Tuesday, August 4

INI SEKOLAH, BUKAN HOSPITAL

"Cikgu, dia nak balik rumah!"
Cikgu Kamariah ditegur seorang pelajar perempuan, yang ditemani seorang lagi pelajar.
Dia melihat jam, baru pukul 8 pagi.
"Mengapa?" Cikgu Kamariah sengaja bertanya walaupun dia sudah dapat mengagak jawapan pelajar berkenaan.
"Dia demam. cikgu!" kata pelajar yang sama.
"Kalau sudah demam, mengapa datang ke sekolah? Pergi ke telefon awam di tepi kantin, telefon ibu bapa kamu datang ambil. Cikgu pun sibuk kena ganti kelas guru lain yang sedang bercuti sakit, tak ada orang yang senang nak hantar kamu pulang."
"Dah tahu sakit, masih nak datang ke sekolah. Bukan setakat menyebarkan virus, menyusahkan kita pula sekiranya dia pengsan di dalam kelas," Cikgu Kamariah bersungut sambil berkemas-kemas untuk ke kelas pada waktu kedua.
"Ada mak bapa yang suruh datang ke sekolah walaupun tahu anaknya sakit. Mungkin mereka berpendapat lebih baik anak itu belajar dalam keadaan kurang sihat di sekolah daripada menganggu adik-adik lain di rumah," komen Cikgu Lisa yang sedang melengkapkan fail pelajar di bilik guru.
"Masalahnya kita guru, tugas kita adalah mengajar, bukan mengasuh anak mereka yang sedang sakit. Tambahan sekarang ni sedang merebaknya penyakit H1N1. Kalau terdapat seorang pelajar yang sedang demam selesema itu pesakit H1N1, bukankah menyusahkan seluruh warga sekolah? Kerana seorang yang demam masih datang ke sekolah, kita semua terdedah kepada virus itu dan terpaksa dikurantinkan di rumah selama seminggu."
"Lima pelajar Tingkatan 3J itu sedang demam selesemak. 10 minit saya di dalam kelas itu, mereka asyik batuk dan bersin. Takut saya nak dekati mereka," Cikgu Maria pula mengadu.
"Mengapa awak tak pakai mask?"
"Saya pakai tapi rasa lemas juga. Lagipun bila pakai mask, sebutan kita kurang jelas. Bagaimana nak mengajar jikalau pelajar tak faham perkara yang kita sedang nyatakan? Susahlah, akhirnya kerana tak tahan dengar mereka berlima yang tidak memakai mask itu batuk tanpa henti, saya balik ke bilik guru sekejap untuk ambil buku ni," terang Cikgu Maria.
"Tadi bila kita kira, dah lebih 50 pelajar yang mengaku mereka sedang demam. Risau la, minggu depan mereka sudah nak periksa," kata Cikgu Lisa.
"Apa nak buat, kita hanya mampu memberi nasihat dan panduan supaya mereka lebih berhati-hati dan menjaga kebersihan serta kesihatan diri. Tetapi mereka juga perlulah bertanggungjawab. Kalau dah demam atau sakit, janganlah pula datang ke sekolah lagi. Dalam hal ini, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka, tak bolehlah paksa anak yang demam selesema itu terus datang ke sekolah. Cikgu-cikgu kita juga ramai yang bercuti sakit kerana demam, maka kita yang ada ni berpakat-pakat masuk menggantikan kelas mereka. Janganlah pula ada pihak yang mengharapkan kita yang sudah kekurangan tenaga kerja untuk menghantar anak mereka yang sakit itu kembali ke rumah atau ke klinik kesihatan."
"Betul tu. Tadi pun saya tegur seorang pelajar Tingkatan 1, mata dah bengkak kerana sakit mata tetapi masih datang ke sekolah hari ini. Lepas perhimpunan pagi, dia datang jumpa saya minta tolong saya hantar dia pulang ke rumah. Dia ingat saya ni kerja driver kah?"
"Mak bapa selalu menyalahkan cikgu apabila kita tak hantar anak mereka pulang ke rumah atau ke klinik. Tapi mereka tak sedar, kadang-kadang anak mereka yang sengaja cari sakit; dah tahu diri tak sihat masih nak datang ke sekolah. Kita bertugas mengajar satu kelas 40 pelajar. Takkan kita nak jaga anak dia seorang saja, yang 39 orang di dalam bilik darjah itu siapa nak uruskan bila kita hantar dia itu untuk rawatan? 39 di dalam kelas itu masih tanggungjawab kita juga, bukan anak dia seorang saja."

4 comments:

  1. Salam Sis,

    Things are getting messy at my place also. The students start wearing masks to classes with the fear of the H1N1.

    Just make sure we go see a doctor if we get the symptoms. H1N1 is not as dangerous as Denggi btw.

    ReplyDelete
  2. betul sangat lah ni... sama je di mana2 sekolah

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam ahong,
    Just got news that my school will be closed for a week. Bad timing, as the students will be having their PMR & SPM trial exams as soon as the school reopens next week.

    ReplyDelete
  4. Kl citizen,
    Di sekolah rendah lagi susah, terutama pelajar tahun 1. Cikgu pula yang perlu bersihkan muntah yang ditinggalkan oleh pelajar yang sakit, sama ada dalam kelas atau dalam kereta. Itu pengalaman yang tidak mudah dilupakan.

    ReplyDelete