Anda bukan keseorangan walaupun pada zahirnya anda kelihatan berseorangan.
Janji Allah yang terkandung dalam al-Quran amat jelas bahawa Dia Yang Maha Melihat dan Yang Maha Mendengar, Yang Maha Meneliti dan Yang Maha Mengetahui.
Ketika diri dilanda masalah, Allah amat dekat dalam hati mereka yang beriman padaNya.
Ketika diri dalam ketakutan, ketahuilah bahawa tiada apa-apa pun yang boleh mengapa-apakanmu tanpa kebenaranNya.
Ketika diri dalam keadaan was-was, ketahuilah bahawa akan didatangkan mereka yang diutuskan khas untuk membantumu.
Bukan mudah memilih jalan yang lurus apabila yang lain telah tersimpang ke jalan yang bengkok.
Bukan mudah membuat keputusan dan mengambil jalan yang jarang diambil oleh yang lain.
Menjadi orang baik pada pandangan masyarakat mudah, tetapi ia tidak menjamin kebahagiaan sejati.
Menjadi orang baik pada pandangan keluarga juga mudah, tetapi ia tidak menjamin ketenangan abadi.
Hanya apabila memilih menjadi hamba Allah yang beriman padaNya dan mengerjakan segala suruhanNya, meninggalkan segala laranganNya maka barulah diri akan benar-benar bahagia dunia dan akhirat.
Kadang-kadang diri terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah duniawi apabila menerima tentangan daripada pelbagai pihak. Bukan semuayang kita lakukan akan disetujui oleh orang lain.
Ketika inilah, diri diuji untuk mengetahui kekuatan iman dan keinginan untuk mempertahankan akidah diri. Ketika inilah, diri diuji sama ada menurut kehendak umum atau memilih jalan hidup yang mengikut syariat Islam.
Ketika ini juga mereka yang lain dujiNya untuk memilih sama ada menghulurkan bantuan, sekadar menjadi pemerhati, atau menjadi pembelot.
Ternyata beberapa peristiwa yang berlaku dalam bulan Syaaban yang mulia ini, bukan kebetulan tetapi adalah ujian kepada kita sama ada kita bersikap sepeti mereka yang lain atau pun lebih mendekatiNya.
No comments:
Post a Comment