"Macam ninja."
Mereka ketawa. Tapi alhamdulillah, ramai pelajar saya yang terus memakai topeng sebagai langkah berhati-hati. Saya pula yang rasa lemas memakainya, walaupun sekolah membekalkan topeng untuk kegunaan guru. Alhamdulillah setakat ini sekolah saya masih dalam kategori selamat, walaupun nampaknya semakin ramai pelajar yang didapati demam di sekolah.
Virus H1N1 semakin mengganas. Banyak institusi pendidikan sudahpun ditutup. Suami saya juga di'cuti'kan, dengan amaran bahawa dia perlu menjalani kurantin di rumah sekiranya mengidap selsema. Sekiranya suami dikurantin, bermakna saya juga akan terpaksa 'bertapa' di rumah, huuhuhu. Apa nak buat, dua-dua orang bekerja di institusi pendidikan, sentiasa terdedah kepada risiko kesihatan.
"Mungkin inilah bala yang Allah berikan kepada kita."
"Mungkin kebetulan saja."
"Kamu tak tahukah, yang ramai dijangkiti adalah orang-orang muda? Ini bukan lagi penyakit, tetapi dah jadi wabak. Sebab kita orang Islam tak patuh pada ajaran Islam inilah Allah turunkan bala menjelang Ramadhan supaya masih ada masa untuk kita bertaubat."
"Tadi tak nampakkah berapa tangan saja yang naik ketika penceramah meminta mereka secara jujur mengaku sama ada mereka mengerjakan solat 5 kali sehari semalam?"
"Nampak. Itulah masalah orang kita, mengaku Islam tetapi tak ikut semua ajaran Islam secara menyeluruh."
"Orang kafir dan mereka bukan Islam tentulah tidak boleh dipertanggungjawabkan jikalau mereka tak ikut suruhan Allah, kerana memang mereka tidak tahu. Tetapi kita yang mengaku orang Islam, kita yang bawa kad pengenalan ke sana-sini dengan tertera Islam sebagai agama kita, kalau kita engkar suruhanNya memang kita berdosa. Mungkin virus ini satu bentuk peringatan kepada kita supaya sentiasa menurut ajaranNya, dan sentiasa mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam. InsyaAllah kalau kita sentiasa berwuduk dan menjaga kebersihan diri, kita akan lebih terselamat berbanding mereka yang hanya membasuh anggota badan apabila makan dan mandi."
"Betul tu, berwuduk banyak faedahnya."
"Ya, mengambil wuduk tidak perlu terbatas kepada ketika kita hendak mengerjakan solat saja."
"Awak nak tau, semalam saya cuba memakai niqab dengan ikatan tudung 60 inci, kononnya dengan berniqab taklah begitu terdedah kepada habuk jerebu dan virus. Takdelah orang awam anggap saya membawa virus itu jika saya berjalan di tempat awam. Kalau bertopeng di sebalik niqab tak adalah orang sedar. Yang mereka bakal nampak hanyalah seorang Muslimah berpurdah. Malangnya saya tak mampu bertahan lama dalam keadaan berniqab dan bertopeng."
"Mengapa pula?"
"Entahlah, kurang selesa. Mungkin kerana hidung saya ni tak mancung, maka ruang untuk udara di sebalik topeng/ niqab itu agak terbatas. Kalau saya berniqab, agaknya saya orang Cina berhidung penyek yang pertama berbuat demikian."
"Hahaaahaaaa... "
Salam Kak Aliya,
ReplyDeletemasa mula2 berniqob,sy pun rasa lemas.klu ade je ruang yg tk ramai org,sy akan buka skejap utk dptkn udara segar..pastu slalu gak rs jeles kt kawan2 yg leh kuar mkn ramai2..sy tkleh sbb tknak buka niqob depan org..
Alhamdulillah,dlm sebulan lepas tu sy dh blh besekan diri.dh tk rasa lemas dh..
dan sejak ade virus H1N1 ni,ramai kawan2 yg pinjm niqob sy utk pakai dlm flight ms nk balik msia..
Waalaikumussalam Raudhah,
ReplyDeleteTahniah kerana berjaya menangani masalah itu. Saya hormat mereka yang berniqab.