"Saya mangsa isteri saya," pemandu teksi membuka cerita kisah hidupnya.
Saya penumpang setia teksi selama bertahun-tahun sehinggalah saya membeli kereta saya baru-baru ini. Oleh kerana ramai peminat, maka banyaklah cerita yang saya dengar.
"Mengapa Abang Bob (bukan nama sebenar) kata begitu?"
"Isteri saya tu anak Mami, orang Tanjung." kata Abang Bob. "Depa orang kaya. Dia sanggup guna ilmu hitam pada saya, Cikgu. Macam-macam dia buat sehingga saya dengar cakap dia. Bila dia dah dapat semua harta saya, dia tak kisah tentang saya. Saya dilayan macam sampah. Akhirnya saya sedar sendiri tapi dah terlambat. Saya bercerai. Anak-anak, rumah dan segala harta dia yang bolot. Saya keluar rumah sehelai sepinggang."
"Orang Melayu pun guna ilmu hitamkah?"
"Ada, Cikgu. Orang apa pun akan sanggup guna kalau hati dah busuk."
"Kesian..."
"Apa nak buat, Cikgu. Salah saya gak kerana terlampau sayang dan percaya padanya. Sekarang saya menduda. Makan sendiri, tidur sendiri, semua sendiri," dia ketawa kecil.
"Anak-anak dengan siapa sekarang?"
"Dengan bekas isteri sayalah. Bila saya tak bawa teksi, saya bawa depa keluar jalan-jalan. Rumah yang saya beli dengan wang simpanan saya sebagai askar dulu saya sudah bertukar tangan. Sekarang rumah tu bekas isteri dan anak-anak saya yang dok. Saya menyewa di flat murah."
"Oh.. kenapa tak kahwin lain? Tak lah sunyi."
"Siapalah nak kita ni, Cikgu. Duit dah tak ada, rupa pun tak hensem. Teksi ni saja harta saya sekarang."
"Abang Bob berasal dari mana?"
"Teluk Intan. Kadaag-kadang teringin juga nak balik sana, jaga mak saya yang dah tua tetapi kalau balik, susahlah saya nak berjumpa dengan anak-anak saya."
Saya diam. Abang Bob merupakan di antara pemandu teksi yang popular di USM, Pulau Pinang. Tak kira subuh atau tengah malam, telefon sahaja Abang Bob, insyaAllah kalau dia di pulau, dia akan datang mengambil anda dengan teksinya. Tambang juga lebih murah daripada biasa.
Kasihan hidupnya begini setelah ditipu oleh isterinya.
"Jo, (bukan nama sebenar) Kak kirimkan bacaan ayat al-quran ni, pasangkanlah kalau ada komputer di rumah."
Saya tidak sedap hati apabila menerima emel Jo. Entah mengapa, hati kecil saya meronta-ronta agar menghantar bahan kepada Jo. Perkenalan kami yang singkat melalui internet memberi alamat bahawa Jo amat memerlukan bantuan.
Keesokannya saya menerima emel daripada Jo.
"Kak, terima kasih kerana mengirimkan surah tu. Semalam saya pasang kuat-kuat dalam kamar sambil saya membaca al-Quran. Kak nak tau? Tiba-tiba saya terasa macam ada sesuatu yang terbang keluar dari kamar saya tu. Pada masa itu juga seolah-olah diri saya sedar semula. Saya periksa semua bahan dalam kamar tu. Saya jumpa bahan kotor dalam almari baju. Apabila saya desak isteri saya, dia mengaku dia dah lama gunakan ilmu hitam pada saya. Bertahun-tahun sehingga saya jauhkan diri daripada mak saya sendiri. Saya yang uruskan rumah, uruskan makan minum, uruskan anak-anak sementara dia hanya perlu keluar bekerja. Dia dah lama masukkan kotoran dalam makanan dan minuman saya. Dia minta cerai."
Saya terkejut membaca emel Jo.
Syukurlah Jo sudah pulih seperti sediakala sekarang.
Seperti Abang Bob, dia bercerai dengan bekas isterinya, dan berpisah dengan anak-anaknya.
Aduhai, mengapakah terdapat isteri-isteri yang sanggup menganiayai suami mereka?
Melanggar hukum agama? Berdosa kepada suami sendiri?
Hairan, tak rasa berdosakah mereka setiap kali mereka sujud dalam solat?
Kata nabi (lebih kurang ayatnya) 'Kalau manusia yang boleh disembah, nescaya aku perintahkan si isteri menyembah si suami'. Astaghfirullah.. Celakalah isteri yang memperalatkan suami...
ReplyDeleteDan cerai adalah sebaik-baik jalan.
Bukan mereka tak tahu dosa, tapi mereka tidak takut dosa...
ReplyDelete