Saturday, November 1

BANYAK LAGI PILIHAN SELAIN YOGA

Pagi-pagi terima sms dari kawan. Ah, lagi-lagi tentang yoga.
Saya marah apabila membaca pendapat blogger itu.Adakah patut dia metaforikan amalan yoga dengan persamaan amalan menyembah tuhan Hindu dan solat ke arah Kaabah? Itu blogger yang mengaku Muslim. Orang lain mungkin diam, tetapi saya tidak. Saya tinggalkan komen menegur sikap dan pendapatnya.

Semenjak berita Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan bakal mengumumkan keputusan tentang amalan yoga di kalangan orang Islam, riuh satu negara. Banyak komen, ada yang menyokong dan ada yang membantah. Saya senyum saja. Apalah bising-bising ni sedangkan fatwa belum dikeluarkan lagi.

Ramai yang memberi komen menghentam Majlis Fatwa dalam blog-blog terdiri daripada bukan Islam. Yang kurang menyenangkan ada juga orang Islam yang turut menyokong pendapat non-Muslim dan menyalahkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang kononnya tak ada kerja lain daripada mengeluarkan fatwa yang kurang diterima mereka. Komen mereka itu menunjukkan kejahilan sendiri tentang keperluan fatwa dan kecetekan ilmu. Amboi, senang-senang kondem orang. Taukah mereka bagaimana fatwa itu dikeluarkan?

Bagaimanakah Fatwa dikeluarkan? (ini saya copy dari website http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa.asp)
1. Perlu dikaji dan dibentangkan di dalam jawatankuasa.
2. Lazimnya mengikut pendapat muktamad dalam mazhab Syafie Jawatankuasa Fatwa berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3. Mengikut kaedah fiqh Al-Aulawiyyat iaitu meletakkan sesuatu pada kedudukan yang sewajarnya samada dari segi hukum, nilai mahupun pelaksanaanya.Perkara/Amalan yang lebih utama hendaklah didahulukan berdasarkan penilaian syariat dan akal.
4. Jawatankuasa fatwa akan merujuk kepada pendapat-pendapat sahabat,tabiin, imam-imam mazhab dan fuqaha dengan mengadakan penelitian dalil-dalil dan implikasinya
SUMBER RUJUKANAl-Quran Al-Karim,Al-Sunnah, Al-Nabawiyyah,Al-Ijmak,Al-Qiyas & Ijtihad Ahli Al-Fuqaha Semasa

Saya tak pernah belajar yoga tetapi saya pernah melihat kawan India yang melakukannya. Sama ada aktiviti yoga menjejaskan akidah Muslim yang mengamalnya, hanya mereka sendiri yang tahu. Tapi saya wanita. Apabila belajar yoga, mungkin perlu berguru dengan orang yang bukan mahram. Mungkin dibetulkan kedudukan posisi dalam yoga oleh instruktor lelaki bukan mahram. Saya sendiri belum pernah melihat gambar wanita Islam melakukan yoga dalam keadaan menutup aurat. Banyak kemungkinan. Saya sendiri tak pasti.Yang pasti, yoga telah lama diharamkan oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi dalam laman islamonline.net.

Saya perturunkan fatwa mengenai yoga yang telah dikeluarkan oleh laman web ini.
Is Yoga permissible or not?
Answer: Wa`alykum As-Salaamu wa Rahmatullahi wa Barakaatuh.
In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.
Dear brother in Islam, we would like to thank you for showing keenness on knowing the teachings of Islam, and we appreciate the great confidence you have in us. We hope our efforts meet your expectations.
With regard to your question, Sports are basically Halal and permitted in Islam as long as they do not encompass forbidden acts. As for Yoga, it contains certain religious rituals aiming at educating and disciplining the soul. Moreover, those who practice it claim that there is a spiritual contact between them and some hidden spirits in which they themselves believe. Given all this, practicing Yoga by Muslims is Haram.


Terpulanglah kepada individu sama ada mahu menurut fatwa yang diwartakan atau tidak. Ia hanya sebagai panduan. Sudah ada fatwa mengharamkan amalan merokok tetapi orang Islam masih juga merokok. Bagi kami yang mahu mendekatkan diri dengan Allah swt, kami akan berusaha patuhi. Yang masih degil, itu sudah menjadi hal anda dengan Allah swt. Tak perlulah nak emosional sehingga mengutuk mereka yang lebih arif dalam selok-belok agama Islam, seperti yang wujud dalam blog-blog orang tertentu yang mengaku Islam. Sedarlah diri snediri itu hanya hamba Allah swt dan kepadaNya juga kita kembali.

Ada komen yang menyatakan hari ni kena ban yoga, mungkin esok akan ban fengshui, taichi dan sebagainya yang ada kaitan dengan budaya asing. Hello, siapa anda untuk membuat andaian itu? Ingat mufti-mufti ini beri fatwa tanpa usul periksakah? Kalau benar amalan fengshui bakal menggugat akidah Muslim (saya tahulah, saya banyak buku fengshui dalam koleksi, souvenir dari zaman bukan Islam saya) kerana percaya pada beberapa perkara seperti kedudukan arah dan barangan tertentu bakal mengubah nasib penghuni rumah, saya sokong keputusan Majlis Fatwa.

Taichi dan Qigong pula? Ramai Muslim dari Tanah Besar Cina yang mengamalkan seni pertahanan diri ini, dan sudah terbit buku pun tentang senaman taichi untuk menguatkan badan dan melicinkan aliran darah. Tak ada kaitan dengan agama Buddha dan Taoist pun. Tak perlu nak sembah tok guru, tak perlu pakai pakaian tak cukup kain. Senaman yang banyak melatih kita cara bernafas dengan betul dan juga melegakan diri dari stres. Senaman dijalankan di tanah lapang pada waktu pagi atau petang. Jadi tak ada sebab mengapa orang Islam tak boleh amalkan senaman Taichi dan Qigong untuk kesihatan diri, kalau mereka mahu. Mungkin faedahnya lebih banyak daripada yoga. Mak saya seorang pengamal Qigong, dan katanya senaman itu banyak membantunya meringankan sakit SLEnya. Wallahua'lam.

Paling tidak, banyakkan zikirullah dan solat sunat untuk ketenangan diri. Sebenarnya banyak lagi bentuk senaman untuk kesihatan yang boleh diamalkan oleh orang Islam, yang menutup aurat dan tidak melibatkan sentuhan antara bukan mahram. Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk memilih mana terbaik.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga perlu lebih proaktif dalam menerangkan keperluan sesuatu fatwa kepada orang ramai. Kita perlu sedar, yang mengetahui keperluan sesuatu fatwa itu tidak ramai tetapi yang keliru dan kutuk itu banyak. Bukankah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjelaskan sesuatu perkara kepada mereka yang tidak tahu, dan mempertahankan amalan ajaran Islam daripada dikutuk oleh mereka yang masih jahil?

Nota: Belum pun keluar apa-apa fatwa, masih dalam perbincangan banyak pihak bukan Islam (dan malangnya segelintir orang Islam yang amal yoga) dah kutuk-kutuk. Inilah sikap orang kita yang buruk.

12 comments:

  1. Salam Aliya,

    Wah! Banyak maklumat penting yg perlu difikirkan... Memang tak pernah terfikir, Yoga itu 'haram'. Terima kasih kerana berkongsi ilmu tu...

    ReplyDelete
  2. Salaam,

    Masyarakat kita memang mudah, cepat melatah. Tapi amat mudah dan cepat jugalah surut reaksinya itu. Ini terjadi kerana kita seringkali menanggapi sesuatu isu atas bawaan perasaan, bukan berlandaskan rasionaliti akal atau bertunjangkan syariat Islam.

    Lihat saja apa yang berlaku bila SS Mufti Perak mengumumkan jumlah orang murtad yang luarbiasa banyaknya. Pelbagai reaksi kedengaran dari pelbagai penjuru, ada yang mempertikaikan, ada yang menyalahkan badan-badan Islam tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Tetapi sekarang, isu tersebut sunyi sepi tanpa sebarang langkah penyelesaian.

    Sedih, bila memikirkan hal sebegini terjadi. Semoga Allah memberikan hidayah kepada masyarakat kita, khususnya yang Islam, untuk menjadi lebih bijak dan bertanggungjawab dalam menanggapi sesuatu isu.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  3. Aah betol tu...
    sokong sokong ama wafiudin...
    sokong sokong ama penulis blog nih..
    keep it kawan2..
    teruskan usaha murni anda..

    ReplyDelete
  4. salam kak aliya.

    boleh tak kalau chik copy tulisan akak ni dan paste kat blog chik?

    nak hurai sendiri tak pandai

    ReplyDelete
  5. salam...

    Aku sempat juga mentelaah tentang yoga yang sebenarnya banyak cabangnya.....ada kebaikkan mempelajari yoga untuk tujuan riadah namun untuk sampai pada tahap kesempurnaan harus di susuli dengan beberapa mentera.....

    yup....betul kata sis. banyak lagi didalam Islam cara untuk mendapatkan ketengan jiwa. Tapi bagi aku ketenangan tidak perlu dicari, ia hadir dari jiwa yang benar2 mencintai Allah.

    Tapi apa yang menyedihkan aku adalah dasar penguatkuasaan di Malaysia, banyak perkara yang lebih buruk dari itu tapi majlis fatwa seakan menutup sebelah mata, terutama isu arak , rokok, judi dan murtad.....(berapa ramai pulak orang Islam yang belajar yoga murtad?heh)

    ReplyDelete
  6. salam kak aliya,
    blog kak aliya ni memang tatapan waktu late lunch.byk pengisian.kali ini baru nak beri komen.saya memang byk membaca blog2yg lain.

    statistically (from most blogs i read),most muslims who went against the real teachings (from their writings) tend to think like westeners or i believe they think they are westeners at some point.trying to justify that their way of life are righteous.saya pun tak la sempurna serba-serbi(me and most of my frens have this western living style),but some of us did realize when we went wrong, accept that we were wrong and not trying to justfy that we were right. I hav frens who can't accept the truth and blaming others trying to be moral police or sticking nose in people's business. As for me, it's up to you to follow the teachings or not but just try not to go against the ulama by trying to make Halal what is Haram. Making a fuss over Halal/Haram issues doesn't change the facts that if it's Haram then it's Haram by any means.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam semua,
    aieen, Kita satu keluarga Islam, perlu tegur-menegur dan saling mengingatkan.

    wafiUddin, mengajak orang keluar dari zon selesa bukan senang. Ramai yang sudah lama di situ, sehingga menganggap orang yang ingin melakukan pembetulan itu sebagai pengacau. Emos menguasai akal menghancurkan, akal menguasai emosi hambar, hanya cinta pada Allah swt yang boleh mengubah segalanya.

    six_6pm, insyaAllah.

    kakchik, boleh saja asalkan nyatakan sumber dari mana :)

    Pendekar, dewasa ini apa-apa jenis senaman merenggangkan badan pun dilabel sebagai yoga. Ketenangan jiwa memang dicari manusia, tetapi tak ramai yang mengecapinya walaupun sudah bergelar Muslim. Mengapa? Perasaan seperti hasad dengki, sifat tamak, amarah, benci, meluat, sedih, dan lain-lain lagi yang menghalang manusia biasa daripada dekat padaNya. Fatwa hanya dikeluarkan untuk perkara yang baru dan belum wujud dalam zaman Rasulullah. Arak, zina, judi semuanya sudah ada hukumnya dalam al-Quran. Orang yang mengamalkan yoga mungkin tidak murtad tetapi mungkin melakukan syirik dan dosa-dosa kecil tanpa disedari. Wallahualam.

    jr, Alhamdulillah for being able to see the Truth for yourself. Some people have been greatly influenced by what they believe is total freedom of speech and freedom to choose and they think Muslims don't have that choice. Well, they're totally wrong but I will not waste my breath and time explaining my stand to them. I'm western educated, read mostly English books, think mostly in English but I am one of those western educated people who bow in submission to Allah. Rasulullah himself had warned that the number of true Muslims near Judgement Day will be very limited, so just strive to be among the selected ones.

    ReplyDelete
  8. saya baru berjinak-jinak belajr yoga, itupun dari dvd 'orang putih' & rakan sekerja cina, tang part diorang sebut2 x penahnye saya ikut..sebab memang x setuju, masa mula majlis fatwa haramkan saya jadi pelik sebab saya rasa yang saya buat tak sampai pesongkan akidah..tapi bila dah byk info macam ni barulah tahu mana relevan atau tidak keputusan itu. Lesson learnt--jgn cepat melatah, kaji dulu, fahami, baru buat kesimpulan
    p/s: saya pernah try qigong..fuh..impact jugak ;)

    ReplyDelete
  9. Salam knitfreak-to-be,
    Syukur kerana berfikiran terbuka dan sanggup menerima teguran. Kta harus meletakkan Islam sebagai tonggak, barulah segala yang kita lakukan mendapat berkat dariNya.
    Qigong? Kalau cara berdiri,pergerakan dan teknik pernafasan betul, memang impak :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbt.

    The fatwa has been issues or not? I think not.

    To Pendekar,
    Nobody murtad when they do yoga. Yup because they do not know that yoga is related to other religion. If we do something which can destroy our Islam because we do not know, we are forgiven, however, if people have told us, they have shown the evidence, and we still want to do it, it can nullify our Islam, or at least we become sinful. Rasulullah saw said "Man Tasyabbaha Bi Qaumin Fahuwa Min Hum"- Whoever copies other people practise (this hadeeeth refer to other religion), he will be among them".

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  11. Nice write up there, u should publish ur comment in the new paper as I'm since it challenge in order to remedy
    when it involved public concern.

    ReplyDelete
  12. Salam lan,
    Thanks for your comment. Alhamdulillah for His grace and guidance for me to write. I'll leave it to the learned Islamic scholars to give their views in the newspapers and isn't the fatwa supposed to be out today?

    ReplyDelete