Tiba-tiba soalan itu keluar dari mulut Siti, membuat saya tertawa. Ermmm... pelik juga mengapa saya tidak pernah terfikir sama ada daging babi atau khinzir yang saya makan sejak kanak-kanak sehingga saya memeluk Islam itu sedap ataupun tidak.
"Sebenarnya Siti, daging babi tak banyak beza dari segi tekstur dengan daging lembu. Daging babi tu lembut sedikit, lebih berlemak tetapi dari segi rasa daging lembu lebih sedap. Mungkin sebab bahan kimia yang digunakan dalam suntikan terhadap babi, Tok saya sendiri komplen bahawa daging babi zaman sekarang tidak sesedap zaman dahulu."
"Kak tak rindu ker nak makan daging babi tu?"
"Hehehee... sebenarnya 6 bulan sebelum memeluk Islam secara sah, akak dah henti makan daging babi. Lagipun daging babi tu bukan dalam diet utama akak. Akak lebih suka ayam dan ikan. Tak rindu la, tak sedap pun... dan memang haram dimakan orang Islam, bukan?"
Siti mengangguk.
"Sebenarnya banyak resipi orang Cina yang menggunakan daging babi sebagai bahan asas. Akak pun tahu masak beberapa jenis masakan menggunakan daging tu seperti Bak Kut Teh (Pork Bone Tea Soup), TauYu Bak (Braised Pork), Chai Boay (Minced Vegetables) dan Bak Kut Sui (Sweet Sour Pork). Kalau kena gaya masakan dan cukup ramuannya, makanan tu memang sedap. Kini kalau teringin nak makan, kena ganti dengan daging ayam pula."
"Oh gitu... apa masakan Cina yang akak suka tetapi sekarang tak makan lagi sebab tak halal?"
"Banyak, hehehee... tetapi kita kena ingat bahawa makanan yang haram dimakan tetap haram, jadi kena jauhkan diri. Biasanya akak tak lalu kedai makan Cina, terutamanya yang menggoreng Char Koay Teow dan menjual daging salai. Used to be my favourite, hahahaa.. Awak tahu kenapa orang Cina tak suka makan Char Koay Teow Melayu? Sebab rasanya berbeza; koayteow goreng Cina mengandungi lemak babi."
"Ohhh.. Orang Cina makan katak, kan? Akak pernah makan?"
"Katak? Pernah, tapi bukan selalu. Orang Cina percaya daging katak akan menyebabkan kulit kita cantik dan licin."
"Eee... apa rasanya?"
"Biasanlah.. orang Cina panggil katak yang dimasak tu sebagai 'ayam air' supaya tak rasa geli ketika menjamahnya, hehehe. Lagipun di pasar, kita tak nampak katak itu seperti yang katak yang kita lihat hari-hari. Semua tu dah dibuang kulit, hanya nampak daging putih dan tulang saja, tak banyak beza daripada seekor burung."
"Masak dengan apa?"
"Biasanya kami goreng dengan cili dan halia, atau masak dengan bubur. Rasanya? Lembut, lebih lembut daripada daging burung atau ayam."
"Sedap tak?"
"Bolehlah... bergantung kepada cara kita masak je."
"Mengapa orang Cina (secara umum) suka makan benda yang pelik-pelik?"
"Sebenarnya orang Cina tak ada kitab agama yang khusus yang melarang mereka daripada makan daging haiwan lain. Memang ramai yang mengaku beragama Buddha tetapi hanya sebilangan kecil yang mengamalkan makan sayur sahaja. Kebanyakan orang Cina makan mengikut selera dan kepercayaan mereka sendiri. Kita orang Islam ada panduan yang lengkap, berdasarkan kepada Al-Quran. Panduan termasuk cara menyembelih, cara makan, dan makanan yang ditegah kerana memudaratkan kita sudah ada. Kita patut bersyukur kerana Islam agama yang syumul, yang lengkap."
images: www.rasamalaysia.com
info yang amat menarik:)
ReplyDelete