Thursday, July 24

I CAN TYPE

"Apa yang kamu belajar sebelum ini?"
Dia menggaru-garu kepalanya, lalu berbisik kepada kawan di sebelah.
"Tak ingat," kata mereka sambil tersengih.

Pelajar Tingkatan Satu amat bertuah. Mereka dibekalkan dengan bahan pembelajaran kelas komputer tanpa perlu membayar sesen pun untuk mengetahui cara menggunakan software Microsoft Word. Kepada pelajar luar bandar terutama pelajar miskin, mungkin inilah satu-satunya peluang mereka belajar menggunakan komputer.

"Okay, dengar baik-baik dan berikan perhatian. Lihat skrin dan ikut arahan. Teacher akan tunjuk setiap langkah, lepas itu kamu pula buat sendiri. Kita tak nak bila kita sudah hampir tiba ke destinasi, ada pula kawan kamu yang baru nak hidupkan kenderaan, lalu menjerit-jerit minta tolong sebab tak tahu jalan. Kita tak mahu ada di antara kawan-kawan yang sesat di tengah-tengah hutan, bertemankan lintah dan pacat."

Mereka ketawa. Module memang ada tetapi ditulis dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu mereka masih memerlukan banyak bimbingan untuk menyiapkan kerja kursus yang diberi. Cikgulah yang sibuk kerana perlu berlegar-legar di antara komputer utama dengan komputer pelajar-pelajar untuk membantu mereka yang menghadapi masalah. Kalau dibiarkan mereka mencuba sendiri, alamatnya ramai yang tidak akan berjaya menyiapkan tugasan seperti yang dikehendaki.

Perbezaan amat ketara di antara pelajar yang mempunyai komputer di rumah atau yang belajar komputer secara peribadi, dengan pelajar miskin yang hanya mengharapkan kelas ICT di sekolah. Pelajar yang mempunyai komputer peribadi dapat menyiapkan tugasan dengan cepat dan kreatif manakala kumpulan kedua pula mengambil masa yang lebih lama kerana perlu mencari huruf-huruf yang betul di atas papan kekunci semasa menaip.

Selepas 80 minit pembelajaran dengan mereka, saya berpuas hati. Alhamdulillah mereka berjaya membuat jadual dengan baik. Saya pula yang letih mengajar. Terima kasih kepada guru yang lama, saya yang baru mengambil-alih kurang menghadapi masalah menguruskan kelas-kelas tersebut.
"What is ICT?" saya menyoal.
Semua tunduk, tak berani menjawab. Ada yang berbisik-bisik dan cuba meneka.
"ICT bermaksud Information and Communication Technology, atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kita menggunakan teknologi seperti komputer dan sebagainya untuk memperoleh dan memproses maklumat. ICT bukan bermaksud I Can Type, faham?"
Mereka meninggalkan makmal dengan ceria.
Minggu hadapan sesiapa yang memberi maksud yang salah untuk ICT memang patut didenda :P

2 comments:

  1. Salam adik Alya,

    Wah seronoknya dengan grup ict tu!

    Nak tambah ni: ICT tu maksudnya berkongsi maklumat melalui teknologi komputer di alam siber...hehehe.

    Macam maklumat adik Alya di Pukullima.blogspot boleh dikongsi bersama abang dan kawan-kawan yang lain.

    Demikian juga maklumat abang di Jiwafaham.blogspot boleh dikongsi dengan adik Alya dan kawan-kawan yang lain.

    Semuanya melalui teknologi komputer....

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Abang Rafas,
    Ya, benar tu. Syukur alhamdulillah dengan teknologi yang ada kini. Siapa sangka hanya dengan wayar dan chip kecil, kita boleh berhubung dengan orang lain merata dunia tanpa perlu berjumpa? Semua anugerah dan rahmat Allah swt yang memberi kita akal fikiran untuk membuat kebaikan, bukan?

    ReplyDelete