Sunday, April 19

SIAPA ANDA UNTUK KATA GITU?

"Dia tu, baru saja Islam tapi dah berani tegur kesilapan kami yang dah lama Islam. Sedar-sedarlah sikit, mengaji pun belum, dah nak tunjuk pandai!"

Seperti selalu, saya hanya tersenyum apabila perkhabaran itu disampaikan oleh orang lain. Biasalah, di dunia ini ada pelbagai kategori orang Islam -. Yang tahu Islam dan amalkan Islam; yang tahu Islam tetapi tak amalkan; yang tahu Islam tetapi tak sebarkan; dan yang paling malang lagi, yang tahu Islam tetapi cuba halang orang lain daripada betulkan kesilapan orang lain.
Dan kategori yang keempat inilah yang saya paling kasihani!

Mengapa?
Kerana mereka sudah bertahun-tahun belajar Pendidikan Islam di sekolah, ada yang sudah khatam Quran beberapa kali tetapi apabila bertemu dengan orang belum Islam, kelu lidah untuk menyampaikan ajaran Islam, walaupun sepatah ayat! Kononnya yang berhak menjalankan kerja dakwah adalah golongan ulama dan yang arif tentang Islam saja, takut menyebarkan ajaran salah!
Kerana mereka sepatutnya sudah faham ajaran Islam itu bagaimana, tetapi apabila berhadapan dengan saudara baru yang memeluk Islam yang menegur kesilapan orang Islam lain dalam beberapa perkara, terus menuduh saudara baru atau mualaf itu sebagai orang yang nak lagak pandai kerana belum pandai mengaji!
Kerana mereka berasa kurang senang dengan teguran yang diberikan oleh golongan mualaf tersebut (yang telah bertungkus-lumus mengkaji ajaran Islam dan membuat bandingan antara hadis sahih dan hadis dhaif) lalu memberi kata dua, "Tak payah bising-bising, nanti orang Islam lain tak suka, nanti kami pulau engkau sebab suka sangat tegur kesilapan amalan kami yang telah turun-temurun!"

Hahahaa... kasihan, kasihan mereka yang dah lama Islam tetapi tak mengetahui keseluruhan ajaran Islam sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan hadith!

Pernahkah al-Quran membezakan umat Islam mengikut berapa lama agama Islam itu dianuti seseorang ? Ada kategori khas untuk yang dah lama Islam dengan yang baru mengucap 2-kalimah syahadah? Memang tak ada!
Pernahkah al-Quran dan hadith menyatakan bahawa seorang yang baru memeluk Islam tidak berhak menegur kesilapan orang Islam yang nyata sudah menyimpang dari ajaranNya? Kalau ada, sila tunjukkan kepada saya?
Pernahkah al-Quran dan hadith mempunyai ayat yang menghalang orang bukan Islam daripada membaca al-Quran atau terjemahan al-Quran? Kalau ada, tunjukkan ayat tersebut, surah mana, hadis mana?

Al-Quran telah menyatakan bahawa Allah swt membezakan berdasarkan ketaqwaan mereka padaNya.
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang palng bertaqwa di antara kamu."
(al-Hujuraat :13)

Ya, berdasarkan kepada ketaqwaan orang Islam itu kepada Allah, bukan pada kekayaannya, bukan pada ilmu agamanya, bukan pada berapa lama dia memeluk Islam dan mengerjakan solat. Maka tiada bezanya seorang yang lama Islam dengan seorang yang baru seminit lalu memeluk Islam di depan Allah swt, melainkan ketaqwaan masing-masing untuk mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Pelik sungguh manusia ni.
Kalau dah diri tak mampu nak jalankan kerja dakwah kepada yang belum Islam, janganlah halang mereka yang berusaha mendekatkan kawan-kawan dan orang lain kepada Islam.
Kalau dah diri tak pasti apakah sebenarnya amalan syirik dan bidaah yang masih diamalkan sejak turun-temurun, pergilah kaji dan tanya mereka yang lebih arif; jangan pula pergi suruh saudara baru Islam atau mualaf yang menegur perbuatan dan amalan songsang itu untuk mendiamkan diri sahaja, dengan alasan "Awak masih baru, pergilah mengaji habis dulu!"
Kalau ada di antara kami yang menegur yang lain dengan menggunakan istilah Arab (yang kami pelajari daripada ustazah), yang tak faham maksud istilah tersebut mengaku saja tak faham, boleh tanya maksudnya (dengan cara itu, anta belajar sesuatu yang baru) bukan disuruh kami untuk menutup mulut saja kerana ada pihak yang tidak senang [inferiority complex la, mengaku ajer!]

Salahkah jikalau saudara baru itu menegur amalan orang Islam lain yang jelas-jelas sudah menyimpang dari ajaran Islam? Mungkin pedas cara teguran itu tetapi dalam kepedasan itu, ada kebaikan juga. Mengapa perlu marah sedangkan teguran itu bertujuan baik?
Wahai orang yang masih 'buta' ketahuilah bahawa kebanyakan saudara baru Islam atau golongan yang kamu gelar sebagai mualaf tidak pernah terikat dengan amalan orang Melayu Islam yang diwarisi turun-temurun.
Kami yang telah mengkaji al-Quran terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan memeluk Islam adalah bebas daripada sesetengah amalan yang berbentuk syirik yang masih diamalkan oleh sebahagian besar orang-orang lahir Islam Melayu dalam masyarakat kita.
Tempat rujukan kami yang pertama adalah al-Quran dan hadith, bukan imam atau ulama sepertimana amalan biasa orang-orang kampung.
Benar, kami mungkin belum pandai lagi mengaji al-Quran, sebutan tajwid kami mungkin masih banyak kesalahan, tetapi jikalau perkara yang kami nyatakan itu benar, mengapa tak terima sahaja teguran itu dengan lapang dada? Mengapa pula perlu kaitkan dengan status kami yang bergelar saudara baru, sedangkan Allah swt sendiri tidak pernah membezakan dengan cara begitu?

Kasihan, kasihan, kasihan..
Sebenarnya mereka yang tidak puas hati dengan usaha saudara baru Islam itu untuk berdakwah mendekatkan semula orang lahir Islam (di samping menerangkan Islam kepada yng belum Islam) yang bermasaalah besar. Bukan saudara baru Islam itu. Mereka sebenarnya malas untuk mengkaji al-Quran (pandai mengaji bukan bermakna tahu dan faham segala isi al-Quran) dan melihat Islam dari kaca mata seorang saudara baru Islam.

Oleh yang demikian, saudara-saudari saya yang baru dan lama memeluk Islam, janganlah anda berputus asa dari mengerjakan dakwah dengan cara tersendiri. Biarlah mereka dengan masalah mereka itu. Jangan layan suara-suara sumbang yang dengki dengan segala usaha anda.
Sedangkan Islam menuntut umatNya untuk sentiasa berusaha mencari kebenaran dan menuntut ilmu, bukannya amalkan Islam "suka hati akulah".

Bukankah dalam al-Quran, surah Saba' 34 ayat 46 memberi maksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad),'Aku hanya mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja iaitu, hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah (dengan ikhlas)semata-mata, sama ada dengan cara berdua atau seorang diri, kemudian hendaklah kamu berfikir bagi mengetahui salah atau betulnya ajaranKu."

Yang kita orang Islam inginkan dan perlukan adalah keredhaan Allah swt, bukan penerimaan orang ramai. InsyaAllah apabila Allah redha dengan kita, segala urusan kita akan menjadi mudah dengan berkatNya.

28 comments:

  1. Salam...

    Setuju dgn saudari. Mereka ini harus sedar bahawa Allah tidak sekali-kali mengukur Islam dan Iman seseorang melalui "seniority". Apatah pula kalau sekadar senior dari segi usia semata-mata tetapi ilmu dan amalan jauh sekali.

    ReplyDelete
  2. memang benar ada sesetengah umat Islam yang bersikap begitu.Mungkin kerana ego dan mungkin kerana mereka tidak faham tentang konsep dakwah itu sendiri; bahawa setiap daripada diri kita yang Muslim ini memang berkewajipan dalam berdakwah.

    ReplyDelete
  3. salam..
    i really like your blog.. sebagai peringatan kepada saya sndiri yg kdg2 lalai~

    pendapat saya:
    - orang melayu sekarang konfius antara ajaran islam & adat. e.g bertudung dah dianggap adat; bertudung tapi masih menampakkan rambut

    - orang islam konfius dgn ajaran islam itu sendiri. e.g bebaskan pelastin djadikan alasan utk berpesta, menghalalkan yg haram

    - semakin mengejar kebendaan & kemodenan, manusia makin jauh dr agama

    - kebanyakan muslim skrg hanya pada nama kerana islam itu hanya sekadar diwarisi tetapi x dihayati dan diamalkan

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Nazrul & Raudhah,
    INI KISAH BENAR:
    Hujah mereka: Kalau orang lahir Islam sendiri pun tak bercakap tentang Islam, mengapa seorang mualaf nak cakap tentang Islam? Bukankah itu tanda dia nak tonjolkan diri lebih pandai/hebat/berilmu dari yang dah lama Islam?
    Hahahaa..Cakap tentang Islam pun salah? Guna istilah Arab pun dipandang serong?
    Dugaan.. bila mualaf dipulaukan mereka yang bukan Islam dan masa yang sama, dipandang serong mereka yang lama Islam.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    macam kena himpit batulah kak aliya
    orang bukan Islam kata kau masuk Islam sebab nak kahwin
    orang Islam pun kata kau masuk Islam sebab nak kahwin

    bila menutup aurat kata pakwe kau yang suruh
    bila nak tutup aurat kata jangan drastik, pakai tudung kecil2 dulu

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Sakinah,
    Eh, jangan begitu. Macam orang utara cakap, "Biaq pi depa tu!"
    Kita beriman kepada Allah dan RasulNya. Pedulikan kata-kata mereka itu, sebenarnya mereka sendiri yang masih sesat dan berpandangan serong, bukan kita yang mendapat hidayah dan berusaha menuruti segala suruhanNya. Bukankah dalam al-Quran sendiri menyebut, yang bermaksud,"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah,Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam. Dan barang siapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit.."(surah Al-An'am 6:125)

    ReplyDelete
  7. Asalamualaikum kak Aliya dan kak Sakinah (di atas ni).

    Naqibah saya seorang yang sangat kuat berdakwah tapi kadang-kala hatinya ter'sentuh' juga sebab ramai yang menolak malah menghina beliau.

    Tapi beliau sangat teguh dengan jalan yang beliau pilih ni.Dan beliau selalu membacakan terjemahan firman Allah daripada surah al-Kahfi ayat 28 ini kepada saya :

    "dan bersabarlah (dan teguhlah) kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Rabb-nya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah perkaranya melewati batas (akan hancur sia-sia)."

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum. saya tak tahu nak panggil kakak ke saudari ker, makcik ker, adik atau apa saja panggilan yang selayaknya. cumanya saya amat tertarik dengan perbincangan dan penulisan di dalam blog ini.

    cumanya saya malas nak membelek dari satu ke satu entri untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kakak aliya ini. Sebelum mengenali Islam, kakak aliya menganuti agama apa?

    subhanallah semoga kita sama-sama berjuang dan mati di dalam agama Islam.. amin.

    salam perkenalan dari kami di Makkah.

    -lutfi, najwa dan waseem.

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum kak Aliya,sy merupakn pminat setia blog kak aliya.pnh sumber inspirasi. =)
    i just want 2 inform u about a da'wah program.hopefully u can spread da message to ur MRCs memmbers ya.
    details>>>
    Forum Hidayah Centre

    Hidayah Center akan mengadakan forum Dakwah Harmoni pada masyarakat Tionghua di Malaysia pada:

    Tarikh: 24/4/09 (Jumaat)
    Masa: 8.30 malam
    Tempat: Pusat Komuniti JIM, Pusat Bandar Melawati, KL.

    Ahli Panel :
    Dr Ann Wan Seng
    Daniel Hakim Boey
    Moderator: Nicholas Sylvester.

    Masuk Percuma. Sebarang pertanyaan sila hubungi Joannes Lukas 03-41089669 atau 013-3040834.

    -iman.mujahid@gmail.com-

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Program yang menarik... nak pegi tapi kakak saya kawin hari sabtu ni kat penang so kena balik hari jumaat.

    Orang selalu ingat saya revert Islam sebab nak kawin padahal saya belum lagi kawin. Ada juga yang terkejut bila saya kata saya kata saya peluk Islam setelah membuat perbandigan agama.

    Memang saya selalu jugak dicemuh, ditegur dsbnya apabila cuba berkongsi tentang pemahaman saya tentang Islam. Apa nak buat kalau ada sesetengah orang yang tidak mahu berkongsi ilmu agama. Kalau apa yang disampaikan salah maka betulkanlah, kalau betul Alhamdullilah.

    Jika dilihat orang-orang yang revert Malaysia, kebanyakkan mereka banyak berda'wah walaupun setahun jagung bergelar Muslim. Mereka cuba sedaya upaya untuk mengikut Sunnah.... Lepas itu ada pulak orang yang cuba discourage tindakan mereka ini seolah-olah tindakan mereka salah?

    ReplyDelete
  11. Good points kak Aliya, but even giving advice is something that we have to do very carefully. If I remember correctly there are at least 3 things we have to keep in mind: the intention, the timing, and the way we give the advice. People have different personalities so they respond to advice differently.

    Remember the story of someone who made a mistake making wudhu, then *who was it..I don't remember* someone gently asked him to watch himself making wudhu and see if there were mistakes.

    ReplyDelete
  12. AssalamuAlaikum WrWb Kak Aliya,

    We are sorry. We are sisters, Kak Aliya. Born-muslims were conditioned so but many were not conditioned as such especially those who would willing to show Islam to non-muslims. Same as non-muslims they are conditioned with what Muslims behaviour with Islam.

    PS Kak Aliya rugi tau tak pi da'wah training by Sheikh R. Ali dari Bahrain hari tu.

    AssalamuAlaikum WrWb,

    -Hanan, UPU TESOL

    ReplyDelete
  13. Just wanted to add regarding conditioned and not conditioned. Sometimes the non-muslims have better moral/akhlak than the muslims that I know. Although their akidah is wrong but still for me sometimes they act as they(non-muslims) are more muslims then muslims are now.

    Conditioned or not conditioned is an interesting issue. It is what you have been tought and practiced for life. We are muslims so we must condition ourself according to the Sunnah. If a born-muslim are conditioned in such way of not sharing Islamic knowledge then maybe he is not being brought up with Sunnah? Or something wrong with our education system? Maybe some of em do not follow/care about Sunnah?

    I am person with little knowledge but at least by sharing we get more. If we keep on talking about Islam, it could be a good culture. At least we dont gossip and waste time on artist, hollywood, doing more fitnah and sin. We sont waste time on useless television show or useless music that will not bring us closer to Allah S.W.T.

    ReplyDelete
  14. salam ziarah:)
    sy suke nm aliya..
    then, nmpk blog nie throgh my friend..
    so sy link kak aliya eh..

    manusia banyak menyandarkan kehidupan agama mereka pada..
    1.nenek moyang (warisan)~ 2:170
    2.orang ramai ~ 6:116
    3.golongan agamawan ~ 9:31

    islam untuk semua!!
    p/s:selamat berkongsi kak aliya:)

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam idsyAleeya,
    Terima kasih kerana berkongsi ayat al-Quran dengan kami di sini.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Salam.

    Thanks Cikgu Aliya. Hence my argument remains.

    Quote: Kalau orang lahir Islam sendiri pun tak bercakap tentang Islam, mengapa seorang mualaf nak cakap tentang Islam? Bukankah itu tanda dia nak tonjolkan diri lebih pandai/hebat/berilmu dari yang dah lama Islam?It is nothing but a foolish cover-up for their own ineptitude. Sudahlah jahil tak mahu belajar, tapi bengang pula bila nampak orang yg lebih muda/baru lebih bijak daripada mereka. Hence my argument remains, mereka mesti DISEDARKAN bahawa Allah TIDAK sekali-kali mengukur Islam dan Iman seseorang melalui SENIORITY. Islam is a religion and a way of life, NOT an employment.

    ReplyDelete
  18. Waalaikumussalam ahong,
    All humans are born good but the way we are brought up determines our outlook in life. Therefore we see Muslim characteristics among nonMuslims and "kafir" characteristics among Muslims.Sometimes even the meaning of Sunnah is lost because people can claim to follow Sunnah but without proper knowledge and understanding.Just like Moral lessons, Islamic education in schools are more for passing on knowledge than ensuring the students truly understand the religion and love being Muslims.
    Yes, the more we share, the more we learn.

    ReplyDelete
  19. Waalaikumussalam Raudhah & Lotfi,
    Jangan takut dengan kritikan orang kerana itu bermakna anda seorang yang penting! Hanya orang penting yang selalu menjadi perhatian dan menerima kritikan :)
    Terima kasih kerana berkongsi ayat al-Quran itu dengan kami, Raudhah. Semoga dia terus dalam perjuangannya.
    Lotfi, dalam dokumen rasmi saya tulis beragama Budha tetapi saya boleh dikatakan tidak sembahyang langsung semenjak berhasrat memeluk Islam pada 1996. Sehinggalah saya memeluk Islam secara rasmi pada 2006.Boleh baca dalam entri berlabel journey, mula dari oldest entry, hehehe.

    ReplyDelete
  20. Waalaikumussalam drenalin & Miss 01,
    True, agree. We'd never know their reactions until we do give the advice, right? If they scold you back, well.. just smile and say thanks. It's our duty to advise if we do see ur brothers and sisters making mistakes in the gentlest way possible. And it's also our duty to listen to advice. Nothing is ever bad to a Muslim :)
    Miss 01,thanks for the interesting slides you emailed me.Da'wah training by Sheikh R. Ali dari Bahrain at USM? Huhu, pengsan saya kalau nak ikut semua aktiviti dakwah yang berlangsung.Kalau saya mampu, saya hadir, kalau tak hadir bermakna saya ada aktiviti lain yang perlu diutamakan dahulu.Tak rugi apa-apa, Allah yang tentukan :)

    ReplyDelete
  21. Waalaikumussalam Nazrul,
    I agree with you. Islam agama yang mudah dan indah tapi malangnya terdapat Muslim yang mencemarkan keindahan Islam melalui tindak-tanduk negatif mereka. Semoga Allah swt tunjukkan kebenaran.

    ReplyDelete
  22. Al-Ankabut:2
    Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?

    ReplyDelete
  23. oh orang begini sangat annoying, OK? nani sgt rimas melihat perlakuan sedemikian terhadap para mualaf.

    biasanya nani akan bagitau macam ni saja, 'bang, jangan sakit hatilah dia lagi pandai. ingat Tuhan lepaskan kita ke syurga ikut jumlah tahun kita menganut islam ke? oh kalau macam tu atuk berusia 100 tahun yg mengucap syahadah pada usia setahun mesti terawal ke syurga walaupun sepanjang hayat tak solat kan?' cis.

    nani seorang prejudis, depends on the situations, but i can't stand prejudice sesama islam. hmh.

    ReplyDelete
  24. Ya, annoying and deserve my long-time-no-polish sharp tongue, hahahaa. Most of these people have this mind frame that 'mereka yang peluk Islam belum tahu apa-apa tentang Islam lagi". Syukur kak aliya tak pernah ikuti program anjuran MAIPP, silap haribulan bertekak saya dengan ustaz-ustaz di sana kerana saya memang jenis yang tak reti diam dan terima bulat-bulat semua kata orang :P

    ReplyDelete
  25. Thank you, Kak Aliya... =)

    ReplyDelete
  26. Hmm, something's quite "out of tune" here.

    I've written something about it in my blog. But I think I'll write something fresh about it. Do take note everyone: there are lots of misunderstandings going around nowadays; a lot of misguided ideologies on Islam; do be careful.

    I'll post the link once I've posted it in my blog.

    ReplyDelete