Monday, August 31

PINDAH

Syukur alhamdulillah akhirnya selesai satu kerja berat.
Kami selamat berpindah ke rumah lain setelah berbulan-bulan menunggu.
Ini satu pengalaman baru bagi saya dan suami, berpindah rumah dalam bulan Ramadhan. Mengangkat barang dan kelengkapan rumah dari tingkat 6 rumah pangsa [alhamdulilah lif berfungsi] ke dalam lori pada waktu malam [kerana berbuka puasa terlebih dahulu] sangat memenatkan.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.
Walaupun letih menguruskan segala keperluan dalam keadaan berpuasa, urusan kami dipermudahkanNya. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu, khasnya adik Noh dan Asri yang berbesar hati datang dari jauh, serta kontraktor kami, En.Kamaruddin yang menyiapkan kerja dengan begitu kemas dan memuaskan [siap dicuci lantai rumah dan kompaun rumah]. Pujian harus diberi kepada suami yang begitu sabar dan komited dalam menjayakan misi kami itu.
Barang-barang masih berselerak di dalam rumah. Malu nak tunjuk. InsyaAllah akan dapat siap berkemas dalam minggu ini. Penat letih tahap kritikal dari semalam lagi. Dulu kena pack, sekarang perlu unpack pula. Esok pagi sekolah buka semula selepas seminggu cuti, huwahhhhh...
Rumah baru, jiran baru, komuniti baru, entah apa lagi akan turut baru.

Berblogging dari Permatang Pauh, PP. Line internet slow saja di sini, uhuk3..

10 comments:

  1. Assalamualaikum wbt Sister Aliya...


    Selamat datang ke environment baru...semoga dipermudahkan Allah SWT yer...saya doakan...


    tak lupa Selamat berkenalan dan Salam Ramadhan Kareem..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak aliya.
    Wah... selamat menikmati pengalaman hidup di rumah baru kak dan tentunya persekitaran yang baru. Berpindah-randah memang meletihkan apatah lagi di bulan puasa ni. Kesian akak. Apapun, semoga akak dan suami akan mendapat banyak kebaikan di tempat baru.

    p/s: kalau sudi, nanti blh tak akak kongsikan gambar rumah dan sekitarnya?

    ReplyDelete
  3. Salam Cikgu..

    walaupun apa suasananya, semoga segalanya dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan Aliya. Nice blog and nice stories.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam Nada Nadzhirah,
    Terima kasih atas doa.. insyaAllah.
    Have a blessed Ramadhan.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam kakchik,
    Memang persekitaran baru,belum biasa lagi dan belum sempat meronda-ronda dengan roda4 saya. Terima kasih atas doa. InsyaAllah kami berhasrat mengadakan perjumpaan/usrah untuk saudara baru dll di rumah ini nanti, itupun jika ada yang berminat.Gambar? InsyaAllah nanti..

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam kakcikseroja,
    Terima kasih.. insyaAllah.
    Rumah saya berhadapan playground. Seronok petang-petang lihat mereka bermain dengan riang di situ.

    ReplyDelete
  8. Waaalaikumussalam Intan RH,
    Thanks.. all praise to Allah.

    ReplyDelete
  9. salam..ermm..saya selalu baca blog puan tp tak pernah tinggalkan komen. but puan pindah ke permatang pauh? saya pun tinggal di permatang pauh...kampung pertama...belakang uitm. puan di mana?

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam m.e.m.e,
    Dekat saja lah rumah kita. Saya di taman perumahan antara stesen petronas uitm & shell..nak tahu alamat perlulah emel saya :)

    ReplyDelete