Di hadapan surau, Ustaz Zamri ternampak Shamil.
"Kamu dah solat ke belum?"
"Errr.. belum ustaz."
"Mengapa tak masuk ke surau untuk solat zohor?"
"Errr.. saya tak boleh, ustaz."
"Kenapa tak boleh?"
"Saya belum mandi, ustaz."
"Belum mandi apa?"
"Saya belum mandi hadas."
Ustaz Zamri terkedu lidahnya.
"Cikgu, dia tak solat subuh."
"Cikgu, saya solat subuh. Dia yang tak solat, cikgu."
Suasana kelas semakin bising. Cikgu Marina mengeluh. Mau tak mau terpaksa melayan juga kedua-dua pelajar Tingkatan 2 itu, supaya pengajaran boleh dijalankan dengan baik.
"Baik.. kalau kamu solat, cikgu nk bagi kuiz. Solat subuh ada berapa rakaat?"
Ahmad diam. Kassim pun diam.
"Haa.. tadi kamu kata kamu solat subuh. Solat subuh ada berapa rakaat?"
"Lima rakaat, cikgu."
"Kamu, Kassim? Solat subuh ada berapa rakaat?"
"Empat cikgu."
Cikgu Marina menggeleng kepala. Nampaknya Ahmad dan Kassim terpaksa dihantar menuntut pemulihan dengan Ustaz Zamri.
Ustaz Halim menyoal pelajar Tingkatan 3 di hadapannya.
"Kamu solat subuh atau tidak?"
"Ada, ustaz. Saya solat subuh."
"Berapa kali orang Islam kena solat dalam sehari?"
"Lima kali sehari."
"Hah.. betul. Berapa kali kamu solat dalam sehari?"
"Satu kali."
"Satu kali? Bila kamu mengerjakan solat?"
"Saya solat subuh, ustaz."
" Solat zohor ada buat?" Dia menggeleng.
"Solat asar? Solat maghrib? Solat isyak?" Setiap kali ditanya Fauzi menggeleng kepalanya.
"Kenapa kamu solat subuh saja, solat lain kamu tak buat?"
"Setiap pagi, Ustaz tanya siapa yang tak solat subuh masa perhimpunan. Saya takut kena denda, saya pun tak berani menipu, jadi saya solat subuh di rumah setiap pagi."
Ustaz Halim menarik nafas panjang sambil berisyhtifar. Rupa-rupanya ada pelajar solat subuh kerana takut dimarahinya.
"Kamu kena mandi hadas besar atau mandi wajib selepas tamat haid setiap bulan," terang Ustazah Jamilah kepada kelas Tingkatan 3.
"Ustazah, apa itu mandi wajib? Apa yang kena wajib?
Ustazah Jamilah terkejut. "Kamu mandi apabila haid berhenti setiap bulan, bukan? Itulah mandi wajib."
"Saya mandi dengan sabun biasa saja? Kena guna sabun Wajibkah, ustazah?"
Ustazah Jamilah menemuramah pelajar perempuan itu. Rupa-rupanya dia tidak pernah diajar oleh keluarganya untuk membersihkan diri selepas haidnya kering setiap bulan.
Cikgu-cikgu yang berkongsi cerita apabila bertemu di kantin itu ketawa tetapi tak seorang pun yang kelihatan betul-betul gembira. Masing-masing memikirkan masalah anak-anak generasi baru yang dibesarkan dalam keluarga Islam. Bersediakah anak-anak itu untuk menjadi umat Islam yang kuat,berdaya maju dan berilmu?

Salam Puan Aliya,
ReplyDeleteIbubapa kini terlalu sibuk mencari rezeki +++. Pendidikan anak-anak diserahkan kepada orang lain seawal usia 60 hari.
Dulu ibu-ibu menjaga anak sendiri, mendodoikan anak-anak di buaian dengan kalimah La ilaha illAllah selawat dan sebagainya. Anak perempuan akan rapat dengan ibunya supaya dapat mengerti selok belok tentang wanita, anak lelaki rapat dengan ayahnya supaya belajar dari ayahnya. Anak-anak menghormati ibubapa kerana dapat banyak didikan dari keduanya.
Hari ini kita nampak anak-anak tidak solat. Bagaimana anak-anak nak solat kerana kadangkala ibubapanya tak solat. Bagaimana anak-anak nak mandi hadas kerana kadangkala ibubapanya pun tak tahu.
Kasihan melihat anak-anak hari ini menjadi mangsa keadaan.
Assalamualaikum Pn Aliya
ReplyDeleteSetuju dengan En Halim, dan kagum dengan Ita yang sanggup berhenti kerja kerana ingin menjaga sendiri anak-anaknya.
Wanita berkerjaya kadang-kadang terpaksa bawa balik kerja ke rumah. Pembahagian masa di rumah selalu gagal dipatuhi. Anak-anak terpaksa dibiar menonton tv dan bermain games di komputer. Makanan pun kerap beli dari masak sendiri.
Jadi, bila anak-anak tidak tahu tentang mandi hadas dan mandi wajib, semuanya kerana ibubapa. Terkadang ibubapa menyerahkan bulat-bulat kepada cikgu di sekolah bagi mengajar anak mereka. Namun, itu bukanlah sikap yang betul.
Berat sungguh tugas mendidik amanah Allah yang dipikul ibubapa.
Waalaikumussalam wbt,
ReplyDeleteEncik Halim, saya setuju dengan pendapat saudara. Ibu bapa walaupun sibuk masih dituntut agama Islam untuk mendidik anak-anak tentang perkara-perkara wajib seperti solat. Saya bukan hendak menyalahkan ibu bapa tetapi mengajak semua melihat keadaan sebenar anak-anak sekarang, ada yang ketandusan didikan agama..
Aniisma, benar. Masa dengan anak-anak tidak perlu lama tetapi berkualiti. Semua bergantung kepada kesungguhan ibu bapa mendidik anak dan tanggungjawabnya kepada Allah akan amanah yang dipikul. Anak-anak itu juga yang bakal mendoakan ibu bapa kelak.
aliya, i've added your blog as one of the links in my own blogspot. Tak marah ha...
ReplyDeleteSalam..Tak marah la, ejan ttp seronok ada geng kita yang tulis blog gakk, hehehee. Dah masuk blog "bos kita", Pak Anjang?
ReplyDelete