut mendekati Muslimah bertudung besar, kerana menganggap mereka estrimis agama. Tengok cara pemakaian Muslimah yang menutup aurat, dengan stokin tangan dan kaki serta tudung labuh, mereka takut. Bukan takut dibunuh, tetapi takut tak bertempat; takut akan sentiasa disebut-sebutkan Islam di hadapan mereka dan disuruh masuk Islam. Padahal bukan semua Muslimah bertudung besar labuh berwatak serius. Kebaikannya pula, NonMuslim anggap Muslimah bertudung besar kuat beragama, dan kalau ada persoalan tentang agama Islam, akan lebih suka merujuk kepada golongan ini [bermakna bersedialah selalu untuk menjadi jurucakap Islam]. Cuma satu sahaja - Muslimah juga perlu bersikap peramah dengan nonMuslim lain. Janganlah asyik bergaul dengan clique anda sahaja. [saya dapati Muslimah bertudung besar jarang berkawan dengan wanita nonMuslim, mengapa?].

Cuma saya harap, Muslimah yang melabuhkan tudung sehingga menutupi dada [tak kiralah bidang 45 inci atau 60 inci], tolong jagalah imej anda sebagai wanita Islam. Ketahuilah bahawa tugas menyebarkan dakwah Islamiyah juga berlaku tanpa kita sedari, iaitu apabila masyarakat sekeliling menilai Islam melalui tingkahlaku dan percakapan kita yang bertudung, lebih-lebih lagi Muslimah bertudung labuh 60 inci. Ada suara sumbang yang memerli dengan menyatakan bahawa di sebalik tudung litup Muslimah, bahasa yang digunakannya bukan main kasar lagi, lebih mengumpat daripada memuji, tingkahlaku lebih teruk daripada yang tidak bertudung [alasan mereka untuk tidak bertudung]Hal itu saya tidak mengiakan mahupun menafikan; kerana tiada sesiapapun yang tidak melakukan kesalahan. Cuma kita yang bertudung perlu sentiasa cermin diri sendiri, jaga penampilan dan perwatakan kita. Jangan kita pula turut terbabit dalam 'skandal' sebegitu dan merosakkan nama baik Islam.

Saya pula bukan bertudung besar labuh sepenuh masa, bergantung kepada keadaan. Ada masanya saya bertudung biasa, ada ketikanya saya melilit selendang di atas tudung ekin, dan bila mengejar waktu, saya capai sahaja tudung berbidang 60 inci yang tergantung atau tudung ekin berbidang besar. Kebebasan begini lebih memudahkan bagi saya daripada menetap satu sahaja cara penampilan bertudung.

Alhamdulillah, sekarang bertambah koleksi tudung dalam almari. Nanti saya tunjukkan apa yang terkumpul dalam tempoh 2 tahun setengah bergelar Muslimah. Terima kasih kepada yun yang menghadiahkan 2 tudung kepada saya yang saya terima semalam, semoga Allah berkati dengan rezeki halal yang melimpah :)

Wednesday, June 10

IF I HAD NOT

If I had not taken the initiative
to find out about the laws of the land
before I reverted to Islam,
I might not be writing this article to you today.

If I had not divorced my Buddhist ex-husband
before I reverted to Islam,
I might still be climbing the stairs
of the Syariah Court and
Civil Court
trying to gain my freedom.

If I had not learnt
that a Muslim revert cannot divorce his/her non-Muslim spouse
upon reversion to Islam
under Malaysian current laws,
I might still be a 'legal wife' at the Civil Court,
and a 'divorcee' at the Syariah Court,
unless my estranged and embittered nonMuslim husband
agreed to apply for a divorce himself.

Don't you know
that once a nonMuslim becomes a Muslim,
he or she can no longer apply for divorce in the Malaysian Civil Court,
and while the Syariah Court may state that
the nonMuslim spouse is no longer a spouse to the nonMuslim
after three months' iddah,
the Civil Court can declare that he/she still is?

It's easy for a man also
a husband, and
a father,
to revert to Islam
and remain a free person
to continue his life as a Muslim
for he can have other Muslim wives,
besides a nonMuslim who still calls herself his estranged wife.

But a woman, who's
a wife, also
a mother,
who chooses Islam
is not as free.
She can no longer remarry
unless she is granted a divorce by the Civil Court
applied by the estranged nonMuslim husband
who, in his anger and revenge
would refuse do.
And that's not all.
She faces prejudices from both the Muslims
who thinks that she's having a Muslim boyfriend
[which might not be true],
also from the nonMuslims
who says she's a disgrace and shuns her,
which might just make her regret
being a Muslimah [nazubillah].

Alhamdulillah,
Allah has helped me
to gain my freedom.
Secretively learning about Islam,
patiently waiting for the right moment,
boldly proceeding with the divorce on my own,
paying for my freedom
from an empty marriage,
from a religion I no longer believe in.
then gaining my freedom,
officially reciting the syahadah,
was all the sweeter after the long long terrible wait.

But I am the lucky one;
there're others,
waiting,
not knowing what to do,
lack of knowledge,
lack of funds,
still trapped.
What is the respite for them?
What about their rights
to live as Muslimah,
to remarry and have a Muslim family,
no longer tied to a revengeful spouse
who with rights through the Civil Court
can still call her his legal wife,
unwilling to let go,
unwilling to file for divorce,
preferring to see her suffer
as a payback for her disloyalty
not respecting her wish to live
her life as she wants - as a Muslimah.

What about her rights as a woman,
who can't remarry
unless she's granted a divorce
by the magistrate at the Civil Court?
What about her rights,
for her status to be legally stated as a divorcee
at the National Registration office?
How long should she wait
while the dispute continues between the courts?
What about her rights as a new Muslimah
in this Islamic land
many call home.

***The non-Muslim marriage between the husband and wife remains intact and continues to subsist until the High Court dissolves it pursuant to a divorce petition by the unconverted spouse...,” justice Nik Hashim Nik Ab Rahman, who headed a three-judge bench, told the court.

ADAT KAHWIN CINA 2

"Belum masa lagi, kena pusing-pusing dulu," kata sepupu yang menjadi pemandu kereta.
Aduh, belum masa lagi? Masa yang sesuai untuk pasangan pengantin masuk ke rumah pengantin lelaki mengikut tilikan Cina. Sudahlah hari perkahwinan pun perlu ikut tilikan kalendar Cina.
Akhirnya beberapa kali pusing mengelilingi kawasan perumahan, kami selamat tiba di rumah pengantin lelaki. Bakaran mercun yang kuat menyambut kedatangan kami.

Makcik-makcik saya mengiringi membawa bakul-bakul Cina berisi kuih muih dan buah-buahan sebagai hadiah. Pakcik dan sepupu yang lain mengikut di belakang. Saya dibawa untuk melakukan upacara menyembah roh nenek moyang keluarga pengantin lelaki, dengan arahan Mak Andam, dan diperhatikan sanak saudara.

"Ha, siap beratur, ambil giliran sekarang!" Ibu mertua memberi arahan kepada saudara mara yang menunggu.
Upacara minum teh bermula.
Aduh, kalau keluarga saya sudah mengambil masa sejam, keluarganya mengambil masa hampir 2 jam kerana ramai orang. Bermula dengan ibu bapanya, saya menghulurkan cawan-cawan teh sambil menjemput mereka minum. Sebagai balasan, saya dihadiahkan mertua dengan satu set barang kemas sebagai penerimaan ke dalam keluarganya. Saudara mara yang lain turut dijamu dengan teh. Oleh kerana terlalu ramai orang, saya hanya mengikut sahaja setiap gelaran yang disebut oleh mak andam, pening nak ingat! Konsep orang Cina, selagi tidak berkahwin, selagi itulah orang itu belum dewasa. Kira belum matang lagi la, walaupun usia sudah setengah abad. Maka kerana nak digelar dewasa, sabar sahajalah melalui semua adat perkahwinan yang masih diamalkan itu, dengan harapan sekali sahaja seumur hidup, huhuhu.

Mujurlah ketika perkahwinan saya, hanya seorang sepupu yang turut melangsungkan perkahwinan maka kedua-dua keluarga kami tidak boleh berjumpa. Takut kena bala, kerana dipercayai aura pengantin baru boleh bertembung sekiranya berjumpa, dan menghilangkan seri di wajah masing-masing. Maka, kami diharamkan menghadiri majlis perkahwinan pihak yang satu lagi. Begitu juga, keluarga yang ada kematian tidak boleh menghadiri atau melibatkan diri dalam majlis perkahwinan orang lain, kerana dipercayai boleh memudaratkan diri dan pihak yang diziarahinya. Itulah pantang larang orang Cina yang diwarisi turun temurun.

Selesai upacara minum teh, barulah pengantin dapat berehat seketika. Lenguh kaki kerana berdiri lama memakai kasut tumit tinggi. Ketika itulah perut berasa lapar, lalu kami makan tengah hari bersama-sama saudara mara. Sebagai pengantin perempuan, saya tidak boleh berehat lama kerana perlu menyiapkan diri untuk majlis makan malam pula. Selesai sahaja disolek dan memakai gaun pengantin pada waktu petang, saya sempat berehat sebentar sebelum dibawa pula ke restoran untuk majlis makan pihak pengantin lelaki.

Restoran yang ditempah oleh mertua pula menyediakan kelengkapan berkaraoke. Apa lagi, ramailah sanak saudara yang menyanyi. Ada yang bersuara lunak, tidak kurang juga yang bersuara sumbang. Apa nak buat, pekakkan telinga, terima sahajalah. Mujur juga tiada majlis acara tari-menari ketika majlis perkahwinan; kalau di dewan besar, mungkin akan ada kawasan khas untuk tarian 'ballroom dancing' oleh keluarga pengantin dan para jemputan [kenduri adik ipar ada acara tarian]. Makanan yang dihidangkan di setiap meja bulat juga seperti malam sebelumnya, iaitu hidangan yang silih berganti. Walaupun sedap, sebagai pengantin, kami tidak boleh menjamu selera dengan senang hati. Selepas hidangan ketiga, kami disuruh berjalan bersama-sama mertua ke semua meja para jemputan untuk mengucapkan terima kasih kerana hadir ke majlis. Upacara 'yam seng' bermula.

"Semoga bahagia hingga anak cucu, yamseng!" dan semua yang berdiri di meja akan minum dari gelas yang diangkatkan ke atas.
"Semoga menyambut kelahiran anak tahun hadapan, yamseng!"
Sekiranya minuman bergas di dalam gelas itu habis dalam seteguk, perlu ditambah lagi. Oleh itu, untuk lebih selamat, mereka yang bijak hanya minum sedikit sahaja supaya minuman dalam gelas cukup untuk 3 kali yamseng. Saya selalu meninjau-ninjau lelaki yang hampir mabuk dalam majlis sebegini melalui wajahnya yang kemerah-merahan dan percakapan yang semakin merapu; selalunya ada kerana arak tetap menjadi pilihan pihak lelaki. Masakan tidak, arak dituangkan bagaikan air dalam majlis sebegini, dan bil arak dibayar oleh pihak pengantin yang menjemput. Untuk kurangkan risiko membayar lebih, pandai-pandailah pihak pengantin mengehadkan pengedaran arak dalam majlis perkahwinan mereka.

Apabila hidangan akhir iaitu pencuci mulut diletakkan di atas meja, pihak pengantin dan keluarga pengantin pula beredar untuk menunggu di hadapan pintu restoran. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir dan menyerikan majlis. Ketika itulah para jemputan berpeluang berjabat tangan dengan kedua-dua pengantin dan mengucap selamat, serta gambar foto diambil untuk kenang-kenangan. Buku autograf para hadirin disimpan sebagai cenderahati oleh pasangan pengantin.

Selepas memastikan kawan-kawan dan saudara-mara yang datang dari jauh selamat tiba di hotel masing-masing, tibalah giliran kami untuk membuka hadiah dan angpau yang diterima, serta menyimpan hadiah barangan kemas yang diberikan. Setiap hadiah yang diterima akan dicatatkan jumlah dan bentuk pemberian supaya mudah untuk menghadiahkan kembali jumlah yang setimpal apabila tiba giliran perkahwinan mereka atau anak-anak mereka nanti.
Mertua akan meninjau, "Apa yang Makcik Nombor 4 berikan? Aikk, kedekutnya dia! Tak apa, giliran anaknya berkahwin tahun hadapan, senang kerja saya!" apabila tidak puas hati dengan pemberian yang saya terima.

Mak pesan, perlu bangun awal keesokan hari untuk ke rumah mertua.
"Mengapa?" saya yang agak jahil tentang adat perkahwinan Cina ketika itu bertanya.
"Berikan tuala baru ini berserta besen ini. Ingat, isikan dengan air suam, untuk dia lap muka," pesan Mak lagi, dan disetujui oleh Mak Tok. Kononnya untuk menantu perempuan yang baru menunjukkan hormat kepada mentua.
Apabila selesai majlis makan malam, saya berbisik kepada ibu mertua untuk memberitahunya cadangan membawa tuala dan besen ke rumahnya keesokan hari.
"Oh, tak perlulah. Itu adat lama, tak perlulah. Berehat sahaja di rumah," katanya.
Lega hati saya. Beritahu kepada orang tua saya? Ahh, tentu sekali tidak, hahaha. Nanti saya dimarahi pula kerana melanggar adat.

Bila teringat kembali segala peristiwa perkahwinan saya ketika masih belum Islam, saya lega kerana berpeluang mengalaminya. Ini menyebabkan saya amat bersyukur apabila perkahwinan kedua dengan suami sekarang tidak begitu kuat dengan adat keturunan kami, tetapi lebih ringkas dan sederhana sahaja mengikut syariat Islam. Alhamdulillah..

Tuesday, June 9

ADAT KAHWIN CINA I

Menjelang perkahwinan yang pertama, lama dahulu
[yang berakhir dengan perceraian]:

"Kenapa baju baru sikit saja?" Mak Tok bertanya apabila memeriksa almari baju saya.
Aduhai, itu juga yang dia komen. Pakaian di dalam almari harus pakaian baru kesemuanya, mengikut adat Cina. Dari baju biasa kepada pakaian dalam, semua mesti baru. Berapa banyak yang perlu saya sediakan,untuk dilihat oleh semua hadirin ke rumah saya kelak?
"Cukuplah tu, duit yang ada dah banyak digunakan untuk beli set perabot tidur ni," saya jawab, ringkas.
Orang Cina mewajibkan set perabot tidur yang baru untuk pengantin. Tidak boleh set lama yang telah ditiduri, kerana ia dianggap permulaan baru untuk pengantin, walaupun sudah lama bernikah.Satu pantang larang yang akan menyebabkan pasangan pengantin dimarahi jikalau melanggar adat. Sehingga malam perkahwinan, tiada sesiapapun dibenarkan duduk di atas katil itu kecuali kanak-kanak. Itupun mujurlah keluarga kami tidak begitu mengikut falsafah fengshui; kalau tidak berasaplah berpuluh-puluh ringgit membeli peralatan seperti lilin merah, bekas buang air kecil, anak patung dan sebagainya yang dipercayai mampu menjamin kesejahteraan pengantin. Mujur juga tidak dimasukkan sepasang ayam jantan dan ayam betina di bawah katil mengikut adat tradisi Cina - mana yang keluar dulu itulah jantina anak sulung, hahaha. Hanya adat berguling di atas katil oleh kanak-kanak yang lahir pada tahun naga dan ular yang diamalkan atas persetujuan semua, dengan kepercayaan bahawa akan mudah mendapat cahaya mata [wah, punya seronoklah sepupu-sepupu saya itu berguling dan melompat di atas katil baru, ahah].

"Ha? Kena telan bulat-bulat? Tak boleh kunyah?"
Saya disuruh telan bulat-bulat kuih ee atau dong yuen [ bebola tepung] yang dibuat khas untuk upacara menyembah roh nenek moyang malam menjelang hari perkahwinan. Meja kecil diletakkan pelbagai jenis makanan hidangan untuk menjamu roh nenek moyang dan memohon restu mereka. Mujurlah Mak sengaja buatkan kuih ee itu kecil, kalau tidak, tercekiklah pengantin perempuan menelan kuih.
"Isshh, budak ni! Telan saja, ingat jangan kunyah," marah Mak Toh lagi.
Adat menyikat rambut pengantin perempuan [setiap sikatan dibaca ayat khas untuk kebahagiannya] turut dilakukan walaupun Mak sendiri kurang memahami, huhuhu. Semua harus dilakukan tepat pukul 12 tengah malam menjelang hari perkahwinan. Saya juga disuruh memakai pakaian tidur yang serba baru dan berwarna merah jambu. Mak Tok yang ada menjadi penghulu, untuk memastikan kesemua adat dilakukan dengan sempurna. Aduh!



Hidangan pertama di majlis perkahwinan Cina


Dahlah keletihan masih terasa kerana majlis perkahwinan pihak pengantin perempuan dilakukan pada malam yang sama, mengikut adat Cina. Semua jemputan hadir di restoran yang ditempah khas untuk majlis perkahwinan, dengan satu meja bulat 10 orang. Hidangan tiada nasi putih tetapi 8 atau 12 jenis lauk-pauk; mesti ada hidangan ayam, ikan, udang, daging, mee, nasi goreng, sirip ikan yu, dan sayur-sayuran. Habis satu hidangan, baru satu hidangan lain akan dibawa masuk. Hidangan akhir barulah pencuci mulut. Mak ayah tidak membayar pihak restoran sehingga tamat kenduri; barulah dihimpunkan semua angpau yang diterima daripada hadirin, dikira dan wang angpau digunakan untuk membayar pihak restoran.[dengar kata, ada baki angpau beberapa ribu lagi, rezeki Mak, hehe]

Keesokan paginya, apabila siap bersolek dan berpakaian pengantin, duduklah saya di dalam bilik menanti kehadiran pengantin lelaki. Makcik-makcik, kawan-kawan perempuan serta sepupu perempuan membuat markas di dalam bilik pengantin, bersama saya. Siap sahaja pengantin lelaki tiba dalam kereta mewah [dia akan disambut oleh saudara lelaki pengantin perempuan, dan pengantin lelaki wajib memberi angpau kerana tugas membuka pintu kereta, hehehe] dia akan disambut keluarga pengantin perempuan dan bermulalah urusan tawar-menawar.

"Buka pintu, pengantin lelaki dah tiba!" pengapit lelaki berteriak apabila tiba di hadapan bilik pengantin.
"Tak boleh, kena bayar cukai pintu dulu," balas pihak perempuan di sebalik pintu.
"Nah, ambillah angpau ini," diselitkan angpau melalui lubang di bawah pintu.
"Ini tak cukup, nilai pengantin perempuan lebih daripada jumlah ini," balas pihak perempuan.
Maka akan disuruhnya pengantin lelaki melakukan pelbagai adegan untuk memujuk pihak perempuan untuk membuka pintu. Sengaja dipermain-mainkan kontigen lelaki - pakaikan lampin pada patung, minum susu daripada botol susu, telan telur ayam mentah, menyanyi, dan sebagainya dan dilaporkan melalui telefon bimbit oleh saudara lelaki pengantin perempuan yang memerhati. Berpeluhlah pengantin lelaki dan kontigennya melakukan segalayang disuruh kerana kegagalan membawa pulang pengantin perempuan satu kegagalan misi dan memalukan! Akhirnya kata sepakat dicapai, sekeping angpau besar diselitkan lagi, diambil dan diagih-agihkan kepada 'para penjaga pintu', lalu pintu bilik pengantin pun dibuka.

"Mana anak khinzir yang dibakar?" tanya Mak Tok kepada Mak apabila menyedari pengantin lelaki tidak membawa hantaran mengikut adat.
Aduh, pening apabila Mak Tok asyik membangkitkan isu ini. Pihak keluarga pengantin, tanpa pengetahuan Mak Tok, telah bersetuju untuk tidak membawa hantaran anak khinzir itu kerana siapa nak makan? Bukan sedikit; seekor siap dengan kepala dan ekor! Bayangkanlah seekor anak khinzir dibawa dalam kereta/ van dan diletakkan betul-betul di hadapan pintu masuk ke rumah. Tak jijikkah? Namun demi untuk memuaskan hati Mak Tok yang kuat dengan adat, sekeping angpau yang agak besar dihulurkan sebagai ganti anak khinzir itu, huhuhu. [sampai hari ini, Mak akan bangkitkan isu ini apabila menyebut tentang kahwin, hahaha]

Upacara menyembah roh nenek moyang dilakukan oleh pasangan pengantin diikuti dengan upacara minum teh. Teh dihidangkan kepada saudara mara yang lebih tua, mengikut pangkat dan keluarga. Ibu bapa pengantin dahulu, kemudian Mak Tok, pakcik-pakcik sebelah ayah, diikuti oleh sebelah ibu, dan akhirnya sepupu yang telah berkahwin. Senyuman dan kata-kata manis dihulurkan bersama secawan teh, dan gelaran pangkat yang perlu digunakan untuk setiap ahli keluarga yang lebih tua akan disebut untuk pertama kali oleh pengantin. Memang pening ketika itu! Berpeluh-peluh asyik membengkokkan badan smbil menghulurkan secawan teh kepada mereka yang berkenaan. Sebagai balasan, angpau besar akan dihulurkan sebagai simbol penerimaan perkahwinan mereka [kadang-kadang barang kemas akan diberikan dalam angpau]. Akhir sekali barulah saudara mara yang belum berkahwin diberikan angpau oleh pengantin lelaki; kali ini penerima angpau pula wajib memanggil pengantin lelaki dengan gelaran pangkat yang sesuai. Para hadirin pula akan dijamu dengan kuih muih tradisional yang ditempah untuk hari perkahwinan.

Saya telah melantik sepupu perempuan yang masih bujang menjadi pengapit pengantin yang menjaga baju pengantin saya dan menyimpan angpau bagi pihak saya [angkat kain yang labuh supaya tidak kotor]. Pengapit pengantin perempuan mengikut adat Cina wajib saudara pihak perempuan- tidak boleh kawan atau dari pihak lelaki.Begitu juga, pengapit pengantin lelaki wajib dari saudara lelakinya yang bertanggungjawab membawa angpau bagi pihak pengantin lelaki.

Apabila memakai baju pengantin yang labuh yang ada fishbone[alatan untuk membuat baju itu kembang], bukan senang hendak naik ke dalam kereta. Kena ada kemahiran yang hanya boleh dilakukan selepas mendapat nasihat 'seng-kek-erm [mak andam Cina]. Dengan iringan hon kereta menandakan akan berangkat, maka kami pun meninggalkan perkarangan rumah menuju ke rumah pengantin lelaki. Mengikut adat, ibu bapa dan Mak Tok tidak boleh mengiringi. Hanya makcik pakcik yang membawa hantaran yang perlu pergi mengiringi pengantin perempuan. Banyak adat istiadat masih menanti untuk dilakukan di rumah pengantin lelaki. Aduh!

image:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLV_oG-YkU1-amHiHu_XSflnawSE25_8EkYqCGJRryMK3KZ3P9fPEPV7rGk0CIOEZbBSjS1DIeaEc3mYgbpdecjysOaFyTuPHMF3bdOWGiVDw_gS2tT8u9fpfUq8U-9XWHpMnv3LZoOVPV/s400/dong+yuen5.JPG http://farm1.static.flickr.com/46/146265797_cd2b6bfe95.jpg
http://i.ehow.com/images/GlobalPhoto/Articles/4835659/ChineseWeddingTeasetTraditional2_ http://nimrodel.net/wp-content/uploads/2009/03/barbie-wedding-dress-elizabeth-taylor.jpg

Monday, June 8

KAHWIN

Saya diperhatikan orang. Beberapa pasang mata terutama mata wanita memandang dari jauh. Mengukur dari hujung rambut ke hujung kaki. Ahhh, pedulikanlah. Saya berlagak seperti biasa walaupun tahu ada yang memerhati. Bila saya membalas renungannya, dia kelihatan kurang selesa, hahaha.
"Awak anak tuan rumahkah?" akhirnya seorang wanita bertanya ketika saya hulurkan laksa Penang kepadanya. [hidangan tambahan beberapa jenis selain daripada nasi minyak].
"Bukan, saya menantunya," jawab saya sambil memberikan senyuman MonaLisa saya.
Terbeliak matanya, hehehee..lepas tu, mesti hebahkan kepada yang lain. Saya tak kisah. Lagipun suami dah siap beri petua dan amaran supaya berjaga-jaga bila balik kampung, hehehe.

Menantu istimewa ini jarang kelihatan di rumah mentua pada siang hari, tambahan mentua sendiri pun berada di kedainya. Kalau balik kampung pun, tidak lama kerana rumah mentua sebenarnya dekat dengan tempat bekerja saya; boleh singgah sekejap sebelum pulang ke rumah sendiri. Hanya waktu malam sahaja saya dan suami menziarah dan duduk lebih lama. Oleh itu, ramai orang kampung yang tidak kenal saya sebagai menantu kepada mertua saya. Oleh itu, pada majlis kenduri seperti hari inilah, saya berpeluang bertemu dengan orang kampung dan saudara-mara sebelah suami.

Menantu misteri yang bukan lagi misteri ini, tidak seperti menantu-menantu lain, tidak melangsungkan kenduri kahwin di rumah mentua. Saya dan suami mengambil keputusan tidak mahu menyusahkan orang tua, lalu memilih untuk melakukannya di restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina tetapi halal, dan para jemputan pun terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat yang rapat sahaja. Tambahan ketika itu, saya masih melanjutkan pelajaran di universiti, dan kenduri kahwin kami pula dilangsungkan pada pertengahan minggu peperiksaan [alhamdulillah, beres juga].

Untuk menyenangkan semua pihak, kami mengambil keputusan uruskan perkahwinan kami tanpa hantaran pengantin ala Melayu yang lebih kepada menunjuk-nunjuk dan membanding-banding dewasa ini, dan tanpa adat minum teh ala Cina yang bakal memakan masa lama kerana saudara-mara ramai dan banyak karenah. Wang yang tidak digunakan untuk hantaran boleh digunakan untuk melancong dan berbulan madu, hehehe. Malah, semua perkara kami berdua uruskan sendiri dan ahli keluarga hanya perlu hadirkan diri untuk majlis kenduri berkenaan. Yang penting bagi saya dan suami, adalah berkat Allah swt ke atas perkahwinan kami, walimatul'urus yang dilakukan mengikut syariat Islam, dan restu ahli keluarga terutama orang tua kami. Bila teringat balik betapa mudah, relaks dan ringkasnya kenduri kahwin saya berbanding dengan adik ipar yang agak 'hebat', saya tersenyum sendiri. Bagi saya, besar atau kecil majlis perkahwinan bukan ukurannya [itu hanya ukuran pandangan mata manusia sahaja]; yang lebih penting adalah kebahagiaan bersama sebagai suami isteri sehingga ke akhir hayat.

Mula-mula pening juga dengan suasana kenduri perkahwinan orang Melayu ini. Banyak yang perlu diuruskan, daripada bertunang, memilih pakaian, pakaian tema untuk keluarga pengantin, majlis akad menikah, membuat hantaran, bertukar hantaran, menyiapkan bunga telur dan beg cenderamata, sehinggalah ke hari kenduri dengan acara kompang, bunga manggar dan sebagainya. Kata orang itu adat Melayu, perlu diikuti kalau tidak mahu dikata orang. Wang lebih banyak diperhabiskan untuk memuaskan hati pelbagai pihak dan menutup mulut orang. Entahlah... syukur saya dah melepasi tahap itu.

Majlis perkahwinan Cina pula berbeza dan kurang dari segi penampilan dan menjaga hati para jemputan. Mungkin sebab falsafah di sebalik majlis itu berbeza; Melayu untuk merapatkan siratulrahim manakala Cina untuk meraikan pengantin baru. Angpau dengan minima RM20 yang diberikan bertujuan untuk mengucapkan tahniah serta membantu pengantin membayar meja makan di restoran [yang tidak hadir pun perlu bagi angpau atas semangat setiakawan]. Hanya baru-baru ini sahaja pengantin Cina memberikan cenderahati seperti cawan dan kek buah kepada jemputan, itupun ditempah terus dari kedai atau hotel. Ketiadaan bahan hantaran seperti pakaian, alatan mekap, makanan untuk ditukarkan bermakna pengantin dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak mempunyai lebih banyak masa untuk merancang program menjelang majlis perkahwinan. Tapi bagi yang kaya dan mampu, pengantin Cina mesti naik kereta besar, makan di hotel mewah, pakai pakaian baru dan beberapa salinan dalam tempoh 2 jam, foto hebat dan canggih, serta barang kemas pengantin mesti baru, banyak dan mahal. Memikirkan adik saya yang masih bujang, Mak saya pernah menyuruhnya berkahwin di luar negara sahaja untuk mengelakkan perbelanjaan perkahwinan yang tinggi, hehehe...[itupun wallahu'alam, girlfriend pun belum ada]

Berbalik kepada kenduri adik ipar..
Suami saya sibuk ke sana sini untuk membantu menguruskan kenduri kahwin adik bongsunya. Alhamdulillah,semangat gotong-royong masih tinggi dalam keluarga suami. Yang empunya diri, pandai-pandailah melayan diri dan membantu dalam suasana kenduri orang Melayu. "Pandai-pandailah bawa diri, k," pesan suami.

Alhamdulillah selesai satu lagi majlis perkahwinan. Bertambah seorang lagi menantu mentua saya. Tambah seorang lagi adik ipar dalam keluarga suami saya yang besar itu. Semoga perkahwinan mereka diberkati Allah swt dan berbahagia adik ipar bongsu saya itu dengan isterinya sehingga ke akhir hayat, ameen.

Friday, June 5

MY SHOES, YOUR SHOES


"Aghhh... sorry, sorry! I wore the wrong pair - yours, hehehe," we laughed over the mistake.
"And I thought that my shoes have shrunk!"
Identical pair of shoes, but due to our way of walking and handling, it's easy to know which belong to whom. Hers were polished, mine were dusty with chalk. Hers were tight, mine looser due to wear and tear. And we were glad to put on our own pairs of shoes for they fit us well.

A wise man once said,"Never judge a person until you have walked a mile in his shoes."
A Malay proverb says,"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul" [no matter how we sympathise seeing a person's plight, his actual burden is far worse].

We are humans, and one of our human traits is that we tend to feel we know all when we have undergone an experience ourselves. Take for example, a wedding ['tis the wedding season after all].

Ever heard such comments?

"Eleh, so much fuss for a daughter's wedding. I married five daughters and I didn't face any problem!"

"One surgery and she expects special treatment. I had three daughters through caeserean surgery and I was fine."

"Don't worry la! I had so many examinations during my varsity days, and see.. I managed to get my degree. And you're smarter than I am, shouldn't be a problem."

"That's nonsense! I did everything well the last time I held the post; why can't he do it now? What do they teach in universities nowadays?"

Ahhh, the pointing finger. Just because I've done this and that myself and have survived, so-and-so shouldn't face any problem. Shouldn't be any fuss, shouldn't be any complaint, shouldn't be any problem at all. After all, a lot of people have undergone the same process, right? Therefore so-and-so should have known better, shouldn't forget things, shouldn't be this careless. After all, I've done the same thing before; I've undergone similar experiences before, but I did better than so-and-so.

Hmmm, but perhaps you have forgotten something? Your experience is not 100% the same as what so-and-so is undergoing now. Perhaps you were younger and stronger than so-and-so, therefore didn't face a higher risk during surgery. Perhaps your child didn't have colic but hers does. Perhaps your 5 children's weddings were held 10 years ago, when things were simpler and people's expectations of the invitation cards, hantaran, wedding reception etc were not that high as today's. Perhaps you only managed one portfolio during your time but the newcomer is managing four portfolios.

Whatever it is, do recall the time when you were experiencing something for the first time. Weren't you worried? Weren't you scared? Didn't you spend sleepless nights trying to prepare for that first important event ? Weren't you too busy to rest when your first child became sick? Weren't you worried about not surviving the surgery? Didn't you hope to see your loved ones by your side when you were wheeled out of the operation theatre? You didn't? Gosh, you must have been blessed with an iron heart!

One's words is a reflection of one's heart, and the worse we think of a person the darker our heart will be. Always guard our heart and don't let it be tainted with ill feelings and bad thoughts of a person. Remember that we are all different and the burden Allah gives to each of us is different. Be glad that we have survived many trials and tribulations throughout our short lives on earth. Instead of finding faults and commenting about another's shortcomings through our tainted glasses, wouldn't it be better for us to offer sincere help to those in need? Or to pray for them so that their burden will be lessened? Or to guard our lips before we talk to the person concerned, and find out the real story? Seek first to understand, then be understood.

It's so easy to pass judgement based on one event, one mistake or even one hearsay. Let's not make it a habit. Backbiting will only cause animosity.

Reflect on Surah at-Tawbah verse 71:

"And the believers, men and women, are protectors one of another; they enjoin what is just and forbid what is evil, and they observe regular prayers, practise regular charity and they obey Allah and His messenger.On them will Allah pour His Mercy; for Allah is Exalted in power, Wise.'

images:

http://z.about.com/d/shoes/1/0/8/Z/pink_shoes.jpg

http://thumbs.dreamstime.com/thumb_37/1136464109b7P6sj.jpg

TALK ON FARAID AND WASIAT

Assalamualaikum,
I received the information from Macma.
Be free to attend if you are in KL and invite your friends along. NonMuslims too would benefit as most [including my family members, huhu] think that they cannot inherit anything from a Muslim relative.

Assalamualaikum brothers and sisters,
I am pleased to inform you that Persatuan Darul Fitrah is organizing a talk on Faraid and Wasiat by Tuan Haji Mod Noor Bahari of Bahari & Bahari Shariah Lawyers.
The talk followed by Q & A will be held at Persatuan Darul FitrahMalaysia;
Date: 14 June 09, Sunday
Time: 4pm – 5.30pm
Venue: Persatuan Darul Fitrah Malaysia
No 9-5 (Floor 3A),Jalan PJU 8/51,
Bandar Damansara Perdana47820 Selangor.
(Next door to 7-11 store)

This talk would be especially beneficial to convert brothers and sisters who have non-Muslim family members whom they want to include in their will or vice versa.
Pls forward to your list or invite your friends to benefit from this.

Wassalam

Muhammad Riduan Yap http://aa.mc388.mail.yahoo.com/mc/compose?to=mryfk123@gmail.com
President,
Persatuan Darul Fitrah Malaysia

Thursday, June 4

TIKET JUTAWAN

"Mai sini, cuba ambil 4 kertas?"
Teringat sewaktu kecil-kecil dahulu, jiran saya suka mengacukan beberapa keping kertas bergulung kepada saya.
Saya yang tidak tahu apa-apa mengikut sahaja arahannya. Saya ambil 4 kertas bergulung lalu membuka satu persatu. 3-6-2-9.. saya baca, dan pakcik itu akan tulis sebelum beredar keluar rumah.
Apabila saya semakin besar, barulah saya sedar apa yang dilakukannya.
Ahhh... beli nombor ekor.

"Beli nombor" satu amalan biasa dalam masyarakat Cina, terutama yang agak tua. Saya ingat lagi, Mak Tok saya selalu membeli nombor ekor. Malah terdapat sebuah buku berwarna merah jambu di atas mesin jahit, untuk dibuat rujukan. Apa-apa sahaja mimpi yang pelik, Mak Tok akan membuka buku tersebut untuk mencari nombor yang sesuai untuk mimpinya. Kalau mimpikan batu nesan, ada nombor 3 digitnya. Kalau nampak anjing bergaduh, ada nombor 3 digit yang lain. Boleh dikatakan hampir semua benda dan perkara biasa ada nombor 3 digit, yang boleh digunakan untuk membeli nombor ekor.

Apabila sudah tahu membaca, saya suka membuka buku tersebut. Hairan, bagaimanakah penulis boleh kaitkan benda dan perkara tertentu dengan nombor tertentu? Dan tanya saja kepada orang tua yang biasa membeli nombor ekor, apakah nombor untuk nanas? Mereka yang mahir boleh nyatakan begitu sahaja, malah tanya kepada 3 orang, nombor yang diberikan adalah sama!

Mak Tok tidak perlu keluar ke kedai untuk membeli nombor. Akan ada seorang 'kawan' wanita ke rumah untuk membantunya menulis nombor yang dikehendaki. Sekeping kertas kecil berwarna merah jambu atau kuning akan diberikan sebagai tiket atau resit, dan salinannya dalam buku yang disimpan kawan berkenaan. Sebagai cucu yang rapat dengan Mak Tok, saya selalu juga perhatikan aktiviti mereka. Kertas kecil itu akan ditulis dengan tarik, nombor 4 digit yang dibeli dan sama ada 'besar' atau 'kecil'. Boleh pula berhutang; sekiranya nombor yang dibeli naik, akan ditolak hutang barulah dibayar sejumlah wang pertaruhan.

Kawan wanita itu pernah mengaku, aktiviti mereka memang salah di sisi undang-undang tetapi kerana mendatangkan pendapatan yang baik, dia berani mengambil risiko. Lagipun, sindiket akan menolong membayar denda sekiranya dia ditangkap polis. Sekiranya dia berhati-hati menyimpan buku resit dan hanya membuat bisnes di rumah-rumah pelanggan, dia agak selamat. Tambahnya lagi, setiap kali pelanggan menang pertaruhan, dia juga akan menerima komisen daripada ketua, maka dia turut mengharapkan pelanggan menang.

Adakah Mak Tok menang? Tak banyak kali, tidak dapat menampung kerugian dia membayar perjudiannya itu. Makcik saya pula yang lebih kerap menang perjudian. Namun Mak Tok tak pernah berputus asa. Bagi Mak Tok dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya, itu bukan kesalahan. Itu satu hobi. Itu satu cara untuk mereka menjadi kaya, jikalau nombor yang dibeli naik sebagai nombor pertama. Oleh itu mereka membina pengharapan ke atas sekeping tiket kecil. Hilang tiket, hilanglah peluang. Terlupa membeli dan nombor yang selalu dipertaruhkan itu naik, maka bisinglah Mak Tok sehingga berbulan-bulan.

Tiket loteri turut dibeli Mak Tok. Malah Mak Tok pernah menasihati saya untuk membeli sekeping setiap bulan, manalah tahu nasib saya baik, dapatlah wang percuma, katanya [pernah saya beli beberapa keping pada ketika mula-mula bekerja apabila didatangi penjual, tetapi berhenti kerana tidak pernah menang pun, hehehe.]. Itulah kegiatan Mak Tok sehingga hari ini, tidak pernah berputus asa. Masih berharap menjadi jutawan. Walaupun dinasihati, dia tetap teruskan. Alhamdulillah, Mak pula dah lama buang tabiat ini.

Judi kuda lebih memudaratkan. Begitu juga dengan judi bola. Pertaruhan lebih besar dan kerugian mencecah beratus malah beribu ringgit. Ada kumpulan tertentu yang berjudi begini, biasanya lelaki. Sebuah radio, suratkhabar Inggeris atau Cina yang ada halaman lumba kuda, dan panggilan telefon digunakan untuk kaedah ini. Mereka yang terjebak amat sukar untuk melepaskan diri, kerana pengaruh kawan-kawan dan kerana ketagihan. Yang kalah judi begini mungkin akan mencagarkan harta peribadi seperti kereta, barang kemas dan sebagainya sebagai bayaran. Kalau tidak mampu, maka berhutanglah dengan along untuk menyambung tabiat. Itulah sebab mengapa begitu ramai mereka yang berhutang dengan along terdiri daripada kaki judi yang tegar.

Pengalaman banyak mendewasakan diri ini. Tabiat berjudi satu tabiat yang buruk, dan banyak menghancurkan rumahtangga dan memutuskan silatulrahim. Isteri-isteri dan anak-anak kaki judi merana kerana tabiat suami dan bapa. Barang kemas anak isteri digadaikan, makan minum ana isteri tidak dihiraukan, malah ada yang berani meminta wang daripada isteri untuk berjudi. Ahli keluarga terdekat, ibu bapa, dan adik beradik yang ditinggalkan menanggung malu dan hutang apabila terpaksa untuk berurusan dengan along apabila kaki judi yang berhutang banyak melarikan diri. Kita baca dalam akhbar. Kita tonton di kaca TV. Nak salahkan along 100% pun tidak boleh - selagi ada permintaan wang segera, selagi itulah akan ada along yang sudi memberikan dengan kadar faedah tinggi.

Itulah sebab Islam mengharamkan perjudian. Berjudi memudatkan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada institusi keluarga dan masyarakat. Namun saya hairan mengapa terdapat orang Islam yang turut terjebak dalam perjudian.

"Mai sini, aku belanja," pernah seorang kawan Melayu menyapa saya yang belum Islam.
"Belanja? Hari ini hari apa, awak belanja?"saya menegur.
"Shhh... semalam nombor kereta aku naik," dia berbisik.
Saya diam. Terkejut bukan apa, tetapi sedar yang dilakukannya telah melanggar hukum Islam.
"Aku tau salah tapi aku guna duit tu untuk beli-belah. Tak campur dengan duit gajiku. Kira duit tambahan," jelasnya.
Saya tanya bagaimana dia sebagai orang Islam boleh membeli sedangkan berjudi haram dan mereka yang melakukannya boleh ditangkap. Dengan secawan kopi, dia terus menerangkan modus operadi. [kawan bukan Islam lebih dipercayai apabila melibatkan perkara haram sebegini].

Saya tahu terdapat segelintir orang Islam yang turut berjudi, sama ada secara sedar ataupun tidak. Nasihat saya, bertaubatlah dan berhati-hatilah. Ingatlah balasan akhirat dan kemurkaan Allah terhadap mereka yang melanggar hukum Islam. Bukankah larangan berjudi sudah jelas dalam al-Quran?

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, berkorban untuk berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah agar kamu beruntung"
[QS al-Ma'idah 5:90]