Friday, July 17

PROGRAM DI PENANG

Assalamualaikum,

Baru-baru ini terima sebuah sms dari saudara Asyraf Tan, yang mengumumkan satu program anjuran MAIPP. [terima kasih kerana memberitahu,; dah lama saya tak terima khabar dari MAIPP, malas nak cerita, huhu]

Program Israk & Mikraj akan diadakan pada hari Sabtu, 18 Julai 2009 di Rumah Transit Darul Hidayah untuk saudara baru, di Permatang Tok Gelam, Perai, bermula jam 6 petang- 9 malam.

Ikut hati nak sertai tetapi sebab saya tidak biasa memandu di jalan sibuk di kawasan Perai dan suami pula masih di seberang laut, saya masih menimbang-nimbang sama ada pergi atau tidak ke program tersebut. Bukan apa, takut sesat seorang diri tambahan pada waktu malam. Kalau ada kawan/ konvoi ke sana, baru saya akan pergi kerana itu syarat yang saya setujui dengan suami.
Ada saudari baru yang hendak ikut serta, temankan saya? Bolehlah hubungi saya melalui emel atau chatbox sebelum waktu Asar esok. Jika ada kawan atau kami pergi secara konvoi, saya akan bertolak dari Masjid Seberang Jaya selepas waktu Asar, insyaAllah.

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. terima kasih byk2 aliya dgn entry baru nih.. dpt idea so boleh la saya propose utk program terdekat di sini hehe.. baru merancang2 untuk buat ceramah setelah sekian sunyi dr xtvt selain bbq.. jemput ke blog saya
    - jaslina

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Daffodil,
    Sama-sama kasih.. sudah brkunjung ke sana, menarik.. I wanna dance with the daffodils, hehehe

    ReplyDelete