Friday, August 22

NOMBOR NOMBOR

"Wahh.. si si.. dua kali mati lohhh..siapa mati nanti kita tengok sama-sama."
Saya tergamam. Apa maksud Ah Pek itu?
Ahhh, rupa-rupanya Ah Pek memberi komen tentang nombor 44, nombor keramat yang bakal menentukan masa depan pentadbiran kerajaan pada 26 Ogos ini.

Bagi orang Cina, nombor 4 merupakan nombor yang kurang baik kerana bunyinya hampir serupa dengan sebutan 'mati' dalam Bahasa Cina.
Bagi orang India pula, nombor 8 merupakan nombor yang tidak baik.
Jadi bagaimana pula dengan tarikh 26.8.2008 (hasilnya 8) di kawasan parlimen P44 (juga 8)?

Siapa yang akan "soi" (sial) ?
Siapa yang akan dapat "ong" (tuah) dan seterusnya menjadi ahli parlimen?

Dulu saya suka mengkaji nombor. Kini, sebagai orang Islam, saya tidak percaya pada nombor keramat. Nombor hanyalah satu angka yang digunakan untuk membantu melicinkan perjalanan hidup kita. Tambahan pula boleh berlaku syirik jika mempercayai bahawa sesuatu nombor boleh membawa tuah kepada seseorang. Tak kiralah nombor 4 atau nombor 8, semua yang berlaku pun dengan izin Allah SWT. Hanya Allah SWT yang menentukan segalanya.

"Wahh, dia Melayu pun banyak caya pada nombor 8 ahhh?"
"Apa dia uncle?"
"Ini.. berita pek-moh mau undi pada pukul 8, 26 bulan 8 tahun 2008.."
Ah Pek menunjukkan berita terbaru The Star hari ini.

5 comments:

  1. jeez..i have muslim frens who hav superstitious belief in numbers. scares me being around them. i mean, i told them it's wrong. and they told me i don't understand. well, i tried, didn't i?

    ReplyDelete
  2. well people are naturally superstitious. We try and 'tegur' them but if they won't listen, what can we do? just dont follow the crowd la, hehehe.. follow the right path, insyaAllah we'll be safe.

    ReplyDelete
  3. Salam, terlebih dahulu saya secara peribadi mengucapkan syukur ke hadhrat Ilahi kerana telah menambah seorang lagi saudara seagama dengan kami.

    Memang pelik, kdgkala membaca komentar seorang sdr baru yg hanya setahun jagung memeluk Islam tetapi amat komited terhadap pegangannya tetapi keadaan sebaliknya berlaku kpd mereka yg dianugerahkan Allah bergelar Islam sebaik shj dilahirkan termasuklah penulis sendiri.

    Kadangkala terasa iri hati bilamana anda semua secara total memahami, menghayati, mengamalkan dan terus mendalami mengenai makrifat iman dan kemanisan madu ad din yg disediakan Allah kpd hambanya tanpa mengira siapa shj mengira. tanpa warna, tanpa bangsa dan tidak juga jantina.

    Dalam usia yg telah ranum, AlQuran hanya dibaca sekali sekala dg tergagap2, tajwid yg bertabur dan makna kebanyakan Qalam Allah tidak langsung difahami. SEbaliknya, anda mendapat rahmat dan rahimnya dalam usia yg muda telah mengecapi kelazatan iman.

    Hanya sekedar ucapan tahniah, saya terkedu dan sering bertanya kenapa bukan diri saya berada ditempat anda.

    Alhamdulillah, semoga anda sentiasa di bawah lindungan rahmat darinya, semoga saya sendiri akan disinari limpah kasihnya dan semakin dibuka hati dan minda utk mengecapi kemanisan ibadah dan kecintaan taqwa.

    Salam persaudaraan.

    ReplyDelete
  4. Tetraphobia is an aversion or fear of the number 4. It is a superstition most common in East Asian regions such as China, Japan, Korea, and Taiwan .[1]

    The Chinese word for four (四, pinyin: sì), sounds very similar to the word for death (死, pinyin: sǐ). Similarly, the Sino-Japanese and Sino-Korean words for four, shi (Japanese) and sa (Korean), sound identical to death in each language (see Korean numerals and Japanese numerals).

    Special care may be taken to avoid occurrences or reminders of the number 4 during festive holidays, or when a family member is sick, especially in Chinese culture. Similarly, 14, 24, etc. are also to be avoided due to the presence of the digit 4 in these numbers. In these countries, these floor numbers are often skipped in buildings, ranging from hotels to offices to apartments, as well as hospitals. Table number 4, 14, 24, etc. are also often left out in wedding dinners or other social gatherings in these countries. In many residential complexes, building block 4, 14, 24 etc. are usually replaced with block 3A, 13A, 23A, etc. In Taiwan, tetraphobia is so common that there are no 4's or x4's for addresses, car number plates and almost everything numerically-related.

    The Chinese also show this by having their designations for military aircraft start with the number 5, as in the fighter plane "Shenyang J-5". Similarly the Taiwanese and the South Korean navies do not use the number 4 when assigning Pennant numbers to their ships.

    In cities where East Asian and Western cultures blend, such as in Hong Kong and Singapore, it is possible in some buildings that both 13 and 14 are skipped as floor numbers along with all the other 4's.

    In Korea, tetraphobia is less extreme, but the floor number 4 is almost always skipped in hospitals and similar public buildings. In other buildings, the fourth floor is sometimes labeled "F" (Four) instead of "4" in elevators. Apartment numbers containing multiple occurrences of the number 4 (such as 404) are likely to be avoided to an extent that the value of the property is adversely affected.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam Drzackiey,
    Terima kasih atas doa anda. Sama ada dilahirkan Islam atau memeluk Islam itu bukan perkara penting, tetapi bagaimana kita semua terus hidup sebagai umatNya di dunia ini. Sebenarnya hidup sebagai 'born-Muslim' juga banyak cabarannya pada abad ini walaupun ramai anggap lebih mudah daripada perjalanan hidup saudara baru. Semoga Allah kuatkan iman kita semua padaNya, semoga Allah permudahkan segala urusan kita dunia akhirat, dan semoga kita hidup dan mati sebagai orang Islam yang patuh pada ajaranNya :)

    ReplyDelete