Thursday, July 9

UNTUK PELAJAR

Tiba-tiba saya dijemput menyampaikan ceramah kepada pelajar perempuan, bermula di sekolah saya. Itulah tempias setelah menyampaikan syarahan umum di UiTM Johor cawangan Segamat. Jemputan kedua di sebuah sekolah berdekatan belum ditentukan tarikhnya.

Namun insyaAllah, saya akan menyampaikan ceramah di An-Nadhoh Inn, Kubang Semang, Pulau Pinang pada Sabtu, 11 Julai 5 petang selepas solat Asar.

"Teacher, ceramah apa yang bakal disampaikan esok?" para pelajar tertanya-tanya.
Biasanya mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh orang luar. Jarang guru sekolah sendiri menyampaikan ceramah, tambahan saya pula guru BI, bukan berstatus ustazah.
Aduh, nak cakap apa?
"Aliya, berilah sesuatu supaya mereka sedar dan mahu berubah menjadi lebih baik," begitulah permintaan yang disampaikan kepada saya.
Baiklah... saya akan berkongsi pengalaman hidup sebagai seorang mualaf dengan pelajar perempuan beragama Islam dan bakal memberikan sedikit input tambahan kepada mereka. Tempoh ceramah tak lama; hanya 30 minit. 30 minit diharap dapat memberi impak yang positif dan berupaya mengubah persepsi pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai Muslimah.
Saya mengharapkan bimbingan dan keredhaanNya dalam usaha ini.

Tajuk yang saya pilih untuk ceramah kepada pelajar - 'Apakah Maknanya Saya Beragama Islam'.
Tolong doakan agar Allah memberi taufik dan hidayah kepada mereka yang mendengarnya esok. Saya hanya penyampai, segala ilmu datangnya dari Allah.

2 comments:

  1. Semoga Cikgu diberi kekuatan dengan cabaran baru yang diamanahkan - "dakwah ringkas tetapi signifikan!" - InsyaAllah.

    salam hjSab2
    www.MDESJ.net / http://sab2.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam En.Sabtu,
    Terima kasih.. ameen.. selepas ini, perlu lebih berhati-hati kerana lebih ramai akan memerhatikan gerak-geri saya, terutama d sekolah, aduh..

    ReplyDelete