Saya sedang membayar makanan di warung Medan Selera berdekatan dengan rumah petang tadi. Tiba-tiba seorang budak lelaki Melayu yang tidak saya kenali menghampiri saya di kaunter bayaran. Berbaju-T kuning dan berseluar panjang.
"Makcik, saya nak minta 50 sen.." katanya dengan wajah penuh harapan.
Saya tidak mempedulikannya. Setahu saya, kanak-kanak di kawasan perumahan itu terdiri daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Mengapa dia meminta wang 50 sen? Dia bukannya hendak makan atau minum di situ.
Ramai lagi pelanggan di situ. Mengapa saya pula yang dihampirinya untuk meminta wang?
Saya berlalu dari situ. Singgah pula di kedai runcit bersebelahan dengan Medan Selera. Budak itu turut masuk bersama-sama seorang kawan lelakinya. Dari ekor mata, saya lihat mereka berlegar-legar di ruang hadapan kedai. Oh, rupa-rupanya mereka ingin membeli alat mainan di kedai itu. Lebih tepat lagi, budak yang meminta wang dari saya yang hendak membeli. Kawannya sudahpun memegang alat mainan berbentuk seperti bola itu. Agaknya mainan itu berharga 50 sen sebiji?
Saya membayar di kaunter kedai lalu berjalan keluar. Rupa-rupanya budak yang sama masih mengekori saya.
"Makcik..makcik.." dia terus memanggil.
Saya menggeleng kepala.
"Tak ada!"
Saya berjalan kembali ke Medan Selera. Dia tidak lagi mengekori.
Geram. Anak siapa tu? Mana perginya sikap malu untuk meminta di kalangan anak-anak?
Lagipun saya tidak mengenalinya dan tidak pernah berjumpa dengannya sebelum hari ini. Sanggup dia meminta sedekah 50 sen semata-mata untuk membeli alat mainan yang diidamkan?
Alahai, kanak-kanak zaman sekarang. Apalah yang seronok sangat dengan mainan sehingga sanggup bertebal muka meminta-minta?
Saya percaya ibu bapanya tidak tahu bahawa anak mereka meminta sedekah daripada orang yang tidak dikenali.
Mungkin ada yang berkata,"A la, wang 50 sen saja, bukan boleh bawa ke kubur."
Bukan itu masalahnya. Masalahnya mengapa kanak-kanak lelaki itu boleh meminta wang daripada orang yang tidak dikenali. Kalau dia meminta hari ini dengan muka selamba, mungkin dia sudah pun pernah melakukannya sebelum ini. Mungkin juga orang yang dihampirinya seorang wanita seperti saya, yang bertudung labuh dan berseorangan. Mungkin juga permintaannya ditunaikan, lalu meningkatkan keyakinannya untuk meminta lagi pada masa hadapan. Kalau saya berikan 50 sen yang dimintanya, mungkinkah esok dia akan semakin berani dan meminta RM1 daripada wanita lain yang lalu di situ?
Apalah nak jadi kepada anak-anak zaman sekarang? Terlalu materialistik. Kalau pada umur kira-kira 9 tahun dia sudah berani meminta sedekah untuk membeli barang yang sebenarnya tidak diperlukan, apa akan dia lakukan apabila meningkat remaja. Gerun saya memikirkannya.
Assalamualaikum WBKT
ReplyDeleteLangkah dan pendirian Cikgu Aliya memang tepat dan kena pada gayanya.
Anak-anak sekarang perlu dididik dengan moral yang sepatutnya. Zaman materialistik sewajarnya sudah berakhir kini. Masyarakat mesti berubah.
sometimes children are part of a syndicate. they are forced to ask for money. we shouldn't give money to these ones either because it will just cause the syndicate to be more active. i usually just give these type of kids food or water because they look quite bedraggled!
ReplyDeletebut if they look well dressed and are asking for money then that is certainly shameful! kids should be taught to earn money.
Waalaikumussalam fazdhly & ummu layth,
ReplyDeleteHairan,bagaimana boleh timbul sikap berani/tak malu dalam jiwa kanak-kanak itu untuk meminta wang dari orang yang tidak dikenali? Mereka sepatutnya dididik untuk menjauhi orang yang tidak dikenali, tambahan dengan bertambahnya kes kehilangan kanak-kanak.
There is a group of bedraggled children at Butterworth bus terminal who ask for alms and sell quranic verses in small cards to the public everyday. Nobody seem to care about them. The authorities should catch and place them in a proper home.
Tak menjadi masalah untuk bersedekah 50 sen kepada budak terbabit. Niat kan bersedekah, budak tu gembira kita dapat pahala.
ReplyDeleteIt got nothin to do with the kids for the blamed, it actually the parent and caretaker who responsible for the unmoral conduct of the kids.
Assalamualaikum Lan,
ReplyDeleteSaya tidak mahu bersedekah kepada seorang kanak-kanak yang ketagih wang untuk membeli alat mainan. Bagi saya itu bukan cara baik mendidik kanak-kanak. Kalau dia perlukan wang untuk membeli buku atau alat tulis, jangan kata 50sen, RM5 pun saya akan beri tanpa sebarang syarat. Kadang-kadang ibubapa mereka tidak tahu aktiviti anak; di rumah macam malaikat di luar macam monyet. Saya pernah menelefon bapa seorang pelajar Tahun 2 yang hari-hari bawa Rm10 ke sekolah dan belanja kawan-kawannya di kantin. Rupa-rupanya dia mengambil wang dari dompet ibubapa tanpa pengetahuan mereka. Salah ibubapa? Tak semestinya, mungkin pengaruh negatif kawan.
Salam Aliya,
ReplyDeleteBagi saya itu lah kesilapan sebenarnya ibubapa sendiri pada masa kini yang tidak mengambil berat tentang apa yang berlaku pada anak-anak disekolah atau diluar rumah. Siapa kawan-kawan anaknya, apa yang dibuat di sekolah,kesemua ini ibubapa perlu mengambil tau dan kebanyak mereka melepaskan tanggujawab mendidik secara mutlak kepada guru. Itu tidak betul.Perlu diigat, Islam meletakan tanggujawab yang cukup besar dalam mendidik anak-anak ke atas ibubapa.
kadangkala ketegasan akan mengajar sesorang untuk memahami apakah makna disebalik ketegasan tersebut tetapi situasi ini lain, mungkin apa yang dilakukan oleh Aliya boleh difahami oleh orang dewasa tetapi pada peringkat unur sebegini, mereka tidak akan memahaminya tanpa sedikit nasihat atau teguran kepada mereka. Wallahuallam.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Lan,
ReplyDeleteSaya setuju bahawa ibu bapa yang mempunyai tangungjawab mendidik anak-anak. Saya tak tahu bagaimana orang Melayu mendidik anak tetapi saya dibesarkan dengan amaran untuk tidak meminta apa-apa langsung daripada orang yang bukan ibu bapa saya. Walaupun meminta sepotong kek di rumah PakSu saya pun dikira kurang ajar. Selagi pakcik makcik saya tidak memberi saya, saya tidak berani meminta.
Faizal, bukan tidak pernah berfikir seperti yang anda cadangkan ketika dalam kedai tu. Tetapi kalau saya tegur dan nasihat dia tanpa memberinya 50 sen itu dan budak itu menangis, bagaimana? Nak dituduh orang lain bahawa saya membuli budak kecil? Huhuhuu, lebih baik saya tak melibatkan diri langsung.
Salam Aliya
ReplyDeleteDalam kes kanak2 itu, anggaplah kita sedekah dan salah satu cara bagi kita utk mengelak kanak2 itu daripada mencuri.Sambil kita sedekah duit kita nasihatkan sekali kanak2 itu. Asalkan kanak2 itu meminta dengan cara yang baik, tak salah kita menolongnya.
Ini mengingatkan saya peristiwa dimana selepas saya menunaikan sembahyang zuhur di masjid Kampung Baru dimana saya di hampiri oleh sorang pemuda yang meminta duit kepada saya, RM10 ringgit.Katanya nak buat tambang balik kampung sebab dia baru keluar penjara atas kesalahan membunuh, wallahualam. Pertolongan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan ini mengelakkan diri dari melakukan perbuatan mungkar.
Salam ziarah..
ReplyDeleteMaaf Aliya, saya cenderung utk bersetuju dgn Lan..
Jalan terbaik, dengan menyedekahkan RM0.50, tetapi lebih drpda itu, ialah menasihati dan menegur..diterima atau tidak, kita pulangkan pd Allah..ygt penting,peluang dakwah perlu diambil dan diisi setiap kali ia dtg..bukankah kita hamba yg yakin pd hidayah Tuhan? :)