Alhamdulillah, saya terima sepucuk surat bertarikh 5 Nov daripada Jabatan Imigesen Pulau Pinang pada hari Jumaat 7 Nov.
Berikut isi kandungan surat tersebut:
(kena taip semula, tak ada scanner, huhuhuu)
---------------------------------------------------------------------------------
Puan,
Aduan Sukar Memohon Pasport Antarabangsa Malaysia
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Pihak Jab.Imigrsen PP memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh puan sewaktu berurusan dengan Jabatan ini. Untuk makluman puan, pihak Jabatan telah mengambil tindakan sewajarnya dan telah pun meluluskan permohonan puan pada 4 November 2008 tanpa sebarang masalah yang berbangkit.
3. Walaubagaimanapun pihak Jabatan ingin mengucapkan ribuan terimakasih di atas keperihatinan puan demi membantu mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Pihak kami juga akan memastikan kejadian yang sama tidak akan berulang lagi di masa-masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MESRA, AMANAH DAN TEGAS.
KHIDMAT DENGAN SENYUMAN.
Saya yang menurut perintah,
Pengarah Imigresen Negeri PP
s.k. Bahagian Komunikasi
Ibupejabat Putrajaya
(Terima kasih Jab.Imigresen PP. Semoga pengalaman ini memberi ikhtibar kepada semua pihak.)
Alhamdulillah. Saya suka kalau pihak berkenaan mengakui kelemahan mereka, memberi maklum balas yang sepatutnya dan membuat tindakan susulan untuk menambahbaikan jabatan tersebut.
ReplyDeleteTahniah Kak Aliya kerana berjaya memperjuangkan hak sebagai pengguna & rakyat dalam negara ini.
Alhamdulillah, hal ini sudah selesai. Diharap pihak Jabatan Imigresen mengingati perkara ini dan tidak mengulanginya lagi. Jabatan Imigresen sepatutnya menyalurkan prosedur permohonan pasport antarabangsa kepada semua cawangannya di peringkat negeri. Agak pedih jika setiap Mualaf seperti Sis Aliya terpaksa pergi ke ibupejabat di Putrajaya untuk mendapatkan pasport tersebut. Ada baiknya pihak Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan jabatan-jabatan lain yang berurusan dengan Mualaf memaparkan maklumat yang LENGKAP di laman web masing-masing. Dengan itu, para Mualaf tidak payah berkejar ke sana ke sini untuk mendapatkan sesuatu dokumen. Pihak berkuasa pula tidak perlu "jatuh air muka" mengakui kelemahan mereka seperti di dalam kes Sis Aliya ini.
ReplyDeleteSaya pun berharap begitu juga, kakchik dan princess. Kita tunggu dan lihat sahaja, sama ada perubahan yang dijanjikan dilaksana atau tidak. Menyatakan bahawa maklumat lengkap untuk mualaf tidak dipaparkan dengan jelas di laman web dan pejabat kerana kurangnya golongan ini bukan satu alasan yang baik. Kita perlukan rakyat yang berani bersuara melalui saluran yang betul, supaya orang lain tidak turut menjadi mangsa. Alhamdulillah Allah swt permudahkan dalam kes saya.
ReplyDelete