"Aliya, buku tak sampai lagikah?"
Mereka dah mula bertanya, tak sabar nak baca. Aduhai, sudah saya telefon ke Segamat untuk memastikan bahawa pesanan buku Travelog Haji dan Travelog Dakwah telah siap dikirim. Pesanan kali kedua. Pakej pertama yang tiba 2 minggu lalu, sebanyak 16 buku dah pun berpunya. Kata Puan di sana, pesanan kedua ini dah pun dikirim melalui pos laju pada Jumaat yang lepas.
Geram. Hari Khamis tetapi bungkusan poslaju masih belum tiba. Setelah menyiapkan bahan mengajar, saya menelefon ke Pejabat Pos terdekat untuk kepastian.
"Saya Pn. Nur Aliya dari *****. Saya sepatutnya menerima satu bungkusan poslaju dari Segamat yang dikirim pada hari Jumaat 27 Mac tetapi sehingga hari ini masih belum sampai. Boleh saya tahu punca kelewatan?"
Kedengaran suara lelaki yang menjawab itu meminta nombor kiriman. Manalah saya tahu?
"Begini encik. Saya difahamkan kiriman pos laju hanya mengambil masa 2 hari. Sepatutnya tiba paling lewat pun hari Selasa, ini dah hari Khamis. Alamat saya pula di sekolah yang dibuka sehingga jam 5 petang, maka saya nak tahu mengapa bungkusan poslaju saya ini belum sampai."
"Puan, ya.. bungkusan poslaju puan ada di Pejabat Pos ini. Kami sudah buat kad untuk meminta puan datang ambil. Boleh datang ambil sekarang?"
"Minta maaf encik. Bayaran poslaju sudah dibayar, maka sepatutnya pihak tuan yang perlu menghantar barang itu kepada saya, bukannya saya disuruh ambil sendiri di pejabat pos. Lagipun saya tunggu setiap hari untuk menerima bungkusan, tak pernah pun posmen naik untuk memberikan kepada kerani sekolah di pejabat. Tak pernah pun kami nampak posmen masuk ke pejabat untuk menghantar bungkusan itu.Mana mungkin dikatakan tiada orang untuk menerima bungkusan poslaju sedangkan sekolah dibuka setiap hari bekerja dari 7 pagi sehingga 5 petang?"
"Err.. posmen tulis begitu..Dia akan hantar kad itu nanti."
"Encik, kalau saya pergi ke pejabat pos tuan hari ini, saya akan berjumpa terus dengan Ketua Pos, saya akan buat aduan sebelum saya ambil bungkusan saya. Pegawai posmen yang tak cekap, mengapa saya pula yang perlu ke pejabat pos sedangkan saya sudah bayar untuk bungkusan dihantar ke alamat saya?"
"Err.. beginilah.. kami akan hantar ke alamat puan."
Tengah hari itu, saya mendapati sekeping kad merah di atas meja saya.Nampaknya posmen dah tiba semata-mata untuk mengirim sekeping kad itu, tanpa menghantar bungkusan yang dinanti-nantikan. Tertulis perkataan "tidak dapat diserahkan kerana penerima tiada di alamat. Jam 11.35 pagi hari Rabu" (Hello, hari kerja takkan tiada orang di sekolah untuk menerimanya?)
Saya bersiap-siap untuk ke Pejabat Pos itu selepas waktu sekolah. Siap-sedialah korang nanti. Tujuan meminta dikirim ke sekolah pun sebab mahu mengelakkan terpaksa ke pejabat pos kerana sudah sah tiada penerima untuk bungkusan yang dihantar pada waktu pejabat.
Jam 2.10petang, saya menerima panggilan telefon dari pejabat sekolah.
"Cikgu Aliya,ada orang dari pejabat pos nak jumpa."
Masuk saja ke dalam pejabat, kelihatan 2 pekerja berpakaian seragam dari Pejabat Pos sedang menunggu. Saya meneliti bungkusan di atas kaunter. Sah, milik saya.
Mereka memohon maaf. Kata mereka, posmen yang diamanahkan tidak naik ke pejabat untuk menyerahkan bungkusan seperti sepatutnya. Sebaliknya mengambil jalan mudah dengan menulis "tiada penerima pada waktu penghantaran" lalu disuruh ambil di pejabat pos yang jauhnya 20 minit dari sekolah (Kata kerani sekolah, selama ini semua bungkusan poslaju terpaksa diambil di pejabat pos, tak pernah dihantar oleh posmen, hanya kad merah itu yang diberikan), Mereka berjanji akan memastikan perkara serupa tidak berulang. Mereka sendiri mengaku sedar akan kelalain pegawai mereka.
(Pandainya orang itu mereka cerita! Tertulis dalam slip putih yang diselitkan pada bungkusan, penghantaran dapat tidak dilakukan pada 1 April 11.35 pagi, dan pada 4.35 petang kerana tiada orang. Pejabat di tingkat satu, hanya 10 meter dari peti surat sekolah di tingkat bawah, tunjuk arah ke pejabat jelas kelihatan dari pintu masuk. Kerani sendiri pun sudah dimaklumkan lebih awal lagi untuk menerima bungkusan bagi pihak saya.)
Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, maka saya menerima maaf mereka sambil tersenyum.Lagipun bungkusan yang dinanti sudah dibawa sendiri oleh dua pekerja tersebut, tak perlu saya memandu ke sana pada petang yang sibuk dengan pelbagai urusan sekolah.
Namun, saya mengingatkan mereka dengan kata-kata akhir,"Saya memang bercadang nak buat aduan di Pejabat Pos hari ini. Harap kejadian seperti ini tak berulang lagi. Nama saya dah naik dalam suratkhabar kerana tak puas hati dengan layanan semasa membuat paspot. Saya memang serius."
Ahh, lagi 10 buah Travelog Haji dan 4 Travelog Dakwah (melebihi pesanan sebenarnya) untuk memenuhi permintaan warga sekolah. Saya menjual dengan harga cukup-cukup untuk menampung harga pos. Bukan nak untung lebih tetapi nak bantu warga sekolah yang mahu membacanya ( habis stok di kedai buku berdekatan). Juga satu cara berdakwah.
(nota: Prof Kamil, nampaknya permintaan masih ada - baru dapat lagi pesanan untuk 2 Travelog Dakwah yang berautograf, huhuhu..masa tanya dulu, kata tak pasti. Alahai, susah juga jadi promoter buku :P)
salam...
ReplyDeletebagus kak... ajar sket orang2 pos tu... buat kerja macam melepaskan batuk ikut dan je, gi batuk kat tangga pon malas...
selamat berdakwah
Bunyi cam marah sgt je kak...
ReplyDeleteTp x per... bagus2...
klu x nnt dorg buat lg...
Cayalah akak, berjaya menjual begitu banyak Travelog Haji & Travelog Dakwah. Itu tandanya akak benar-benar 'jelira' dengan buku tu hingga boleh promote orang lain membeli untuk membacanya.
ReplyDeletep/s: jelira tu bahasa Kelantan.
Aliya,
ReplyDeleteDah lama terbaca pasal buku travelog dakwah tu...best sangat ke? Nak order satu boleh? I'll pay u this may when I'm back to BM. Anyway, padan muka pegawai dari pejabar pos tu..Main-main dengan cik kak kita ni..hehehehehe! This june, it will be ayear since we left USM, why don't we set a gathering event this June? we'll do it in Penang. how's that, okay?
salam perkenalan...Baguslah buat camtuh kat they all ..saye sokong...mmg nyer...saye pun penah kena gak...selalu sgt dpt surat merah....alasan mmg x munasabah...
ReplyDeleteWaalaikumussalam,
ReplyDeleteHeretic preacher & Hizryanz,
Saya sudah bosan dengan sikap mereka yang menganggap kita pengguna hanya mampu menerima bulat-bulat segala kenyataan mereka.Kita ada hak, jikalau kita yang mampu bersuara tidak bersuara memperjuangkan hak sendiri, makin berani lah mereka yang kurang amanah mengambil kesempatan, menghasilkan perkhidmatan yang kurang berkualiti.
Bukan marah tetapi bersikap asertif. Saya wanita Cina yang tidak terikat sangat dengan budaya wanita Melayu, hehehe..boleh dikira agak brutal, ya?
Kakchik & faizal
ReplyDeletekakchik, Saya hanya membantu kawan-kawan yang kepingin nak baca buku itu. Sebenarnya mudah saja nak promote buku Travelog tu.Ramai peminat Prof di sekolah saya,hahaha termasuk pelanggan terbaru saya, tuan pengetua :)InsyaAllah semoga selepas membacanya, lebih baik lagi ukhwah kami di sekolah.
Faizal, memang la best. Lepas baca terlonjak-lonjak hati nak menunaikan haji. No problem, insyaAllah saya simpan satu set dari pesanan ke3 nanti. Gathering in June? Great,but where?
Waalaikumussalam Cik Kham,
ReplyDeleteSemua yang berlaku pun kehendak Allah swt. Tentu ada hikmahnya, mungkin selepas ini posmen yang bekerja di pejabat pos itu akan bekerja dengan lebih cekap dan amanah, insyaAllah :)
Saya tahu bukan semua pejabat pos begitu. Posmen poslaju di S.Petani cekap, tak pernah pun dengar pelanggannya mengadu .
terima kasih. nanti saya ambik bila balik BM. Gathering...somewhere in georgetown la. Can u think any place that is suitable for the reunion? If we can get the price, then I can post it in our tesolian blog.
ReplyDeleteFaizal, I can only get Safira Club
ReplyDeletewith buffet less than RM30 per pax, hehehe. Why don't we have it on the mainland eg Butterworth or Sbrg Jaya? This way, those from Kedah & Perak can join us too. Unless you're thinking of dear crowded Subaidah at USM, hahahaha :P
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletesalam perkenalan..
akak aliya tahu, semalam dari pagi pusing di Pesta Buku antarabangsa cari Travelog dakwah..boleh tak ada pula... Travelog Haji aja yg ada..tak ada rezeki..
cdgnya nak beli pos..tapi perlu byrn pos pula..
cuma terkilan sikit Travelog dakwah tak ada..4-5 kedai juga tanya, kata mereka dah habis..
Waalaikumussalam zuaamah,
ReplyDeleteTravelog Dakwah tak ada? Ada singgah tak di booth PTS, penerbit Travelog Dakwah? Setahu saya, Prof Kamil berada di situ hari ini, 19 April. Cuba tulis komen di blog beliau http://muhdkamil.net/kehidupan/ dan masukkan pesanan. InsyaAllah akan dilayan :)
kak,nak tanya lah.
ReplyDeletesaya ada hantar barang dengan kawan saya ni.. tapi dia tak ada kat rumah 2 minggu,
so adakah barang yg saya pos tu akan kembali pda saya atau masih simpan di pjabat pos dan dia kena ambil ya?