"...Kamu amat beruntung kerana lahir dalam keluarga Islam, dibesarkan sebagai orang Islam dan diberi didikan Islam semenjak kecil lagi. Di luar sana, ramai yang hendak memeluk Islam tetapi menghadapi pelbagai rintangan. Ada yang memeluk Islam secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga, dan perlu menyembunyikan pengislaman mereka sehingga masa yang lebih sesuai. Ada yang berkorban dengan meninggalkan segala kemewahan dan keselesaan hidup kerana Islam. Bayangkanlah perasaan kakak kamu yang baru mengucap syahadah apabila dihidangkan dengan makanan yang tidak halal oleh ibu bapa. Bayangkan kepayahan kakak kamu itu untuk menunaikan solat di rumah secara sembunyi-sembunyi. Semasa kamu selesa menunaikan solat dengan telekong cantik bersulam bunga dan bersejadahkan tikar lembut buatan Turki, ada kakak kamu yang baru Islam yang terpaksa menggantikan telekong dengan kain tuala dan sejadah dengan kain batik supaya pengislaman mereka tidak dapat dikesan ahli keluarga. Sekiranya keluarga tahu mereka telah Islam, kakak-kakak kamu mungkin akan dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang, mungkin dipukul dan dibuang keluarga. Pada waktu kamu mengaji al-Quran dengan ustazah, ada kakak Muslimah kamu di luar sana yang tidak mendapat peluang untuk belajar kerana tempat tinggalnya jauh dari bantuan seorang ustazah yang dapat mengajarnya.
Alangkah beruntungnya kamu yang tidak diujiNya sedemikian, tetapi adakah kamu bersyukur?
Di Malaysia, kita bebas hidup sebagai orang Islam dan menjalankan dakwah di bumi Allah. Kita bebas menunaikan solat di masjid-masjid, bebas memakai tudung dan menutup aurat di tempat awam, dan membeli makanan halal di kedai-kedai. Bukan semua saudara seagama kita bebas hidup sebagai orang Islam seperti kita. Di Jerman pada 1 Julai yang lalu, seorang Muslimah yang mengandung 3 bulan telah dibunuh dengan kejam di dalam mahkamah kerana memakai tudung. Di setengah-setengah negara barat, Muslimah yang bertudung tidak dibenarkan belajar di sekolah dan universiti. Kita bertuah kerana Allah swt izinkan kita hidup dengan bebas sebagai Muslimah yang mengamalkan cara hidup Islam, tetapi adakah kita bersyukur padaNya?..."
Nota: sebahagian daripada ceramah yang disampaikan kepada pelajar sekolah pada hari ini. Banyak yang hendak disampaikan tetapi masa begitu cemburu.
Komen pelajar?
"Nak tau lagi cerita teacher!"
masa kecil sampai remaja x pernah bersyukur.
ReplyDeleteX tau menilai apa yg saya ada berjuta KANAK2 tidak dapat menikmatinya.
Makanan di atas meja, sekolah, rumah dan bumbung yg x bocor, ibu dan ayah yg benar2 mengambil berat ats diri saya, tinggal di negara yg bukan diambang peperangan atau bencana alam. Walaupun dr segi kewangan bukan kategori kaya, (saya tinggal di flat jer), tapi saya hidup dgn penuh nikmat yg Allah berikan. Besarnya dosa saya pada ibu dan Allah.
Semoga Allah meringankan penderitaan kanak2 yg x berdosa (child of war, victim of poverty and child abuse) dan org yg ditindas.
masa tgk kanak2 kebuluran kat afrika tu sedih sgt..cerita bersamamu pun camtu..sampai bagi baby minum air teh dan kopi psl x mampu beli susu.
ReplyDeleteBawah ini saya dapat email dari bakers yg lain dlm yahoo group kami utk jualam amal. Kalau minat boleh beli, kalau x nak, terpulang. Gambar makcik ni x blh diattachedkan, psl boleh upload text ajer.
Tp blh contact Elly dan Nizam utk maklumat lanjut.
Assalamualaikum
Jutaaan terima kasih atas sokongan sahabat2. Tahun ini merupakan tahun ke-5 Jualan Amal Serunding dijalankan bagi mengumpulkan dana persiapan hari raya & persekolahan untuk anak yatim & fakir miskin yg terpilih.
JUALAN AMAL SERUNDING
-Ramuan Tradisional Melayu Kelantan-
Serunding Ayam RM10.50/150gm @ RM29/500gm
Serunding Daging RM8.50/150gm @ RM24/500gm
Serunding Ikan RM7.50/150gm @RM21/500gm
**sebahagian hasil jualan akan disalurkan kepada
Asrama Anak Yatim, Terbiar & Fakir Miskin
1. Kompleks HALUAN Penyayang, Bukit Naga, Shah Alam.
www.haluan.org. my
2. Makcik Hasnah & 12 orang cucu,Tmn Ros, Jln Masidin Bkt Kuda, Klang
(kisah & gambar dilampirkan)
Untuk tempahan:
Elly 012-3614014 eksekutifsuri@ yahoo.com. my
Nizam 012-6567685 anas702005@yahoo. com
Asalamualaikum Kak Aliya..
ReplyDeleteerm..menginsafkan..saya,even lahir dlm keluarga Islam,tetap juga melalui kepayahan yg sama..sbb...
erm..nilah ujian Allah pada saya.Alhamdulillah, saya masih kuat sehingga ke hari ni..dan harapnya saya masih kuat utk waktu2 yang akan datang..
~Sesiapa yang payah untuk mendapatkan Islam biasanya lebih menghargai nikmat itu~
Assalamualaikum uji,
ReplyDeleteBiasanya kita akan lebih menghargai sesuatu apabila kita kehilangan dan mendapatnya semula.Saya tahu bukan mudah hendak menyedarkan orangramai akan segala rahmat yang Allah berikan, sebab kita suka melihat benda material yang kita tiada.
Terima kasih kerana memberikan alamat emel untuk membantu anak yatim dan fakir miskin. Semoga segala usaha kita mendapat rahmatNya.
Waalaikumussalam Raudhah,
ReplyDeleteSemoga Alla swt memberikan kekuatan rohani,emosi dan jasmani kepada kita semua, untuk menjadi Muslimin dan Muslimat yang cemerlang. Kehidupan dunia ini hanya sementara.Kebahagiaan di dunia dan ketenangan jiwa hanya dapat dikecapi apabila diri ikhlas dalam mengerjakan segala suruhanNya dan dengan rela meninggalkan segala laranganNya.