Saya kering, mereka basah.
Saya masih selesa, mereka menggigil kesejukan.
Saya dilindungi, mereka terdedah.
Dalam hati, saya memanjat syukur kepadaNya kerana memberi rezeki yang begitu banyak dalam hidup saya. Kesusahan dahulu banyak menginsafkan diri ini.
Dahulu saya pernah seperti mereka. Dibasahi hujan, dan disimbah percikan air daripada kenderaan yang lalu lalang. Berteduh di kedai dan perhentian bas sambil m,engharapkan agar hujan cepat berhenti, supaya saya dapat meneruskan perjalanan dalam keadaan yang lebih selesa. Mengharapkan dapat berjumpa insan pemurah yang sudi menghulurkan bantuan agar saya dapat cepat sampai ke rumah dan menukar ke dalam pakaian yang kering dan selesa.
Kini setiap kali hujan, saya hanya mampu berdoa agar mereka yang bermotosikal, berbasikal dan berjalan kaki di hadapan saya itu selamat tiba di destinasi masing-masing.
Ya Allah, sesungguhnya Kau yang Maha Berkuasa.
Bantulah kami untuk bersabar ketika hujan lebat membasahi bumiMu, ketika kami dalam kesesakan lalu lintas yang teruk akibat hujan, dan ketika menghadapi kerenah manusia lain di sekeliling kami pada waktu tersebut.
Bantulah kami agar berlapang dada dengan sikap pengguna jalan raya yang lain ketika hujan turun, kerana mereka mungkin sedang diujiMu dengan masalah yang lebih berat daripada kami.
Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan rezeki dan rahmatMu, pada ketika cuaca panas terik dan juga ketika hujan lebat.
MUSLIM REVERTS CLUB is opening its membership. Please read here.
KELAB MUSLIM REVERT sedang dalam proses mendapatkan ahli. Tolong baca di sini
salam....singgah..
ReplyDeleteNyanyian hujan..
membawa keindahan..
di atas sebuah dahan..
hingga tak ada lagi kerisauan..
Nyanyian hujan..
memberi kebaikan..
mengalir dengan senyuman..
menghapus kesunyian..
melepas kesunyian..
Nyanyian hujan..
mengingatkan kerinduan..
pada sang gadis pujaan..
pemberi jalan..
pembuka kebahagiaan..
anaklaut-
Waalaikumussalam,
ReplyDeletetepuk tepuk tepuk..
sedap :)