Saya minat politik tetapi apabila secara kebetulan kawasan tempat tinggal saya termasuk dalam kawasan "panas" lawan 3-penjuru 26 Ogos ini, perasaan saya bercampur baur. Bangga. Geram. Marah. Bosan. Meluat.
Kiri kanan nampak poster. Pelbagai poster pilihanraya terpampang di sana sini sehingga boleh mengganggu konsentrasi ketika memandu. Flip-flop bunyi kain rentang dan bendera parti politik yang tergantung merentangi jalan apabila ditiup angin kencang. Lebih teruk lagi, khemah parti politik di tepi jalan yang didirikan bagai cendawan selepas hujan menyebabkan jalan semakin sempit dan lebih membahayakan pengguna jalan raya. Hairan juga, mengapakah perlu didirikan sehingga 3-4 khemah untuk sebuah parti politik di sebatang jalan raya?
Kadang-kala khemah didirikan tanpa mengambil kira kepentingan pengguna jalan raya. Misalnya, terdapat sebuah khemah yang didirikan berhampiran dengan sebuah selekoh yang sibuk menuju ke sebuah kawasan perumahan. Kain biru putih yang menutupi kiri kanan khemah menghalang penglihatan pengguna jalan raya yang hendak membelok masuk dan keluar dari selekoh tersebut. Setiap kali saya menggunakan selekoh itu, saya terpaksa berhati-hati kerana pandangan saya telah dihalang oleh khemah sementara yang didirikan itu. Sebenarnya tidak perlu pun khemah tersebut di situ yang hanya diuruskan oleh beberapa lelaki India Muslim. Sudah terdapat dua buah khemah parti politik yang sama kira-kira 30 meter dari khemah berkenaan. Mengapa perlu khemah ketiga yang boleh membahayakan pengguna jalan raya? Ramai orang yang merungut dengan pembukaan khemah tersebut tetapi tidak berani menegur mereka yang menguruskan khemah itu. Maklum sahaja pengurus khemah itu bukanlah orang yang peramah.
Geli hati pun ada. Di tengah-tengah kesibukan parti politik memasang khemah dan berkempen, terdapat sebuah lagi khemah khas di kawasan yang sama, iaitu khemah untuk pemujaan 'hantu lapar' sempena bulan ketujuh dalam kalendar Cina. Bendera-bendera segitiga yang berwarna-warni menambahkan keceriaan kawasan tersebut. Kalau khemah lain penuh dengan bendera parti dan poster calon, khemah khas itu pula penuh dengan colok dan makanan penyembahan.
Di satu sudut kedengaran lagu opera Cina dan konsert Cina yang didatangkan khas untuk menghiburkan 'hantu-hantu lapar' pada waktu malam agar tidak mengganggu manusia yang tinggal di kawasan itu.
Tidak jauh dari situ, ceramah-ceramah politik masih hangat dijalankan untuk memancing undi mereka yang hidup .
Manusia menghibur dan dihiburkan.
Makan di kedai pun agak mencabar sekarang. Ada-ada sahaja orang yang datang berkempen ketika saya sedang menjamu selera. Alhamdulillah sekarang cuti sekolah, maka saya boleh masak dan makan dengan tenang di rumah.
Pada hari Isnin 25 Ogos, saya hanya mampu berdoa supaya segala urusan saya berjalan lancar dan saya boleh tiba dengan selamat di tempat kerja, dan pulang dengan selamat ke rumah.
Pada hari Selasa 26 Ogos, saya akan membawa kamera, handfon dan wisel untuk keselamatan diri dan kenderaan saya kerana terpaksa melalui kawasan panas. Sudah tentu lebuh raya dan jalan-jalan di situ akan sesak teruk.
Mengundi?
Biarlah rahsia :P
kadangkala kita spt mahu percaya bhw teori 'hiraki keperluan' yg dipelopori oleh Abraham Marslow telah melanda manusia politik dinegara ini.
ReplyDeleteMereka seolah2 hilang pertimbangan Aqal, Agama dan etika apabila menjadikan segala macam cara bagi memenangi pilihanraya kecil permatang pauh.
Agaknya kalau bapa fahaman komunis yg menyatakan bahawa 'the end justify the means' memang ketawa besar melihat telatah ketiga2 calon yang bertanding di kawasan berkenaan.
Ketiga2 mereka beragama Islam dan masing2 berhujah atas dasar agama kononnya utk membela agama dan bangsa, itu lah yang tersurat dan diucapkan dlm setiap ceramah.
Mungkin sbg pengundi, rakyat semakin keliru, terkeliru dan ditakuti menjadi haru biru akibat mainan politik tanpa sempadan ini.
Ditakuti, sempadan manusia dan haiwan yg sudah diciptakan Allah melalui Aqal dan hati telah tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga kelak kita semualah yg bakal menjadi mangsa keadaan hasil dari kerakusan para pemimpin politik ini.
Marilah kita berdoa semoga Allah melindungi kita dan memberikan hidayah kpd semua para pengundi dalam memilih calon supaya tidak hanya terpesona dg omong kosong yg dipalit dg pelbagai rencah bg menjadikannya enak didengar tetapi belum tentu mampu dilaksanakan.
wallahuaalam.