Monday, January 4

SUDAH MELAMPAU

Benci. Meluat. Geram.
Ini kali kedua saya terima SMS demikian.
Kali pertama saya terus delete. Petang tadi ketika berehat di rumah satu lagi SMS masuk.

Nombor telefon 013438460* [saya tak kenal siapa]
Terpampang mesej berikut:
" Sunyi? Anda dipilih utk menikmati modal kami yg panas. Utk mendapat Koleksi Video Peribadi yg hangat tersebut, sila balas. Ya. Warning! Hanya untuk Umur 18 KeAtas."

Darah terus naik. Marah. Apa ni? Tak ada kerja lainkah mereka ini? Ternyata orang Melayu, kerana setahu saya orang Cina dan India takkan buat kerja bodoh ini. Pulangan tak banyak, risiko pula tinggi.
Mungkin benar ada koleksi video panas berbentuk lucah yang boleh dimuat-turun.
Mungkin juga ia hanya lawak jenaka - video yang dijanjikan bukan lucah tetapi menunjukkan benda lain.
Entah.
Saya malas nak ambil tahu.
Tapi kerana ini kali kedua, saya balas.
"%^&*** Nombor u akan ke balai polis."
Senyap tak dijawab.

Mana mereka itu mendapat nombor telefon saya? Syarikat telefon?
Bayangkan kalau yang terima SMS itu remaja lelaki yang ingin mencuba? Bukankah buruk padahnya jika benar video lucah dihantar ke telefon bimbitnya?
Saya agak ini perbuatan anak-anak muda.
Apalah nak jadi? Kemudahan telefon bimbit juga disalahgunakan.

20 comments:

  1. sis.. saya pun selalu terima sms begini.. tapi saya anggap ia spam.. sama macam sms² iklan yang lain.. mengenai no telefon kita.. ada orang² tertentu yang jual maklumat kita pada mereka.. contohnya mereka yang bekerja bagi agensi tertentu seperti bank..

    dunia tanpa batasan.. inilah jadinya.. bimbang juga sebab ia makin berleluasa macam tiada pantauan langsung..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Aliya,

    kakcik ada terbaca ttg ini. Bila dibalas, mereka atau dia akan minta top up kredit. Setelah dapat, besar kemungkinan video yg dikatakan itu, tidak akan dikirimkan. Mereka cuma mahukan top up secara mudah. Memang tak berakhlak punya perangai!

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Puan, nampaknya kita sama terkena. Malah nombor yang terpapar pun sama pangkalnya. Ayat pun sama.

    Saya terus delete sahaja. Malas nak fikir takut jadi marah. Saya anggap sebagai spam.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak aliya. apa khabar kak? dah agak lama tak jenguk kak aliya kerana urusan peribadi yang berlambak.
    pasal perkara yang akak sebut ni, kakchik pun selalu jugak terima sms macam tu tapi tak pernah layan, terus delete.
    memang makin melampau la diorang ni. minggu lepas ada orang komplen dlm akhbar, dlm kosmo atau metro, pasal perkara ni lah.
    memang takde maruah dan takde kerja sungguh mereka ni.
    menyusahkan hidup orang je.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam cik jijah, kakcikseroja, aliff, shuhada, kakchik,
    Memang kita boleh delete sahaja. Berita sebegitu pernah keluar dalam Harian Metro baru-baru ini.
    Namun sebagai seorang guru, saya tahu hampir 80% pelajar mempunyai telefon bimbit, ada yang serba canggih. Bayangkan jika mereka yang inkuisitif membalas dan berpeluang menonton video yang dihantar, kan bahaya? Merosakkan akidah, boleh menjadikan ketagihan.
    Ibu bapa takkan mampu mengawal keadaan ini kerana berapa orang anak yang akan memberitahu perkara ini kepada orang tua mereka?
    Keadaan ini jika tidak dikawal boleh membahayakan generasi muda khasnya pelajar sekolah. Wang habis ditipu atau menjadi seronok menonton video.
    Hmm, fikirlah.. video melalui sms biasanya menayangkan adegan bangsa apa? Bahasa yang ditulis itu bahasa apa?

    ReplyDelete
  6. ahhh... seperti yang dijangka, masuk satu spam berbahasa Cina. Saya terpaksa delete comment itu kerana ia akan membawa anda ke laman web yang tidak senonoh [satu bukti bahan lucah untuk remaja Cian lebih disasarkan dalam bentuk CD dan internet].

    ReplyDelete
  7. Salam kak aliya.
    apa khbr?

    kak aliya, sy agk tersinggung dgn kenyataan akak berbunyi "Ternyata org Melayu krn cina dan india takan buat kerja bodoh ini. pulangan tk byk, risiko pula tggi...."

    maafkn sy, sebagai org Melayu yg beragama Islam, sy dpt rasakn kenyataan ini benar2 menyinggung sy.
    sudah smpai msnya kita tidak lg memperkaumkn sesuatu itu stiapkali berlaku pkr2 negatif..

    misalnya," kalo bunuh diri, mesti org cina, dorg tkde iman.."

    atau ,"eksiden akibat mabuk tu mesti org india.."

    biarpun pahit, inilah yg harus kita telan.

    mgkin akak geram. tp bersangka baik lah dgn si penghantar sms. doakn moga dia bertaubat sekiranya akak yakin dianya Melayu (yg sepatutnya disebut beragama Islam)

    sy bersyukur dilahirkn Islam. Namun Allah meletakkn sy berbangsa Melayu sptmana kak aliya berbangsa cina - punya 1001 hikmah

    Dia Maha Mengetahui

    moga kita sama2 mdpt barakah dan hidayahNya. Ameen


    =)

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam yusuf muhajidin,
    Maaf, bagi saya pada zaman ini orang melayu tidak boleh terus dianggap beragama Islam melainkan dirinya berjiwa Islam. Ada melayu warga Indon di sini beragama bukan Islam, melayu warga singapura beragama bukan Islam.Begitu juga bangsa lain, tidak boleh lagi kata orang cina beragama budha dan orang india beragama hindu seperti pada zaman tok nenek kita.
    Saya juga percaya orang yang bukan sahaja nama beragama Islam tetapi juga pegang pada akidah Islam tidak akan membuat perkara yang tidak senonoh seperti mengirim sms tersebut. Itu sebabnya saya tidak mahu mengaitkan perkara ini dengan istilah Islam, tetapi melayu kerana bahasa yang digunakan dalam sms adalah melayu, gaya bahasa juga adalah gaya orang melayu.
    Saya tahu ada pihak yang tersinggung [maaf ya]. Ini satu generalisasi berdasarkan maklumat sedia ada.Taip saja perkataan melayu dalam google and lihatlah ke mana ia membawa anda.
    Saya tak tersinggung pun bila orang lain kata orang bangsa cina kuat berjudi, pengotor, kerana ada benarnya berdasarkan konteks. Begitu juga, kita tahu peratus orang bangsa india bunuh diri lebih tinggi daripada bangsa lain di M'sia, dan bilangan mereka pukul isteri bila mabuk lebih ramai.
    Cari jalan mengatasi masalah, bukan setakat melihat masalah.
    Kita tidak mahu sekadar melihat kesilapan tetapi kita perlu mengubah keadaan supaya ia tidak menjadi lebih teruk.

    ReplyDelete
  9. Dear sis,
    Mudahnya sis menilai sms tersebut dari orang melayu sbb gaya bahasa tersebut adalah gaya bahasa orang melayu.Gaya bahasa sis pon gaya bahasa orang melayu jugak, so sis orang melayu jugak ker?

    sis,cari la jalan untuk mengatasi masalah tipikal mindset sis tu dulo.kalo terima sms dalam bahasa melayu maknanya mesti dari orang melayu yea.shame on you

    ReplyDelete
  10. Sinaran X,
    Sila baca semula pos ini dengan teliti dan cuba fahami mesej yang hendak disampaikan. Tujuan saya tulis pos ini bukan untuk menghina orang melayu tetapi untuk menyatakan bahaya sms tersebut jika jatuh ke tangan remaja melayu! Yang saya nak highlight adalah keadaan anak-anak melayu yang kemungkinan besar terddah kepada gejala negatif ini.
    Ya, saya BOLEH menjadi orang melayu! Untuk maklumat anda, saya boleh memohon untuk menukar status kepada bangsa melayu, kerana dalam perlembagaan Malaysia, orang beragama Islam, berbahasa melayu mengamalkan budaya dan cara hidup melayu adalah orang melayu. Tetapi saya memilih untuk kekal cina, bukan kerana saya memandang hina orang melayu tetapi saya peluk Islam kerana Islam, buka kerana mahu masuk melayu.
    Suami saya orang melayu, anak saya bakal dikategori sebagai berbangsa melayu. Tak ada sebabnya saya perlu menghina orang melayu dan saya yakin tiada satu pun pos blog ini ditulis untuk menghina orang melayu.
    Adakah Sinaran X berani kata sms itu bukan ditulis oleh orang melayu?
    Shame on me? Saya pilih untuk ketengahkan permasalahan ini, sesuatu yang jarang ditimbulkan dalam blog lain dengan tujuan berbincang masalah yang boleh merosakkan akidah anak-anak, terutama pada remaja melayu Islam, tetapi ada pihak yang memilih untuk melihat ini dari segi perkauman dan menuduh saya racist.
    Now shame on who?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak Aliya,

    pernah juga dapat sms begini. terus delete juga. memanglah geram tapi yang tak suka lagi macamana mereka dapat no kita tu..

    lain dari sms ini, pasal "nakkan hiburan dan gosip artis?" pun selalu dapat..hish.

    betullah, sekarang tak boleh dah nak kata Melayu itu Islam walaupun di Malaysia ini. Apatah lagi Islam itu melayu.

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam Sakinah,
    Tidak pernah pun saya terima aduan daripada kawan-kawan bukan Melayu dan adik saya yang bernama Cina tentang penerimaan sms-sms begitu walaupun kami semua melanggan syarikat yang sama. Begitu juga ketika saya mendaftarkan telefon bimbit dalam nama Cina [dah cancel line itu], tak pernah pun terima sms tentang artis dan hiburan tempatan. Sekarang bila nombor hf saya bersandarkan pada nombor telefon suami yang bernama melayu, ada-ada saja sms yang masuk mengganggu. Itu yang menjadikan saya syak ada pihak yang sasarkan kaum tertentu saja.

    ReplyDelete
  13. Sis.Thank you for your respons.saya sinaran X

    Sis,masej yang nak diterangkan oleh sis itu mmg baik,tapi matlamat tak menghalalkan cara sis.

    Sis,bila sis tengok orang sedang menangis,Sis berani ker mengatakan bahawa orang itu sedang bersedih?kalo di langit itu telah kelihatan telah hitam,sis berani ker nak mengatakan bahawa hari itu mesti hujan?saya mmg tak berani nak kata yang sms tue dari orang melayu hanya kerana sms tue didalam bahasa melayu.tapi sis lain,sis berani dan sis yakin dan tahu ini mesti kerja orang melayu.

    Kenyataan bongkak sis yang mengatakan bahawa ini mesti bukan kerja org cina dan india kerana sbb pulangan rendah dan risiko tinggi.Sis pernah buat ker bisnes nie sampai tahu berapa pulangannya dan risikonya terlibat?saya tak tahu.mungkin sis boleh berkongsi dengan saya.

    Sis nak jadi melayu ker,cina ker or apa saja yang sis nak,saya tak kisah.tapi masalahnya sis sendiri yang yakin kerja jahat nie datangnya dari org melayu.bukan dari orang cina atau orang india.sekarang siapa yang rasis?hanya kerana sms tue dalam berbahasa melayu,maka mesti kerja orang melayu?

    Sis baca utusan malaysia tak?
    boleh tak sis pergi di link nie http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0105&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_04.htm&arc=hive

    MESTI kerja orang melayu jugak kan sis,orang cina atau india tak kan buat kerja nie kan sis.

    ReplyDelete
  14. Maaf R,
    Saya orang yang sibuk, dan saya tidak kisah apa orang nak kata tentang saya. Hidup saya pun penuh dengan kontroversi, suka hatilah nak kata apa. Saya tak perlukan semua orang untuk menyukai saya ataupun blog ini. Lagipun saya dah minta maaf jika ada pihak yang tersinggung dengan komen saya. :)
    Bagi saya hanya membuang masa saja jika saya terus melayan komen anda di sini, ia takkan berakhir, bukan? :)

    ReplyDelete
  15. maaf sis,
    apa yang cuba saya beritahu adalah tak semestinya sms yang sis terima itu datangnya dari orang melayu,dan tak semestinya orang cina atau india tak terlibat sama.

    bagi saya juga adalah membuang masa saja jika sis sudah tidak mahu mendengar pendapat orang lain.:)

    ReplyDelete
  16. hahahaa...jangan merajuk, saya memang sibuk menyiapkan slide untuk P&P sambil merawat kaki yang bengkak teruk kerana mengandung.
    I might agree with what you say but I'll defend to the end your right to say it :)

    ReplyDelete
  17. Sis,
    maafkan saya diatas kebiadapan saya. saya doakan sis sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik.

    saya berharap jika sis ada masa,sila pergi ke link yang saya berikan ini,
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0105&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_04.htm&arc=hive

    Saya dah terbaca issue yang dibawa oleh sis terlebih dahulu di utusan melaysia sebelum saya singgah di blog sis.

    mengikut wartawan tersebut,penghantar sms itu bernama Ho.Bagi pendapat saya,nama Ho kebiasaannya tidak digunakan oleh orang melayu.Diharapkan sis boleh faham maksud saya.

    Maafkan saya atas kebiadapan dan kekasaran bahasa saya.

    ReplyDelete
  18. sebaik2 manusia adalah yg memberi manfaat kpd org lain (klw x silap ini adalah mafhum hadis)

    apapun, sebaik2nya... statement melulu tidak mendahului sesuatu perkara tanpa ada bukti kukuh... ditakuti berdosa... na'uzdubillah...

    setuju dgn R/sinaran X, kemungkinan kaum lain punya method utk peroleh keuntungan, namun kaum lain yg disasarkn... apapun saya tak ingin kupas siapa & kpd siapa... mgkn selepas ini, kita dpt kurangkn berburuk sangka.. dan sama2 bermuhasabah diri...

    wallahua'lam... (maaf klw ada salah silap)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum R dan Myzwar,
    Saya sekali lagi mohon maaf jika ada kesilapan semasa menulis/komen dalam pos ini, dan terima kasih kerana atas teguran.
    Ya, saya juga ada baca berita tersebut. Semoga selepas ini gejala tersebut dihentikan terus.

    ReplyDelete
  20. sy pon selalu dpt kak..
    maybe no fon tu lain tp msg die lebih kurang la..
    xtau la keje sapa

    ReplyDelete