Tuesday, July 1

CIKGU BARU

"Liya, dah lewat ni."
Suami saya pula yang kurang sabar menunggu di depan pintu. Kebiasaannya saya yang menghantar dia ke pintu tetapi hari ini, dia pula yang menghantar saya hingga ke selekoh. Masing-masing dengan kenderaan sendiri. Kesungguhannya melihat saya selamat bertolak ke sekolah menyentuh hati.
Syukur alhamdulillah kerana memberi saya seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

Hari ini hari yang penting. Hari saya pulang ke institusi pelajaran sebagai guru tetap setelah bercuti belajar selama 3 tahun.
Entah mengapa, saya tenang sahaja pagi ini walaupun jam sudah menunjukkan hampir 7 pagi. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa jalan sesak pada waktu pagi, bagi saya yang memandu, jalan menuju ke sekolah mudah dilalui walaupun banyak kenderaan. Saya selamat tiba di sekolah pada tepat 7.30 pagi.
Sekolah tersergam indah, dengan 4 blok yang bertingkat 3 atau 4. Aahh, tak lama lagi kuatlah kaki saya yang akan memanjat tangga turun naik untuk ke bilik darjah. Saya belum mengajar secara rasmi pada hari ini. Sekolah masih menunggu kehadiran seorang guru baru yang dijangka tiba pada minggu hadapan. Nampaknya terdapat beberapa kelas yang akan mendapat guru baru mengajar mereka pada minggu hadapan.

"Faham kalau saya cakap Bahasa Inggeris?" saya menyoal para pelajar kelas yang saya masuk sebagai guru ganti guru yang tidak hadir.
"Faham sikit-sikit."
"Kami tak pandai Bahasa Inggeris."
"Malu nak cakap."
"Malu nak tanya sebab cikgu baru di sini."
"Apa masalah utama kamu dalam Bahasa Inggeris?" saya cuba mencungkil lagi. Senyap. Banyak masalah mereka tetapi sikap malu hendak bercakap (speaking) menahan mereka daripada bersuara. Saya tidak terkejut. Malu bertutur dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Melayu, terutamanya di luar bandar, masih menjadi satu 'penyakit kronik' dalam sistem pembelajaran di sekolah awam.

Beberapa pelajar perempuan dengan segan memberitahu saya bahawa sepatutnya mereka menduduki ujian 'oral speaking' minggu ini.
"Are you ready?"
Mereka lebih banyak menggeleng daripada mengangguk.
"Mana skrip kamu?"
Belum disiapkan.
Saya memberi beberapa tips untuk membantu mereka.
Nampaknya banyak yang perlu dilakukan untuk membantu para pelajar ini, dari segi akademik, rohaniah dan motivasi.

"Cikgu Aliya, ada surat untuk cikgu."
"Untuk saya?"
Hairan. Siapa pula yang begitu baik hati menghantar surat kepada saya di sekolah baru?
Saya membuka sampul yang besar itu.
Alhamdulillah. Terima kasih Umi Jah (umijah.blogpsot.com) kerana menghadiahkan 3 naskah majalah Haluan kepada saya. InsyaAllah saya akan membaca dan menggunakan segala ilmu yang ada untuk kebaikan pelajar luar bandar ini.
Surat tiba sebelum tuannya, hehehee.

Tak sabar rasanya hendak mengajar secara rasmi.
Alahai, entah subjek apa yang bakal diamanahkan kepada saya selain daripada Bahasa Inggeris.
Saya yakin dengan ketentuan Allah swt bahawa sekolah inilah yang terbaik yang dipilihNya untuk saya menambur bakti.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Aliya,

    Alhamdulillah majalah yang dihantar dah sampai. Moga dapat dimanfaatkan. Selamat mengajar di sekolah baru, pasti ada cerita baru yang boleh dikongsi.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam,
    Terima kasih, thank you, xie xie, nandri..hehehee.
    Cerita? Sshhh... belum ada sesiapapun di sekolah yang tahu saya ni blogger :))

    ReplyDelete