Peliknya manusia.
Kadang-kadang begitu mudah mengeluarkan kata-kata indah dari mulut tetapi apabila diuji, diri sendiri tidak sanggup memikul beban. Lepas itu melenting marah apabila orang lain menegur.
1. Mengaku diri orang Islam tetapi lebih suka memberikan pelbagai alasan daripada memakai sehelai kain tudung berukuran sekurang-kurangnya 40x40 di kepala. Melaungkan "Allah tak pandang pada rupa tetapi pada hati?"dan " Orang yang bertudung pun bukan semuanya baik!"
2. Menyatakan mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya, berkahwin kerana Allah, tetapi apabila suami menyatakan hasrat untuk meminang ibu tunggal yang kesempitan hidup sebagai isteri kedua, segera mengugut meminta cerai. "Langkah mayatku dulu! Suami gatal, betina perampas suami orang!Payung emas, tak payahlah."
3. Menyatakan semua orang Islam bersaudara tetapi sanggup memutuskan silatulrahim kerana cemburu, dengki, buruk sangka dan sebagainya. Bermasam muka melebihi 3 hari, dan menghasut orang lain untuk mengasingkan diri dari 'musuh baru' itu.
4. Mempamerkan diri sebagai orang yang kuat beriman tetapi keluar dari masjid, batang rokok juga yang dicapai. "Merokok itu makruh.."alasan diberi sedangkan jelas sudah dikeluarkan fatwa bahawa rokok itu haram.
Banyak lain yang boleh dikatakan. Manusia akan terus hipokrit selagi meletakkan diri sendiri sebagai watak utama, melebihi suruhan Allah dan RasulNya. Itulah yang bakal menjadi kejatuhan kebanyakan manusia, kerana bersikap mementingkan diri sendiri dan dipenuhi sifat buruk lain. Maka tidak hairanlah jikalau kualiti hidup semakin merosot, kerana sikap hipokrit dan amalan yang tidak seiring dengan penampilan, menghalang daripada menjadi diri Muslim yang bebas dan dekat dengan Allah swt.
Pedas pos kali ini? Biarlah, kehidupan realiti pun tidak selalunya manis. Sekali-sekala kepedasan cili perlu dalam masakan kita supaya dapat menimbulkan kesedaran dengan segera pada si pemakannya.
Salam kak Aliya.
ReplyDeleteNo 1 itu sgt tepat. Betul, saya sendiri pun penat dgr alasan begitu. Sibuk berkata yg bertudung pun ramai membuat maksiat, padahal soal di sini adalah dia wajib menutup aurat, bukan menilai akhlak org di sekeliling.
No 2, poligami. Wanita kita kurang membaca kitab2, lebih suka baca novel cinta. Sebab itu ramai yg tak faham tentang poligami. Kdg2 sebab pelaksanaan poligami yg tak mengikut landasan asal pun (selalu lelaki lakukan) jadi punca kenapa poligami dianggap satu perkara yg menyakitkan bg wanita. Jadi, masyarakat perlu dididik lagi tentang konsep dan tujuan poligami yg sebenar-benarnya.
Rokok? Haha di pejabat baru saya, lelaki2nya sibuk menyindir perempuan tidak solat, pertikaikan betul ke kami uzur. Kemudian bangga bercerita taktik menukar kotak rokok utk mengelak lihat gambar janin yg terpampang. Takde pulak mereka peduli tentang hukum haram merokok tu. Hipokrit sungguh!
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)
ReplyDeleteSalam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
Waalaikumussalam imm,
ReplyDeleteItulah masalahnya, manusia bodoh sombong sepertimana yang disebut dalam surah Luqman ayat 7 yang bermaksud,"Bila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, maka dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya.."
Pemahaman poligami? Hmm, insyaAllah satu hari nani saya akan sentuh isu snesitif ini dengan panjang lebar.
Waalaikumussalam Anak Pendang,
ReplyDeleteSaya sebenarnya selalu menziarahi blog-blog pengunjung ke sini apabila kelapangan tetapi saja belum link ke blog saya. Bukan tak sudi tetapi terlalu ramai, takut tak layan semua ada yang merajuk, hehehe.Yang wujud dalam link di kanan pun yang sedia ada 2 tahun yang lalu :)
Assalamualaikum kak Aliya,
ReplyDeletedis is my first time visiting ur blog. I really wish i could talk to sumone like u. i hv several concerns bout what i'm going thru rite now. how can i email to u?
Waalaikumussalam lina,
ReplyDeleteYou may click on 'view my complete profile' which is on the right side of this page and then click on the email address below my picture.