Tuesday, July 21

NAK HADIAHKAN ITU?

"Abah, Siti dapat 5A, abah nak hadiahkan apa?"
"Ah, Siti nak apa?"
"Siti nak handfon terbaru Nokia, macam yang abang guna, b0leh?"
"Boleh sayang.. tapi mesti dapatkan 5A dulu!"

"Abah, Mat periksa PMR dapat 8A, ayah belikan komputer, boleh?"
"Eh, bukankah dah ada komputer di rumah?"
"Itu Kak Long punya, Mat pun nak komputer sendiri.. nak pasang internet, mudah nak studi dan cari maklumat secara online."
"Ok, ok.. tapi dengan syarat dapat 8A."

Setahun kemudian..
"Siti! Mari makan!"
"Jap Mak, Siti nak sms kawan dulu."
"Ishh, Abang tengok anak kita tu, tak henti-henti sms dengan handfon baru dia tu. Baru semalam dia minta RM10 beli top-up, hari ini dah habis, minta lagi RM10. "
"Tak apa, dia cuma telefon kawan-kawannya. Kan senang dia tak ganggu minta pinjam handfon awak macam dulu?"
"Yang abang belikan dia handfon baru Rm2000 tu apasal? Tak boleh belikan yang lebih murahkah? Abang tahukah siapa kawan-kawan yang dia sms hari-hari? Tah-tah pakwe dia."
"Isshh, awak ni tak ada kerja lain ker, asyik membebel pasal anak? Anak kita tu anak yang baik, patuh pada kata kita, pijak semut pun tak mati. Apa yang awak risaukan?"
"Tentulah saya risau, dia tu anak dara."
"Tak payah risaulah, tau la dia nak jaga diri. Handfon saja, bukan bekalkan internet."

"Anak awak tu, tak habis-habis dengan internet. Suruh turun makan pun dia kata tak lapar lagi."
"Dia sibuk dengan tugasan dia tu kott."
"Abang tahukah apa yang dia buat dengan komputer itu?"
"Manalah Abang tau? Dia kata guna internet."
"Tapi website apa yang dia lawat?"
"Entah.. biarkanlah, bukan dia buat benda haram pun, dia guna internet untuk mencari bahan."
"Harap gitulah.. "

3 bulan kemudian..

"Apa?! Sudah sebulan dia tak pergi kelas tuisyen?"
"Betul Encik, anak encik sudah berhenti dari kelas tuisyen ini."
"Mana anak kita bang? Telefon handfon dia, dia pula tak jawab."
"Dia balik rumah nanti, jaga dia!"
Malam itu..
"Siti, mana kamu pergi petang tadi?"
"Errr.. Siti pergi kelas tuisyen Abah."
"Kelas tusiyen mana kamu pergi? Abah pergi sana tadi, mereka kata kamu dah lama berhenti."
"Err, Siti tukar pusat tuisyen."
"Mana bahan dari tuisyen? Tunjuk pada Abah!"
"Siti pinjam kawan.."
Tiba-tiba handfon Siti berbunyi.
Abahnya segera merampas handfon dari tangan Siti.
"Oooo, siapa Zack ni? Sms macam-macam, dia pakwe kamu ya? Dah pandai ada pakwe, dah pandai menipu kononnya pergi kelas tuisyen, rupa-rupanya kamu dating dengan dia di tempat lain. Patutlah bila mak kamu telefon tak dijawab. Abah belikan handfon supaya kamu lebih mudah dihubungi tapi rupa-rupanya kamu gunakan untuk balas call dan sms pakwe kamu, dan supaya mudah kamu buat dating dengan pakwe kamu tu ye? Tak tahu malu! Mulai hari ini, kamu tak boleh guna handfon sendiri lagi. Faham?!"

"Encik, kami jumpa gambar yang tidak senonoh dalam pendrive anak encik."
"Gambar tak senonoh? Maksud kamu?"
"Anak encik sudah membuat pengakuan. Dia kata bahawa dia download melalui internet gambar-gambar wanita itu ke dalam pendrive dia, dan dia cerita tentang gambar tersebut kepada kawan-kawan. Sebab itulah dia bawa pendrive ini ke sekolah, dan kami jumpa dalam simpanan dia semasa spot-check pagi tadi."
"Ya Allah! Saya sangka dia duduk di depan komputer buat kerja sekolah, rup-rupanya itu kerja dia yang sebenar? "

"Encik perlu sentiasa pantau kegiatan anak-anak encik walaupun sibuk."
"Tapi mereka kata itu hak mereka, dan saya tidak boleh sentuh barangan mereka tanpa kebenaran mereka."
"Tapi encik bapa mereka, dan bertanggungjawab mendidik mereka. Mungkin satu cara yang perlu dilakukan adalah apabila berjanji memberikan apa-apa barangan elektronik sebagai hadiah, encik membuat persetujuan bertulis dengan anak encik, bahawa dia perlu mengizinkan encik untuk menyimpan dan memeriksa kandungan handfon/ internet/pendrive anak pada bila-bila masa. "

13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. huh... perkara biasa.. ibu sgt risau, sgt mengambil berat ttg anak2, tapi ayah malas nk kesah.. konon sabar.. padahal tak sabar... xsabar dlm bermujahadah... tak sabar dlm berkorban masa, tenaga dan perasaan.. bile perkara xbaik berlaku, tggalkan mak sensorang menanggung kecewa.. (bukan semua..)

    ReplyDelete
  3. bukan mudah mendidik anak-anak di zaman cyber ini.... kdgkala dek terlalu sibuk, ibubapa tak punya masa untuk memantau segalanya.....

    ReplyDelete
  4. saya rase amat perlu utk parents and anak2 bersikap terbuka with each other. i mean communication between both parents n anak2 shud be easy and anak2 x patut feel scared of their parents.

    i believe that anak2 make the wrong choices because of curiosity and perasaan nak cuba benda baru but if parents can be open and tell them that lying is not option and instead of punishing them, let them feel that being honest and truthful is the best way..

    its a two-way relationship la..zaman2 nk angkat tangan n pukul has become impracticable cz the kids can lari any time. its better to be able to talk.

    who would know us better than our parents :)

    ReplyDelete
  5. tengok 2. budak iium yg bukak tudung nak bercakap cam pandai. nyampah betui tengok org yg cam nie. sorry kak aliya. tak tahan emo.

    ReplyDelete
  6. Barat mengatakan tentang Chidlren's Rights, ada limit untuk parents masuk campur hal mereka. Tapi adakah ini maksud BEBAS yang kita mahu? Islam ada had dan batas, kerana BEBAS nanti di syurga itu mahal harganya.

    ReplyDelete
  7. betul 2! sokong kak ummu umar

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Awis & Kakcikseroja,
    Pos ini bukan untuk membandingkan siapa lebih baik dalam mendidik anak, cuma sebagai peringatan kepada kita semua agar tidak menyalahgunakan kepercayaan orang lain kepada kita. Bila ada handfon atau bahan elektronik lain terutama yang dihadiahkan, kita mesti sentiasa beringat-ingat. Anak-anak tidak menghancurkan kepercayaan ibu bapa dengan curi-curi menggunakan handfon untuk menghubungi pakwe/awek, sehingga ada yang terlanjur. Handfon dan internet menyebabkan begitu mudah perkara tidak baik dirancang dan seterusnya dilakukan.
    Wajib pantau penggunaan handfon dan gajet elektronik yang lain, supaya anak-anak tidak begitu berani melakukan perkara yang salah. Wajib ada kontrak bertulis ketika memberikan handfon kepada remaja, bahawa mereka mesti menyerahkannya apabila diminta dan ibubapa boleh menyemak kandungan handfon mereka pada bila-bila masa.Anak sepatutnya hormat dan sedikit takut pada ibu bapa tetapi kini ibu bapa yang lebih takutkan anak.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Sasha
    Sasha, mungkin Sasha bertuah kerana dibesarkan oleh ibubapa yang berfikiran agak terbuka. Namun kita perlu sedar bukan semua ibubapa di masyarakat kita begitu; ramai ibubapa yang mendidik anak sama seperti cara mereka dibesarkan.Mereka yang berkerja 2 atau 3 jenis kerja sehari tiada masa memantau anak-anak, dan hanya memberi kemudahan seperti handfon serta wang saku apabila diminta.Inilah silapnya, ramai ibubapa sekarang tidak mengenali anak sendiri.Beruntungnya anak-anak yang mempunyai ibubapa yang sanggup meluangkan masa beramahmesra dengan anak-anak. Masih ramai ibubapa yang kurang kemahiran keibubapaan

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Olynn,
    Sungguh Dia mengetahui perkataan yang kamu ucapkan dengan terang-terangan dan Dia mengetahui pula apa yang kamu rahsiakan...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ummu umar,
    Setuju. Kita sudah ada panduan hidup yang lengkap iaitu al-Quran dan hadith. Islam membenarkan ibu bapa merotan anak-anak yang enggan solat ketika mereka berumur 10 tahun, supaya mereka dapat dibentuk menjadi mukmin yang baik. Kalau Children's Rights diagung-agungkan, bayangkan betapa kecohnya jikalau ibu bapa merotan anak yang malas solat.

    ReplyDelete
  12. Astaghfirullahalazim...

    itu jer yg mampu saya ucapkan kepada olyyn, k.aliya.

    ReplyDelete
  13. Bersabarlah Sasha,
    Setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan bermusahabah diri itu lebih baik daripada melayan nafsu amarah

    ReplyDelete