Pendapat saya, kerja boleh ditangguh dan pekerjanya boleh diganti. Tak kira apa pangkatpun, kesihatan sendiri perlu juga dijaga dan diutamakan. Apabila kita sakit, bukan boss pejabat dan rakan sekerja yang akan merawat kita (malah mungkin mereka akan merungut kerana terpaksa mengambil alih tugas harian kita!) tetapi ahli keluarga kita juga yang menjaga kita sehingga kita sembuh. Saya tidak mahu mati kerana stress terlampau banyak kerja!
Berikut adalah maklumat tentang satu lagi latihan dakwah yang akan diadakan di Ampang (dipetik dari blog saudara Firdaus http://ifirrr.blogspot.com/2009/04/dawah-twaining-fwiendly-compawative.html:
-------------------------------------------------------------------------------------
Insha Allah, pada hujung minggu ini Islamic Information & Services Foundation (IIS) akan menganjurkan kursus dakwah, "Friendly Comparative Religion Course" (FCR) dalam Bahasa Melayu.
Kursus Asas Intensif Dakwah kepada Bukan Islam (Dalam Bahasa Melayu)
TARIKH: 18&19 April 2009 (Sabtu & Ahad)
OBJEKTIF PROGRAM: Untuk berkongsi maklumat dan memahami pelbagai agama di Malaysia. Untuk mempromosi kesedaran tentang perlunya menyampaikan da’wa Islam. Memperkenalkan fakta penting yang bersesuaian dengan suasana dan kumpulan tertentu. Menanam kesedaran umum tentang perlunya metodologi da’wah yang berkesan.
TAJUK-TAJUK CERAMAH:
KEWAJIPAN BERDAKWAH
SEJARAH AGAMA KRISTIAN
ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN
KEPERCAYAAN & PERAYAAN KAUM CINA
AGAMA HINDU
SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM
PENGALAMAN BERSAMA PADERI KRISTIAN DAN GEREJA
QURAN DAN SAINS MODEN
PENCERAMAH:
1) Bro. Shah Kirit
Bro. Shah Kirit bin Kakulal Govindji Bekas penganut Hindu, memeluk agama Islam pada thn 1996.
Menyertai kursus intensif perbandingan agama “International Da’wah Training Program” di IRF Mumbai, India dikelolakan oleh Presiden Islamic Research Foundation (IRF), Dr. Zakir Abdul Karim Naik.
Menyertai kursus “Training the Trainer”, dikelolakan oleh Nuruddeen Lemu & Asiya Rodrigo daripada Islamic Education Trust, Nigeria.
Menganjurkan dan mengendalikan kelas perbandingan agama untuk pelajar- pelajar universiti dan orang awam di IIS.
Terlibat dalam Forum & Dialog Perbandingan Agama.
Penceramah Jemputan untuk Jabatan Agama Islam, sektor-sektor Kerajaan & Swasta, Universiti dan Gereja.
Ketua Pegawai Da’wah, IIS.
Pengurus, Saba Islamic Media, Maju Junction.
2) Bro. Engku Fauzi
Ketua Da’wah, Persatuan Pengislaman Darul Fitrah, Terengganu.
Ahli Jawatankuasa Majlis Da’wah Kerajaan Negeri Terengganu.
Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Negeri Terengganu.
Fasilitator untuk Kelas Perbandingan Agama.
Pegawai Da’wah Bebas, Islamic Information & Services (IIS).
Penyelidik & pelajar Bible.
Terlibat dalam Forum & Dialog Perbandingan Agama.
Penceramah Jemputan untuk Jabatan Agama Islam, sektor-sektor Kerajaan & Swasta dan Universiti.
Pegawai Dakwah IIS.
Pengarah, DMATEZ Industrial Gas, Terengganu.
TEMPAT: Dewan IIS, 1-5-2 Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.
MASA: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
YURAN: RM120 (termasuk bahan-bahan latihan seperti bible dan buku-buku yang bernilai lebih RM 60)
Hanya RM100 bagi pelajar dan mahasiswa.
Hubungi: IIS: 603-42604160 Bro. Mas Yuri: 013-6159030
salam.
ReplyDeletePuan Aliya, link tu salah la.
ni yg betul: http://ifirrr.blogspot.com/2009/04/dawah-twaining-fwiendly-compawative.html