Sunday, July 20

TURUN NAIK

"Alahai, apa nak jadi ni..."
Saya tak pernah keadaan seperti ini. Sehari sihat seolah-olah boleh mendaki Gunung Everest, dan keesokan hari pula perlu memaksa diri untuk bangun dari katil, letih tak bermaya.Keadaan hormon yang tidak menentu benar-benar memeningkan kepala. Mau tak mau hidup tetap diteruskan. Saya bukan jenis yang mudah mengaku kalah. Cukup pantang sekali memperlihatkan keadaan diri yang lemah kepada orang lain, maka tidak ramai yang menyedari saya sebenarnya kurang sihat sekarang.

Banyak kerja rutin yang tergendala. Hilang mood, huhuhuu.. Ini belum lagi menyentuh bab kerja di sekolah. Setiap pagi, target hanya selamat tiba di sekolah. Tamat waktu persekolahan, target pula selamat tiba di rumah. Maklum sahaja, lone driver kerana tiada guru lain yang tinggal dekat kawasan kediaman saya yang 30 minit jaraknya dari sekolah.

"Nak bagitau ker tidak?"
Di antara perkara yang perlu difikirkan adalah sama ada perlu memberitahu keadaan saya kepada mereka yang dekat dengan saya, dan mereka yang bekerja bersama saya. Maklum sajalah, mungkin saya tidak dapat bertugas dengan baik kerana perlu berkejar ke klinik apabila diri dalam critical condition. Bulan ini sudah 2 kali begini, harap-harap itulah kali terakhir dalam bulan ini saya terpaksa mengambil cuti sakit. Segan nak berjumpa boss baru dengan surat MC, huhuhu.. tapi apa nak buat. Takkan dia nak lihat saya pengsan di dalam pejabatnya? :P

Petang tadi kawan saya menelefon dari London. Terima kasih, Ija kerana sudi menelefon dari jauh dan bertanya khabar nyonya ni. Maaflah kerana tak dapat nak berbual lama. Bukan tak nak tetapi itulah masa saya merehatkan badan yang masih anemic ni.

Saya masih berpegang kuat pada tali yang satu. Itulah saja harapan dan kekuatan yang membolehkan saya untuk terus bergerak, terus berdoa dan terus bertahan. Tak siapapun yang suka sakit. Saya pula jenis yang sering dalam gear 4, ni kena berada dalam gear 1 atau 2 cukup menyeksakan jiwa. Namun agaknya masa inilah saya belajar untuk bersabar. Rupa-rupanya sabar ada banyak bentuknya. Sabar ketika miskin, sabar ketika lapar, sabar ketika dimarahi, sabar melayan kerenah orang lain. Kini tiba masanya saya belajar bersabar ketika sakit, uhuk3.. dan berfikiran positif.

Alhamdulillah saya masih boleh bergerak, masih boleh berdikari walaupun kurang aktif berbanding dulu. Ini satu rahmat. Sakit juga satu rahmat. Satu ujian baru. InsyaAllah, sakit saya hanya untuk sementara.

Iman saya? Ahh... susah hendak dijelaskan. Saya yakin padaNya. Namun saya tetap manusia biasa. Masih ada perasaan risau, takut dan gentar terutama apabila mengalami hari yang berlampu kuning. Saya hanya mampu berdoa untuk hari-hari berlampu hijau, dan semoga dijauhi lampu merah.
Adakah perkembangan baik daripada penyakit saya sekarang? Hmmm, perhubungan saya dengan Mak memang bertambah baik semenjak sakit saya dikesan. Dia sudah boleh memperkenalkan saya yang bertudung ini kepada kawna-kawannya.

2 comments:

  1. Aliya..rehat cukup-cukup la! Jaga kesihatan. jangan lupa makan ubat. banyak inspiring post dalam ni...kirim salam kat cik abang!

    ReplyDelete
  2. Faizal, bukannya awak tak kenal siapa si aliya ni, hehehee.. dok belajar camner nak rehat laa, belum pandai2 lagi. InsyaAlah kita jumpa di konvo nanti. Jangan lupa bawa saya bunga :P

    ReplyDelete