Wednesday, July 15

BAJU

Dulu sebelum bergelar orang Islam, saya yang berpakaian baju kurung tidak berani masuk pun ke dalam kedai makan Cina untuk menjamu selera. Bukan takut ditangkap pihak jabatan agama yang memantau, tetapi kerana hormat pada simbolik baju yang dipakai. Bagi saya, baju kurung yang dipakai cukup simbolik dengan agama Islam. Tidak manis seorang wanita yang berpakaian baju kurung dilihat makan makanan tidak halal, walaupun saya bukanlah beragama Islam ketika itu.

Tapi kini anak-anak muda tidak kisah lagi apa yang mereka lakukan dalam berpakaian baju sekolah mahupun baju kurung. Lebih teruk lagi apabila ada yang berani melakukan maksiat dalam keadaan bertudung dan berbaju kurung. Di manakah letaknya maruah diri?

Pakaian bukan setakat menutupi aurat, tetapi berapa ramaikah yang menyedarinya?

4 comments:

  1. Inilah apa yang berlaku apabila ramai yang belajar mengenai agama Islam tetapi tiada keikhlasan dan penghayatan. Inilah apa yang berlaku apabila para remaja tidak mengenal Allah dan tidak takut kepadaNya...

    Wallahua'lam bissowab~

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak.
    Masyarakat kita semakin jauh dari memahami konsep dalam berpakaian terutamanya di kalangan orang Islam sendiri.
    Dulu baju kurung melambangkan kesopanan dan tatasusila Melayu-Islam yang tinggi tapi kini ia sudah tidak lagi berjaya menjaga maruah dan akhlak si pemakainya.
    Rosak akhlak semasa berpakaian menutup akhlak bukan saja berlaku di kalangan remaja malah menular juga di kalangan orang dewasa.
    Nampaknya kita kena lebih giat memberi faham tentang Islam kepada masyarakat kita.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Adik Alya. apa khabar? Moga sihat dan beroleh kegembiraan selalu.

    Cerita tentang baju ya? Yang abang tau, baju ni mula direkacipta untuk menutup dan melindungi badan dari cuaca dan keadaan sekitar. Lama kelamaan fungsinya turut berubah mengikut kesesuaian masa,zaman,komuniti, kepercayaan dan berbagai sudut lagi.

    Sebenarnya berlaku transformasi secara evolusi sejak dari zaman nenek moyang hingga sekarang, kalau tentang BAJU KURUNG, baik di butik, pasaraya dan yang sedang dipakai wanita dan kanak-kanak perempuan, itulah hasilnya. Ia sangat sesuai dengan iklim, masyarat, agama dan adat di Malaysia.

    Sekarang baju kurung telah dikomersialkan maka lahirlah baju kurung komersial berasaskan rekod larisnya dipasaran. Sebab itu ia melambangkan wang-ringgit dan bukan lagi berpaut pada adat, budaya dan tata-susila Melayu-Islam. Begitulah pendapat abang secara peribdi...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Adawiyah,kakchik,jiwafaham,
    Benar, setuju. Kak aliya berurusan dengan pelajar setiap hari,banyak ragam dan karenah yang dilihat.

    kakchik, sekarang anak-anak muda Melayu lebih gemar berpakaian barat dengan alasan rimas setelah memakai baju kurung sepanjang hari di sekolah.Ibu-ibu pelru juga menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti anak gadis mereka. Alhamdulillah baju kurung sudah menjadi pakaian seragam sekolah, jikalau tidak mungkin lebih teruk lagi disiplin pelajar kita.

    Aliya lebih gemar berbaju kurung pesak sahaja. baju kurung komersial asalkan memenuhi syarat pakaian menutup aurat yang masih boleh dipakai, tetapi yang menyakitkan mata aliya adalah tudung yang dijual di pasaran. Ada tudung ala serkup yang tidak menutupi keseluruhan dada.Kalau setakat menutup rambut dan leher, itu bukan tudung mengikut Islam, itu tudung ikut nafsu mahu kelihatan cantik!

    ReplyDelete