Saturday, April 11

BERSIH

Baru-baru ini diadakan gotong-royong perdana. Sibuklah semua warga sekolah dengan peralatan menyapu, mengecat, memaku dan sebagainya. Dalam kesibukan, masih ada yang cuba mencuri tulang.

"Mereka ponteng kerana tak mahu melibatkan diri dalam gotong-royong, cikgu."
"Tadi ada, sekarang dah hilang. Macam biskut chipsmore!"
"Minta 10 orang, yang datang hanya 5 orang. Bagaimana nak kemas begini?"
Sikap sebenar manusia terserlah apabila berlakunya aktiviti gotong-royong. Pelbagai karenah kelihatan. Mereka yang tugasnya mengarah mungkin sekadar itu sahaja kerjanya. Mereka yang ikhlas membantu pula bekerja bersungguh-sungguh sementara yang buat ala kadar sahaja, mencari peluang menghilangkan diri selepas seketika.

Alhamdulillah, bangunan kelihatan bersih dan ceria sekarang.
Sampah-sarap telah dibuang. Lantai sudah dibersihkan. Tingkap dan cermin sudah dilap. Semua orang mengadu letih.
Ketika berjalan sepanjang koridor, saya terfikir. Semua sampah dan kotoran yang dilihat dengan mata kasar sudah dibuang. Namun semua itu bersifat sementara. Esok lusa mungkin tempat yang baru dibersihkan akan dipenuhi sampah sarap yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana pula dengan pembersihan minda dan hati nurani kita daripada perasaan malas, sombong, cemburu, hasad dengki, prasangka buruk, dan sebagainya?

Gotong royong selalunya diadakan secara berkala, kerana keperluan tertentu dalam sesebuah organisasi. Apabila ada arahan daripada pihak atasan atau ketua, barulah kita bersama-sama melakukannya.

Pembersihan juga perlu bagi diri kita sendiri. Refleksi kendiri, dan pembersihan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan mengisi hati dengan sifat-sifat mahmudah juga perlu diadakan dengan kerap, kerana kita manusia yang lemah dan cepat lupa. Janganlah rumah dan persekitaran sahaja yang bersih dan ceria tetapi hati masih kotor dengan pelbagai keburukan.

6 comments:

  1. salam ziarah dan kunjungan..nice blog..cikgu ya?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...
    Kak Aliya(shall i call you by this name?)..
    i really like your writing, simple yet impressive.
    no doubt, i've learnt a lot from this blog about life, attitude, self confidence and more. great to have you here on the net as a blogger that always has something special to write about.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam Fatahiyyah,
    Terima kasih kerana melawat ke sini.Jemput datanglah selalu, hehehe.. Ya, cikgu lao-shi teacher, semua itu gelaran saja, yang penting kerja itu satu amanah :)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam sukatikulah,
    Just sharing, just sharing. Syukur alhamdulillah for His nikmat & anugerah to us all - the ability to see, observe, think, read and write :)

    ReplyDelete
  5. Salam Sis,

    I remember when I was in school. All of us wants to do the cleaning so that we can skip classes. Hahaha.But all of us turned out fine.

    >.<

    Anyway, I went to see the rafflesia plant in Gopeng last week. Along the way I met a pilot. Very nice guy. When he told me he was a pilot I was like 'wow'. Then i told him that I am teaching.

    Then he reminded me something important. He say his work is to carry/fly people from point A to B. And he say that our job (teacher) is to carry people through their life. I am very grateful to him because he showed me that there was more than good life and money. He showed me that we live and work for Allah. Although I felt the heavy burden of teaching but I feel lucky to be able to contribute. Alhamdullilah.

    I pray we can do our best to educate our children for Allah.

    I went to Hussein Yee's class today at al-Khaadem. Alhamdullilah I learned so much. For the record he was one of the two person from Malaysia who was allowed to give talks in Makkah (if I am not wrong).

    He will go to Penang next week Sat and Sun, dont miss to meet him.

    ReplyDelete
  6. A Hong...

    your comment did open my eyes when you say that teachers are responsible to fly/ carry people from one point to another. which is true. But how many people are thinking that way? As long as we fulfill our responsible, there is no need to think about anything....

    ReplyDelete