Semenjak saya memeluk Islam, saya sering ditujukan soalan ini: 'Mengapa awak memeluk Islam?" oleh orang lain, khasnya mereka yang lahir dalam keluarga Islam.
Kalau jumpa terus muka ke muka, itu satu hal.
Kalau terima emel atau sms tanpa mengenali siapa yang bertanya itu, itu hal lain. Bergantung kepada bagaimana cara saya membaca sms atau emel berkenaan, soalan begitu boleh berbunyi ingin tahu atau sindiran.
Ingin saya bertanya kembali, apa tujuan mereka yang bertanya begitu?
Adakah yang bertanya itu :
1. Mahu tahu mengapa saya memilih Islam dan meninggalkan agama asal?
2. Mahu tahu apa yang saya lihat dalam Islam yang tidak dilihat oleh mereka sendiri ?
3. Mahu tahu bagaimana saya mendapat hidayah seterusnya mengucap syahadah?
4. Saja-saja bertanya sebagai cara berkenalan dengan saudara baru
5. Saja-saja nak tahu adakah cerita saya berlainan daripada cerita saudara baru yang lain?
Kalau saya menjawab begini [terutama dalam sms atau bila saya tak kenal siapa yang bertanya itu]?
1. Kerana Islam agama yang benar.
2. Kerana saya melihat keindahan Islam dalam al-Quran dan Sunnah.
3. Kerana saya mendapat hidayah daripada Allah swt.
4. Itu hanya antara saya dengan Allah swt.
5. Untuk berkahwin laaa..
Apa pendapat saudara dan saudari pula?
Semalam saya lakukan satu eksperimen. Sengaja saya tujukan soalan kepada 2 jurujual, yang membawa buku berbentuk agama Islam.
"Puan, buku-buku ini baik, dikarang oleh pensyarah yang terkenal..[disebutkan nama tetapi saya tak kenal, hahahaa]"
"Ni.. saya sibuk tetapi kalau nak saya layan kamu, boleh.. jawab soalan saya dahulu..boleh? Kalau dapat berikan jawapan yang sesuai, baru saya berikan sedikit masa yang berharga untuk kamu."
"Errr.. apa soalan?"
"Mengapa kamu beragama Islam?"
"Saya beragama Islam kerana saya memang lahir dalam keluarga Islam," jawab jurujual A, dengan nada agak marah.
"Ohhh, kalau begitu jawapan awak, minta maaf ya, saya sibuk!" saya tersenyum.
"Soalan Puan ini pelik," akui jurujual A.
"Pelik? Sama sahaja peliknya bila orang Melayu tanya saya,'Mengapa awak peluk Islam.'"
"Saya beragama Islam kerana saya beriman kepada Allah dan saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad saw ialah Rasulullah," jawab jurujual B.
"Hmm, jawapan kamu lebih baik."
"Saya diajar jawab begini oleh ustaz saya. Katanya, inilah jawaban terbaik kerana 2 kalimah syahadah itulah yang bezakan orang Islam dengan orang bukan Islam."
"Ya, benar. Nasihat saya, cubalah renung semula mengapa awak beragama Islam, dan apa maknanya awak beragama Islam."
Buku-buku yang dipromosikan? Semua tajuk buku-buku tersebut saya dah ada tetapi bukan oleh penerbit tersebut. Kesimpulannya, saya tak beli buku tetapi dapat berkenalan dengan 2 jurujual yang mungkin sehingga kini, akan ingat seorang guru mualaf yang bertanyakan soalan pelik kepada mereka., hehehee..
Hmm... mengapa kamu beragama Islam?
Soalan provokatif? Biarlah... huhuhuu
Alhamdullilah! Allah Maha Besar! Tiada Tuhan Yang Lain Melainkan Allah!
ReplyDeleteMemang bagus sekali kak buat macam tu. Kakchik sokong kerana kebanyakan orang yang Islam kerana lahir dalam keluarga Islam tidak sedar atau tahu kenapa mereka Islam. Soalan akak tu moga-moga membuka ruang agar mereka berfikir.
ReplyDeleteSalam OMARA,
ReplyDelete2-kalimah syahadah telah saya hafal semenjak berminat memeluk Islam, tetapi tidak berani lafazkan lebih awal kerana takut dengan implikasinya. Berat tanggungjawab seorang Muslim yang mengucap 2 kalimah syahadah, cuma ramai yang kurang sedar!
Salam kakchik,
ReplyDeleteItulah yang dikatakan ketentuanNya, bukan saya suka-suka bertanya kepada jurujual soalan 'pelik' tetapi ilham datang tiba-tiba, hehehe.
Mengapa orang Melayu suka bertanya kepada mualaf mengapa mualaf memeluk Islam, sedangkan bila saya ke gereja sebagai penganut Kristian yang baru [dahulu, 1984], tiada seorang di gereja pun yang bertanya saya mengapa saya memeluk agama Kristian, saya diterima dengan tangan terbuka [bukan mengutuk tetapi satu perbandingan layanan].
Saya teringat bila ditanya "apa perkara yang paling awak syukuri?"
ReplyDeletesaya akan jawab "dilahirkan sebagai seorang muslim!"
kak aliya dah macam selebriti.. diasak dengan pelbagai soalan :)
Assalamualaikum.
ReplyDeleteCikgu Nur Aliya Yeoh memang selebriti.
Mahaguru58 sentiasa 'celebrate' kehadirannya didalam dunia Dakwah al Islamiyyah negara kita ini.
Saya turut bersyukur ada sahabat seperti Cikgu Aliya ini.
Dapat membaca cerpen cerpen nya yang sentiasa menarik perhatian saya dan bersangkutan dengan realiti kehidupan semasa.
Bukan fiksyen yang mengarut ngarut dan bercintan cintun tanpa sebab atau bersastera sampai berdarah jiwa yang dicocok sindiran atau tempelak yang kasar dan tajam.
Itu kelebihan Cikgu Aliya ini yang saya rasa kita semua sayangi disebabkan ketajaman 'penanya' dan ketelusan fikrahnya.
Semoga Allah SWT memberkatinya bersama Pak Anjang, suaminya yang henchem lagi pendekar!
Amin.
MahaGuru? Maha Guru tu Allah sj Maha.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Humyrah,
ReplyDeleteApa khabar, lama tak dengar berita. Memang betul, bukan semua orang beruntung dilahir dan dibesarkan dalam keluarga Islam, dididik dengan ajaran Islam semenjak kecil. Saya selalu beritahu pelajar Melayu, mereka perlu bersyukur kerana mendapat rahmat itu.
Selebriti? huhuhuu, bukan selebriti tetapi amanah yang semakin bertambah. Tak rasa pun seperti selebriti. semoga Allah sentiasa jauhkan saya daripada sifat riak dan sombong. Stres saja lebih kerana perlu lebih bijak membahagikan masa, hehehe
Waalaikumussalam Sifu,
ReplyDeleteThanks for the compliment, segala ketentuanNya, segala pujian bagiNya. Biarlah saya ikut resmi padi :)
Suami saya henchem lagi pendekar? alhamdulillah, hahahaa
Miss 01,
ReplyDeleteMahaguru58 itu ID beliau dalam dunia blog, bukan untuk mencabar kebesaran Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui isi hati setiap hambaNya :)