Thursday, November 6

2 JAM SAHAJA

Alhamdulillah paspot yang dinanti-nanti dah ada di tangan.
Saya tiba di Bahagian Paspot Jab.Imigresen pada waktu tengah hari 5 November. Terus berhenti di sebuah kaunter dan mengenalkan diri saya.

"Oh, Cik yang datang dulu ya..Sila pergi ke Kaunter 2, tunjukkan Kad Pengenalan kepada kerani di sana" kata wanita yang bertugas di situ.
"Assalamualaikum, saya terima panggilan telefon dari imigresen pagi ini, meminta saya datang ke sini untuk paspot saya."
"Tunggu sebentar," kerani di Kaunter 2 menghulurkan slip nombor kepada saya.
"Terima kasih."

Sesuatu yang menarik sedang berlaku di bahagian itu. Kelihatan beberapa orang VIP berjalan masuk diiringi oleh pegawai-pegawai lain. Semuanya memakai kot, ada pula pegawai yang mengambil foto dengan kamera. Saya amati wajah VIP di depan sekali. Macam pernah lihat. Ahh, rupa-rupanya lawatan rasmi oleh Jabatan Imigresen Malaysia. (dalam hati berkata, "Tuan dah bacakah Berita Harian hari ini? Ada komen tentang jabatan tuan").
Saya memerhatikan mereka yang sibuk melayan VIP-VIP berkenaan. Orang ramai yang duduk di lobi yang disediakan menanti untuk paspot masing-masing disiapkan, tidak ditegur mana-mana VIP. Barangkali lawatan VIP itu tidak melibatkan feedback pelanggan? Selepas kira-kira 10 minit, semua VIP meninggalkan kawasan itu lalu bergerak ke bahagian lain dalam bangunan yang sama.

"Cik boleh dapat paspot pada 2.15pm. Ambil di kaunter 1."
Saya membayar RM300. Tunggu lagi 2 jam. Saya memerhati papan notis yang digantung. Memang 2 jam lamanya untuk paspot baru dikeluarkan.
Tepat 2.25 pm, saya memberikan slip kepada kerani di Kaunter 1.

Alhamdulillah, selamat terima paspot yang dinanti-nanti. Lewat 8 hari berbanding orang lain. Agaknya kalau saya senyap sahaja menunggu panggilan dari Jabatan Imigresen PP, tidak menelefon ke JIM Putrajaya, tidak menelefon ke JIM Pulau Pinang, bila agaknya saya akan mendapat paspot ini?
Syukur kepada Allah swt kerana memudahkan urusan saya. Syukur kepadaNya yang menganugerahi saya ilmu, kekuatan dan keberanian untuk melakukan segala yang perlu.

Mudah-mudahan pengalaman saya bakal membantu mereka yang lain, insyaAllah.

2 comments:

  1. Alhamdullillah... saya tumpang gembira dengan perkembangan yang berlaku kini. Sebenarnya memanglah sepatutnya begitu, kebanyakan public tidak berapa faham apa hak mereka. Oleh itu mereka kadang-kadang salah faham mudah berlaku. Sebenarnya proses membuat pasport sekarang adalah lebih mudah jika dibanding dengan dulu dan karenah birokrasi juga sudah banyak berkurangan, kematangan rakyat dalam menggunakan hak mereka menyebabkan tiada pilihan pihak kerajaan selain lebih terbuka dan cuba menambahbaik sistem perkhidmatan kauter sebaik mungkin... hehe apa-apapun teman syukur aliya dah dapat pasport tu- hebatnya erti kesabaran dan kerjakeras kita - maha suci allah yang menentukan perjalan itu begini, semoga bertambah tawakal kita pada-NYA , insya-allah.Salam dari putrajaya.. take care

    ReplyDelete
  2. Salaam sis,

    Alhamdulillah. I've been following your difficulty in getting a legal passage to get out of the country, and I had to agree that if you just waited and didn't take the effort to just ask why there is no such procedures, you wouldn't have gotten your passport by now.

    I'd also like to thank you once again for opening the eyes of the government that unwanted bureaucracy is waste of time and in this case a hurdle for those who embraced Islam, when in fact, we live in country that claims itself to be a model Islamic country.

    ReplyDelete