Monday, July 27

SAYA NAK PELUK ISLAM...

Alhamdulillah, semenjak memulakan blog ini, saya bukan sahaja berpeluang mengenali ramai sahabat blogger bahkan juga diberi peluang oleh Allah untuk menjalankan sedikit kerja dakwah kepada nonMuslim yang berkunjung ke sini.
Tidak kurang juga yang mengirim emel peribadi kepada saya untuk pelbagai isu tentang Islam.
Syukur, dan segala pujian padaNya.
Ada yang menyatakan hasrat untuk belajar Islam dan ada juga yang secara terus-terang menyatakan hasrat memeluk Islam dalam jangkamasa terdekat.
Saya pernah melalui pelbagai halangan dan suka-duka ketika memulakan langkah untuk memeluk Islam, maka saya turut bersimpati dengan keadaan mereka. Semoga mereka yang diberi hidayah olehNya menjalani pergembaraan yang lebih mudah, insyaAllah.

Sekiranya 'si istimewa' tu tinggal di Pulau Pinang dan Kedah, lebih mudah untuk saya perkenalkan kepada mereka yang dapat membantu dan membimbing dari segi proses pengislaman, tempat perlindungan dan pengajian Islam.
Namun saya masih menghadapi sedikit kesulitan sekiranya mereka berada di negeri lain, kerana bukan mudah untuk mendapatkan rakan Islam yang boleh dipercayai dan diharap untuk membimbing mereka yang bakal bergelar saudara baru. Ada yang bersifat pemalu dan belum bersedia untuk melangkah ke jabatan agama Islam. Ada yang ditekan dengan pelbagai halangan keluarga sehingga diri hampir putus asa untuk memeluk Islam. Namun Allah yang Maha Berkuasa, insyaAllah segala masalah mampu ditangani.
Sebab itulah networking di antara kumpulan pendakwah Islam menerusi internet dan talian telefon amat penting, kerana bila-bila masa sahaja seseorang mungkin berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan bantuan serta sokongan moral. Saya masih berusaha ke arah itu, maka jikalau organisasi anda yang ingin membantu mualaf dan mereka yang berhasrat memeluk /mempelajari Islam, hubungilah. Kita berusaha, Allah yang akan membawa mereka kepada kita mengikut ketentuanNya.

Sekiranya anda salah seorang yang berminat memeluk Islam, cubalah dekati sahabat-sahabat yang boleh dipercayai untuk membantu anda. Sekiranya anda beragama Islam dan didekati sahabat yang berminat tentang Islam, bantulah seberapa yang boleh.. kalau tidak pasti cubalah hubungi mereka yang berpengalaman untuk membantu.
Bukan semua yang tahu prosedur memeluk Islam untuk negeri masing-masing, maka lengkapkanlah diri sendiri dengan ilmu itu. Anda mungkin memerlukannya ketika ditanya oleh sahabat atau jiran yang belum Islam.

Sambil itu, tolonglah doakan untuk sahabat-sahabat anda yang disayangi agar mereka diberi hidayah oleh Allah dan seterusnya memeluk Islam.
InsyaAllah lebih mudah untu kita jawab apabila ditanya apakah sumbangan kita sebagai khalifah Allah di bumi ini kelak.
Bukan semua Muslim berpeluang menjadi saksi pengislaman seseorang tetapi alangkah indahnya sekiranya anda salah seorang daripada mereka yang diamanahkan itu, bukan?

7 comments:

  1. Alhamdulillah.. teruskan perjuangan kak!

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Aliya.

    Teringin sangat nak tolong sahabat yang ingin bersyahadah. tp smpai skrg,tak berkesempatan lg..Mungkin kerana sy tinggal dlm komuniti Islam,jd dakwah lebih tertumpu pd mereka yg dh memang Islam..Doakan saya juga dapat berdakwah pd mereka yang non-Muslim juga ya!

    ReplyDelete
  3. Walaupun kita berdakwah kepada orang bukan Islam, kita tetap mengislahkan orang Islam serta diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik dari semalam. =)

    ReplyDelete
  4. semoga saya mndpt kekuatan seperti mana puan dan rakan2 saudara baru untuk mendekati islam.siapa2 di sarawak boleh berjumpa saya.Insya`Allah

    ReplyDelete
  5. puan alia
    Saya harap ada cawangan PERKIM berdekatan dgn kawasan puan. Saya harap sdr2 yg berminat dpt bekerjasama secara sukarela dgn melibatkan diri dgn NGO ini.

    Saya tahu PERKIM tak mempunyai dana yg banyak, bahkan yuran ahlinya pun RM2 setahun. Sudah tentu apa2 aktiviti adalah berbentuk sukarela, bahkan sanggup menderma pula!!

    Bagaimanapun, mana2 shj ada persatuan spt ini, patutlah kita mengembleng tenaga membantu secara berpasukan, selain drpd mendapat pertalian silaturrahim antara ummah.

    Wassalam
    NAS

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Humyrah, Raudhah, Adawiyah,

    InsyaAllah, Humyrah

    Ameen..Dakwah dalam pelbagai bentuk; cara pergaulan, akhlak dan penampilan diri juga boleh mempengaruhi orang lain mendekati Islam.

    Setuju sangat, Ada.

    ReplyDelete
  7. Salam Nazim,Nas

    Nazim,InsyaAllah.. kalau ada yang memohon bantuan dari sana, nanti saya beritahu, k.

    Nas, memang ada cawangan Perkim di Butterworth tetapi kerana diberitahu hanya ada waktu tertentu ia dibuka [dan saya pula kerja seperti di pejabat biasa]saya belum menziarah ke sana.Ada juga sebab lain mengapa saya kurang berminat ke Perkim. Di pulau, ada cawangan Perkim dan pertubuhan IPSI yang lebih aktif, di Sbrg Perai ada rumah transit kelolaan MAIPP untuk saudara baru yang memerlukan tempat tinggal sementara. InsyaAllah saya akan melawat ke tempat lain jika ada peluang dan masa.Sama-samalah kita berusaha, semoga mendapat keberkatanNya.

    ReplyDelete