Thursday, August 6

MENYUSAHKAN

"Bila pula khemah tu dipasang?"
"Agaknya petang tadi. Pagi ni masih belum ada lagi."
"Aduh, bagaimana kereta nak keluar ni? Khemah tu halang jalan utama kita keluar masuk."
"Orang yang dirikan khemah tu yang salah, pasang khemah camtu memang akan halang kereta nak lalu."
"Ada permitkah nak dirikan 2 khemah di hadapan dan tepi bangunan tu, halang 2 jalan utama kereta keluar masuk taman perumahan ni? Tak terima apa-apa berita pun tentang perasmian madrasah ni."
"Entah.. tengok tu, bukan saja kereta kita yang susah nak keluar, kereta belah sana pun susah nak lalu."
"Benar la, kereta dari jalan utama nak belok masuk ke jalan ni tak tahu yang jalan ni ditutup kerana ada khemah, kita yang nak keluar ke jalan utama pula terpaksa bergerak lambat kerana dihalang oleh khemah dan kereta dari kiri."
"Ya Allah! Apa pula yang berlaku di sana? Jalan penuh dengan kulit kelapa!"
"Mereka ada keraian la tu.. nampak tu? Bawa dewa berarak la."
"Sampai tengah malam masih belum tamat? Kasihan orang yang tinggal di sini. Mereka berarak dan memasang lagu dengan kuat, orang lain pula tak boleh tidur."
"Nak komplen? Kita ni kan masyarakat majmuk, kalau kita komplen nanti kita dituduh racist. Tak hormat agama lain."
"Isshhh ishhh, susah ni, semua jalan sesak. Dah la tu, jalan nak masuk ke rumah kita tersekat dengan khemah depan madrasah, bagaimana kita nak balik ni?"
"Kena ikut lorong kecil depan tu la, walaupun bahaya sikit."
"Takut la, lorong tu muat sebuah kereta saja, kalau bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan, bagaimana kita nak undur? Bukankah jalan utama ni dah sesak dengan perarakan dan kereta lalu lalang? Bahaya ni!"
"Doalah agar tak bertembung. Takkan nak tinggalkan kereta kita di tepi jalan besar ni saja, dan jalan kaki sampai ke rumah?"
"Berapa lama agaknya khemah-khemah itu akan dipasang?"
"Di khemah tu tertulis sampai esok, tapi tak tulis sampai pukul berapa. Hara-harap sehingga ia diturunkan, tak adalah kejadian yang tidak diingini berlaku. Susah juga kalau ada kecemasan, bagaimana ambulans atau bomba nak lalu? Jalan ditutup dengan khemah dan pentas kayu."
"Oh, tak ada notis awal dari mereka tu kah?"
"Tak ada pun. Tiba-tiba saja ada khemah. Tak patut la mereka buat begitu. Tak kisahlah kalau mereka hendak buat madrasah di sini tetapi kalau perasmian pun melibatkan penutupan jalan penting kereta keluar masuk, ia hanya akan memberi imej buruk kepada jiran-jiran khasnya jiran yang bukan Islam. Kalau majlis perkahwinan atau kematian pun orang tak tutup keseluruhan jalan, mengapa perasmian sebuah madrasah kena tutup 2 jalan penting pula semata-mata nak pasang khemah dan pentas perasmian? Menyusahkan jiran-jiran nak keluar masuk; semua penduduk kira-kira 50 rumah di sini terpaksa gunakan lorong kecil tu sebagai jalan alternatif."
"Patutnya madrasah tidak boleh didirikan di rumah teres begini, menyusahkan jiran-jiran lain. Bayangkan setiap malam bila ada aktiviti, orang akan parking kereta sepanjang jalan berdekatan dengan madrasah yang tiada tempat meletak kenderaan. Jalan ini akan menjadi sempit apabila kereta orang luar yang hendak ke madrasah diletakkan pada kedua-dua belah jalan."
"Entahlah.. kalau kita mengadu, nanti kita pula dituduh tak hormat agama.. tapi ini bukan isu agama, ini tentang tindakan manusia yang kurang menghormati hak orang lain. Untuk perasmiannya saja, 2 jalan utama ditutup tanpa memberi notis awal kepada semua penduduk sini. Lihatlah berapa banyak kereta yang tersekat di jalan kerana tidak tahu bahawa jalan-jalan itu akan ditutup kerana khemah dipasang."
"Sudahlah ada surau berdekatan, masjid sini pun aktif tetapi mereka masih nak berpuak-puak dengan mendirikan madrasah khas untuk kumpulan mereka saja.. maka nampaknya mereka akan semakin kuranglah bersolat jemaah di surau dan masjid berdekatan dengan Muslim lain."
"Memang dari dulu pun mereka berkumpul di situ saja setiap solat maghrib dan isyak.."

4 comments:

  1. Assalamualaikum

    this brother sums-up brilliantly in his blog the last part of your entry kak Aliya

    http://jebbat.blogspot.com/2009/07/sudikah-mereka-mendengar.html

    http://jebbat.blogspot.com/2009/08/percaya-atau-tidak.html

    this scenario happened to me also.

    Wasalam

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Azlan,

    {smiling broadly} yes, Ive read those. Yours and his is an different point of view, but it's ok. What I'm highlighting in this article is the closure of main roads but never mind, it's good to share.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    i mean the same as you actually. my immediate neighbor have some kenduri and their canopy and tent blocking my gate. its my gate!!! i can't even get my car in or out from my own gate.

    not to mention other distant neighbor blocking the road.

    what i meant the your last part and that blog link is this

    "Sudahlah ada surau berdekatan, masjid sini pun aktif tetapi mereka masih nak berpuak-puak dengan mendirikan madrasah khas untuk kumpulan mereka saja.. maka nampaknya mereka akan semakin kuranglah bersolat jemaah di surau dan masjid berdekatan dengan Muslim lain."
    "Memang dari dulu pun mereka berkumpul di situ saja setiap solat maghrib dan isyak.."

    wasalam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam azlan,
    Points noted :)
    Sickening isn't it, when we have such neighbours? I hope my new neighbours will be good.

    ReplyDelete