11.40 pagi.
"Aliya... kad awak, tak jumpa.. awak tak ada temujanji dengan doktor kan?" jururawat di kaunter itu memanggil saya.
"Saya dijadualkan mengambil ubat dos kedua hari ini. Tapi saya disuruh ke klinik berjumpa doktor sekiranya ada masalah kesihatan. Doktor yang suruh saya ke sini, dan saya nak jumpa doktor sbelum saya mengambil ubat. Tadi saya sudah terangkan kepada puan.."
"Kad awak belum dijumpai," jururawat pada usia pertengahan itu meninggalkan kaunter sambil memegang buku rekod rawatan saya.
Saya tercenggang-cenggang di hadapan kaunter. Hairan sungguh. Sudah satu jam saya menanti di hadapan klinik O&G hospital berkenaan namun saya tidak dipanggil dan diberitahu kad saya tiada. Bila tiba nombor 073, sepatutnya nombor 074 yang saya pegang itu mengikut tetapi sebaliknya nombor 075 pula yang dipanggil ke dalam bilik rawatan.
Sepuluh minit saya menunggu di hadapan kaunter yang tidak diawasi. Mana kad rekod hospital saya? Nombor-nombor semakin menaik sehingga ke 080. Mana nombor saya yang 074 akan dipanggil? Akhirnya saya bertanya kepada seorang jururawat yang lalu di situ.
"Puan, saya sepatutnya dipanggil tetapi orang di kaunter memberitahu kad saya masih belum dijumpai. Boleh saya tahu bila saya dapat berjumpa doktor?" Saya menunjukkan kertas nombor 074 yang masih dalam genggaman saya.
"Siapa jururawat yang mengambil buku rawatan awak?" jururawat lain pula menyoal saya.
"Saya tak tahu. Saya tak nampak tanda nama yang dipakainya. Sekarang saya nak masuk jumpa doktor pun tak boleh, buku rawatan saya dengannya dan nombor sekarang sudah 082. Kad rekod kesihatan saya pula entah di mana. Jururawat itu takde pun di bilik rekod perubatan."
"Awak tunggu di sini dulu," jururawat kedua itu turut meninggalkan kaunter.
Saya kembali duduk di hadapan kaunter. Nombor-nombor lain terus dipanggil tetapi 074 tiada.
12.00 tengah hari.
"Puan, kad saya sudah jumpa belum? Bila saya boleh jumpa doktor?" saya menunjukkan semula kertas bernombor yang saya pegang itu kepadanya.
Tiba-tiba Mak yang berlegar-legar di kaunter (Mak bekas jururawat yang pernah bekerja di situ dan berpengalaman dengan segala urusan hospital) melihat kad dan buku rawatan saya di atas meja kaunter. Dia terus memberikannya kepada jururawat yang lalu di situ sambil menerangkan sesuatu kepadanya.
"Eh, kad awak baru jumpa? Tak apa, saya akan bawa masuk buku dan kad awak ni, tetapi kena tunggu sekejap laa sebab orang lain dah masuk. Doktor sibuk sekarang," sister berbaju biru yang pernah bekerja dengan Mak memberitahu saya lalu masuk ke dalam klinik dengan kad dan buku rawatan saya.
Jururawat yang mendakwa kad saya hilang itu sudahpun duduk semula di kaunter tetapi tidak langsung menegur saya. Kata Mak, dia bukanlah jururawat yang sebenar, dan tidak pernah dilatih sebagai jururawat pun. Pakaiannya sahaja seperti jururawat, sebab itu dia diminta menjaga kaunter sebab pekerjaan asalnya di hospital sudah diambil alih pekerja kontrak. Mak pernah bekerja sebumbung dengannya di hospital yang sama.
12.10 tengah hari.
Saya bingkas bangun, menolak pintu dan meluru masuk ke dalam klinik tanpa dipanggil. Mak terkejut lalu mengikut saya masuk.
"Eh, awak nak buat apa ni?"
"Takkan saya nak tunggu di luar macam orang bodoh saja. Tanya di kaunter mereka suruh tunggu tetapi nombor dah 085, Saya yang 074 belum dipanggil. Saya yang harus didahulukan bukannya diminta menunggu, sebab kad saya yang lewat dijumpai salah orang yang bertugas, bukan salah saya. Saya tak sepatutnya dihukum atas kesilapan orang lain."
Saya berdiri di hadapan bilik ketua doktor. Lantaklah, kalau mereka gagal menemukan saya dengan doktor dalam tempoh masa terdekat, saya memang hendak mengadu terus kepada ketua doktor.
"Eh, awak tak boleh berdiri di sini. Awak kena tunggu nombor awak dipanggil."
"Nombor saya tak keluar-keluar langsung sebab orang di kaunter buat kesilapan, bila nombor saya sepatutnya dipanggil masuk, baru dia sedar kad kesihatan saya belum dijumpai. Sekarang dah nombor 086, saya yang sepatutnya 074 belum dipanggil masuk ke klinik. Saya nak tunggu di sini sehingga saya dipanggil masuk ke bilik doktor."
"Awak kena tunggu di luar dulu. Kad awak sudah dengan doktor, nanti kami akan panggil awak," pujuk sister berbaju biru itu lagi.
Mak sekali lagi menjelaskan keadaan sebenar kepada bekas rakan setugasnya. Akhirnya saya keluar semula ke lobi.
"Apa jadi?" Suami yang sabar menunggu semenjak kami tiba pada pukul 10 pagi bertanya.
Soalan suami ringkas sahaja tetapi memberi kesan hebat. Tanpa dipaksa, air mata terus mengalir di pipi. Sambil mengesat air mata yang menitis, saya menceritakan secara ringkas segala yang berlaku. Tanpa sepatah perkataan lain,dia berjalan ke kaunter meninggalkan saya yang masih menitiskan air mata di satu sudut lobi berkenaan.
Entah apa yang dicakapkannya kepada mereka di kaunter. Pandangan saya sudah kabur kerana masih mengesat air mata. Beberapa wanita yang menunggu di lobi untuk dipanggil masuk ke klinik menjeling ke arah saya yang masih cuba menenangkan diri. Kira-kira 3 minit saya ditinggalkan berseorangan.
"Aliya!!!"
Jururawat memanggil saya masuk. Rupa-rupanya suami saya sudahpun menunggu seperti seorang perwira di luar pintu bilik rawatan dengan muka serius.
"Masuk bilik ini, ok.." kata seorang jururawat dengan mesra sambil membuka pintu ke sebuah bilik rawatan berdekatan kaunter.
"Bilik ini?"
"Ya, duduk di sini."
Alhamdulillah, akhirnya pada 12.30, saya berjaya berjumpa doktor. Walaupun bukannya doktor pakar yang saya hendaki, doktor wanita dalam bilik itu melakukan pemeriksaan dan memberi rawatan susulan. Ubat pula ditambah untuk meningkatkan tahap kesihatan saya.
Selepas menunggu di farmasi untuk ubat, akhirnya kami meninggalkan hospital pada pukul 3 petang. Saya sudahpun letih, sakit, lapar dan dahaga.
Syukurlah Mak ada bersama (dia pun hendak mengambil ubat di hospital yang sama untuk penyakitnya), maka dia lebih arif tentang prosedur di hospital itu.
Syukurlah Suami ada bersama untuk memberi sokongan moral dan sebagainya.
Kalau saya keseorangan, mungkin boleh histeria jadinya, lagipun dengan keadaan kesihatan yang tidak begitu baik.
Sabar itu separuh dari iman.. kadangkala kerenah di hospital kerajaan mmg menyakitkan, kita boleh bersabar ajek lah..
ReplyDelete=))
Kesian akak.. ya, nasib baik ada mak dan suami.
ReplyDeleteSaya baru saja resend email. Ntah kenapa email sebelum ni tak sampai.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteKesiannya kat akak...
Memang selalu mcm tu...susah nak ckp...kekadang kesabaran kita pun ada batasnya..kalau dah mcm ni..susah nak sabar..:)
Waalaikumussalam wbt,
ReplyDeleteSabar pun ada hadnya, terutama sekali apabila diperlakukan dengan tidak adil oleh pekerja begitu.. Kalau saya dan suami 'didn't fight for my rights' mungkin terpaksa menunggu 2 jam lagi sehingga semua pesakit lain selesai berjumpa doktor. Bayangkan perkara serupa berlaku kepada pesakit yang lemah dan tidak tahu hak masing2.. bukankah itu satu penganiayaan?