"Cikgu, ceritalah.."
"Cerita apa?" saya tersenyum.
Waktu ganti guru yang tidak hadir dalam kelas itu masih panjang. Para pelajar pula meminta masa untuk menyiapkan kerja rumah. Yang duduk berhadapan dengan saya yang memulakan 'sesi soal-jawab'..
"Cerita tu.."
"Two.. three.. four?" saya sengaja mengusik.
"Bukan, cikgu ni la.. cerita cikgu peluk Islam!"
"Oh, bukankah sudah cikgu ceritakan dulu semasa ceramah?"
"Kami balik awal, van tunggu!" mereka mengaku.
Semenjak menyampaikan ceramah di hadapan pelajar perempuan di sekolah saya, saya sering diajak menceritakan semula bagaimana saya akhirnya memeluk Islam.
"Apa yang kamu nak tahu? Tanyalah," saya mengundang.
"Cikgu masuk Islam dengan keluargakah?"
"Apa nama asal cikgu?"
"Cikgu tinggal di mana bila dah Islam?"
"Bagaimana keluarga cikgu sekarang?"
"Bila cikgu balik rumah keluarga, bagaimana cikgu makan?"
"Susah tak cikgu belajar hidup sebagai orang Islam?"
"Cikgu belajar Islam di mana?"
"Cikgu ada anakkah dengan suami dulu?"
"Apa jadi dengan bekas suami cikgu?"
"Siapa pilih nama Islam cikgu?"
"Bagaimana cikgu jumpa dengan suami sekarang?"
"Cikgu tak teringankah makan makanan orang Cina.. err, ba-alif-ba-ya?"
Rupa-rupanya banyak pertanyaan mereka. Saya layan sahaja dengan peramah, dan saya cuba jawab sebaik mungkin. Ketika itulah saya selitkan sedikit tazkirah, bahawa tidak lewat untuk belajar mendalami agama Islam, jangan malu bertanya jikalau tidak tahu, dan Allah swt akan sentiasa membalas usaha baik kita mempelajari Islam dengan kebaikan. Saya harap merek bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga beragama Islam dan diberi didikan di sekolah[sekurang-kurangnya] sebagai orang Islam. Saya katakan jikalau saya boleh belajar Islam dan hidup dengan baik sebagai Muslimah dalam usia yang agak matang, mengapa mereka tidak mampu sedangkan mereka lebih muda dan bertenaga.
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana diberi peluang berdakwah kepada para pelajar walaupun secara tidak langsung. Walaupun perlu lebih berhati-hati dalam penampilan diri dan tingkahlaku, serta menjaga prestasi kerja supaya sentiasa tip-top [kerana mereka memerhati dn menilai], ia bukanlah satu masalah besar kepada saya.
Rupa-rupanya kehadiran guru yang juga saudara baru Islam boleh dijadikan medan dakwah yang baik jikalau kena pada gaya.
Pelajar pun nampaknya lebih berminat mengetahui pengalaman saya sebagai seorang yang baru memeluk Islam daripada mendengar ceramah biasa.
Mungkinkah ini satu peluang yang baik untuk mengubah persepsi dan sikap para pelajar Islam khasnya yang dalam kategori pelajar bermasalah? Semoga Allah swt memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua.
'tidak lewat untuk belajar mendalami agama Islam, jangan malu bertanya jikalau tidak tahu, dan Allah swt akan sentiasa membalas usaha baik kita mempelajari Islam dengan kebaikan'
ReplyDeleteseorang penceramah baru2 ini datang ke ofis kami beritahu bahawa pd umur 40 tahun dia masih belum tahu mengaji (I use the word belum tahu, pada masa itu) dan dia berdoa pada Allah tiap2 malam (without fail) semoga Allah ampunkan dia dan beri dia Haji Mabrur. Dia mengaji everyday without fail dan dia solat sunat tiap2 malam without fail. I think many of you know who he is, yg belum tahu, here is his blog
http://muhdkamil.net
apa yg menarik minat saya, dia berkata pada kami, mintalah pada Allah, jgn cakap pada sesiapa, nanti satu kampus tahu..he he he..
Hanya Allah yg boleh memberi pertolongan pada umatnya.
Prof, kalau saya salah sebut, maaf ye.
'Rupa-rupanya kehadiran guru yang juga saudara baru Islam boleh dijadikan medan dakwah'
ReplyDelete.....salam ziarah...
pernyataan tersebut sangatlah tepat
Waalaikumussalam uji,
ReplyDeleteYa, memang kenal Prof Dr Muhd Kamil :)
Waalaikumussalam a kl citizen,
ReplyDeleteSelamat berkunjung ke sini :)