Monday, July 21

CABARAN BARU


"Sejarah??"
Saya terkejut apabila menerima jadual waktu mengajar yang baru siap. Sebagai guru baru, saya memang bersedia menerima apa-apa sahaja kelas yang diberi kerana memahami keadaan dan keperluan sekolah.

Namun pabila membaca subjek-subjek yang tertulis di atas kertas itu, saya masih menggeleng kepala.
Masya-Allah, kena mengajar Sejarah pula sedangkan saya belajar di jurusan Sains sehingga Tingkatan 6. Apabila saya membelek sukatan pelajaran, sekali lagi saya menarik nafas panjang.
"Alamak, sejarah Islam rupanya!"
Mau tak mau, terpaksalah saya terima juga jadual waktu itu. Selain daripada B.Inggeris, saya turut diamanahkan mengajar subjek ICT selain daripada Sejarah Tingkatan 4, huhuhuu.. Nampaknya cikgu yang kena rajin membuat ulangkaji pula dalam beberapa hari ini, sebagai persediaan mengajar.

"Awak akan jadi pakar tentang Tamadun Islam dan Sejarah Islam lah.." usik cikgu lain.
"InsyaAllah. Ni nak sebut nama-nama tokoh Islam pun susah lagi, lidah saya masih keras, heheheee...silap-silap Abbasiyah jadi Assabiyah" saya menjawab sambil ketawa.
Ahhhh... mana dia buku-buku tentang tokoh-tokoh Islam serta Biografi Rasulullah SAW? Mana website untuk cikgu-cikgu Sejarah? Mampukah saya mengajar anak-anak muda yang lebih awal mengenali Islam untuk menguasai matapelajaran Sejarah yag penuh fakta ni? Tipu kalau saya kata saya tak risau. Bahasa Inggeris dan ICT nampaknya agak ringan berbanding dengan subjek Sejarah ni.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Agaknya inilah masa untuk saya ber-romen dengan buku-buku Sejarah tentang Tamadun Islam dan Perkembangan di Eropah. Saya pula seolah-olah disuruhNya menghayati Sejarah perkembangan Islam dari zaman Rasululllah sehingga ke hari ini. Mungkin ada hikmahnya... :)

5 comments:

  1. Puan Aliya,
    Inilah yang dikatakan rezeki ataupun hidayah. Mungkin Allah menghendaki Puan memahami sejarah Islam. Sebab itulah Puan dapat subjek itu tanpa disangka-sangka.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum
    (Semoga Kak Aliya sihat selalu)

    Kak Aliya, saya pula dikehendaki mengajar Asas Elektrik!

    Ia satu cabaran baru kerana basic elektrik yang saya tahu hanyalah setakat sekolah menengah..

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam wbt,
    Ya, saya pun percaya begitu, En.Halim. InsyaAllah, saya sedang memikirkan cara yang terbaik untuk membantu pelajar yang bermasalah & kurang berminat mempelajari subjek Sejarah ni, mungkin dengan menggunakan software ICT yang telah saya pelajari di universiti.

    Humyrah,
    Wow! Asas Elektrik? Itu saya surrender laa.. Semoga berjaya. When there a will, there's a way, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. Salam adik Alya,

    Semalam abang berbual dengan isteri tentang topik yang Alya katakan dalam tajuk ni. Kebetulan dia juga seorang guru warga emas (guru siswazah yang senior di sekolahnya).

    Komen dia: itu perkara biasalah di sekolah sekarang ni. Guru penolong kanan menyusun secara rambang baki subjek elektif dalam jadual bertugas.

    Ini masanya guru yang terpilih tunjukkan keterampilan mengungguli subjek tersebut. Letakkan prestasi anak didik (pelajar) di kedudukan paling cemerlang.

    Persediaan mengajar dengan menghubung rakan setugas di sekolah lain, mencari maklumat di perpustakaan dan internet.

    Katanya lagi, pelajar sekarang sangat manja dan sering disuap. Satu cara terbaik guru sendiri mencari bahan, pada murid yang tiada bahan beli saja dari cikgu... duit yang diperolehi digunakan untuk menambah alat bantu mengajar...

    macam itu la ceritanya....

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam Abang Rafas,
    Terima kasih ata nasihat yang diberi. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik setakat yang saya mampu. Saya suka merancang pengajaran dari kacamata seorang pelajar; apa yang belum tah, apa yang perlu tahu, apa yang boleh menarik minat, dan apa yang boleh membunuh minatnya.

    ReplyDelete