Wednesday, April 8

AMAL

"Saya selalu berdoa kepada Allah swt, berikanlah saya peluang untuk membuat amal. Umur dah makin lanjut.. dosa pun dah makin banyak, entah berapa yang telah diampunkanNya, berapa banyak lagi yang perlu saya terus bertaubat dan memohon ampun dari manusia lain. Nak harapkan anak-anak yang soleh, mungkin setahun dua mereka akan ingat lepas tu mungkin setahun sekali saja bila balik raya mereka akan ingat pada ibu mereka yang sudah tiada. Saya hanya berharap dapat membuat sebanyak mungkin amal, membantu orang lain yang memerlukan dengan apa yang saya mampu. Terasa diri ini cukup kerdil dan lemah. Rasa macam tak cukup amal jariah untuk dibawa bersama saya nanti. Kalau ada peluang, saya nak bantu mereka yang memerlukan bantuan."

Saya diam. Sudah banyak kali saya dengar ungkapan seperti itu.
Sebenarnya peluang untuk beramal atas dasar cinta kepada Allah swt itu terbuka luas. Hanya kita sendiri yang sering tidak sedar, dan mungkin juga tidak bersedia dari segi emosi, mental dan rohaniah untuk melakukannya. Malah apabila peluang itu tiba, kita pula yang teragak-agak kerana keadaan yang berlaku tidak seperti yang dijangka. Mungkin Allah swt berikan peluang untuk beramal itu dalam bentuk ujian baru dalam hidup kita sedangkan kita mengharapkan sesuatu yang lebih mudah dilakukan?

Kita sering membuat bandingan dengan keadaan di dunia. Mungkin kita menganggap amal jariah yang dituntut itu mesti sesuatu yang hebat, yang besar dan amat dihargai, maka kita terlepas pandang perkara seharian yang memerlukan tindakan kita. Kita juga kerap menyebut,"Islam is the way of life" atau "Islam adalah cara hidup" tanpa memahami maksud sebenar ungkapan tersebut.

Sebenarnya banyak sekali amal jariah yang boleh kita lakukan di dunia ini, bukan?

4 comments:

  1. salam kak aliya,
    pretty post. memang pun, itu mindset bahawa amal jariah ni mestilah perkara2 besar yang nampak rupanya. sedangkan sembunyi2 pun boleh saja beramal jariah. berkongsi ilmu tu tak perlu duit pun, tapi pahalanya berterusan. kita tanam pokok sepohon pun, nanti jadi tempat berteduh..selagi ada yg tumpang berteduh, dapatlah kebaikan kepada kita. hm. nani cuma mampu buat yang kecil-kecil macam tu saja. tapi nani rasa, selagi nani ikhlas, nani tetap gembira dengan hidup nani. =)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Nani,
    Yes, memang betoiiii,hehehe. Kita yang hari-hari berurusan dengan pelajar cukup bertuah kerana berpeluang "menabung", asalkan kita ikhlas dan bekerja keranaNya. Asalkan tak mengajar ajaran sesat dan menjadi guru kurang ajar serta guru kepalang ajar, hahaha..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak. This is out of topic because I'm here to tell you that I'd like to award you with a 'I Love Your Blog' award. Please accept it at Keluargaku Sayang. Thank you kak.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam kakchik,
    Wah, kamsia xiexie, thank you. I accept it, insyaAllah will put it up soon.

    ReplyDelete