"Kenapa orang Cina tak mandi pagi, Aliya?"
Tiba-tiba saya ditujukan soalan itu. Saya memandang Zaiton sama ada dia cuba berjenaka tetapi dari raut wajahnya ternyata dia serius.
Ahh, benarkah ramai orang Cina tak suka mandi pagi?
Tok saya pengamal kepercayaan keturunan nenek moyang. Kepercayaan itu berasal dari Tanah Besar Cina yang bercuaca sejuk dan air pula perlu diangkut dari telaga dan dituang ke dalam tub mandian. Oleh yang demikian, pada pendapat Tok, hanya orang dewasa yang sihat saja yang boleh mandi dengan air sejuk. Kanak-kanak, wanita mengandung, pesakit dan orang tua patut mandi dengan air suam supaya tidak mudah jatuh sakit. Kami juga tidak digalakkan mandi pada awal pagi kerana dikhuatiri akan dijangkiti demam selsema.Akibatnya cucu-cucu Tok hanya dibenarkan mandi selepas pukul 11 pagi.
Sehingga saya masuk ke Darjah Satu di sekolah, saya masih disuruh mandi dengan air suam. Air akan dijerang sehingga mendidih, kemudian dituang ke dalam baldi yang sebahagiannya telah diisi dengan air sejuk.
Begitulah keadaan di kebanyakan rumah Cina pada zaman kanak-kanak saya. Faktor adat tradisi dan kekurangan kemudahan air panas terus dari paip menyebabkan kanak-kanak Cina jarang mandi pagi pada ketika itu. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kanak-kanak Cina agak susah disuruh mandi.
Saya tak ingat bila sebenarnya saya mula belajar mandi pagi. Mungkin apabila belajar di sekolah menengah dan bergaul dengan kawan-kawan pelbagai bangsa. Mungkin juga ketika saya tinggal di asrama semasa latihan perguruan. Yang pasti, saya rasa lebih segar kemudian.
"Eee, tak busukkah kalau tak mandi?"
Entahlah tetapi tak pernah pula dengar orang mengadu, heheehee. Sebenarnya orang Cina merupakan pengguna setia bedak talkum. Kanak-kanak yang keluar rumah mesti berbedak supaya kelihatan kemas dan berbau wangi. Balik dari sekolah barulah mandi pada waktu tengah hari dan juga sekali lagi pada waktu petang.
Sekarang dengan adanya water heater di kebanyakan rumah, fenomena Cina tidak mandi pagi mungkin sudah jarang ditemui.
Assalamualaikum
ReplyDeleteBlog akak sgt menarik. Rakan saya yg beritahu saya tentang blog akak. Alhamdulillah akak kini berada di jalan yg benar mengikut fitrah. Saya berdoa agar akak kekal dlm iman.
Akak juga sedikit sebanyak berjaya merungkai stereotype tentang pandangan masyarakat melayu terhadap org cina. kalau akak nak tahu ada 3 perkara yg menjadi stereotype org cina di mata org melayu. pertama kenapa org cina makan daging *itu*? kedua kenapa org cina tak suka mandi pagi? dan ketiga kenapa org cina tidak basuh selepas buang air besar dan kecil. malah di bank saya bekerja ramai rakan2 org cina complain org melayu pengotor kerana lantai toilet jadi basah dan sebab org melayu pegang alat sulit mereka dgn tangan ketika bersuci.
Waalaikumussalam wbt,
ReplyDeleteTerima kasih kerana melawat blog akak dan kerana mendoakan akak.
Hahaahaaa.. saya memang sedar akan pemikiran stereotype yang olyyn sebutkan tu. InsyaAllah kalau ada masa saya akan sentuh pula perkara3 dan perkara lain yang sewaktu dengannya :)