"Cikgu kenapa tak join kami tadi? Best tau!"
Cikgu Fareeha sekadar tersenyum. Dari tadi dia memerhatikan mereka yang melakukan senamrobik, dari tempatnya di balkoni. Pelbagai gelagat mereka yang bersenam mengikut muzik. Ada yang hingga menari-nari mengikut rentak lagu yang rancak.
Cikgu Fareeha memilih untuk tidak menyertai mereka. Satu pilihan yang mungkin akan menyulitkannya dengan pihak lain tetapi dia rasa dia buat pilihan yang tepat kerana 4 perkara:
1. Tidak sesuai remaja lelaki digabungkan dengan perempuan untuk senaman lasak begini, sedangkan mereka boleh diasingkan walaupun mungkin aktiviti lebih rumit untuk dijalankan
2. Kawasan aktiviti dilakukan agak sempit dan kemungkinan dia perlu berada di hadapan pelajar lelaki
3. Berlakunya gerhana matahari pada waktu itu
4. cuaca berjerabu
Hendak menegur, sudah terlewat. Lagipun bila disebut senaman kecergasan, senamrobik sahaja yang selalu menjadi pilihan. Cikgu Fareeha sudah serik. Masalahnya, peserta tidak diasingkan mengikut jantina tetapi digabungkan dengan alasan mudah dikawal dan lebih mudah dikendalikan - semua lakukan senaman bersama-sama. Itu yang menyebabkan Cikgu Fareeha malas nak turun padang.
Bukan mengutuk tetapi dia sendiri kurang selesa. Semalaman puas dia berfikir, nak sertai atau tidak. Apa alasan yang perlu diberi jika tidak turut serta. Cikgu Fareeha yang masih muda, tidak suka mengambil risiko bergerak menghayun tangan, tunduk, bersenam ala menari-nari di belakang lelaki bukan muhrim yang walaupun diarahkan berada di hadapan, boleh menoleh ke belakang untuk memerhati pihak wanita yang bersenam.
Tapi senamrobik saja! Semua orang pun buat, untuk kecergasan saja! Apalah awak ni, dah jadi ekstrimis pula!
Suka hati awaklah mengutuk!
Cikgu Fareeha tidak kisah. Dia membuat pilihan ini, kerana dia yakin tindakan dia akan diredhai Allah swt.
Dia bukan ekstrimis, cuma dia berpendapat dengan kawasan persekitaran yang luas itu, boleh diasingkan tempat senaman untuk lelaki dan perempuan. Biar tiada percampuran peserta lelaki dan wanita. Barulah pihak wanita akan dapat melakukan aktiviti senaman dengan bersungguh-sungguh dan tanpa segan silu. Bila tiada gangguan wanita di tepi, bolehlah pihak lelaki berfokus kepada senaman sahaja.
Semua orang buat bukan semestinya dia pun harus buat.
Orang lain terjun jambatan, tak semestinya dia harus menjadi bodoh dan ikut.
Malang sekali, kita sudah biasa menganggap sesuatu yang biasa dilakukan sebagai betul.
Pakai mekap tebal perkara biasa, tiada yang menegur atau berani menegur.
Pakai pakaian tanpa menutup aurat perkara biasa, dan yang menutup aurat itu pula dianggap luar biasa.
Keluar dating atau bercouple itu perkara biasa, sehingga ada ibu bapa yang mengizinkan.
Bersekedudukan tanpa nikah perkara biasa bagi sesetengah pihak.
Bersedekah sedikit duit kopi itu perkara biasa bagi pihak lain.
Hanya kerana ia menjadi kebiasaan, bukan bererti ia betul!
Betul pada pandangan masyarakat tetapi tidak semestinya bagi Allah.
Yang betul dan halal hanyalah yang terkandung dalam kitab suci al-Quran dan sunnah.
Renungkanlah..
Anda manusia biasa yang mengikut norma masyarakt di dunia yang sudah terbalik ini, atau manusia luar biasa yang berani hidup mengikut syariat Islam?
kisah ini mengingatkan saya pada zaman sekolah dulu-dulu. ada seorang rakan yang begini, tidak mahu bersukan jika ada pelajar lelaki di sekitar, kalau pun dia turun padnag, dia akan tercegat sahaja. Kata dia, dia tidak mahu menraik perhatian lelaki. tetapi malangnya, hasil dari itu, dia menjadi perhatian, dan buah mulut pelajar lelaki, lebih dari pelajar perempuan lain yg bersenam. Ke mana dia pergi, terjenguk jenguk pelajar lelaki ingin melihat dia.
ReplyDeleteJadi terbalikkan??? saya jadik confuse....
Assalamualaikum ZOORA,
ReplyDeleteYang bermasalah bukan rakan perempuan itu. Yang bermasalah adalah pelajar lelaki kerana tertarik dengan kelainan padanya yang berani mengingkar perintah bersenam. Sedangkan sekiranya semua pelajar perempuan dan guru memilih untuk bersenam di tempat lain, fitnah itu tidak akan berlaku, bukan?
ya, betul sama sekali .. mudah saja menyelesaikan nya sebenarnya
ReplyDelete