Sunday, August 9

DISLOYAL?

"We brought you up, we gave you a home and educate you, and this is how you reward us?"
" Why must you choose to disobey us?"
"Why must you choose Islam? What is so good about Islam anyway? Look at the Malays. They are following Islam but some of them are also mat rempit, drug addicts, rapists etc. You want to be like them? Why can't you just be a Christian or a Buddhist? "
"Why can't you continue living like the rest of us? If you choose Islam as your religion, you are no longer a part of this family. You can't join us anymore in our activities. You like that?"
"Who influence you into this? Your friends? You choose your friends over your own family! This is how you repay our love ?"
"I'm your mother, and I'm over 60. If you become a Muslim, who will take care of me when I'm older? Have you no thought about me, your own mother?"
"You want your mother to be sick? You know she can't take pressure and now you're telling us that you want to be a Muslim. That will definitely make her sicker. Do you want to kill your own mother with your choice of religion? You are nothing but a selfish child. You think only about yourself and what you want. You forgot about how much sacrifices we have done to bring you up and to educate you. This is how you repay us, by choosing Islam over your family?"

Guilt.
They want to make her feel guilty.
If all else fails, making someone feel guilty for one's actions is a way to prevent one from doing as planned.
Lynn stood facing her family. She remained quiet. Since news of her intended reversion to Islam became public knowledge. she had had no peace. They bombarded her with questions and they tried to make her promise that she wouldn't do as she had planned.
Lynn felt very alone. Unsure. Uncertain. And certainly very afraid.
It has been tough, making the decision to be a Muslimah.
After months and years of studying Islam and pondering over her future, she has made the decision to revert.
She told her family. And their reactions had been nothing but supportive.
And now she began to regret informing them.
It has been harder for her to continue her plans to revert to Islam since informing them, as everyday her family members would call and tell her not to take the big step. She was made to feel guilty.
"Am I a disloyal child for disobeying my family's wishes and be a Muslimah?" Lynn begins to wonder.

Sarah buntu.
Mama tidak memahami. Papa pula panas baran dan hampir menamparnya tadi.
"Anak tak kenang budi. Berani kamu jawab? Mama kata simpan tudung itu, simpan sajalah! Kenapa nak pakai lagi?"
"Mama masih orang Islam walaupun tak pakai tudung, tau. Cukuplah kalau buat solat 5 waktu dan berpuasa. Lagipun rukun Islam dan rukun Iman mana suruh pun kita pakai tudung. Kenapa kamu pula nak pakai tudung? Macam orang tua saja. Malu Mama nak keluar dengan kamu yang bertudung. Nanti orang ingat kamu orang gaji. Simpan tudung itu atau Mama buang."
"Jangan pakai tudung lagi. Janji sekarang bahawa awak takkan pakai tudung lagi bila keluar rumah. Janji! Kamu anak Papa dan Mama, kena patuh segala arahan Papa dan Mama, faham?"
"Tapi Mama... ustazah di universiti kata semua Muslimah kena pakai tudng, itu suruhan Allah swt..ada dalam surah.."
"Ustazah kamu itu ekstrimis, sesat.. jangan dengar kata mereka. Kawan Mama ramai yang pergi haji dan umrah, balik sini tak pakai tudung pun. Iman di hati, bukan untuk ditunjukkan dengan pakai tudung. Ingat! Simpan tudung dan jubah awak tu, jangan melawan. Kita orang Islam moderate, yang ustazah kamu tu dah ekstrimis. Mama dan Papa tak suka kamu bercampur dengan mereka. Kita ikut cara hidup Islam yang moderate, tak payah nak susah-susah pakai tudung dan pergi majlis-majlis ilmu. Suruh ustazah kamu itu pergi ajar mat rempit dan penagih dadah yang lebih perlukan didikan Islam. Kamu, cukuplah Mama dan Papa sendiri bimbing!"
Sarah yang baru 20 tahun tidak berani menjawab lagi. Takut Papa akan betul-betul menamparnya sekiranya dia cuba mempertahankan keinginannya untuk terus bertudung.
Ustazah Bahariah telah menasihatinya supaya bertudung semasa perjumpaan di Pusat Islam, malah telah menunjukkan arahan wanita Islam bertudung dalam al-Quran. Sarah dah tahu dan dah faham. Sudah 2 bulan dia memakai tudung di kampus. Dia bahagia bertudung.
Sekarang Mama dan Papa pula menghalangnya daripada menutup aurat.
Aduh! Apakah yang harus kulakukan?
Patutkah aku keluar rumah dengan Papa dan Mama seperti dahulu, dalam keadaan kepala yang bogel?
Aku akan jadi anak derhakakah jika aku terus memakai tudung dan melawan cakap Mama dan Papa dalam hal ini?
Sedangkan syurga terletak di bawah tapak kaki ibu.
Salahkah aku jika aku bantah kata Papa dan Mama dalam hal ini, sedangkan aku terpaksa berjanji untuk tidak lagi pakai tudung?
Kata Papa, berdosa orang yang mungkir janji.
Aduh! Susahnya membuat keputusan.

[nota: 2 lagi kisah benar yang diceritakan kepada saya oleh para mualaf dan ustazah-ustazah yang cuba membimbing mahasiswi.]

12 comments:

  1. Assalamualaikum sis,

    sy copy paste post ni ye...nk letak dlm blog...=)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam NuFaS,
    Boleh, tapi nyatakan sumbernya :)

    ReplyDelete
  3. teringat kisah mus'ab ketika dia memeluk islam. kisah yg berlaku antara dia n ibunya

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Aliya,

    Kisah saya lebih kurang macam kisah Sarah tetapi situasinya tidaklah terlalu 'keras' seperti situasi Sarah. Alhamdulillah, bila kita kuatkan semangat untuk meneruskan cara ni dan tahu bahawa tindakan kita betul,insyaAllah suatu hari nanti keadaan akan berubah.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu/Bapa yang mentauhidkan Allah SWT. Jika ibubapa kufur kita berhak utk mengatakan 'tidak'.Berdoalah selalu kepada Arrahman Arrahim agar di turunkan hidayah dan rahmat kepada ibubapa berkenaandan tunjukanlah teladan yang baik dan nilai2 islam yang sebenar-benarnya, percayalah ini adalah jihad yang amt besar pahalanya, insyallah.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    Kak Abell,
    Ya, kisah mus'ab menjadi teladan. Mengetahui Mus'ab telah memeluk islam, ibubapanya telah mengurung dan menyeksa Musab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.
    Ibu Mus'ab telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya.
    Jawapan Musab kepada ibunya: Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.
    Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.
    Mus'ab akhirnya mati syahid dalam Perang Uhud.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Lan,
    Benar. Ibubapa yang tidak mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian mereka perlu didoakan agar diberi hidayah olehNya. Arahan-arahan mereka yang bercanggah dengan suruhan Allah dalam al-Quran seperti penutupan aurat, bersalaman, dan adat-adat dalam perkahwinan tidak perlu dipatuhi, cuma perlu diterangkan mengapa ia tidak boleh dipatuhi dengan cara yang berhikmah.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam Raudhah,
    Ameen.. benar kata anda. Semangat untuk mempertahankan akidah Islam amat penting, dan kebiasaannya Muslimah yang diujiNya dengan keadaan ini. Tahniah kepada yang lulus, dan teruskan berjihad bagi yang berusaha ke arah itu.

    ReplyDelete
  10. Di antara ciri orang mukmin adalah berpendirian teguh, pantang menyerah, tidak kenal undur, dan mempunyai keinginan yang kuat.
    "Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yg percaya pada Allah da Rasul-Nya, kemudian mereka terus percaya tidak ragu-ragu lagi [surah al-Hujurat: 15]
    manakala ciri munafik ialah "Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya [surah at-taubah:45]
    Hanya pengabdian kepada Allah dan usaha mendekatkan diri dengan Allah saja yang bakal memberikan kebahagiaan dan kemuliaan abadi.Nyawa kita di dunia tidak lama,maka rebutlah kemuliaan abadi.
    "Sesiapa yang mengkehendaki kemuliaan maka bagi Allah segala kemuliaan itu." [surah Fatir :10]

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum

    one of the minor sign of Qiyamah is at the end of time what is right people will perceived it as wrong, while what is wrong people will perceived it as right. this is the meaning of Hadith.

    on other Hadith Rasul S.A.W. said Islam began as stranger, and will be back as stranger as its begin.

    there is other Hadith mentioned to hold onto Islam is like to hold a burning charcoal in your hand.

    there are no wonder we have this situation now. we have to make Dua' to Allah, may He gives us His Tawfiq and Hidayah to all of us.

    Wasalam

    p/s all above is just the meaning of Hadith, not exact translation.

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam azlan,
    Yes, what you said are true.
    ameen..

    ReplyDelete