"Haa.. good afternoon. How are you? Selamat kembali."
Dia senyum simpul sambil menggosok-gosok matanya.
Alahai puteraku. Wajahnya yang tampan dan badannya yang tinggi sasa itu bisa menyebabkan ramai perempuan yang tertawan. Setiap kali saya ke kelasnya, dialah di antara yang kuat 'beradu'.
"Saya tau kamu bukannya mengantuk sangat tetapi saja buat-buat mengantuk supaya cikgu tak marah kamu. Pura-pura tidur bermaksud kamu tak perlu buat kerja sekolah, bukan?"
Mereka tersengih, tak menjawab.
Mengajar kelas yang terbelakang dalam susunan kebolehan akademik pelajar merupakan satu cabaran kepada guru. Guru yang mengajar kelas-kelas tersebutlah yang paling banyak diuji kesabaran, disiplin diri dan kepakaran mengajar. Saya tak tahu mana yang lebih mencabar -mengajar pelajar yang biadap dan tidak mahu mendengar kata guru atau mengajar pelajar yang berpura-pura tidur. Keadaan kelas yang agak panas pada waktu tengah hari pula menyebabkan mereka lebih suka merebahkan kepala ke atas meja dan seterusnya tidur. Sempat juga mereka lelap di antara masa pertukaran guru. Akibatnya semasa saya masuk mengajar, mereka sudah dibuai mimpi.
"Nah, ambil buku ini dan berikan padanya."
"Dia tidur, cikgu."
"Biarlah, buku itu tak sakit pun kalau kamu letak di tepi kepalanya. Mana tau, mungkin ilmu yang ada dalam buku itu boleh meresap ke dalam kepalanya semasa dia tidur. Mungkin boleh automatik jadi pandai."
Kawan-kawannya ketawa.
Kalau pelajar berumur 8 tahun, bolehlah marah, bolehlah pujuk supaya membuat kerja bertulis.
Kalau itu pelajar 16 tahun yang lebih tinggi dan besar daripada cikgu? Terpaksalah bermain psikologi walaupun memenatkan.
Budaya buruk sudah lama berakar-umbi. Saya pula baru mengajar mereka. Hasilnya, seorang demi seorang perlu disuruh sedar kembali dan membuat kerja bertulis. Buatlah apa aktiviti pun, kalau bertemu pelajar yang kurang berminat, terpaksalah ubah strategi. Ambil hati mereka. Caranya pula perlu halus dan berhemah, tidak boleh marah, berleter atau mengugut. Mereka remaja. Keinginan untuk membantah tinggi. Kebolehan guru untuk relate dengan keadaan pelajar dan berempati juga penting; bukan sekadar tolerate keadaan dan sikap mereka.
Saya tidak boleh membiarkan pelajar hanyut akibat sikap malas dan tidak mahu mencuba - melainkan mereka sendiri tidak mahu dibantu. Itu cerita lain. Disiplin pelajar khasnya pelajar Melayu kalau tidak diasah dari awal hanya akan merugikan mereka, agama, bangsa dan negara.
Disiplin bukan mudah hendak dibentuk pada usia remaja. Tambahan kalau menyuruh membuat kerja bertulis Bahasa Inggeris yang memerluka mereka banyak berfikir dan menelaah.
"Kamu sebenarnya boleh buat, jangan cepat berkata tak boleh."
"Tak tau buat."
"Gunakan otak, fikir dulu. Jawapan dah ada, cari saja. Usaha sedikit. Cikgu tak suka suap kamu dengan jawapan. Kamu takkan pandai kalau kamu tak berfikir dan cari jawapan sendiri. Hari-hari cikgu suap makanan; kalau satu hari cikgu tak ada, kamu nak makan apa? Masa periksa kamu tetap kena jawab sendiri. Masa itu baru nak fikir?"
Mereka diam.
"Mengapa belum mula kerja?"
"Buku tak ada. Tertinggal di rumah."
"Tak ada buku, sila buat dalam kertas kosong dan hantar."
"Tak ada kertas."
"Cari kertas. Saya nak kerja dihantar hari ini juga. "
"Tak ada pen."
"Pinjam dari kawan. Atau tulis dengan pensel."
"Mengantuk."
"Pergi basuh muka. Lepas basuh muka kamu tak akan rasa mengantuk lagi."
Penat. Ini baru bulan Syaaban. Tak boleh duduk langsung di meja guru. Kalau tak berlegar-legar dan meneliti kerja mereka, 50% tidak akan menyiapkan kerja mereka.
Aduss. Bagaimana pula bulan Ramadhan?
Nampaknya saya perlu membawa water spray ke sekolah pula di samping ubah lagi strategi mengajar yang lebih sesuai untuk keadaan mereka yang berpuasa.

SYABAS, SAYA PERCAYA W/PUN ANDA BARU BERTUGAS SBG GURU TETAPI BUKAN BERMAKNA ANDA TIDAK MAMPU MENANGANI KERENAH PELAJAR DG ILMU YG SUDAH DIPELAJARI SEWAKTU DIKAMPUS DAHULU.
ReplyDeleteKINI MASANYA UNTUK ANDA MENEROKA SAMBIL MEMPERBAIKI DAN MENDALAMI TEKNIK PENGAJARAN YG LEBIH BERKESAN.
FALSAFAH UTAMA UNTUK MENGAJAR ADALAH MENDIDIK. KERANA MANUSIA YG KURANG AJAR ADALAH MANUSIA YG GAGAL UTK DI DIDIK. SEBAB ITU, SAYA SELALU PERCAYA BAHAWA KEMENTERIAN PELAJARAN SEPATUTNYA DINAMAKAN SEBAGAI KEMENTERIAN PENDIDIKAN.
BANYAK ORANG YG BELAJAR TETAPI MEREKA TIDAK BERJAYA MENJADI INSAN KERANA GAGAL MEMPRAKTIS APA YG MEREKA PELAJARI KERANA TIDAK DI DIDIK MENGHAYATI ILMU DIPELAJARI ITU SECARA YANG BETUL.
MENCURAHKAN ILMU PENDIDIKAN ADALAH UMPAMA MEMBERI MINUMAN DI DALAM SEBUAH GELAS. ANDAINYA PELAJAR TIDAK MEMBUKA GELAS YG DI TANGAN MEREKA, PARA GURU TIDAK AKAN DAPAT MENUANGKAN AIR MINUMAN YG DIBAWA KE DALAM GELAS BERKENAAN.
MINDA ADALAH IBARAT GELAS ITU, DAN HALANGAN EMOSI PELAJAR ADALAH MERUPAKAN PENUTUP KEPADA GELAS BERKENAAN MANAKALA AIR MINUMAN YG DIBAWA OLEH GURU ADALAH MERUPAKAN ILMU YANG CUBA DI AJAR OLEH GURU.
KERANA ITU, SETIAP PENDIDIK HARUS MEMASTIKAN SETIAP PELAJAR YG AKAN DI DIDIK ITU SUDAH DIBUKA MINDA MEREKA SUPAYA SEGALA ILMU YG AKAN DICURAHKAN TIDAK MENJADI SIA-SIA.
SAYA PERCAYA, SEDIKIT KUPASAN INI INSYAALLAH AKAN DAPAT MEMBANTU ANDA, DAN LAIN2 GURU BAGI MENJADI SEORANG PENDIDIK YG BERDEDIKASI DAN MAMPU MENZAHIRKAN MODAL INSAN YG LEBIH MANTAP DALAM MENCAPAI HASRAT MELAHIRKAN MASYARAKAT MADANI.
Salam.. lama tak menimbulkan diri.. hehe..
ReplyDeleteAnyway.. just to pray for your health & happiness.. semoga Allah bersama hamba2Nya yg dekat dgnNya..
Selamat Menyambut Ramadhan Kareem...
Salam drzackiey,
ReplyDeleteMenarik analogi yang diberikan. Bagi saya, pelajar bermasalah pelajaran berpunca daripada sikap negatif atau attitude 'tidak apa' terhadap pelajaran akademik. Mengubah sikap pelajar kepada positif dalam jangka masa pendek interaksi guru-pelajar bukan mudah tetapi penting dan memerlukan bukan sahaja keikhlasan dan komitmen guru, bahkan ibu bapa, pelajar, warga sekolah serta masyarakat sendiri. Di Barat satu teori bernama 'Reflective Teaching' berjaya melahirkan guru & pelajar yang lebih berkualiti. InsyaAllah saya yakin ia boleh dilakukan di sini.
Waalaikumussalam myzwar,
ReplyDeleteTerima kasih. Masih boleh berpuasa sunat Syaaban, hehehee..semoga kita dapat menyambut Ramadhan al-mubarak tahun ini.
Reflective Teaching is an inquiry approach that emphasizes an ethic of caring, a constructivist approach to teaching, and creative problem solving (Henderson, 1996).
ReplyDeleteAn ethic of caring respects the wonderful range of multiple talents and capacities of all individuals regardless of cultural, intellectual, or gender differences. A premium is placed on the dignity of all persons. Teachers using a constructivist approach place emphasis on big concepts, student questions, active learning, and cooperative learning, and they interweave assessment with teaching.
A constructivist approach seeks to connect theory to practice and views the student as "thinker, creator, and constructor." Integral to a constructivist theory of learning is creative problem solving. Teachers take responsibility for assessing and solving problems not with mechanistic "cook book" recipes, but by asking "What decisions should I be making?", "On what basis do I make these decisions?", and "What can I do to enhance learning?"
Reflective Teaching Model incorporates reflective thinking and teaching into a sequential curriculum pattern with initiatory, developmental, and culminating phases. Courses are arranged within the professional education sequence around five questions:
1. Exploring Teaching-- "Shall I Teach?"
2. Academic Preparation-- "What Shall I Teach?"
3. Understanding Learners-- "How Do Students Learn?"
4. Organizing for Teaching --"How Shall I Teach?"
5. Schooling and Cultural Context--"Why Do We Teach?"
Wish you a very best of luck and selamat menyambut Ramadhyan AlMubarrak